SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, June 01, 2008

Saat terakhir jadi cikgu dalam latihan :)

Assalamualaikum wbt.. lama rasanya ku tak update blog peribadi ni.. kebetulan khamis aritu belajar buat laman web ngan blog kat maktab.. aku yang dah ada blog sengih ajela.. tula.. bila xdak teringin nak buat.. tapi bila dah ada malas pulak nak update.. hehe

Lecterer aku kata tujuan asal blog ni adalah macam diary online dan itu yang dibuat oleh pengguna di eropah.. kat Malaysia ni blog jadi macam-macam bentuk rencahnya.. antaranya pendedahan akhlak artis dan sebagainye.. hehe..

oklah.. saat aku menjadi guru pelatih dah hampir tamatnya.. minggu pertama sesi interaksi terakhir telahpun selesai.. sekarang tinggal lagi 2 hari nak belajar iaitu isnin dan selasa manakala rabu dan khamis ialah ujian akhir diploma pendidikan aku.. khamis malam pas ujjian tu terus gi BTN kat Maran, Pahang dan abes ari Isnin.. pas abes BTN terus akan ikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia sampaila 1 Julai 2008... maka selepas itu insyaAllah akan bergelar guru sebenarlah aku.. Doakan aku mudah melaksanakan segala tugas-tugas di akhir-akhir ni..huhu.. dah nak abes.. cuak pun ade..

Flashback balik beberapa peristiwa sebelum sebelum ni yang aku x sempat nak update atau tulis.. perkara paling menggerikan ialah praktikum.. mula ujung bulan Januari aritu dan abes 2 Mei 2008.. Alhamdulillah lecterer aku Datin Balkis dapat tengok peningkatan akhirnya setelah persembahan mengecewakan pada awal praktikum.. aku buat sungguh-sungguh.. tarak tipu punya... TQ kepada semua yang banyak membantu terutamanya guru Pembimbing aku Kak Norahimah Ali yang asyik kasi markah tinggi je... Tq gak kat ketua kelas aku Hadi Husin yang bagi aku pinjam buku rekod kawan dia.. lehla curik2 skit idea.. hehe..

Abes praktikum baru terasa dunia ini bermakna.. sambutan hari guru sekolah dapat hadiah leh tahan jugak.. yang paling tak tahan tengok Izman member aku kat sekolahla.. buat persembahan kaw kaw punya time hari guru.. semua orang terhibur lah.. kalah Bang Bil raja lawak astro hehe.. Aku dapat hadiah cabutan punya besar.. dan hadiah yang aku kasi dapat kat sorang cikgu perempuan tu.. takut dia baca pulak blog ni kantoi plak aku hehe..

Hari terakhir sebelum cuti sekolah aku buat ayat sedih kat anak-anak murid.. cakap nak gi sambung belajar.. menangis dorang.. lawak pun ada.. memang la aku sambung belajar.. tapi pasni masuk balik.. cuma lambat sikit ja.. berjaya gak lakonan aku menghasilkan airmata anak-anak murid.. humm.. banyak kenangan menarik..

Nanti aku nak update selalu blog ni.. layan ape bila baca balik.. haha.. no politik dalam blog aku.. wokeh.. semoga aku pi BTN nanti x kena dera teruk-teruk dan lulus semua pereksa diploma, BTN dan KISSM.. by bye

penerangan solat jamak qasar (JAKIM)

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala