SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua yang membaca dan mengikuti blog saya :)
             AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM

Wednesday, July 11, 2012

Hanya Allah yang Menghilangkan Kesukaran

Bismillahirahmanirahim...

Pada pagi yang berbahagia ini, baru sahaja membantu Kelab Marvelous mengedarkan baju sukan kepada murid.. Hajat asalnya nak buat padang untuk 200meter malangnya pagi tadi hujan lebat dan air bertakung di padang menyebabkan aktiviti terpaksa ditangguhkan seketika.

Pada masa yang singkat ini juga saya mencuri sedikit masa untuk memberi peringatan tentang kebesaran Allah. Seperti yang kita semua maklum dan tahu.. Hanya Allah yang berkuasa menghilangkan segala kesukaran dalam hidup kita. Walau sehebat mana kita, atau selemah mana kita, sandaran utama kita tetaplah hanya Allah semata-mata.

Janganlah kita menyekutukan Allah, bersikap takbur dan riak,sombong dengan kelebihan yang kita ada. Ingatlah yang kita semua sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. terjumpa saya satu petikan ayat Quran daripada asurah Asy-Syu'ara ayat 78-82 yang membawa maksud :

[26.78] (yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,

[26.79] dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,

[26.80] dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,

[26.81] dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),

[26.82] dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".

Allah telah menjanjikan sebegitu kepada hamba-hambaNya justeru apa yang kita perlu pertikaikan lagi? Teruskanlah membuat amalan-amalan kebaikan, menjaga tingkahlaku dan percakapan kita, menjaga hati dan perasaan sesama manusia, tidak bercakap besar dan menjatuhkan maruah orang lain, berlagak tak sudah dengan kelebihan yang ada, membodek dan mengipas ketua serta menjatuhkan rakan-rakan sekerja dengan fitnah-fitnah (menjadi batu api). Berat seksaannya wahai sahabat-sahabat.

Begitu juga jika kita sakit, hanya Allah yang menyembuhkan penyakit kita. Berikhtiarlah dengan apa cara sekalipun tapi janganlah menyekutukan Allah. Kita berubat, tapi berdoalah kepada Allah dengan penuh kerendahan hati. Janganlah percaya sepenuhnya kepada perawat kita seolah-olah dia Tuhan. Percayalah kepadanya sebagai perantara dan kelebihannya sahaja kerana dia juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dengan kekuatan kalimah "Kun Fayakun" maka jadilah apa sahaja yang Allah kehendaki.

Tugas kita ialah terus beribadah kepada Allah, mengutamakan Allah, melaksanakan perintah-perintah Allah dengan segera dan buatlah kerja kita sebagai manusia dengan mengikut peraturan dan hukum alam ciptaan Allah. Teringat kisah Nabi Ayyub yang diuji dengan hebat dan dasyat. Tapi berkat kesabaran dan ketaatan kepada Allah, dia dapat membina hidup baru dengan jayanya setelah kehidupan lama punah satu demi satu. Sedangkan Nabi diuji dengan hebat, apatah lagi kita yang jauh dari taraf nabi dan Rasul itu.

Begitulah sedikit coretan saya pada pagi yang dingin ini, sibuk dengan kerja dan tugasan, masih sempat meninggalkan pesan. Dalam hati amat merindui anakku dan isteri yang berada di kampung. Sibuk menyiapkan persiapan untuk Kejohanan Sukan Sekolah pada Ahad ini  (15 Julai 2012) dan dalam masa yang sama merancang untuk balik kampung juga sekejap Jumaat- Sabtu untuk melepaskan rindu pada Anak dan isteri. Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. Seorang hamba yang lemah dan hina..Wallahualam.. :)

Tuesday, July 10, 2012

Baru Tambah Buku Pelawat

Baru ada masa nak edit2 blog ni.. sesiapa yang berkesempatan singgah di blog saya ni boleh la isi 'buku pelawat' yang baru je letak sekejap tadi.. ataupun leh ber'chat- chat kat bahagian tepi kanan untuk memeriahkan keadaan.. InsyaAllah akan ditambah baikkan blog ini mengikut peredaran zaman.. :) bermula pos ini juge saya akan mula melabel pos.. yang sebelum sebelum ni tak payah le kot hehe.. Wassalam

Monday, July 02, 2012

Syukur Ya Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Saat tika ku menulis cetusan ini.. sudah genaplah 14 hari kelahiran Putera sulung ku yang amat saya dan isteri nantikan selama ini. Dengan penuh kesabaran, pelbagai ikhtiar, pelbagai dugaan, tanggal 18 Jun 2012 tepat jam 8.44 pagi, Lahirlah si dia yang amat kami amat kasihi di Hospital Putrajaya. Saat terindah dan mendebarkan pabila keluar status 'operation completed' di paparan skrin. Nurse memanggil untuk mengazankan si anak kecil ini. Beratnya 2.86 kg.

Dengan kelahiran ini banyak mengubah status bagi pihak keluargaku. Terutama ibu bapaku yang sudah lama menanti cucu pertama. InsyaAllah selepas ini cucu-cucu seterusnya akan lahir :) ...

Kisah gembira tidak berpanjangan.. anakku yang lahirnya sihat.. disambut datuk2 dan nenek2 nya, bapa saudaranya ibu saudaranya, sepupu sepupunya tiba-tiba menjadi lemah kerana kelekaan nurse yang buat endah tak endah sedangkan kami semua perasan baby kelihatan terlalu haus.. Sudahlah waktu melawat sangat strict.. sang bapa sepertiku turut tidak dibenarkan berada di samping isteri.

4.30 petang, saya pergi melawat isteri dan anak pada waktu melawat, kecoh anakku sudah muntah susu siap keluar ikut hidung.. badannya dah lemah sampaikan terpaksa dibawa ke NICU.. waktu itu air mata ku mencurah keluar membasahi pipi.. didepan ramai orang.. apakan daya untuk kutahan.. anak yang baru beberapa jam lahir ke dunia, kini sakit tenat. Tak putus-putus berdoa, baca Yassin..Solat Hajat.. alangkah sedihnya rasa.

19 Jun pada waktu melawat saya dan isteri yang masih lemah menuju ke NICU dan doktor mengesahkan dia kena radang paru-paru dan x boleh bernafas sendiri.. terpaksa guna alat bantuan oksigen.. Bayangkan sikecilku penuh dengan wayar di badan.. dalam mulut saja ada 2 wayar. Sedih..sungguh sedih.. Petang jam 4.30 pergi lagi dia kelihatan stabil sedikit.

Alhamdulillah hari2 yang berikutnya keadaan anakku semakin baik.. Nampak kekuatan dalam dirinya berjuang untuk terus hidup.. Bantuan pernafasan direct dah dicabut.. tapi masih diberi bantuan melalui oksigen dikepung dalam balang kat kepala dia.. Doktor cakap buat camtu supaya dia tak terkejut pulak kalau tiba2 bantuan oksigen stop macam tu saja. Yang menyedihkan di tangan dan kakinya penuh kesan jarum ambil darah.. Keadaan makin baik tetapi mesti menghabiskan antibiotik selama 7 hari.. so terpaksala baby terkurung di NICU selama 7 hari sekurang-kurangnya.. Hari ke6 doktor panggil isteriku untuk tinggal dengan baby kat bilik khas NICU.. Akhirnya dapat mereka bersatu kembali.. menitis air mata kami..

Hari ke7 sang mama dan sang baby dipindahkan ke Hospital Bersalin Presint 8 yang cantik dan selesa la jugak.. Rumah apartment di jadikan wad. So satu rumah ada 3 wad yang besar2 biliknya.. Alhamdulillah 25 Jun anakku dan isteriku discaj daripada hospital.. Isnin lahir..Isnin sekali lagi baru dapat bawak dia balik rumah.. Lama tu hehe.. Apapun Syukur kepada Allah yang memakbulkan permintaan hambaMu yang lemah ini..

Saat ku menulis ini, kembali tinggal sorang-sorang di rumah sebab isteri dan anak dah balik kampung untuk menghabiskan masa pantang. Sabtu lepas kami bertolak balik Bentong dan semalam saya kembali ke Putrajaya sendirian. Cuma ada kesan2 kena kuning Juandis.. berak kencing ok.. menyusu pun ok.. harap-harap kuningnya pun surut cepat..  Walaupun kecuaian daripada sebelah pihak di Hospital Putrajaya yang menyebabkan Mak Long ku mengamuk masa hari kejadian, Ku ucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Hospital Putrajaya yang menjaga isteriku selama hampir sebulan kerana Plasenta Pravea, berjaya membuat pembedahan untuk melahirkan puteraku tanpa sebarang komplikasi, dan pihak NICU sendiri yang menjaga dan merawat anakku sehingga sembuh.

Terima kasih banyak-banyak buat ibubapaku yang hampir setiap hari datang melawat dan ibuku yang jaga isteriku di Hospital 2 malam. Begitu juga ibu bapa mertuaku yang hampir 2 minggu datang dari kampung dan banyak membantu isteriku yang 1st time jadi ibu dan saya sebagai bapa. Terima Kasih banyak-banyak kepada semua adik beradik, ipar duai ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus2 mendoakan supaya isteri dan anak saya selamat.. terharu sungguh..dan Syukur pada Allah.. Semoga selepas ini Allah permudahkan urusan ahli keluarga, sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini. Allah Maha Berkuasa, Maha memberi, Maha Penyayang dan segalanya. Semoga Anakku membesar tanpa sebarang masalah kesihatan lagi, membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi anak yang hebat kelak.. Aaaamin... Wassalam