SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, October 24, 2018

sibuk

Assalamualaikum wbt

Saja nak menulis setelah lama tak aktif. Dah nak habis bulan 10.. sangat sibuk.

Minggu lepas bawak budak bercamping di Dusun Eco Bentong dari Jumaat hingga Ahad (12-14 Oktober 2018) Satu pengalaman yang hebat dan baru.. lebih lebih lagi pada usia  sudah agak tua ini.. merasa naik flying fox serta join jungle tracking yang amat mencabar bagi orang saiz saya lah..

Minggu seterusnya injured teruk pada urat urat.. disamping menyiapkan anak murid dengan ujian akhir tahun.. Dan azab dengan menyiapkan epelaporan jqaf.. Minggu ni Isnin dan Selasa Bengkel Verifikasi di 16(2).. Isu banyak gak lebih lebih lagi negeri lain.. Tapi Putrajaya Alhamdulillah..baik baik aja..

Minggu ni bebudak exam.. pagi petang.. naya la nak menanda haha.. tapi itulah resam dunia.. nak jadi cikgu kan.. Hujung minggu ni Final Piala Malaysia Perak vs Terengganu.. macam tak dapat pergi sebab banyak komitmen lain. Sekolah isteri ada camping lak.. anak buah nak bertunang kat Johor (Tak dapat join jugak kot)

So sekarang ni tengah hadap nak isi pajsk budak kelas saya. So begitulah ceritanya.. nanti sambung hehe.. wassalam