SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, August 31, 2006

Merdeka

Bismillah al-Rahman al-Rahim..
Lama gak tak nulih kat blog sini..hmm..Alhamdulillah sekarang ade skit masa. Nipun sebab kat chatbox tu dah kene pangkah ngan Aini haha.. ada dua bini bini tua jangan dilupakan..diabaikan..ewah..kemain lagi..

Hmm Malaysia sekali lagi menyambut 31 Ogos seperti setiap tahun yang lepas2 menandakan kalini dah masuk kali ke 49 dah kemerdekaan di Malaysia. Bersyukur sebab Malaysia ni masih aman makmur lagilah berbanding banyak negara yang dah porak peranda dan ada yang baru nak mula berporak peranda. Ada Negara yang umat Islam itu seperti tiada nilainya dibunuh, dan diperlakukan apa sahaja. Islam sebenarnya sepatutnya merdeka lebih lama dulu tetapi mengapa kita seolah-olah terkurung walaupun berada di negara sendiri?..

Hanya kita mampu merubah diri sendiri dan kaum keluarga kita, begitu juga masyarakat bangsa kita..Sebab nak suruh orang lain merubah diri kita barulah jadi situasi macam sekarang yang kita tak berapa gemar ni. So dalam sinar merdeka yang baru disambut gilang gemilang malam semalam, dengan penuh bunga api berpancaran di langit seperti perang plak kulihat, hope semua mengambil semangat merdeka untuk memajukan diri dan agama supaya lebih menonjol dan tidak ketinggalan atau tenggalam dek arus zaman.

Selasa aritu aku menghadiri temuduga j-QAF KPLI.. sungguh syahdu dibuatnye bila mula-mula masuk bilik temuduga tu. Ramai member2 yang dikenali terkena sama pusat dengan ku kat Institut Perguruan Islam Bangi (dulu MPI) .. Boleh dikatakan bahagian yang cakap-cakap Alhamdulillah la tapi sebelum cakap-cakap kena tulis dulu.. Yang tu teman rasa terpinggir la plak..Ish..bahaya btol..soklan pun dah konpius..entahla. Udahla malam sebelum iterview tu syarikat tV kat Malaysia ni dok berperang sesama sendiri. tV 1 dan Astro tayang program nak baik hubungan Mawi dan Ina. Kat Tv3 tunjuk CT bersanding ngan Dato' K.. Camne la nak prepare dan study? hehe.

So doakan lah semoga matlamat diriku tercapai walau dalam apajua bidang sekalipun. Ish..Hmm..tak keruan dibuatnye..Wokeh nanti nak sambung lagi..sekarang rase ngantuk plak.hee.. Best dengar member2 beriya sambut merdeka kat KLCC, PutraJaya dsb tapi aku sekadar dok rumah ja.Pikir nak cari keja apa pasni..sapa nak tolong aku? Boleh la ehe :) Wassalam

Tuesday, August 08, 2006

Silat dan Lanun filem

Assalamualaikum WBT...

Hmm..kat rumah ni nak sembang sorang2 kang dikata gila plak..baik tulis banyak2 baru lah tak gila..hehe.. saja nak citer skit pasal peristiwa dua tiga hari ni..tua-tua nanti bila baca balik kan boleh gak nak teringat kan? hehe..

Weekend lepas berlangsung Sukan UKM Silat Olahraga dan aku menjadi salah seorang urusetianya. Ramai tanya kenapa tak masuk dah? Ish camne la nak masuk kan konvo x sampai lagi dua minggu..buatnya terseliuh kaki ke ape ke..camne nak buat?..hehe..Khamis malam Jumaat pasang materest kat Dewan Gemilang UKM. gelanggang silat la..ramai gak yang datang membantu. Pastu ke Kolej lamaku KIY untuk memberi sedikit peransang kat budak2 wakil KIY tu semua..

Jumaat petang adalah pendaftaran.. ramai yang masuk SUKEM kalini. Meriah ja. Malam mula game seni. Aku cadang nak lepak UKm sepanjang Sukem sebab parent balik Perak. Tapi malam petama balik gak umah setelah letak barang2 kat bilik Nas.. Nas star KIY dan Juara MASUM silat Olahraga ni..my best fren lah.. Shahet pun sampai malam tu dari Pasir Gudang.. Shahet juga sahabat karib ku dari KIy yang sama2 memperjuangkan silat olahraga KIY dan UKM.. Seni malam tu dibolot semua oleh KAJAI dengan 4 emas.. Kiy dapat pingat pertama dalam sejarah silat seni dengan Rahim dapat pingat Perak..hehe.Sebelum ni x penah antar wakil seni.

Sabtu pagi bergegas bangun tidur dan ke UKM. Pitshah lepak umah aku gak tidur jap. Jadi Ajk letih ngan makan ja.. Aku jaga kaunter barangan dan geng2 silat UKM semua suka lepak situ..Ngan akak sorang tu Solehah kot nama dia, Shahera, Jihah, Yati, Mijang, Che Un, Skott dan Pok Che'.. tapi ramai gak lagi la..Masing2 buzy dengan tugasan masing2 termasuk dengan komitmen terhadap kolej masing2.. star2 UKM ramai datang balik untuk tengok SUKEM. Geng merangkap ex-musuh aku Bed pun ada. Selain tu Abang Zaidi lagenda, Amir Terminator, Mawi Gorgon dan ramai lagi. Riuh meja urusetia dengan lawak gurau senda yang x abis2..

Malas nak ulas pasal SUKEm sangat. Star2 macam Nas, Pok Che', Fiza, Mai, Man Kajai, Swat langsung tak bermasalah menggondol pingat emas. Banyak gak star2 baru macam Skott, Azmir KIY dapat emas. Apepun letih la dalam menghadapi SUKEM 2 hari setengah ni. Bekalan makan mencukupi malah berlebih dan Abang Man(coach UKM) tak menghadapi masalah sangat dalam menguruskan pertandingan kalini. Dapat t-shirt sehelai hehe. Shahet pun dilantik jadi urusetia last minit.

Ahad tengahari member2 ajak amik jubah konvo lat Dectar. Aku just teman depa sebab lupa bawak slip Bank Islam plak ish. Dani, Seze', Boby, Chot n Arip pun datang gak dari KUIM saja melawat.petang majlis meraikan urusetia-urusetia semua kat KFC PKNS Bangi.. meriah dan hampir semua datang kecuali Mijang yang letih sangat dan Shahet yang terpaksa balik Johor segera sebab esoknya nak keja.Nak ingat balik nama-nama AJK yang senhtiasa hepi sokmo..best... Man Kajai selaku ketua urusetia, Che' Un (Bashirul), Pok Che' (Hafiz), Nas, Skott( Hery), Mijang( Amizan), Shahet, Mai, Fiza, Yaty, Solehah, Ana, Fatimah, Shahera dan Aishah. Pas jamuan jalan2 ngan Nas, Skott dan Pok Che' kat Billion tu n then lepak bilik Nas. Kol 10 lebih balik umah.. Pit Shah ngan Mad datang lepak umah aku malam tu..

Isnin makan tengah hari kat Azura. Pastu lepak umah sewa jap. Amiq cakap dia start keja esok jadi lecterer kat Kolej Teknologi Timur. Murah rezeki dia. Ke UIA teman Pit Shah jumpa adik dia. Lepak kolej adik dia tu kat mana ntah lupa lak. x tesangka-sangka leh terserempak ngan member sekolah lama tapi mula2 konfius..aku dalam kereta dia kat tepi jalan.. macam Alaw je..last2 dia yang tepon seterusnya mengompemkan situasi tersebut ..hehe.. Adiknya pun ade kat UIA tu.. Comey plak tu..heee.. Adik ku sorang lagi jugak x leh jumpa AF.. Dah ikut orang kan..takkan nak buat kepala plak? :-( tau Laq marah.. Nanti leh jumpa punya.. Cadang nak gi UIA suatu ari nanti nak gi jumpa semua yang ada hubungan ngan aku.. Nak jumpa semua..

Pastu Fakrizal belanja minum kat kafe Human Science walaupun sebelum tu adik Pitshah dah belanja kat kafe Maryam tu..oo kolej adik dia tu Maryam lah..hehe.. Sha kat Sumayyah.. Laq kat Hafsa..kan dah ingat nama2 marhalah kat UIA..hehe.. pastu balik ke Bangi makan nasik kat Mapley. Gi umah sewa mulakan proses jadi lanun ngan Pitshah.. Bob, Dani semua ada dok buat hingaq Dani baru beli kamera digital. Yang lain semuanya bertugas di post masing2 :) ... sekarang aku balik rumah dan berehat.. Pitshah meneruskan usaha menjadi Lanun filem donload..heee

Friday, August 04, 2006

Kenangan Beberapa hari ke Labuan dan Sabah

Bismillah Al- Rahman al- Rahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..saje nak citer skit bila ada masa terluang ni pasal program jalan2 baru ni..hehe

Jumaat 28/07/06 flight kol 12.35 tengah hari bertolak ke Labuan ngan my mom..Dapat gak naik kapalterbang balik. Dulu last masa sekolah rendah gi Sabah gak. Lebih kurang 2 jam atas langit sampaila Labuan. Ayahku yang memang dah tunggu kat sana jemput kat Airport Labuan ngan Ustaz Suhaili selaku L.O.(pemandu pelancong atau pengiring ayah aku la).. Ke Hotel Mutiara tempat kami menginap. Tepi laut n sungguh cantik..Malam2 burung akan tidur kat pokok buluh depan bilik..beribu-ribu ekor..sangat comel.. Malam tu juga ada makan malam sempena Majlis Tilawah Quran Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQ) kat Plaza Kewangan Convention Hall.. Macam-macam persembahan menarik.. budak2 istimewa, budak2 Jqaf, nasyid..

29/07/06 penutup MTQ kat tempat sama macam semalam. Dato' Hishamuddin Tun Hussain Menteri Pelajaran rasmi diiringi SU sulit dia kot Ustaz Firdaus Ismail ex-Imam Besar Masjid Negara. Aku tak masuk pun penutup tu..Jalan-jalan kat Plaza tu..cuci mata..beli coklat lepak ngan Sabahan tu semua..abis je tu gi Shopping beli kain untuk wat seluar slack untuk konvo dan baju Melayu Raya..hehe ..matk ayah aku pun beli sakan.. bayar kad kredit kat The New Store tu RM800.. banyak gak ye..hehe. Malam aku makan malam ngan Pengarah2 kat JAPIM tu. Hj Dangiran (kepala bos), HJ Shuib (Pengarah Pengurusan), Dr. Nan (Pengarah Dakwah), Hj Mohd ( Pengarah Kurikulum. Ayah aku daa hehe)..makan ngan semua L.O dan pegawai dari Labuan tu..Makan mewah ikan besar2..kenangan-kenangan..

30/07/06 kol 10.30 pagi naik Feri ke Kota Kinabalu. 3 jam perjalanan. siap dia pasang 2 movie atas feri tu. Tidur kat Promenade Hotel. Petang jalan-jalan cari makan kat pasar KK tu. Makan ikan panggang. Gi Bazar Philipine beli skit cenderamata yang member pesan atau nak kasi kat orang. Tempat kat sini menarik gak..Pastu sebelum balik makan dulu kepak ayam ngan nasik goreng.. Comel adik yang jaga gerai tu..hehe..Letih jugak..rehat.

31/07/06 ke Tawau naik Air Asia. Flight kol 9 pagi. Sampai sana dah ada ustad tunggu. my perent naik ngan sorang ustad tu..aku naik ngan Ustad Mad Awang pengetua SMKA Tun Sakaran. Best lepak ngan ustad tu.. banyak info dia kasitau tanpa ditanya..dia ke Sabah thun 2003 dan sekarang dia xmau balik semenanjung dah walaupun ada offer ke SMAP Kajang dan Kementerian. Dari Tawau bertolak ke Semporna pejalanan sejam lebih. Gi makan-makan lepas Check in kat Hotel SeaFest. Sini lepak ada program untuk guru JQAF dan pasal Quran tu apentah..best jugak la. Melawat SMKA Tun Sakaran dan gi tengok tempat orang bela ikan. Petama kali tengok ikan Kerapu sebesar aku. Tupun penjaga tu cakp yang paling besar baruja mati..fuh..naik bulu roma tengok ikan tu.. banyak lagi la ikan cantik dalam tu..

1/08/06 Melawat SK Pulau Mabul. Naik bot laju dekat sejam jugak..terhempas-hempas melawan ombak..hehe..best jugak cabaran. sekolah yang menarik student ada 150 orang guru cuma 6 orang.Layanan pun baik kat sana tu. Air dan pemandangan lawa. Tempat pelancongan selepas Pulau Sipadan ditutup. Chalet2 pun lawa kat situ. Yang bestnya jauh kat lautan pun tetiba adagak line MAXIS aku satu bar..hehe. Pastu ustad2 dan ustazah yang join rombongan usik2 aku soh ngajar kat situ JQAF..hehe..lebih2 lagi Ustad Hasan..Best jugak..hehe. Lepas tu ke Pulau Sipadan tapi xleh turun bot sebab kena ada kebenaran polis dulu ..leh pusing ja. Memang cantik..amazing..MasyaAllah.. puasmati bila balik..walaupun letih gila..

Flight malam kol 9 malam ke KL. Ustad Mad Awang hantar kat Airport. Makan mlam dulu dalam perjalanan beliau belanja. Malangnya ada masalah kapalterbang. kol 12 baru leh gerak. Sampai ko, 3 pagi kat LCCT. Naik teksi kena rm77 nak balik Desa Saujana ni..hehe .Alhamdulillah selamat sampai dan banyak pengalaman indah dikumpul.. Marilah kita cuti-cuti Malaysia lagi nanti hehe.. Air Asia murah je macam tema dia 'Kini semua orang boleh terbang dengan Air Asia' Pramugari pun segak :p ok lah.. G semayang Jumaat la..

Wednesday, August 02, 2006

Konvokesyen

Bismillah al-Rahman al- Rahim..
Alhamdulillah..Segala pujian buat Tuhan yang Maha Besar ..
Setelah tiga tahun bersengkang mata, bermandi peluh, mengerah otak, mengikis dan mengabiskan duit bapak aku serta PTPTN, akhirnya dapat juga mengecapi saat bahagia tamat belajar kat UKM yang bertuah ni.. Konvokesyen aku di sidang terakhir sekali sungguh menyayat hati hehe..mujurlah member-member tahap bestfren semua kena sama tarikh ngan masa jugak..


Kami akan berkonvo pada 17hb Ogos jam 1.30 petang hingga 5 petang bersamaan sidang ke 12. Dengarnya pada sidang terakhir tokey2 kedai bunga semua dah kasi diskaun 70% kat pelanggan-pelanggan yang datang kedai mereka..so jemputlah datang ke majlis konvo kami hehehe.. YoS, Bob(Amirul Faiz), Amir Ashraf, Zulkhairul, Za raul (Faiyzan), Pit Man (Hafiz Rahman), Mat Shah, Meso.. yag perempuan pun ramai gak kena sekali..semoga tak terasa hambar lah walaupun di sidang yang terakhir sekali dah.

Kepada kawan-kawan Usuluddin Falsafah dan Fakulti Pengajian Islam yang lain yang majoriti berkonvo pada 14 dan 15hb Ogos diucapkan tahniah siap-siap..semoga kita semua dapat mengecapi kejayaan yang lebih tinggi lagi selepas tamat belajar di UKM ni sama ada yang mahu sambung belajar ataupun yang sudah mahu berkerjaya..

Satu nasihat...Jangan pandang lekeh pada KPLI J-QAF kerana itu adalah satu-satunya peluang pekerjaan yang kerajaan wujudkan atau hadiahkan kepada kita siap tepat pada masanya pulak lagi tanpa kita perlu bersaing dengan pelajar lepasan Fakulti lain seperti jawatan kerajaan atau swasta yang lain.. Walaupun sekadar mengajar sekolah rendah, tapi harga degree itu tetap laku dan anda semua boleh jadi Guru Besar dengan cepat..kuikuikui (gurau aje)..

Anda perlu sedar satu lagi hakikat iaitu dah amik Pengajian Islam, jangan perlekeh kerja yang disediakan untuk kita, tapi rebutlah ia dengan bersyukur..kalau cabaran mengajar sekolah rendah pun kita dah pikir tak mampu handle, pikirkanlah balik betapa peliknya kita boleh lulus dan dapat konvo kat UKM ni..hehe..sama ajelah kepada mana-mana rakan dari U lain ke kos apeke...Kena bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada kita kan?..
Tetapi sekiranya rezeki kita di bidang lain dan nampak lebih baik, janganlah pula kita menolaknya..Wokeh..Jumpa lagi..(dari blog frenster ku...)