Ok disini saya sambung part 2..tadi sibuk sikit uruskan hal nak sekolah esok..
Kak Hidayati..sama batch jqaf denganku sebenarnya..kohort 2007..tapi dia terbabas sebab bersalin. X sangka ajar pulak anak dia tu Azriyana masa kafa tahun 2018 hehe.. So memang dah kenal sebelum masuk 8(2) lagi.. seorang yang kelakar jugak dan bersuara lantang..Kawan lain yang pindah ialah Syed..very cool man..Artis kumpulan Kelaut..berjaya menawan hati sorang lagi sahabtku Anis.. Moga Yed berjaya di tempat kerja baru.. Pastu kak Amiza.. suka jugak berborak dengan beliau.. geng kantin hehe.. sorang lagi cikgu PPKI cg Rohaiza.. jarang sembang tapi kalau selisih biasa senyum2..Goodluck anda semua..
Part sedih disambung dengan kehilangan kak Ezzuriati dan kak Shuhelwah serentak.. Mereka berdua umpama kakak kandungku.. mereka berdua sangat baik.. Semasa mula2 mendarat di 8(2) 3 tahun dahulu..merekalah antara yang berikan kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan. Kak Ezu adalah pembantu kelas aku..Kami urus 4Akasia.. Saat paling kelakar dan takleh lupa adalah masa Hari Terbuka 2017.. Kisahnya kita rahsiakan untuk pengetahuan umum.. Tapi TQ kak Ezu hehe.. Tak pernah berkira..selalu kena pow..port nak print, pinjam pen tak pulang semula, dan macam2 lagi.. Masa mula2 aku masuk dulu kak ezu ni macam sakit.. Alhamdulillah tengok dia ceria lepas kawan ngan aku..kihkihkih..
Kak Wa lagi la..tak payah cerita..secara peribadi memang baik amatttt.. aku syak dia akan sunyi tanpa geng2 lorong lagi hehe.. Kak Wa rupanya senior jauh ke depan sekolah ku SMKASAS.. jadi tak susah nak jadi kawan baik.. banyak tolong, banyak belanja, banyak harta peninggalan dia jadi hak milik aku haha..pandai tak aku bodekk.. serius sedih bebbb.. no more kak wa n kak ezu huhu..nak nangis.. Antara pengalaman tak boleh lupa juga mereka sanggup tubuh group kutu untuk bantu aku walaupun bukan bulan 1 yang kebetulan nak pakai duit.2 tahun sudah...sekali Anis, ustaz dzul dan beberapa kawan lain..Jarang orang mula kutu dah dekat akhir tahun hehe..TQ TQ.. Bab makan2 tak berkira..bab kerja tak bekira..kalau nak diceritakan pasti panjang lagi..tapi kalau masuk bilik guru ikut pintu dekat lif..pasti takdak lagi dah 2 lejen ni..muka lain pulak la..good luck di tempat baharu..moga ukhwah terus mantap..
ok lahtu bab kawan pindah.. Tahun 2019 banyak juga pengalaman menarik..lebih2 lagi sebagai Guru kelas tahun 6.. Banyak Program.. perit jerih hadapi bersama... Kem Ibadah tidur sekolah.. Lawatan ke Hj Dorani ..masuk selut, jamuan di Palace Golden Horses..dapat hadiah macam-macam.. Aktiviti sekolah pula camping di Tapah.. Jadi FM Hari terbuka dan Kem Ibadah, perkemahan dalaman tidur sekolah.. yang paling grand sekolah anjur teater Aladdin..pengalaman sangat menarik dan sangat sangat banyak lagi program lain huhu..
ok lah..saja coret di sini..sebab tahu akan panjang.. this is my blog.. Kalau nak cerita..pasti banyak cerita..ni penutup 2019..pasal 2020 kita tulis lain nanti... bye bye 2019..bye bye all my best fren yang berpindah sedih..welcome kawan2 baru ke SKPP 8(2) ...
Tahniah buat Isteriku yang naik pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.. moga berjaya selalu dan memberi manfaat buat anak2 bangsa.. Moga 2020 beri sinar juga buat anakku Aiman supaya mampu bersaing dengan peredaran zaman ni.. bersaing yang positif bukan negatif.. Nak smiggle dah dapat heheh.. ok lah..mau layan Avengers End Game tayang kat Astro..
Maas Salamah wa ilal Liqa'
Showing posts with label Syukur. Show all posts
Showing posts with label Syukur. Show all posts
Wednesday, January 01, 2020
Friday, September 09, 2016
GRED 44
Alhamdulillah..
Setelah 8 tahun dalam perkhidmatan, pelbagai rintangan dihadapi.. Akhirnya setelah check web naik pangkat, saya telah lulus naik gred dari DG41 ke DG44 secara Time Based berasaskan kecemerlangan. Syukur. Berkuatkuasa 1 Ogos 2016. Tarikh boleh semak kat web 5 September 2016.. Saya check 6 September 2016 lepas balik jaga UPSR hari kedua.
Pertamanya sebab dapat bertahan selama 8 tahun. Pejam celik pejam celik..stress la apala..huuuiii.. Keduanya memang dugaan ekonomi yang agak besar. Walaupun tau perubahan gaji tu mesti akan ambik masa berbulan-bulan lagi macam orang nak bersalin pulak hehe..
Semua tau..sistem guru ni guna sistem 8863.. nak sampai ke gred 54. Semoga ada rezeki untuk terus naik gred dan dipanjangkan umur. Thank you semua yang berada disisi yang sentiasa menyokong. Nanti kita cerita hal lain pulak. Wassalam
Monday, August 04, 2014
Selamat Hari Raya versi tahun 2014 Ku Terharu
Bismillahi Rahmani Rahim...
Alhamdulillah sudah masuk raya ke 8.. BAru berkesempatan nak buka blog.. Almaklumlah zaman android..smart phone ni.. memang whatapp dan fb sangat mudah..tapi nak update blog memang jenuh.. ak laptop jugek...
Dalam kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melukakan hati sesiapa sepanjang penulisan saya dalam blog ini..dah lebih 10 tahun blog ini wujud..
Raya pertama tahun ni jatuh kepada giliran kampung isteri.. so raya di Bentong lah.. raya kedua balik Terengganu.. NAmun dalam penulisan saya kali ini bukanlah nak cerita pasal aktiviti raya saya dan keluarga sangat.. tapi rasa terharu dengan sikap dan sifat yang baik manusia-manusia yang dikenali mahupun tak dikenali..
Saya ada memohon bantuan ahli kumpulan "Kami Guru Malaysia" di facebook.. mendoakan kesihatan anak saya yang ditimpa sakit beberapa hari sebelum raya. Tak lalu makan.. bila makan terbatuk sikit terus muntah semula.. muka pucat.. kurang ceria dan juga tak boleh tidur.. kasihan..sungguh kasihan.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya dan isteri ketika itu...setelah saya hantar status tersebut :-
Alhamdulillah sudah masuk raya ke 8.. BAru berkesempatan nak buka blog.. Almaklumlah zaman android..smart phone ni.. memang whatapp dan fb sangat mudah..tapi nak update blog memang jenuh.. ak laptop jugek...
Dalam kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melukakan hati sesiapa sepanjang penulisan saya dalam blog ini..dah lebih 10 tahun blog ini wujud..
Raya pertama tahun ni jatuh kepada giliran kampung isteri.. so raya di Bentong lah.. raya kedua balik Terengganu.. NAmun dalam penulisan saya kali ini bukanlah nak cerita pasal aktiviti raya saya dan keluarga sangat.. tapi rasa terharu dengan sikap dan sifat yang baik manusia-manusia yang dikenali mahupun tak dikenali..
Saya ada memohon bantuan ahli kumpulan "Kami Guru Malaysia" di facebook.. mendoakan kesihatan anak saya yang ditimpa sakit beberapa hari sebelum raya. Tak lalu makan.. bila makan terbatuk sikit terus muntah semula.. muka pucat.. kurang ceria dan juga tak boleh tidur.. kasihan..sungguh kasihan.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya dan isteri ketika itu...setelah saya hantar status tersebut :-
Saya juga agak terkejut bila mendapat 737 likes dan 386 komen rasanya tak pernah lagi tercapai sebelum ini.. menandakan memang wujud perasaan simpati walaupun terhadap orang yang tidak mereka kenali.. Syukur Ya Allah... kenapa saya berbuat demikian? sudah tentu sebab doa itu sangat penting dan meminta orang mengaminkan doa kita bukannya senang.. manalah tahu ditakdirkan Allah ada dikalangan yang mengaminkan adalah orang-orang dimakbulkan doanya.. sungguh beruntung kita yang lemah dan hina ini..
Amat bersyukur dan berterima kasih. Sudah tentu mereka semua adalah dari kalangan guru juga.. terharu amat terharu walaupun ini sekadar facebook!!.. Alhamdulillah pada hari Khamis..raya .keempat..anak kelihatan pulih sepenuhnya..sudah mahu bercakap banyak.. melompat dan jadi 'nakal kanak-kanaknya' semua.. Thank You Allah..
Semoga kesihatan anak saya dan ahli keluarga saya terus lebih baik selepas ini. Mohon dijauhi anasir anasir kurang baik dan tidak tergolong golongan yang dimurkai Allah.. amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)