SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, November 13, 2013

Rumah oh Rumah part 2

Alhamdulillah baru ni jumpa kontraktor baru lak untuk sambung kerja menyiapkan rumah. Bukan nak memburukkan kontraktor lama.. tapi Bila nak mengecat memang nampak sangat kualiti pembinaan yang agak ceroy..Sampai Kontraktor baru tak puas hati bila cat..dorang pulak yang ratakan balik dinding tu.. dua kali kerja.. Upah untuk semua kerja kontraktor ni ialah around 3000.00.. beli barang sendiri..

Upah untuk cat satu rumah ialah lebih kurang 1200.. Beli cat pun dah seribu lebih habis.. Tapi masih jauh lebih murah dari harga kontraktor lama. Sibuk juga ke Jalan Reko Kajang beli tiles. Tadi wife dah keluarkan 1300 untuk tiles sahaja. Nak tukar dan tinggikan bahagian ruang makan dan tukar tiles bilik bawah..Pasang tiles dinding dapur dan dinding kabinet.. Sakit pinggang mengangkat..

Kontraktor baru ni style part time ja.. Abang tu siap cakap duit untuk dia makan minum sampai pencen untuk sara keluarga dah ada. Ni just hobi dan nak bantu-bantu.. so far dia dah pasang tiles kat bahagian luar belakang rumah nampak memuaskan la. Hari bekerja dorang wat kerja malam. Hari minggu dari pagi sampai malam. Nampak macam ekspress gak buat kerja sebab dah ada orang tempah kat port lain pulak. Harap-harap kualiti cemerlang. Tengok bilik-bilik pun dah cat tadi. Puas hati la. PAstu mana-mana yang corrupt kat rumah tu dia kasitau dan tolong repair. Contohnya paip yang kontraktor lama buat leaking. Dinding terang-terangan basah. Geram gak. Dia cakap kena tebuk balik dinding dan repair sebab camne nak pasang tiles kalau ada leaking. Apapun bersyukur sebab detect problem tu sekarang. Kalau dah pasang tiles or dah duduk 2 3 tahun baru perasan..abis semua nak kena pecah balik.. Lagi teruk la kos.

Belanja terbaru ni : Upah 3000 .. tiles luar dekat rm200.. tiles dinding ruang makan 130 somthing (below 150) .. tadi beli tiles untuk kabinet (dinding antara table top dan kabinet atas) ..tiles dinding dalam kabinet.. tiles dinding sekeliling dapur dan tiles ruang makan campur bilik habis rm1301.70. Banyak tu.. Sampai tak muat kereta. Esok kena ambik lagi separuh. Cat pulak Sabtu aritu dah beli 14 tong dengan kos rm1200 somthing. Semalam tambah lagi 2 tong rm170 lebih. Simen, pasir dan lain2 mintak kontraktor belikan dah. rm248.00. (simen 10 kampit.. pasir 2 beg.. simen putih dll)

ok..begitulah sedikit coretan.. Harap-harap dapat pindah cepat. Cuti dah dekat. Jangan time cuti sekolah ni tak dapat kemas barang sudah. Rugi. Wassalam. sedikit gambar sebagai penutup.


Aiman dan tiles baru pasang di luar rumah


Dapur dah cat separuh.. yang tak cat tu untuk tiles


Sebahagian daripada cat yang beli kat kedai hardware Dengkil..sebelah kedai Pajak :p

Sunday, November 10, 2013

Tiada Kenaikan Gaji 2 kali

Baru baru ni saya ada buat entry tentang ura-ura kenaikan tahun depan sebanyak 2 kali.. Namun bila keluar pekeliling tidak disebut pun hal itu. Yang ada hanya Gaji maksimum dinaikkan supaya takde yang terhantuk dinding.. Antara yang pernah jadi mangsa langgar ini ialah ayah saya.. hehe..

Namun kadang-kadang kerajaan bila-bila masa sahaja boleh umumkan apa-apa insentif tanpa menunggu pembentangan bajet.. Semoga ada yang positif.. Baru-baru ni terima surat Astro bagitau bil rm 125 sekarang dinaikkan kepada rm133. (belum kira cukai 6%) Amat terasa..huhu..Sekian

Wednesday, November 06, 2013

Cari khidmat bungkus barang nak pindah?

Assalamualaikum WBT.

Saya hanya mengiklankan berdasarkan servis yang baik daripada pihak ini : encik Husaini (019-3430290) . Kedai depan Mydin Putrajaya. Baru-baru ini ayah saya berpindah ke Terengganu dari Desa Pinggiran Putra, Kajang. Sofa dan barang dibungkus kemas dengan harga berpatutan. (runding sendiri). Mereka juga ada perkhidmatan lori sewa untuk pindah tapi ayah saya menyewa dengan syarikat lain sebab nak pindah jauh. Wassalam

Monday, November 04, 2013

2014 kenaikan gaji 2 kali lagi?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Semalam tengah jalan-jalan dengan anak isteri dapat satu mesej daripada whatsapp yang mengatakan kerajaan akan beri dua kenaikan lagi tahun hadapan sama macam tahun ni melibatkan 81 skim..termasuk guru.. hmm.. Alhamdulillah. Sumbernya daripada Bernama.. Harap betul lah.. maksudnya dalam 2 tahun dapat kenaikan 900 ringgit.. Syukur sangat sebab baru start potong rumah dan buat loan pulak nak renovate rumah.. memang terasa sangat la kekurangan gaji tu

Semoga berita ini sahih dan bersyukur juga dalam bajet umum bonus walaupun hanya setengah bulan gaji.. merasa la dalam 1500 camtu.. cuma dapat bulan satu yang ralat sikit.. kalau dapat bulan 12 alangkah bahagianya hehe..

So apa boleh buat untuk menambah pendapatan? Ada sapa2 nak bantu bagi pinjaman kepada saya free interest? heheh.. Hmm dalam pos ini juga nak cerita pasal mak ayah saya yang baru berpindah balik Kampung ayahku di Marang Terengganu. Abah cakap dah 42 tahun dia merantau. Tapi tinggal di Terengganu tu tak bermakna meninggalkan terus Perak. Musim Tengkujuh lepak Perak..Musim buah lepak Perak.. Musim sotong lepak Terengganu.. hehe.. Macam best pulak. Cuma kuharapkan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku..

Sedih gak sebab sebelum ni dorang duduk Desa Pinggiran Putra.. Senang lagi la nak jumpa.. nak borak-borak.. sekarang dah jadi jauh la sangat.. Takat balik Tepeng baru 3 jam kalau tak jem.. Ni dah jadi 6 7 atau 8 jam nak balik Terengganu.. Mungkin bila LPT siap sepenuhnya dapat gak membantu mengurangkan jarak.. Tiada lagi balik kampung tanpa tol dan minyak setakat Presint 9 ke Desa Pinggiran tu berapa la sangat heheh.. Tahun lepas siap raya Haji kat DPP tu..

Okaylah. sekadar coretan..waktu free sebelum esok cuti Awal Muharram.. untuk Muharram kita wat entry lain lak.. peace.... Wassalam

Ubah counter hit

Assalamualaikum WBT..

Boring pakai counter hit yang lama.. penah dah cecah 11 ribu tiba-tiba dia ubah jadi dua ratus lebih..hampeh.. test dari web ni lak http://www.totallyfreecounter.com/Counters.aspx .. kot2 tahan lama hehe..