SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)
Showing posts with label naik gaji. Show all posts
Showing posts with label naik gaji. Show all posts

Sunday, October 30, 2016

Oktober 2016..macam macam cerita

Bismillahi al-Rahman al-Rahim..

Oktober tahun ni leh kata ada kaitan ngan lagu tragedi oktober gak la.. dengan kena bayar macam-macam tunggakan (salah siapa kalau nama dia tunggakan?) huhu.. Indah water kena pow 200 lebih.. Orang buat gate belakang rumah kena pow 120.. Cukai pintu setahun 411++.. tapi sebab lambat bayaq dia beranak jadi 460++..ambik hang..

Yang agak tak puas hati bil TNB..Bil bulan 9 tak datang..tiba-tiba bulan 10 kena bayar untuk 2 bulan. Saya pernah buat tanya  di whatapp group jalan 7 taman saya pasal bil ni.. Ada seorang hamba Allah ni macam perli lak cakap "bil tak sampai lagi kami suka..tak payahla bayar" ..Aduii..punya mangkaq jawapan.. Masa bila bil TNB leh jadi tak payah bayar?dia hantar bil ke..tak hantar bil ke..nah kena dekat 200 sebab caj dia tu untuk kiraan 62 hari.. kalau bil tepat setiap bulan leh la bajet dalam 100 je untuk letrik..maklum la rumah xde aircond..

Bil Syabas 10++ je dan astrok 150++.. habis gaji buat bayaq bil ja..haha.. Namun Alhamdulillah Mama ada bagi sedikit sumbangan bulan ni. Leh la tampung mana yang patut.Sebab tu la bulan ni walau berpeluh leh lagi di laplap..tak macam bulan lain hehe..TQ abah mama.

Perkara paling tragedi dalam bulan ini ialah peristiwa tanganku terbelah terkena kaca. Terkena pintu almari. 6 oktober. Isteri saya bergegas bawa ke Hospital Putrajaya. Xray Alhamdulillah xde kaca dalam luka. Lama juga tunggu nak kena jahit.

Ini gambar sehari selepas jahit sebab malam jahit tak tahu nak kena balut.ambik gamabr ni masa cuci luka di Klinik Desa Dengkil. 6 jahitan sahaja.


Ini gambar seminggu kemudian 12 Oktober selepas buka jahitan. Buka di Klinik Presint 18. Tak bercantum lagi sebenarnya. Agak risau dan tak lena tidur.

Sekarang Alhamdulillah luka dah bercantum tapi jari manis masih belum pulih sepenuhnya..MAsih kebas kebas dan kadang kadang sakit.Saya merakamkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam rawatan saya.. En Tarmizi di Hospital Putrajaya yang tolong jahit tangan. Nurse2 Klinik Dengkil dan Klinik 1 Malaysia Bandar Baru Salak Tinggi. Mr Calvin (kalau x silap) dan kawan2 di Klinik Presint 18 yang tolong cuci luka dan buka jahitan. Nak kira kalau gi swasta beratus jugak ni dari jahit sampai luka sembuh. Alhamdulillah ada kemudahan. 

Sepanjang cedera ni ada hari Sukan Negara..(dalam MC so x datang)..siap ada PM, KJ , Chong Wei kat Putrajaya..huhu..sambutan hari kanak-kanak.. yang paling dasyat Sukan Sekolah.. Tuhan je tahu bila tangan cedera macam ni tengah ada tugasan berat.. Maafkan daku rakan-rakan sejawat dan bosku.. 

Antara lain surat rasmi naik pangkat dah diterima..CC cakap gaji bulan 11 dah hantar..so paling awal gaji bulan 12 dapat gaji baru huhu..harapnya.. apapun Alhamdulillah.. dalam bajet 2016 minggu lepas PM umum bonus 500 dapat bulan Januari dan guru-guru dapat tablet..Syukur lagii..

Yang lain kita sambung kemudian..Nak layan bola final Kedah vs Selangor.. Rumah kat Dengkil takan nak sokong Kedah? hehe.. Salam

Sunday, November 10, 2013

Tiada Kenaikan Gaji 2 kali

Baru baru ni saya ada buat entry tentang ura-ura kenaikan tahun depan sebanyak 2 kali.. Namun bila keluar pekeliling tidak disebut pun hal itu. Yang ada hanya Gaji maksimum dinaikkan supaya takde yang terhantuk dinding.. Antara yang pernah jadi mangsa langgar ini ialah ayah saya.. hehe..

Namun kadang-kadang kerajaan bila-bila masa sahaja boleh umumkan apa-apa insentif tanpa menunggu pembentangan bajet.. Semoga ada yang positif.. Baru-baru ni terima surat Astro bagitau bil rm 125 sekarang dinaikkan kepada rm133. (belum kira cukai 6%) Amat terasa..huhu..Sekian

Monday, November 04, 2013

2014 kenaikan gaji 2 kali lagi?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Semalam tengah jalan-jalan dengan anak isteri dapat satu mesej daripada whatsapp yang mengatakan kerajaan akan beri dua kenaikan lagi tahun hadapan sama macam tahun ni melibatkan 81 skim..termasuk guru.. hmm.. Alhamdulillah. Sumbernya daripada Bernama.. Harap betul lah.. maksudnya dalam 2 tahun dapat kenaikan 900 ringgit.. Syukur sangat sebab baru start potong rumah dan buat loan pulak nak renovate rumah.. memang terasa sangat la kekurangan gaji tu

Semoga berita ini sahih dan bersyukur juga dalam bajet umum bonus walaupun hanya setengah bulan gaji.. merasa la dalam 1500 camtu.. cuma dapat bulan satu yang ralat sikit.. kalau dapat bulan 12 alangkah bahagianya hehe..

So apa boleh buat untuk menambah pendapatan? Ada sapa2 nak bantu bagi pinjaman kepada saya free interest? heheh.. Hmm dalam pos ini juga nak cerita pasal mak ayah saya yang baru berpindah balik Kampung ayahku di Marang Terengganu. Abah cakap dah 42 tahun dia merantau. Tapi tinggal di Terengganu tu tak bermakna meninggalkan terus Perak. Musim Tengkujuh lepak Perak..Musim buah lepak Perak.. Musim sotong lepak Terengganu.. hehe.. Macam best pulak. Cuma kuharapkan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku..

Sedih gak sebab sebelum ni dorang duduk Desa Pinggiran Putra.. Senang lagi la nak jumpa.. nak borak-borak.. sekarang dah jadi jauh la sangat.. Takat balik Tepeng baru 3 jam kalau tak jem.. Ni dah jadi 6 7 atau 8 jam nak balik Terengganu.. Mungkin bila LPT siap sepenuhnya dapat gak membantu mengurangkan jarak.. Tiada lagi balik kampung tanpa tol dan minyak setakat Presint 9 ke Desa Pinggiran tu berapa la sangat heheh.. Tahun lepas siap raya Haji kat DPP tu..

Okaylah. sekadar coretan..waktu free sebelum esok cuti Awal Muharram.. untuk Muharram kita wat entry lain lak.. peace.... Wassalam