SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)
Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

PIAGAM MADINAH

SEJARAH ISLAM:- PIAGAM MADINAH
Piagam Madinah adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh orang Islam, Musyrikin Arab dan golongan Yahudi Madinah.
Piagam ini ialah perlembagaan bertulis yang pertama ditandatangani di Madinah. Tujuanbaginda Rasulullah mengadakan perlembagaan ini tersebut untuk menjadikan Madinah sebuah negara aman damai, makmur dan sejahtera. Dengan itu hak setiap rakyatnya akan terjamin.
Isi Piagam Madinah:
1. Rasulullah dilantik sebagai ketua negara Madinah
2. Penduduk Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing
3. Penduduk Madinah mesti hidup bersatu padu dan aman damai
4. Penduduk Madinah bekerjasama memajukan ekonomi dan mempertahankan negara.
Hikmah berlaku Piagam Madinah ialah penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama hidup bersatu padu. Ajaran Islam yang murni dan sejahtera dapat dikembangkan dengan lebih baik. Akhlak Nabi yang mulia juga dapat menarik minat golongan musyrikin Madinah untuk memeluk Islam. Secara tidak langsung dapat mengembangkan agama Islam. Bilangan umat Islam semakin bertambah selepas berlakunya Piagam Madinah.
Wallahualam bis Sawab
-nukilan petang-petang uskutt (subjek tahun 6)

Tuesday, August 20, 2013

Sejarah Islam: Pembesar Mekah memeluk Islam

Assalamualaikum WBT...

Pada hari ini saya ingin menulis serba ringkas tentang sejarah tiga tokoh utama Islam yang memeluk Islam. Mereka ialah Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib.

Abu Bakar bin Abi al-Qohafah adalah sahabat Nabi sejak kecil yag dermawan dan hartawan serta disukai oleh kaumnya. Beliau dan Rasulullah saling mempercayai sehinggakan apabila Nabi menyeru beliau memeluk Islam telah diterima dengan mudah tanpa ragu-ragu.Setiap apa yang diperkatakan oleh Rasulullah akan 'dibenarkan ' oleh Saidina Abu Bakar sehingga menerima gelaran as- Siddiq. Beliau turut berdakwah sehingga ramai juga sahabat lain memeluk Islam.

Sahabat yang kedua memeluk Islam ialah Saidina Umar bin al-Khatab. Memiliki watak yang gagah, berani menyebabkan beliau ditakuti dan digeruni serta dihormati. Pada asalnya beliau amat memusuhi Islam. Rasulullah sendiri pernah mendoakan agar suatu hari nanti Saidina Umar akan menerima Islam. Apabila Umar mendapat berita adiknya Fatimah memeluk Islam.. terus beliau menyerang ke rumah adiknya itu.Kebeltulan Fatimah ketika itu sedang membaca ayat al-Quran. Beliau menampar dan bertanya apa yang dibacakan itu?. Fatimah memberitahu yang dibacanya ialah ayat al-Quran. Umar menyuruh adiknya membaca sekali lagi dan apabila mendengar secara terus menyebabkan dia terpegun dan tergamam dengan keindahan mukjizat ayat al-Quran. (Pada masa ini al-Quran belum lengkap dan belum dikumpulkan.. jadi saya yakin Umar mendengar ayat al-Quran yang dibaca/ Hafaz oleh Fatimah atau hanya catatan ayat-ayat). Saidina Umar meminta untuk di bawa berjumpa Rasulullah.Setelah memeluk Islam beliau menjadi antara tonggak utama kepada berkembangnya Islam.

Pembesar Mekah yang ketiga ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad itu sendiri. Beliau merupakan seorang pahlawan yang gagah berani sehingga diberigelaran 'Singa Allah' dalam memperjuangkan Islam. Pada suatu hari Hamzah diberitahu bahawa Rasulullah telah dicaci dan dihina oleh Abu Jahal. Beliau dengan marah terus menerkam Abu Jahal dan berkata "mulai hari ini jika kamu masih menghina Muhammad kepalamu akan ku penggal". Selepas itu beliau mengishtiharkan pengIslaman dirinya kerana tidak rela melihat anak saudaranya itu terus dihina dan dicaci.

Ketiga-tiga tokoh ini memberi sumbangan yang besar kepada Islam. Umar dan Abu Bakar membelanjakan harta mereka untuk menegakkan Syiar Islam. Hamzah merupakan perwira Perang. Begitulah serba sedikit dan ringkas cerita yang saya taipkan pada hari ini. Jika berkelapangan saya akan menulis cerita tentang perjalanan hidup Empat Khalifah Islam secara detail.. Wassalam