Alhamdulillah..Allah panjangkan umur..menjejak juga tahun 2020..
Dapat juga menulis disini pada 1 haribulan juga adalah satu kejayaan hehe.. Azam utama ialah banyak nak menulis disini berbanding fb mulai hari ini. Orang jenis suka menulis, perlukan satu landasan untuk menulis.. lagi lagi ada dengar sindiran sesetengah tu pasal suka pos di fb..
What a bosan life dengan orang yang suka mengondem orang.. hidup satu kaler je dalam hidup.. tapi memang ada kebenaran juga tak elok semua benda nak cerita kat fb.. semua manusia bosan akan cepat cemburu, apatah lagi mendengki.. orang pos gambar salah, pos doa salah, pos kerja salah..pala hotak hang..
oklah..lantak hangpa la.. aku mau enjoy dalam kehidupan aku dengan cara tersendiri.. Moga Allah permudahkan urusan untuk tahun 2020.. sebagai guru kelas 5 rompin, ketua rumah hijau, guru spbt, juruletih takraw dan lain2 lagi..Semoga kawan-kawan juga berjaya..takbirr.. sekian
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Wednesday, January 01, 2020
Tuesday, August 20, 2013
Salam Aidil Fitri 1434h
Assalamualaikum WBT.
Agak sibuk untuk mengupdate blog.. semenjak guna note 2 jarang pulak nak onlione guna laptop heheh.. pakai android boleh juga bukak blog.. tapi bayangkanlah camne nak menaip.. menyeksa diri je :)
Walaupun sudah agak terlambat.. saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya AidilFitri versi 2013. Mohon Maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini. Sesungguhnya setiap detik dalam hidup kita ini pasti akan berlaku sesuatu yang kita pinta mahupun yang kita tak suka..
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua ahli keluarga saya yang dekat mahupun jauh .. semua sahabat2 yang mengajar sekali di SK Putrajaya Presint 16(2)mahupun yang pernah mengajar di sini yang sudah bertukar ke tempat / sekolah lain.. Memang susah juga kalau ada berselisih faham dengan rakan sekerja. Perkara sebegini memang banyak bagi pengajaran buat saya dan perlu lebih berhati-hati dalam percakapan..status facebook mahupun gurauan..
Ucapan juga didedikasikan buat semua sahabat dari Tadika Kemas Changkat Jering.. rakan-rakan dan guru-guru SK Changkat Jering..rakan-rakan dan guru-guru SMKA Sultan Azlan SHah, Bota.. rakan-rakan dan guru-guru di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang.. Rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah di UKM serta Institut Perguruan Teknik (dahulu di Cheras)..serta semua sahabat saya di dalam facebook..dan pembaca-pembaca blog ini yang memang selalu singgah atau tak sengaja singgah ;) Macam syok sendiri pulak tulis tulis ni. Tapi manalah tahu ada dikalangan yang saya dedikasikan tu terbukak blog saya yang tak seberapa ni hehehe..
Nak cerita pasal lain tunggulah di pos yang lain.. cuma tatkala saya menulis ini sudah masuk Raya ke 13 kalau tak silap..berlaku peristiwa berdarah terhadap umat Islam di Mesir yang memperjuangkan Islam.. berlaku penggulingan kuasa yang dilakukan secara terang-terangan yang jelas mencabul undang-undang alam..Setiap hari terasa amat sedih apabila terbaca bahan-bahan atau melihat gambar-gambar yang di pos oleh sahabat-sahabat tentang syahidnya penduduk Mesir yang tidak berdosa. Begitu juga dengan kekejaman Syiah yang membunih golongan Sunni tanpa belas kasihan. Peristiwa ini semua berlaku pada masa kita rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut Syawal..
Masih sempat untuk kita semua berpuasa enam bagi melengkapkan amal ibadah sebulan berpuasa.. di akhir penulisan ini saya poskan sekeping gambar keluarga saya yang di ambil pada pagi 1 Syawal di tepi Pantai Kelulut Semarak Bayu :)
Semoga berjumpa lagi dengan keizinan Allah Yang Maha Esa ..
Maas Salamah wa Ilal Liqo'

Friday, January 18, 2013
Umur Dipanjangkan
Bismillah Al-Rahman al-Rahim
Alhamdulillah 18 Januari menjelma lagi menandakan beralihnya umurku dari tahun ke tahun.. menandakan semakin tua lah saya.
Pagi ini bermula suram, sejuk dan lemah.. Sampailah satu ketika..tiba-tiba semangat mula datang untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan mula terasa inginkan satu perubahan yang jelas dan nyata.
Ya..dua tiga hari ini memang sesak rasanya kehidupan.. bukan masalah wang, tapi masalah pengaturan waktu yang kian singkat dan bebanan kerja yang datang bertubi-tubi. Hampir jadi letusan gunung berapi bila dapat 'jawatan' baru lagi hari Rabu tempoh hari iaitu menjadi ketua bagi satu Unit yang hebat. Unit itu memang saya amat suka. Tetapi memandangkan kehidupan tidak lagi sama seperti dulu, jiwa bergetar, badan menggigil dan menjadi marah-marah. Akibatnya merana diri kerana menjadi demam dan sakit urat.
Apa yang pasti perlu menyiapkan RPH, Register, Kelas, Stor Sukan, Perkara-perkara berkaitan j-QAF dan sebagainya. Tugasan menjadi mencabar kerana first time menjadi guru kelas walaupun dah lama menjadi guru.
Tahun ni mendapat hadiah sebelum birthday lagi.. Itulah Ahmad Faiq Aiman.. Hadiah untukku dan isteri daripada Allah SWT. Amat bersyukur. Akan ku jaga amanah ini dengan seluruh jiwa ragaku. Hari ini juga genap 7 bulan umur Aiman.. pagi tadi dukung dia sekejap sebelum pergi sekolah..
Azam? mestilah mahu berjaya. Nak jadi perfect memang susah. Nak jadi senang pun perlu susah dahulu. Justeru marilah bersama-sama memajukan diri. Mahu jaga kesihatan supaya lebih sihat dan bersemangat waja. Mahu menyiapkan tugasan sebelum due datenya.. mahu jadi sahabat kitab suci dan tetamu rutin rumah penciptaKu..Nampak macam ayat-ayat basi tapi kali ini azamnya kuat luar biasa. Semoga sukses dan dimurahkan rezeki. Dikurniakan kebahagian dalam keluarga dan kehidupan sendiri. Menjadi Guru yang baik dan bertanggungjawab, Tidak menjadi yang dipijak kepala tetapi bijak menangani masalah.
Ada kelebihan banyak yang disimpan sebelum ini. Kalini akan hold out semuanya. Semuanya tidak mustahil dengan adanya izin Pencipta. Semuanya jadi mustahil jika kita masih di takuk lama.. Terima Kasih Allah memberiku Isteri yang sempurna dan anak yang soleh..InsyaAllah...Wallahualam..

Tuesday, August 28, 2012
Selamat Hari Raya
buat semua pengunjung blog saya.. Semenjak guna Galaxy Tab payah lak nak update blog ni..InsyaAllah akan update selalu pasni
Thursday, July 19, 2012
Selamat Berpuasa
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM
Subscribe to:
Posts (Atom)