Assalamualaikum wbt..
Jam 12.15 tengah malam 01 January 2017 semasa saya menulis entry terbaru ini.. Selamat tinggal 2016..
Sepanjang 2016 saya diuji dengan suka dan duka..Syukur ke Hadrat Ilahi atas segala ujianNya.. mengapa? kerana tatkala ini saya masih mampu menulis, bernafas dan tersenyum mengingatkan kisah lama.
Tanggal 29 januari 2007 saya mula melapor diri ke SK Putrajaya Presint 16(2). dan 31 Disember 2016 adalah tarikh akhir saya berkhidmat di sana. Arahan pertukaran berkuatkuasa 1 Januari 2017 telah termaktub dan muktamad. Saya telah diarahkan berpindah atau bahasa halusnya redeployment yakni arahan pertukaran dalaman atas alasan sudah lama di sekolah lama dan berpasangan pula tu.
Setelah agak lama barulah agak reda perasaan ini.. Sudah seminggu saya membiasakan diri di tempat baharu iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) .. Alhamdulillah.. sudah dapat membiasakan diri. Sudah kenal beberapa guru dan sudah dapat tugasan tugasan penting tahun 2017.
Kita sembang lainkali lah pasal kerja akan terjadi ni. Sepanjang 2016, Alhamdulillah dapat dihadapi dengan baik dengan sokongan isteri dan anak tercinta. Dapat naik gred 44 setelah 8 tahun berjuang. Bermula Ogos 2016. Bekerja dengan 4 Guru Besar yang hebat-hebat sejak 2007.
Turut diuji dengan tangan terkena kaca.. dapat 6 jahitan.. pertama kali dalam hidup. sekarang dah jadi parut dan masih terasa sakitnya. Ingatan daripada yang Maha Esa bahawa tak mustahil musibah boleh melanda walau dalam keadaan tak dijangka.
Pada jamuan akhir tahun guru, sama seperti hari Guru pertama 2007.. saya menerima cabutan bertuah hadiah paling grand.. masih teringat tahun 2007 walaupun hadiahnya cuma hamper besar.. tapi ianya cuma satu.. So memang paling bertuahlah sapa yang dapat sebab sorangje pemenang. Pn Karimah menarik nama saya rupanya..bergema dewan. Rupanya peristiwa hampir sama berulan pada tahun terakhir pula. Hadiah Cabutan pertama.. hadiah Oven jenama Khind..nama pertama ditarik Puan Nor Azah Harun Alias , GB saya ke4 ialah Ahmad Firdaus Ashraf bin Mohd dan semasa itu saya sudah mendapat naluri mungkin itu sebagai petunjuk bersedia untuk keluar selamanya dari SKPP 16(2).
Jelas emosi terganggu setelah menerima surat.. mengemas barang, bawak pulang semuanya dengan kemudahan yang ditakdirkan , abang ipar minta jagakan kereta 'besar' sebab nak hadiri konvokesyen anak di Australia.. Selepas selesai mengemas barulah demam datang.. tanda letih..tanda sedih juga barangkali.. kemudian berjangkit pada isteri..berjangkit pada anak.. tiga beranak demam.
Cerita pasal Aiman, bulan 9 lagi sudah daftarkan ke sebuah Taska agak femes di Putrajaya. Agak mengganggu emosi juga bila dia dah nak mula sekolah, saya pula dihantar ke area lain.. bukan area sekolah lama walaupun banyak sekolah juga sebenarnya disitu. Lusa (3hb) Aiman akan mula bergelar budak taska.. Ya Allah sekejapnya masa berlalu. Dah 5 tahun anakku..
Azam tahun baru? banyak.. harap mudah rezeki keluargaku.. Kereta kena jalan dua-dua setiap hari lepasni sebab cabang dah berbeza pergi kerja. Nak kena repair betul-betul sampai sempurna 744 dan 743. Ada rezeki mungkin nak repair pagar buat yang letrik untuk mudah keluar masuk isteri dan anak lagi lagi takut hujan pagi dan balik kerja. Ya Allah permudahkanlah.. banyak fikir sebenarnya walaupun ada orang sinis menyindir bila saya cerita tentang kesulitan ini. Memang nak ikutkan dah banyak Allah beri kemudahan selama ni. Jeles ke? Sebab tu kita banyak doa mintak yang baik-baik dan Allah permudahkan urusan kita.. Kalau dah mudah tu Alhamdulillah la.. Yang orang kutuk perli tu dengki dengan aturan Allah? Nak kena tarik nikmat? Saja tulis je..
Oklah.. Azam tahun baru nak tidur awal sikit malam-malam tu.. tapi malam 1Januari dah tidur lambat..hehe.. jumpa lagi lah. Tengah sabar menanti Bonus 3hb Januari nanti setelah dapat hadiah minyak naik 20sen jap tadi kol 12..haha..
Showing posts with label DG44. Show all posts
Showing posts with label DG44. Show all posts
Sunday, January 01, 2017
Selamat Tinggal 2016
Labels:
2017,
Aiman,
bonus,
coretan,
DG44,
minyak naik,
pindah,
SKPP 16(2),
SKPP 8(2)
Friday, September 09, 2016
GRED 44
Alhamdulillah..
Setelah 8 tahun dalam perkhidmatan, pelbagai rintangan dihadapi.. Akhirnya setelah check web naik pangkat, saya telah lulus naik gred dari DG41 ke DG44 secara Time Based berasaskan kecemerlangan. Syukur. Berkuatkuasa 1 Ogos 2016. Tarikh boleh semak kat web 5 September 2016.. Saya check 6 September 2016 lepas balik jaga UPSR hari kedua.
Pertamanya sebab dapat bertahan selama 8 tahun. Pejam celik pejam celik..stress la apala..huuuiii.. Keduanya memang dugaan ekonomi yang agak besar. Walaupun tau perubahan gaji tu mesti akan ambik masa berbulan-bulan lagi macam orang nak bersalin pulak hehe..
Semua tau..sistem guru ni guna sistem 8863.. nak sampai ke gred 54. Semoga ada rezeki untuk terus naik gred dan dipanjangkan umur. Thank you semua yang berada disisi yang sentiasa menyokong. Nanti kita cerita hal lain pulak. Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)