SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, August 20, 2013

Sejarah Islam: Pembesar Mekah memeluk Islam

Assalamualaikum WBT...

Pada hari ini saya ingin menulis serba ringkas tentang sejarah tiga tokoh utama Islam yang memeluk Islam. Mereka ialah Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib.

Abu Bakar bin Abi al-Qohafah adalah sahabat Nabi sejak kecil yag dermawan dan hartawan serta disukai oleh kaumnya. Beliau dan Rasulullah saling mempercayai sehinggakan apabila Nabi menyeru beliau memeluk Islam telah diterima dengan mudah tanpa ragu-ragu.Setiap apa yang diperkatakan oleh Rasulullah akan 'dibenarkan ' oleh Saidina Abu Bakar sehingga menerima gelaran as- Siddiq. Beliau turut berdakwah sehingga ramai juga sahabat lain memeluk Islam.

Sahabat yang kedua memeluk Islam ialah Saidina Umar bin al-Khatab. Memiliki watak yang gagah, berani menyebabkan beliau ditakuti dan digeruni serta dihormati. Pada asalnya beliau amat memusuhi Islam. Rasulullah sendiri pernah mendoakan agar suatu hari nanti Saidina Umar akan menerima Islam. Apabila Umar mendapat berita adiknya Fatimah memeluk Islam.. terus beliau menyerang ke rumah adiknya itu.Kebeltulan Fatimah ketika itu sedang membaca ayat al-Quran. Beliau menampar dan bertanya apa yang dibacakan itu?. Fatimah memberitahu yang dibacanya ialah ayat al-Quran. Umar menyuruh adiknya membaca sekali lagi dan apabila mendengar secara terus menyebabkan dia terpegun dan tergamam dengan keindahan mukjizat ayat al-Quran. (Pada masa ini al-Quran belum lengkap dan belum dikumpulkan.. jadi saya yakin Umar mendengar ayat al-Quran yang dibaca/ Hafaz oleh Fatimah atau hanya catatan ayat-ayat). Saidina Umar meminta untuk di bawa berjumpa Rasulullah.Setelah memeluk Islam beliau menjadi antara tonggak utama kepada berkembangnya Islam.

Pembesar Mekah yang ketiga ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad itu sendiri. Beliau merupakan seorang pahlawan yang gagah berani sehingga diberigelaran 'Singa Allah' dalam memperjuangkan Islam. Pada suatu hari Hamzah diberitahu bahawa Rasulullah telah dicaci dan dihina oleh Abu Jahal. Beliau dengan marah terus menerkam Abu Jahal dan berkata "mulai hari ini jika kamu masih menghina Muhammad kepalamu akan ku penggal". Selepas itu beliau mengishtiharkan pengIslaman dirinya kerana tidak rela melihat anak saudaranya itu terus dihina dan dicaci.

Ketiga-tiga tokoh ini memberi sumbangan yang besar kepada Islam. Umar dan Abu Bakar membelanjakan harta mereka untuk menegakkan Syiar Islam. Hamzah merupakan perwira Perang. Begitulah serba sedikit dan ringkas cerita yang saya taipkan pada hari ini. Jika berkelapangan saya akan menulis cerita tentang perjalanan hidup Empat Khalifah Islam secara detail.. Wassalam

Salam Aidil Fitri 1434h

Assalamualaikum WBT.

Agak sibuk untuk mengupdate blog.. semenjak guna note 2 jarang pulak nak onlione guna laptop heheh.. pakai android boleh juga bukak blog.. tapi bayangkanlah camne nak menaip.. menyeksa diri je :)

Walaupun sudah agak terlambat.. saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya AidilFitri versi 2013. Mohon Maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini. Sesungguhnya setiap detik dalam hidup kita ini pasti akan berlaku sesuatu yang kita pinta mahupun yang kita tak suka..

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua ahli keluarga saya yang dekat mahupun jauh .. semua sahabat2 yang mengajar sekali di SK Putrajaya Presint 16(2)mahupun yang pernah mengajar di sini yang sudah bertukar ke tempat / sekolah lain.. Memang susah juga kalau ada berselisih faham dengan rakan sekerja. Perkara sebegini memang banyak bagi pengajaran buat saya dan perlu lebih berhati-hati dalam percakapan..status facebook mahupun gurauan..

Ucapan juga didedikasikan buat semua sahabat dari Tadika Kemas Changkat Jering.. rakan-rakan dan guru-guru SK Changkat Jering..rakan-rakan dan guru-guru SMKA Sultan Azlan SHah, Bota.. rakan-rakan dan guru-guru di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang.. Rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah di UKM serta Institut Perguruan Teknik (dahulu di Cheras)..serta semua sahabat saya di dalam facebook..dan pembaca-pembaca blog ini yang memang selalu singgah atau tak sengaja singgah ;) Macam syok sendiri pulak tulis tulis ni. Tapi manalah tahu ada dikalangan yang saya dedikasikan tu terbukak blog saya yang tak seberapa ni hehehe..

Nak cerita pasal lain tunggulah di pos yang lain.. cuma tatkala saya menulis ini sudah masuk Raya ke 13 kalau tak silap..berlaku peristiwa berdarah terhadap umat Islam di Mesir yang memperjuangkan Islam.. berlaku penggulingan kuasa yang dilakukan secara terang-terangan yang jelas mencabul undang-undang alam..Setiap hari terasa amat sedih apabila terbaca bahan-bahan atau melihat gambar-gambar yang di pos oleh sahabat-sahabat tentang syahidnya penduduk Mesir yang tidak berdosa. Begitu juga dengan kekejaman Syiah yang membunih golongan Sunni tanpa belas kasihan. Peristiwa ini semua berlaku pada masa kita rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut Syawal..

Masih sempat untuk kita semua berpuasa enam bagi melengkapkan amal ibadah sebulan berpuasa.. di akhir penulisan ini saya poskan sekeping gambar keluarga saya yang di ambil pada pagi 1 Syawal di tepi Pantai Kelulut Semarak Bayu :)


Semoga berjumpa lagi dengan keizinan Allah Yang Maha Esa ..

Maas Salamah wa Ilal Liqo'