SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, October 28, 2013

Belanja Extend Rumah dan Ubah-ubah sikit (sekadar coretan)

Dalam pos ni just nak tulis untuk simpanan sendiri.. Mungkin berguna suatu hari nanti sebagai rujukan nak ingat balik berapa habis buat rumah ni hehe..
Extend 15 kaki = 20K
Apply permit+ upah lukis pelan = lebih kurang 1600
Tambah bilik = 1800
Grill cikai = 3200
tukar tingkap bilik bawah = 800
Tambah tingkap ruang family atas =1000
plaster ceiling + Cornis = 5500
wiring+ plug punya banyak = lebih kurang 5k
cat = dah deal 3500 tapi last2 dia yang kanselkan.. tensyen..
kipas lampu = tak terkira dah.. sebab langsung sebijik pun developer x sediakan.. sebijik kipas biasa ja dah 200lebih.. ada 9 kipas pelbagai model.. lampu lagi la banyak siap ada yang guna downlight...

Ni yang kos aku tanggung.. yang lain bini aku..bab kabinet apa semua serah kat dia..adakah harga masih sama lagi beberapa tahun? rumah oh rumah..

Tragedi Oktober

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Bukan mudah nak melalui saat-saat getir macam sekarang.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa sibuknya nak mengatasi masa yang serba singkat ni.. terlalu banyak perkara yang terjadi dan perlu dihadapi..

Bulan ni agak kritikal dengan sakit demi sakit yang dihadapi kami tiga beranak.. Malam Hari Raya AidilAdha.. Aiman muntah setiap kali batuk.. 5 6 kali jugak.. bawak ke Hospital Bentong untuk rawatan jam 3.30 pagi.. Selepastu balik masih lemah.. dahla tak dapat cuti tambahan.. so Rabu tetap kena keja.. Selasa jugaklah balik Putrajaya.. Aiman tak makan tak lalu minum beberapa hari.. pening kepala memikir.. Hari Khamis atuk dan nenek datang dari Kampung.. sampai ke hari ini.. Jumaat petang bawa Aiman pergi Hospital Putrajaya.. kena drip..Mujur check darah tak de kuman atau penyakit lain.. So lepas drip tu barulah Aiman beransur pulih dan ada selera makan balik. Alhamdulillah..

Dalam masa yang sama.. sibuk nak Mahrajan jQAF 2013.. Sabtu di Masjid Putra.. hari hari kena hujan.. Ahad dah rasa tak berapa sihat..Isnin gagahkan diri jugak pergi sekolah tapi malangnya.. langsung tak mampu nak ngajar.. mata bengkak.. terpaksa MC hari Selasa.. orang rumah pun tiba-tiba kena food poisoning.. MC jugak hari Selasa.. rupa-rupanya sakit bukan sekejap..tapi berhari-hari.. Hanya Alah yang tahu.. saya dapat MC lagi hari Rabu.. doktor cakap Gula tinggi dalam badan.. so berazam mulai saat itu untuk kurangkan makan dan minum manis-manis.. Memang 2 3 menjak ni gemar sangat minum Air Cincau dalam botol.. dan kadang- kadang tengah malam suka sangat minum hundred Plus.. Dah badan dah tak mampu tampung lagi manis-manis ni... lebih baik stop sebelum nyawa yang stop.. .. Kira seminggu jugakla aku berada dalam situasi ding dong..

Isteri akupun sama.. lepas kena food poisoning sekali tu.. terus berhari-hari kesannya.. Aiman yang baru nak baik demam tiba-tiba kena demam malam pulak.. tapi kalini ketara panasnya sebab dia x selesa gigi tumbuh banyak.. geraham..taring semua ada.. kesian tengok merengek kesakitan.

Tu cerita sakit.. Aku berdoa pada Tuhan agar kesakitan dapat menghapuskan dosa-dosa dan kami sekeluarga lebih menjaga kesihatan.. Sabtu lepas aku pergi beli makanan kat Food Court Presint 9.. ditakdirkan masa nak naik kereta balik.. nampak satu telefon canggih atasjalan.. cepat-cepat selamatkan.. Rupa-rupanya Galaxy Note 3..wow.. baru tu.. Bawak balik sebab nak pulangkan kat sape pun tak tahu.. tunggu ajela tuan telefon tu kontek balik sebab telefon tu on. Nak bukak tak reti la sebab ada password.. Semalam baru tuan dia telefon dengan gaya gelisah.. hehe.. Alhamdulillah dah pulangkan.. terpancar kegembiraan kat muka tuan dia.. Suami perempuan tu nak hulur duit kat aku.. aku menolak tapi jadi rezeki Aiman.. dia tetap nak bagi gak walau aku taknak.. so rezeki Aiman lah..

Lega dalam banyak-banyak dugaan Allah selitkan satu slot menggembirakan dapat buat amal macam tu.. So sekarang nak settlekan punya banyak kerja.. SPPBS baru settle.. ada lagi lapan belas ratus kerja nak kena settlekan.. aduyai..

Coretanku tak tamat di sini.. Pasal rumahku jugak dah nak jadi cerita macam-macam hal.. boleh pulak berlaku selisih faham dengan kontraktor rumah.. Sekarang macam dah siap bab extend belakang.. cuma sedih sebab dorang tak nak cat pulak.. kena cari orang lain lah.. Tinggal kabinet dan cat la kot.. pastu leh dah masuk rumah.. Dah habis berpuluh-puluh ribu boleh jugak kontraktor ni buat taik last-last minit.. ni dah kira berapa minggu takde apa2 progress kat rumah aku.. Plan aritu pas raya Haji naik rumah.. rupanya hajat tak kesampaian..

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan keluargaku selepas ni.. bukan mudah hadapi 2 3 perkara yang berat-berat dalam satu masa lebih-lebih lagi melibatkan kesihatan.. duit gaji banyaknya dah transfer ke klinik ja untuk bulan ni.. Potong bulan-bulan dah banyak.. so macam mana nak manage lagi balance gaji? Pening kan..

Wassalam