SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, October 13, 2015

PIAGAM MADINAH

SEJARAH ISLAM:- PIAGAM MADINAH
Piagam Madinah adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh orang Islam, Musyrikin Arab dan golongan Yahudi Madinah.
Piagam ini ialah perlembagaan bertulis yang pertama ditandatangani di Madinah. Tujuanbaginda Rasulullah mengadakan perlembagaan ini tersebut untuk menjadikan Madinah sebuah negara aman damai, makmur dan sejahtera. Dengan itu hak setiap rakyatnya akan terjamin.
Isi Piagam Madinah:
1. Rasulullah dilantik sebagai ketua negara Madinah
2. Penduduk Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing
3. Penduduk Madinah mesti hidup bersatu padu dan aman damai
4. Penduduk Madinah bekerjasama memajukan ekonomi dan mempertahankan negara.
Hikmah berlaku Piagam Madinah ialah penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama hidup bersatu padu. Ajaran Islam yang murni dan sejahtera dapat dikembangkan dengan lebih baik. Akhlak Nabi yang mulia juga dapat menarik minat golongan musyrikin Madinah untuk memeluk Islam. Secara tidak langsung dapat mengembangkan agama Islam. Bilangan umat Islam semakin bertambah selepas berlakunya Piagam Madinah.
Wallahualam bis Sawab
-nukilan petang-petang uskutt (subjek tahun 6)