SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, April 25, 2011

Dah sign beli rumah

Alhamdulillah..akhirnya saya dan isteri buat keputusan untuk beli rumah.. dah sign dengan lawyer Jumaat lepas pukul 3.00 petang..namun semuanya masih dalam perahsiaan rapi dimana dan berapa harganya.. hehe.. cuma disisipkan sekeping gambar tapak rumah yang dijangka siap tahun depan.. Ku memohon pada Allah agar tiada masalah dalam urusan loan dan sebagainya selepas ini.... Dengan izin Allah kami memilih tempat ini.. semiga dengan izin Allah juga kami peroleh rezeki yang lebih baik selepas ini.. aminnn... :)

Dijangka siap bulan September tahun depan dan boleh masuk rumah sebelum Tahun 2013..

ML minggu 4 Jambu..adoyai lawak gila

Thursday, April 21, 2011

Macam mana nak kembalikan moral down

Harini hari Khamis.. tiga hari tak ngajar sebab bawa budak lawan bola sepak bawah 12 tahun di SK Putrajaya Presint 11(3).. berlatih sebulan lebih Alhamdulillah SK Putrajaya Presint 16(2) taklah seceroy dulu-dulu yang menjadi rebutan sekolah lain untuk diundi bersama.. Tahun lepas dah mula menjadi tapi main 9 sebelah je.. tahun ni kiranya main standard sebenar dan capai keputusan terbaik buat sekolah walaupun tak sebagus mana.. Dapatla sampai ke peringkat Suku Akhir petang semalam dan kalah 2-0 dengan Sk Putrajaya Presint 16(1).. main bersungguh-sungguh dah...

Nak jadikan cerita murid-murid ni leh la dikatakan dah moral down sebab pagi semalam semua main di bawah tahap sebenar dan ada yang gaduh sesama sendiri.. mujurlah semangat berpasukan dapat dikembalikan sebelum petang. Pagi semalam walaupun kalah masih stil layak ke Suku Akhir sebab hari Selasa dapat menang dengan Sekolah Putrajaya Presint 11(2) 2-1 dengan Deen dan Hasbullah jadi wira..

Pengalaman bawak budak bola ni sedikit sebanyak tambah pengalaman saya juga sebagai guru dan coach.. tapi coach tak bertauliah hehe.. sembang-sembang dengan Cikgu SK Putrajaya Presint 8(2), dorang dah start belatih dari bulan 1 lagi.. dah lawan friendly dengan macam-macam sekolah sebelum pertandingan sebenar ni.. semalam dorang menang suku akhir dengan SK 14(1) dan harini tak tahula jumpa sapa.. 8(2) ni calon juara la..

Setiap manusia mahupun sesatu pasukan itu ada masanya di atas..ada masanya di bawah.. selagi kita hidup masalah moral akan sentiasa wujud.. bila mental down kita rasa buat apapun tawar ja.. bila mental kuat..buat apapun semua menjadi.. taufan melanda pun takkan rasa gelabah.. Bila moral dah down macam mana nak pulihkan kembali? Satu persoalan yang saya sendiri sukar untuk mendapat jawapannya.. manusia mudah memberi pendapat..memberi nasihat..tapi benarkah semuanya kita dapat aplikasikan dalam hidup?

Nabi Allah Yunus contohnya.. pernah moral down jugak bila kaum yang di dakwahnya mentah-mentah menolak dakwah Baginda.. kaum yang kuat menyembah berhala dan matahari kalau tak silap saya.. Baginda akhirnya membawa diri dan merajuk sehinggakan Allah memberi bala kepada suku kaum tersebut.. Allah Yang Maha Besar juga tidak membiarkan Nabi Allah Yunus pergi begitu sahaja.. Baginda diduga dengan hebat sampaikan akhirnya ditelan seekor Ikan.. Namun bukanlah dimakan..Bila diluahkan ke sebuah Pulau baginda dipelihara dengan baik oleh Allah sehingga tubuh yang kurus kering kembali sihat dan segar..

Baginda sedar kesilapan baginda yang pergi meninggalkan kaum tanpa izin Allah. Kaum Nabi Yunus pula yang ditimpa bala baru sedar dan insaf setelah Nabi Yunus pergi meninggalkan mereka.. Allah mendatangkan awan gelap dan mendatangkan kepucatan pada setiap wajah penduduk tersebut.. Mereka bertaubat dan meninggalkan larangan Allah.. Mereka baru sedar bahawa dakwah Nabi Yunus dahulu semuanya benar belaka... Setelah beberapa lama berjalan akhirnya baginda tiba di kawasan kaumnya dahulu..Mereka menyambut kepulangan Nabi Yunus dengan gembira dan menjadi Hamba Allah yang taat selepas itu... Nabi Yunus kagum dengan kekuasaan Allah yang mendatangkan hidayah kepada kaumnya setelah Baginda pergi membawa diri...

Bagaimana dengan kita? Nak kembalikan keyakinan dalam sesuatu perkara memang agak susah.. lagi-lagi bila banyak kerja tertangguh.. kena complain sana complain sini.. murid-murid kerja tak siap.. tak mau dengar cakap.. Alhamdulillah setakat ni saya masih mampu mengawal situasi sepanjang berada di sekolah ini.. Tak tahulah bagaimana keadaan pada masa-masa mendatang.. orang cakap kerja cikgu kacang ja.. tapi kita yang jadi cikgu ni rasa bebanan yang amat berat sekali.. Tak tahulah di negeri lain macam mana.. kat putrajaya ni memang tak menang tanganlah..

Semoga Allah permudahkan segala urusan selepas ini.. lebih banyak pengajaran kita dapat..semakin matang kita.. semuanya akan menjadi bekalan kepada hidup kita yang tak ada noktahnya selagi hayat dikamdung badan.. Wassalam..

Friday, April 15, 2011

Solat Jumaat Minggu ini


Harini nak pi solat Jumaat kat surau sini lah.. dekat Presint 16.. Kalau pergi lambat elok bawa sejadah sebab kawasan terhad.. almaklumla kena serbu dengan pekerja-pekerja yang tempat kerjanya berhampiran sini.. Antaranya Alamanda la.. Ok.. Harap-harap tak hujan harini sebab Surau ni nak parking susah..jauh kene jalan ..mendaki bukit..namun Solat Jumaat itu adalah Fardhu Ain.. Jom Pi Solat Jumaat!!


Thursday, April 14, 2011

Cerita Seribu Pengajaran

Salam... hmm.. semalam kol 11 bukak Astro Oasis.. tengok cerita MAISARA..kisah isteri yang cemburu buta dan sanggup memalukan suami yang baik..

Best jugak cerita tu.. Shamsul Yusuf jadi hero.. yang perempuan tu saya tak kenal lah..bukan semua pelakon kita kenal walau selalu masuk TV.. Bila tengok cerita tu memang banyak pengajaran yang dapat dikutip..saya sarankan siapa-siapa yang tak tengok boleh la layan pasni sebab Astro ni suka tayang banyak kali filem-filem dia...

Watak Syamsul ni kerja sebagai salesman kereta. Hensem, ramai perempuan berkenan.. Tapi dia berperwatakan suami yang sangat setia, penyabar dan kuat beribadah. Sampai solatpun dibayangkan watak lelaki yang beriman dan menangis sewaktu berdoa..

Nak dijadikan dugaan ialah dapat isteri yang terlalu kuat cemburu dan dapat kawan-kawan yang kaki hasut. Satu babak tu telefon bimbit kebetulan rosak, kena kerja dua syif pulak..kira OT la.. isteri call tak dapat..dah mula cemburu. Kebetulan pulak kawan sekerja waktu tu perempuan yang seksi habis siap hantarkan pulang ke rumah. Kantoi bila keluar kereta isteri nampak. Sebab telefon rosak tadi, si isteri tuduh suami dia pergi berfoya-foya dengan perempuan tu. Bila dah dapat pujuk, suami mandi dan solat. time solat isteri tengok suami menangis-nangis dalam doa. Itupun dia cemburu menuduh suami dia banyak buat dosa dibelakang sebab berdoa sampai nangis-nangis.. huhu

Dasyat cerita ni.. suami pun merajuk taknak makan. Barulah isteri serba salah dan berdamai. Banayk lagilah babak menarik sampaikan suatu hari si suami dimalukan oleh isteri di depan rumah. Semua yang lalu lalang semua singgah dan percaya tuduhan isteri dia tu.. Sampai masjid ada orang kampung tahan tak bagi masuk masjid sebab dituduh ada hubungan dengan pelacur.. Memang dapat rasa betapa sedihnya perasaan si suami tu sampaiakn pergi membawa diri dan bermula babak kedua..

Dalam babak kedua diceritakan pula bagaimana orang yang sedih mudah dikuasai syaitan walaupun diri yang asal adalah manusia yang kuat beribadah..Kebetulan terjumpa kawan waktu sekolah.. dibawa pulang ke rumah, terminum arak secara tak sengaja..digoda supaya teruskan minum dan akhirnya tumpas ke jalan Syaitan.... bermulalah episod duka rumahtangganya..retak menanti belah..kawan perempuan tu pula adalah pelacur kelas tinggi sebenarnya yang pernah tidur dengan negro yang ada HIV positif..

Lelaki itu nekad nak ceraikan isterinya dan mahu berkahwin dengan pelacur itu tadi..bermula pulak babak ketiga kebetulan kawan si isteri yang ada suami panas baran tiba-tiba berubah jadi jinak macam kucing.. Bila ditanya rupanya guna bomoh.. Pergila isteri dan kawanya tu ke rumah bomoh Kris Keramat.. bagi benda suruh campur dalam makanan dan esok paginya berkesanlah ilmu hitam itu... suami kembali duduk rumah dan dah tak kenal pelacur tadi.. tembelang terbongkar bila mereka berhajat nak pergi ke Mekah dan ada kawan yang alim menasihatkan supaya sebelum ke Mekah sucikan diri terlebih dahulu sampaikan si isteri terdiam dan menangis menceritakan kisah sebenar kepada kawannya itu.. bahawa dia dah bomohkan suami dia..

Ending cerita ni suami terlantar di hospital dengan alat kelamin bernanah dan berulat.. tak pastilah sebab HIV atau sebab bomoh.. Namun pengajaran yang sangat banyak dapat dikaut dari telemovie tersebut.. kisah ranjau kehidupan yang sangat sesuai dipertontonkan pada masa kini. Kisah orang alim yang tumpas.. kisah isteri yang terlalu kuat cemburu kerana suami yang hensem.. kisah bertukar-tukar pasangan yang membawa padah kerana HIV berjangkit.. kisah isteri yang membomohkan isteri dan Syirik kepada Allah.. fuh... saya kasi 4 bintang setengah untuk cerita ini dari 5 bintang..

Kita sebagai manusia perlulah sentiasa berhati-hati. Kikiskan perasaan terlalu kuat cemburu. Apabila kita sedih atau kecewa kita perlu dekatkan diri dengan Allah bukannya membiarkan diri dikuasai syaitan.. jika kita sudah beristeri..padamkan niat terhadap perempuan lain supaya tidak tewas jika Syaitan memberi ruang kepada kita..bila semua sudah berlaku( terlambat) mustahil dapat berundur semula.. Bertaubatlah sebelum terlambat..Jangan menggunakan ilmu hitam walaupun untuk tujuan baik kerana itu sudah termasuk kategori syirik iaitu menduakan Allah.. Didiklah ahli keluarga kita dengan baik jika tidak dapat mendidik orang lain atau ahli masyarakat yang lain.. InsyaAllah ..Allah Maha Esa..Allah Maha Besar

Friday, April 08, 2011

Ayat Quran Banyak Kelebihannya

Alhamdulillah Tuhan permudahkan juga serba sedikit urusan saya.. Lega rasanya dengan apa yang berlaku dua tiga hari ini.. Terbukti dalam Surah Syarah..(Alam Nashrah) ada ayat yang bermaksud "di dalam kesulitan pasti ada kemudahan"..dua kali diulang ayat itu.. 'Fain nama'al 'usri yusro..Innama 'al 'usri yusro'...saya x pandai lagi nak masukkan ayat al-Quran dalam blog ni hehe..

Jadi nak kongsi sikit amalan kalau kelapangan kita boleh mengamalkan membaca surah ini di dalam solat.. Ada seorang perawat yang pernah saya temui pernah turunkan ilmu jugak sekiranya nak elak dari kena pukau atau beg kena ragut..dapat malapetaka yang tak diundang.. amalkan bacaan Surah Syarah ini dalam rakaat pertama solat Subuh dan Surah Al-Fil (Alam Tarakai..) pada rakaat kedua solat Subuh..InsyaAllah ada pendindingnya.. sebaiknya dibaca waktu solat sunat sebelum solat Subuh sebab time solat Subuh kita boleh juga baca surah-surah amalan lain yang lebih panjang.. seperti pagi Jumaat kita baca As-Sajdah dan Al-Insaan.. Kalau dah bangun Subuh pun lambat setiap hari camne nak solat Sunat sebelum Subuh hehe..

So nak kongsi ini je harini.. banyak lagi ilmu yang nak turunkan.. hope ramai yang terjumpa blog saya ni.. :) dapat kongsi ilmu dengan ramai orang.. Apapun lebih adventure merasai sendiri pengalaman berbanding membaca kisah orang.. Allahu Akbar...


Nak Pi Johor

Petang ni lepas solat Jumaat nak pergi Johor..Esok ada majlis risikan untuk adik ipar.. semoga perjalanan kami semua selamat..selamat pergi dan selamat pulang.. Mertua saya dah ada di rumah. Semalam dorang datang dari Bentong dengan abang ipar ke rumah sorang lagi abang ipar di Ulu Kelang.. Kitorang pergila jemput lepas sehari keletihan dengan macam-macam program dan aktiviti..

Semalam ada taklimat Zoom A.. dari 2.30 sampai 4.30 petang..kelabu dah mata.. lepastu ada friendly bola sepak my school team lawan SK Putrajaya Presint 16(1).. result agak kurang memberansangkan dan perlu lebih banyak latihan.. Minggu yang meletihkan beransur pergi tapi minggu mendatang siapa yang tahu lagu mana kesibukannya.. sekarang ada masa sikit nak update blog sebab murid-murid Tahun 4 pergi De Care Program Perbadanan Putrajaya..Kebetulan sekarang waktu kelas 4 Ixora..mahu menyetelkan RPH pulak.. Wassalam...


Wednesday, April 06, 2011

web save slip gaji goverment

Assalamualaikum WBT.. kepada mana-mana rakan atau hamba Allah yang masih tercari-cari kat mana nak check atau save slip gaji keje kerajaan

boleh klik dekat link yang diberikan.. sekadar berkongsi info

http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Rasanya slip kita tu tak lama bertahan.. maybe 6 bulan je.. so better kita save cepat-cepat setiap kali sampai time gaji :)

Wassalam

Rezeki

Assalamualaikum WBT...

Hari ini saya nak tulis sedikit tentang rezeki.. apa yang saya tahu la.. boleh jugak kongsi-kongsi.. Rezeki Allah turunkan kepada manusia.. ditugaskan kepada Malaikat Mikail untuk menyebarkan rezeki kepada seluruh makhluk di dunia ni. Di laut ada ikan, sotong, tumbuh-tumbuhan, rumpai laut.. dalam hutan ada macam-macam haiwan dan pokok.. Hujan turun siram pokok dan bumi tak kering.. Itulah hebatnya kuasa Tuhan.. perancaanganNya memang tiada batasan dan tak tercapai di akal..

Rezeki manusia ditentukan oleh Allah dan kita sebagai hambaNya wajiblah berusaha untuk mencapai rezeki masing-masing.. Bak kata isteri saya.. bangun pagi-pagi sebab pintu rezeki terbuka luas. Rezeki memangla tak nampak tapi peluangnya adalah lebih luas.. Macam orang ada adik beradik ramai. Bangun pagi tak sama waktu. Si ibu tetap akan sediakan sarapan untuk semua. Siapa yang bangun paling awal akan dapat merasa nikmat sarapan yang fresh-fresh.. bila sedap boleh tambah.. yang kedua ketiga bangun pun masih dapat merasa nikmat rezeki yang masih suam-suam..

Tapi yang bangun tengah hari macam mana? tetap ada rezeki untuknya tapi semacam kena redha ajela.. apa yang orang tinggalkan itulah rezeki kita.. orang yang bangun awal maybe dapat nasik goreng, telur goreng, sayur, ayam goreng, sardin, air teh panas dsb. Sapa yang bangun paling lewat tak ada pilihan dah..apa yang orang tinggal itu jela rezeki dia.. nasik dah sejuk, ayam dah habis, air teh dah habis.. Dari segi contoh inipun kita dah dapat tahu dan boleh terapkan dalam kehidupan bahawa siapa yang bangun awal pagi pintu rezekinya terbuka luas sedangkan yang bangun lambat dan malas dapat sisa je walaupun masih ada rezeki untuknya..

Semacam pergi pasar jugak... siapa yang pergi awal pagi dapatla beli sayur fresh, ikan segar, daging segar.. siapa yang pergi lambat hanya akan dapat ikan mata merah dah 10 kali mati..sayur layu dan kuyu dan macam-macam lagilah yang tak best.. Semua itu bukan salah siapapun. Sebab kita yang mencorakkan diri kita sendiri jadi salah kitalah kalau tak dapat yang terbaik.

Bila cakap pasal rezeki jugak kita wajib bersyukur dengan setiap pemberian Allah. Banyak lagi orang yang tak merasa apa yang kita dapat pada hari ini. Mengeluh banyak sangat pun tak elok kerana semacam mendoakan benda-benda yang tidak baik kepada diri sendiri dan seolah-olah marah pada Tuhan. Layak ke kita marah pada Allah.. hebat sangat ke kita ni nak marah-marah Tuhan macam filem Hindi selalu buat tu.. Nauzubillah...

Siapa yang dapat rezeki lebih sewajarnya lebih dekat dengan Allah kerana tanda bersyukur.. berkongsi kegembiraan dengan orang-orang yang susah. Bukan dengan membongkak meninggi diri.. Saya pernah jumpa dengan orang yang terlalu memartabatkan diri sendiri. Ada ustaz tu marah panggil dia ustaz sebab ada phD.. so kena panggil doktor. Ada dato' yang marah sangat kalau gelaran dia tu orang tak tahu atau terlupa. Mengamuk tak tentu hala. Yang paling tak masuk akal pernah ada driver Dato kat Putrajaya ni jual nama Dato nak marah-marah cikgu walau hanya driver.. macam-macam perangai. Menyampah jugak. hehe.

Allah bukan sekadar memberi rezeki..malah boleh menarik rezeki. Dah kaya boleh jadi miskin sekelip mata. Dah ada anak ramai boleh tinggal sorang-sorang dalam sekelip mata. Dah jadi Menteri boleh jadi alas tapak kaki je last sekali sebab perangai tak senonoh dan macam-macam lagilah.. Apa yang penting kita mesti sentiasa bersedia dengan ikhlas hati bukan dengan hanya sekadar berlakon depan orang.. Manusia boleh ditipu tapi Allah? Macam mana kita nak tipu ALLAH.. kena panah petir barula nyesal..

Kawan saya dari Jambu Rias baru telefon kejap tadi tanya kalau ada mana2 guru jQAF area Putrajaya, Bangi ke Kajang ke nak pindah ke area Pahang sana (Bentong, Jambu Rias, Sertik) bolehla kontek saya. Moga blog saya ni ada yang berkenaan terbaca. Mungkin rezeki di tempat baru akan lebih baik, rezeki di sekolah baru lebih baik.. semuanya adalah ketentuan ALLAH.. Berimanlah kepada QADA' DAN QADAR... Wassalam.. :)

Tuesday, April 05, 2011

Edit blog sikit-sikit

Assalamualaikum WBT..

Ada kawan-kawan dah marah sebab tengok benda yang sama ja dalam blog saya ni..dahla tak update2..kadang-kadang nak tergelak bila fikir balik dah hampir 7 tahun rasanya ber'blog' ni.. baca-baca balik cerita lama.. saya ni jenis buat blog lepastu taknak nak explore kecanggihan-kecanggihan terkini blog orang lain..

Kebetulan pagi tadi saja jenguk blog sendiri kat dewan besar sekolah sambil latih murid-murid yang nak bertanding Majlis Tilawah al-Quran esok Peringkat Putrajaya di SMKA Putrajaya.. My student Iman Qistina cakap apela ustad ni blog kurang menarik.. dia bagi suggestion sikit..tu yang ada 2 3 penambahan kat my blog.. ada jam ayam..kalender merah menyala dan kata2 hikmah dan juga terjemahan sebahagian dari doa iftitah yang kita dok baca time solat tu.. selalu tengok blog orang ada tapi emmang x sempat nak mengexplore..buzy sangat la katakan..

Tq Qistina.. hmm.. harap-harap SK Putrajaya Presint 16(2) ni dapat menang la pertandingan esok.. Kalau bercerita kisah Nabi tu tahun lepas memang juara la masa zaman Farah Natasha jadi wakil.. hope dapat pertahankan kejuaraan..

Meja agak serabut..buku pun ada yang belum bertanda.. fikir macam-macam benda.. hmm.. agak bercelaru jugak pemikiran ini.. nak beli rumah rasanya..tapi fikir macam-macam.. my wife pun sama.. kitorang sama-sama pening..hehe.. Senang-senang buatja rumah kat kampung..200ribu dah leh dapat rumah besar tak ingat nak main kejar-kejar..apatah lagi kalau 350 ribu semacam harga terkini kat area sini..Bangi, Dengkil, Kajang.. kalau dapat harga ni la..rasanya nak nak cecah 400ribu.. Semalam lepas balik sekolah saya dan isteri pegi Bahagian Pinjaman Perumahan nak tanya banyak benda.. Bila balik masing-masing ketawa dengan pelbagai gurau senda tentang rumah...

Pagi semalam kecoh dalam suratkhabar seorang ustaz pukul murid 7 tahun sampai meninggal dunia di hospital.. dekat kantin pun macam-macamlah cerita..saya ni sebagai ustaz terasa jugakla dihati bila orang mula mengata.. betullah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' tu.. sekarang ni orang akan ambil kesempatan melalui isu.. so tempias-tempias yang orang lain buat kena jugakla kat muka.. Semoga semua pihak dapat menguatkan iman dan mengawal amarah..

Bila marah memang habis semua nak lepaskan.. tapi bila dah sedar..mula menyesal.. dah banyak kali jugak saya menghadapi benda-benda macam ni.. sebab itulah Tuhan sediakan dua tempat untuk manusia setelah kiamat nanti.. ada rumah untuk pemenang ada rumah untuk yang tewas.. Kita kenalah sedar siapa diri kita yang sebenarnya.. setinggi mana kita..sekuat mana kita..selemah mana kita..sehodoh mana kita.. kita tetap dicipta olehNya.. Nak menangispun waijblah kepadaNya..

Untuk akhir perenggan saya..nak offer perkhidmatan la.. terfikir pulak semalam bila lepas solat Magrib..kat Putrajaya ni orang semua sibuk-sibuk..buzy-buzy.. kalau nak buat majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil ke baca Yasin ke, khatam quran, ajar ngaji ke, bimbing ngaji ke tapi tak ada pak imam or ustaz bolehla contact saya.. saya ada ramai kawan-kawan yang maybe boleh membantu.. dari Masjid Putrajaya ada..JAKIM ada dan ustaz-ustaz ngajar kat sekolah Putrajaya yang otai otai pun ada. Tapi bila saya dah tolong carikan kenala sediakan duit minyak sikit untuk Pak Imam-Pak Imam atau Ustaz tu ye..hehe.. taknak jual nom telefon disini .. just emel kepada saya ahmadfirdausashraf@yahoo.com ..saya hanya boleh offer kat kawan-kawan sebab sayasendiri agak buzy dengan kerja sendiri yang tak habis..

Semoga Allah permudahkan urusan kerja saya dan urusan kerja sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog yang Tuhan gerakkan hatinya untuk singgah sebentar di sini :)

Maas Salah Wa Ilal Liqo'