AssalamulaikumWBT...
Alhamdulillah ada sedikit kesempatan untuk menulis petang ni sementara menunggu Majlis Permuafakatan bersama ibu bapa Tahun 6 2018 bermula.
Tahun ni dapat 'hadiah' dari sekolah. Bukan setakat jadi guru kelas..tapi jadi guru kelas tahun 6.. fuhh.. memang terbaik bila dapat tahu semasa meeting pengurusan. Murid 6 Azalea seramai 28 orang sahaja dan ramai lelaki berbanding perempuan. Alasannya GB nak seorang ustaz jadi guru kelas tahun 6 tahun ni.. ok lah tu..
Sudah setahun lebih di sekolah ini. Rakan-rakan menggelar saya Ustad Robert disekolah ini hasil gurauan di telegram tak rasmi sekolah.. Yang tak tahannya nama itu melekat sampai ke hari ini.. disingkatkan lagi jadi lebih manja dengan panggilan BERT... haha.. apa sajalah..
Tahun 2018 ni ada rezeki sikit Tuhan bagi. Isteri saya dah naik pangkat jadi PK KOKO di salah sebuah sekolah di Putrajaya. Bertahun tahun tengok memang tak menang tangan dia dengan kerja sebagai penyelaras tahun 6, sebagai SU Peperiksaan, Ada kala tengok sampai tak tidur malam settlekan kerja yang banyak tu. So bila bos sekolah dia offer isi borang PK, saya terus bagi galakan. Tak jadi PK pon memang sibuk, baik jadi PK hehe.. Alhadulillah memang dia layak sebab dari banyak2 yang pergi interview, dengarnya 2 orang yang dipanggil semula oleh Puan Pengarah untuk terima surat lantikan.. so tahniah my wife..
Sang anak pula sudah daftar semula Tadika Alif Ceria Presint 16F terpaksala tukar semula cawangan dekat dengan sekolah ibunya. Mujur lah tak ada masalah. Tahun ni bermula lah dugaan baru masing-masing.
Baiklah Majlis dah nak bermula, bila free kita sambung semula menulis.. Banyak sangat nak kongsi, cuma masa agak terhad.. Salam..
Showing posts with label naik pangkat. Show all posts
Showing posts with label naik pangkat. Show all posts
Monday, January 29, 2018
Ustaz Robert
Labels:
2018,
guru kelas,
naik pangkat,
tahun 6,
ustaz robert
Sunday, October 30, 2016
Oktober 2016..macam macam cerita
Bismillahi al-Rahman al-Rahim..
Oktober tahun ni leh kata ada kaitan ngan lagu tragedi oktober gak la.. dengan kena bayar macam-macam tunggakan (salah siapa kalau nama dia tunggakan?) huhu.. Indah water kena pow 200 lebih.. Orang buat gate belakang rumah kena pow 120.. Cukai pintu setahun 411++.. tapi sebab lambat bayaq dia beranak jadi 460++..ambik hang..
Yang agak tak puas hati bil TNB..Bil bulan 9 tak datang..tiba-tiba bulan 10 kena bayar untuk 2 bulan. Saya pernah buat tanya di whatapp group jalan 7 taman saya pasal bil ni.. Ada seorang hamba Allah ni macam perli lak cakap "bil tak sampai lagi kami suka..tak payahla bayar" ..Aduii..punya mangkaq jawapan.. Masa bila bil TNB leh jadi tak payah bayar?dia hantar bil ke..tak hantar bil ke..nah kena dekat 200 sebab caj dia tu untuk kiraan 62 hari.. kalau bil tepat setiap bulan leh la bajet dalam 100 je untuk letrik..maklum la rumah xde aircond..
Bil Syabas 10++ je dan astrok 150++.. habis gaji buat bayaq bil ja..haha.. Namun Alhamdulillah Mama ada bagi sedikit sumbangan bulan ni. Leh la tampung mana yang patut.Sebab tu la bulan ni walau berpeluh leh lagi di laplap..tak macam bulan lain hehe..TQ abah mama.
Perkara paling tragedi dalam bulan ini ialah peristiwa tanganku terbelah terkena kaca. Terkena pintu almari. 6 oktober. Isteri saya bergegas bawa ke Hospital Putrajaya. Xray Alhamdulillah xde kaca dalam luka. Lama juga tunggu nak kena jahit.

Ini gambar sehari selepas jahit sebab malam jahit tak tahu nak kena balut.ambik gamabr ni masa cuci luka di Klinik Desa Dengkil. 6 jahitan sahaja.
Ini gambar seminggu kemudian 12 Oktober selepas buka jahitan. Buka di Klinik Presint 18. Tak bercantum lagi sebenarnya. Agak risau dan tak lena tidur.
Sekarang Alhamdulillah luka dah bercantum tapi jari manis masih belum pulih sepenuhnya..MAsih kebas kebas dan kadang kadang sakit.Saya merakamkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam rawatan saya.. En Tarmizi di Hospital Putrajaya yang tolong jahit tangan. Nurse2 Klinik Dengkil dan Klinik 1 Malaysia Bandar Baru Salak Tinggi. Mr Calvin (kalau x silap) dan kawan2 di Klinik Presint 18 yang tolong cuci luka dan buka jahitan. Nak kira kalau gi swasta beratus jugak ni dari jahit sampai luka sembuh. Alhamdulillah ada kemudahan.
Sepanjang cedera ni ada hari Sukan Negara..(dalam MC so x datang)..siap ada PM, KJ , Chong Wei kat Putrajaya..huhu..sambutan hari kanak-kanak.. yang paling dasyat Sukan Sekolah.. Tuhan je tahu bila tangan cedera macam ni tengah ada tugasan berat.. Maafkan daku rakan-rakan sejawat dan bosku..
Antara lain surat rasmi naik pangkat dah diterima..CC cakap gaji bulan 11 dah hantar..so paling awal gaji bulan 12 dapat gaji baru huhu..harapnya.. apapun Alhamdulillah.. dalam bajet 2016 minggu lepas PM umum bonus 500 dapat bulan Januari dan guru-guru dapat tablet..Syukur lagii..
Yang lain kita sambung kemudian..Nak layan bola final Kedah vs Selangor.. Rumah kat Dengkil takan nak sokong Kedah? hehe.. Salam
Labels:
2016,
bajet,
bonus,
naik gaji,
naik pangkat,
tangan cedera,
Tragedi
Friday, September 09, 2016
GRED 44
Alhamdulillah..
Setelah 8 tahun dalam perkhidmatan, pelbagai rintangan dihadapi.. Akhirnya setelah check web naik pangkat, saya telah lulus naik gred dari DG41 ke DG44 secara Time Based berasaskan kecemerlangan. Syukur. Berkuatkuasa 1 Ogos 2016. Tarikh boleh semak kat web 5 September 2016.. Saya check 6 September 2016 lepas balik jaga UPSR hari kedua.
Pertamanya sebab dapat bertahan selama 8 tahun. Pejam celik pejam celik..stress la apala..huuuiii.. Keduanya memang dugaan ekonomi yang agak besar. Walaupun tau perubahan gaji tu mesti akan ambik masa berbulan-bulan lagi macam orang nak bersalin pulak hehe..
Semua tau..sistem guru ni guna sistem 8863.. nak sampai ke gred 54. Semoga ada rezeki untuk terus naik gred dan dipanjangkan umur. Thank you semua yang berada disisi yang sentiasa menyokong. Nanti kita cerita hal lain pulak. Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)