SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, March 03, 2005

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN..

Aku baca blog Qai..rase macam menarik ja..so aku copy la balik kat dalam blog aku..hehe..sorry Qai...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling.Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekannombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yangtidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saatuntuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawabbangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis,kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit.Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihatpelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini keranamereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cinadengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannyabahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanitamelayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan adabaca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerjadi pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakanadalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa diahendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuahkereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai danberlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpisemata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

p/s : Macam mane Melayu Nak Maju ???

korang kalau ada isu lain tentang drama melayu buat la kat blog..aku nak copy..hehe :)

No comments: