Akhirnya YoS tekad mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam skuad bolasepak 5 Star setelah terpegun melihat aksi kejayaan Perak dalam Liga Super dan Piala FA sejak akhir² ini. Skuad 5 Star yang digeruni diwakili oleh Amirul Faiz Osman, Daniel@ Naim Ahmad, Mohd Hafiz Ishah, Faiyzan Ahmad, Herwan Mat Zan(Yaman) dan firdaus Ashraf @ YoS.
Permulaan musim depan semua perlu bangkit kerana saingan hebat dari Team Gedebe yang dikepalai oleh Amir Ashraf Baharum, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang kelekaan dan kealpaan pasti mengundang padah kerana dengar khabarnya Team Gedebe telah memulakan Latihan tenteranya hari ini.
YoS yang mengalami kecederaan serius dibahu dan pinggang kini tekad untuk pulih segera supaya kembali dapat bergandingan dengan Herwan Mat Zan =YY (Yaman-YoS) penyerang yang telah menghasilkan beratus-ratus gol setakat ini melalui gandingan tersebut..Jadi esok pagi YoS akan memulakan kembali latihan kecergasan yang bertempat di Lake Garden Taiping bersama Salman Shabudin dan kemungkinan juga bersama Saudari Saidatul Asyikin Hasan, Player Tenis terkemuka UKM.
Menjaga kesihatan adalah jauh lebih penting daripada kejayaan yang diulit pelbagai penyakit..Begitulah nasihat pakar perubatan Team 5 Star, Nasri Tesnoh dan Yat ..YoS masih ingat pesanan Nas daripada Yat yang begitu serius menasihati tentang kesihatan dan keselamatan YoS yang pernah kerap pening² suatu ketika lalu..Justeru kepada rakan² yang lain juga supaya mengambil iktibar dan aktiflah bersenam..esok latihan kecergasan pertama akan bermula dan akan berakhir sebelum 8 Julai iaitu tarikh pulang ke UKM. semuanya terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu berjaya..ataupun tersandar kelak menanggung padah!!
No comments:
Post a Comment