SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, July 07, 2005

Entry Terakhir Sebelum Pulang!!

Assalamualaikum W.B.T..bagi melengkapkan kepulangan ke UKM esok..ini adalah tulisan terakhir sebelum nak update entah zaman bila plak walaupun mungkin akan sentiasa dijenguk..Firstly nak mintak maaf bebanyak kepada sesiapa yang ada terasa hati atau YoS penah terkasar bahasa...mungkin anda penah terasa kecik hati..rase tanak kawan dah ke...i'm very sorry ok!!..i'm manusia biasa..sudah tentu tidak perfect untuk untuk memberi kegembiraan dalam persahabatan mahupun per'kawan'an ini..ini pun ada imbuhan ke?..heheh.. :p

Sebenarnya dalam entry last ni umpama mcm msg kat frenster mahupun email la..tapi tulih kat blog supaya semua leh baca..selama 3 bulan ni..banyak peristiwa-peristiwa baru terjadi...pengalaman-pengalaman baru..dapat kawan baru..dan sebagainya..bermula dari balik rumah dengan konvoi 18 biji motorsikal membelah highway di pagi2 buta..sungguh meriah..dan bakal diakhiri esok dengan konvoi kembali ke UKM entah berapa motor pukul 8.30 pagi..fuh..perjalanan meredah matahari tu.. hehe..

Dalam 3 bulan ni..pengalaman paling banyak dikutip melalui praktikal selama dua bulan di Pejabat Agama Islam Daerah Taiping. Setiap hari kami berempat dari UKM belajar pengalaman-pengalaman baru, mengetahui masalah-masalah umat terkini, berkesempatan jumpa Mufti dalam muzakarah..jumpa ramai pendakwah yang asalnya non-muslim yang nampaknya jauh lebih mantap dari muslim yang original itu sendiri. Bergaduh dengan pelanggan, yang asyik tak puas hati dengan pejabat agama. Yang paling best dapat tau prosedur kahwin bagi semua jenis kahwin..termasuk cara-cara nak kawin ngan warga asing dan sebagainya..

Dalam cuti jugak my mother ,my elder brader n my younger brader sambut besday diorang..semua umur makin meningkat..yang sedihnya pulak tok wan meninggal dunia sebab sakit tua awal bulan Jun. Dapat pengalaman mandikan dan uruskan jenazah. sedih pun ade..abis saje praktikal dapat balik kampung kat Terengganu sebab sepupu kahwin. Balik kampun pun best sebab dapat mandi laut..kampung nelayan katakan..Keluarga belah ayah adalah keluarga nelayan..Kampung plak dok betul-betul seberang Pulau Kapas..best best..

Balik dari Terengganu singgah Pengkalan Hulu tempat pernah menjulang YoS sebagai Juara Memanah Perak sekitar 6 ke 7 tahun lalu. kat sini siap pegi Bandar Baling lagi..hmm..kemudian tamatlah sesi jalan-jalan dan kerja..memulakan latihan intensif pulak setelah mendapati diri kurang cergas..Bukit Larut dijejaki dan Taman Tasik dikelilingi..Pengalaman syok layan Bola kat Stadium Perak setiap kali ada game kat situ..tak pernah miss..Bermula dari zaman kemunduran Perak sehinggalah ke zaman kegemilangan sekarang ni. Game terakhir ialah Selasa malam aritu tengok Perak menang 3-0 ngan Sabah. Dah kaki bola nak buat camne kan..hehe..cuti kalini jugak dimeriahkan dengan aksi2 bolasepak eropah dan dunia.Bermula Arsenal menang Piala FA ngan Manchester United, kemudian Liverpool menang Piala Liga-Juara-juara Eropah ngan AC Milan dan yang terakhir Brazil menjulang Piala Konfederasi menewaskan Argentina.

Hari-hari juga jadi indah bila dapat menambah kenalan..kiut miut orangnya..hehe..(ni mesti dah perasan..muka jadi merah..? :p) sesape la yang baca ni..Sememangnya kawan-kawan YoS adalah golongan yang kiut miut,hensem-hensem dan macho-macho..ganaz-ganaz pun ade..hehe..Tadi abang Long dah pun balik ke KUITTHO, Batu Pahat. Esok beta pulak..jadi tentulah pasni rumah ni kembali sunyi sep kembali..Mak Ayah akan ke Sabah Isnin ni selama seminggu. Sape la nak jaga si Putih si kucing makan orang yang comel..hmm..

Semester baru..semoga segala keazaman baru dapat diperkasakan..pointer baru-baruni taklah berapa bagus sangat..tapi InsyaAllah still leh abis dengan setahun yang tinggal ni..doakan kejayaan abang ye! hehe..takde ape nak tulis dah..pasni tentu ada saja masa untuk diluangkan kat CC ataupun bilik Daniel yang ada internet..semoga yang mana sebelum ni belum mengenali YoS dengan lebih dekat..semoga pasni kita leh jadi kawan yang berjaya..jadi lebih dekat..hmm..pasti boleh..yang dah rapat semoga menjadi bertambah rapat..BUKAN RENGGANG..( SEDIH) setakat ni sajalah..Marilah kita doakan semoga masing-masing berjaya dalam kehidupan dan saling mendoakan antara satu sama lain supaya segala yang kita buat memperoleh barkah dari Tuhan..Wallahualam..

p/s :Tulisla ape-ape komen atau kata ransangan kat ruang komen tu..hehe..Frens forever..bukan batman saje yang forever..

No comments: