Sabda Rasulullah SAW maksudnya:Tiga perkara sesiapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindunginya di bawah lindungan dan Allah akan memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya kedalam Syurga iaitu :- orang-orang yang apabila ia diberi nikmat ia bersyukur,apabila ia berkuasa membalas,tetapi ia memaafkan,dan apabila ia marah,ia menahan kemarahannya..(riwayat al-hakim)
Assalamualaikum WBT…Hmm..berjumpa lagi demo kat sini..hehe..apa yang hendak beta tulihkan arini adalah berkaitan perkara yang sering terlupa oleh makhluk2 yang comel2 do oh nih..yakni ber’Syukur’…Maybe teringat nak tulih ni sebab teringat ade sorang member baik yang bernama Syukur kat Jerman tu …hehe..Mu ape kabo Syuxx….
Dua tiga arini..aku begitu buhsan duduk saja dirumah…apa tidaknya..keadaan cuaca agak tidak menggalakkan penduduk sekitar Taiping nih untuk keluar barangkali….Time lepas Subuh..cuaca amat baik..tapi aku pulak seronok berbaring lepas semayang Subuh..saat2 paling best ialah tidur balik selepas Subuh..fuh..keadaan ni terbukti melalui ujikaji yang dibuat secara tidak sengaja kat UKM dikalangan member aku yang tak hadir ke kelas pagi adalah disebabkan tidur balik lepas subuh..hehe ;p
Bila dah masuk kol 10 pagi..cuaca bertukar menjadi panas terik bak seterika yang terlupa di’off’ kan suiznya..panas melarat sehinggalah langit tetiba bertukar seperti iklan cat kat tv tuh…hujan hampir setiap petang dan akan melarat hingga ke malam.maka..tiadalah bagi ku time untuk kuar melainkan jika terdesak…
Bila ujan..automatik otak cakap dok umah cukup.Mulalah merepek kenapala asyik ujan..huh..dan kat sinilah…muncul satu peringatan tentang bersyukur….Aku bukan reti sangat nak cerita bab2 agama..tapi ada satu hadis lagi bunyinya:-‘orang yang makan kemudian bersyukur adalah kedudukan seperti orang berpuasa yang bersabar’
Nah..tengok..jelas sekali amat mudah cara mendapat ganjaran daripada Allah SWT..hanya dengan bersyukur…Bila merungut tu..tetiba teringat..ujan ni bila ujan rase tak best..bila panas pun rase tak best..abih tu nak cuaca camne?..huhu..kira okayla udara kat Mesia tercinta ni macamni…bila orang mula terlupa nak bersyukur..barulah diorang tau bala Allah kasi..senang ja…tu..Banjir Kilat…Tanah runtuh..paling dashat kat Mesia ni Tsunami la kot..tanda-tanda amaran bagi orang yang tak reti2 nak bersyukur la tu..hmm
So..bawak-bawaklah bersyukur selalu…ucaplah Alhamdulillah didalam hati selalu..setiap hari ada umur lagi..ada rezeki lagi…ada kawan2 lagi..yang dah kawin tu..suami ada isteri ngan anak2 lagi…isteri ada suami ngan anak2 lagi..rumah ada lagi..anak2 ada mak n ayah lagi…bawak2 la besyukur…kalau menang sesuatu pun kenalah bawak bersyukur..contohnya kalau menang pilihanraya..buat la doa kesyukuran ke, bagi bonus 5 bulan gaji ke..hehe..janganla dok buat parti konsert 3 hari 3 malam plak..kalau menang bola, kerajaan negeri kasila cuti sehari macam Perak selalu dok buat :p
Orang yang tengah marah tapi boleh memafkan orang itu lagi bagus..malangnya aku jarang jumpa golongan camni..bila aku buat orang marah..mesti aku kena marah..hehe…cubalah sesekali jangan marah beta…dapat ganjaran lebih dari Allah ;p..tak gitu kawan2 yang suke marah? Hehe..Aku dulu pemarah jugak..time masih mentah sekolah rendah dan menengah bawah..bila naik pra-U aku dah dapat cover sikap pemarah yang amat mengganaskan tu..bebudak takut ooo…bila YoS marah..hehe (betui ka?)
So kalo aku buat sesapa marah..janganlah marah ye..lebih2 lagi siap buat blog atau karangan khas untuk aku..vavavava…syabas bete syabas…hehe.. ;p yang suka buat orang marahpun kenalah selalu memohon maaf..maniskan mulut anda bukan dengan manisan..tapi dengan ucapan mesra memikat gadis..eh..memikat kawan-kawan agar suasana mesra dapat diwujudkan..tiada permusuhan…dan sebagainya..
Boley tahan jugak aku tulih ni..cadang nak tulih pendekja..nak wat camna..ghairah menulis..hehe..syukur..syukur…..wokeh..Allah Maha Besar..Ampunilah segala dosaku ya Allah…mintak mahap bebanyak ya rakan taulan sekalian…sekiranya ada menyulitkan jiwa anda dan sekiranya ada terbuat teori kehidupan yang salah dan silap..menyusahkan anda semua..Kita perlu mencari pintu Syurga..bukan ringgit Kasorga…
Esok pagi nak balik UKM dah..doakan konvoi kami ngan motor ni semua selamat..aku, Pit Shah, Pit Man, Odeng ngan Amiq..Amin ngan Poey tadak cerita pun..mungkin depa kontek esok kot..budaya last minit org kate..hehe..hmm..wokeh..bakal bermulalah sem 6 dan InsyaAllah terakhir..Syukur syukur syukur...Wallahu ‘alam..
1 comment:
relax teorikal..pasti ada jalan
selangor untuk kembali
Post a Comment