SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Saturday, July 15, 2006

YoS dan SMKASAS

Assalamualaikum WBT..

heh.. teringin nak tulih pasal cuti ujung minggu lepas, my parents ajak balik Perak ari Jumaat.. tetiba ja. Lagipun umah memang tengah semak gila akibat serangan anai2 kat Karpet ruang tamu tu..so kami pun balik dengan adik ku pun ikut sama. Mula2 hantar motor dulu kat Hostel adik aku kat Gombak. Dah lama x racing ngan motor kat jalan malam2.. dengan mencilah-cilah jalan jem kat area Serdang (depan Mines), Pandan Indah, Ampang tu..best jugak..

Betolak dari Gombak dah kol 9.30 malam. Sampai Taiping dalam kol 12 lebih. Rumah punyala berabuk dan selerak sebab time balik yang lepas baru dapat kesan anai2 buat sarang bawah karpet. So kalini kena wat tindakan mengemasla.. Esoknye ari Sabtu hampir seharian dok mengemas dan membasuh ruang tamu.. Petang ikut adik aku gi Kamunting beli tiket. Dia nak balik esoknya dah. Makan malam kat Ala Yala. kol 2 pagi kuar ke Mapley kat Taiping ngan adik aku nak layan German vs Portugal kat skrin besar mapley tapi dah penuh sesak.. so layan kat dalam ja..tengok tv ajela..

Ahad bangkit dah petang antar adik aku kat bus Station Kamunting, pastu gi umah tok. Tok memang sakit lama dah. Jumpa kejap ja pastu balik makan kat Ala Yala lagi. Malam tu punya la semangat nak tengok bola tapi xtau nak layan kat mana. last2 Neh mesej cakap dia ada kat Tepeng.. ada geng la aku..Kami layan 2 orang la kat Rahman Tepeng. Skrin besar punya. Ramai yang sokong Italy. Tapi ramai yang jenis senyap ja.. Jenis yang x sokong mana2 kot.. hee.. macam Neh la..

Esoknya Isnin ayah aku gi SMKA Kerian. Aku plak membuta ja kat umah sehari. Takde yang menarik hari Isnin. Selasa nak balik KL dah.. rupanya baru aku tahu yang nak singgah 2 sekolah dulu iaitu SMKA SULTAN AZLAN SHAH BOTA dan SMKA SLIM RIVER. Ceh.. lama gilo x pi sana. Bedebar la jugak secara tiba-tiba. Sampai dekat kol 11 dah kat SMKASAS. Dok kat pondok tepi padang dan menggamit alik memori-memori silam..sekarang tahun 2006. Aku mula menjejak kaki di SMKASAS pada tahun 1996 (form 1) iaitu 10 tahun yang lalu. Sekejapnya masa berlalu..SPM 2000.. pastu x datang dah.. 6 tahun aku x jejak kaki kat bumi bertuah tu..

Orang yang mula2 ditegur ialah Abang Syarif (driver, tukang kebun) yang sangat baik ngan aku dulu. Dia ingat lagi aku.. Nama tak ingat biasa la..pastu Cikgu Johar..pun ingat lagi..siap citer pasal aktiviti2 memanah selepas zaman aku dan Azhar berakhir dan zaman sekarang taklah seindah zaman kami dulu..tapi takla teruk sangat. Abang Jamil pun muncul gak.. warden merangkap coach panah la jugak dulu..sembang2 la..Then muncul plak orang yang menghukum aku masa form 1 dulu sebab bawak walkman gi sekolah..cikgu Zafrullah.. Aisey..dan Ustaz Ghazali pun ada gak.. Yang lain2 tak sempat jumpa sebab singgah sekejap ja.. ops adagak sembang ngan Ustad Kashfi.. diapun ingat lagi kat aku.. Shahdu.. yang lain banyak cikgu baru. Aku x kenallah..Nampak Ustad Yazid dan Ustad Arshad dari jauh ja..

Makan tengah hari kat kantin sekolah dah siap hidangan. Makan Free la hehe. Pengetua baru la akupun tak kenal..Ustad Suhot dah pencen..kalo ustad Suhot ada lagi sure dia paling ingat aku sebab banyak kali dia kalungkan pingat kat leher aku sebab banyak jasa dan banyak kali gak dia rotan aku sebab nakal kat sekolah dulu kuikui..Pastu kami betolak gi SMKA SLIM RIVER plak. Ayah aku singgah kejap ja. Sini jumpa ustad Zahidan yang lagila kenal aku sebab dia ngan bini dia Teacher Solehah yang membesarkan aku kat SMKASAS dulu. Hmm.. sungguh syahdu teringat memori lama ngan guru-guru plak lagi.. bila aku cakap dah abis belajar kat UKM amik Pengajian Islam semua nampak senyum bangga ja..Siap ada ofer soh jadi guru ganti kat SMKASAS lagi.. tapi malaslah aku..hehe

Mungkin aku akan pegi lagi kat sekolah bertuah tu..hmm.. pastu kami balik PutraJaya parent aku gi Port Dickson plak ada festival nasyid apentah.. Aku lepak umah ja.. maka akan ada satu berita hebat lepasni tentang aku dan bola sepak..tunggu jap ye..hehe...Bye bye

6 comments:

Anonymous said...

best tu kalo leh gi balik sekolah lama..teringin nak gi sekolah lama..hee

Miss Aini said...

aaa~~ sy xtau nape tp ble bace entry ni trase sedeh aa. nape aa? USTAZ YAZID~~

Anonymous said...

oh SMKASAS..sungguh terseksa diriku dulu..hee..warden semua ade lagi ke?letih kena sa'ie ari-ari sebelum gi prep

kakLuna said...

masa awak form 1 akak dah form 5..sebut psl pak cik syarif..wah setia tul ek dia kat smkasas?

ArieYoS said...

haha..saya rapat jugak ngan dia..

Anonymous said...

Encik syarif masih ada di smkasas hingga hari ini. Ustaz sidek dah bersara. Ustaz yazit, seorg rakan sekerja yg baik. Walaupun saya muda 25 thn dri beliau, ustaz yazit tetap menghormati yg muda. Tak lokek ilmu dan nasihat. Untungla yg dpt berguru dgn beliau. Setegas2 ustaz yazit, beliau bertujuan mendidik dan membentuk anak murid yg beragama dan bersahsiah.