SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Saturday, September 30, 2006

Dah seminggu Berpuasa

Assalamualaikum WBT..

Sedar x sedar dah seminggu seluruh umat Islam yang tiada keuzuran di muka bumi ini menjalankan Rukun Islam ke 3 iaitu Berpuasa di Bulan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kalini dapat memberi kesan yang baik di hati seluruh umat Islam kerana inilah masa yang paling sesuai untuk merawat hati.

Ramadhan sering disalah anggap sebagai bulan puasa sahaja..sebutja Ramadhan..orang akan cakap bulan puasa..Mentaliti ini sebenarnya harus diubah sebab bulan Ramadhan bukan sahaja bulan Puasa, tapi bulan yang ada Tarawikh.. kita berpuasa juga pada bulan lain tapi bulan lain mana ada Tarawikh..Bulan puasa juga kita perlu membanyakkan sedekah sebab ganjaran yang dijanjikan Allah adalah 3 kali ganda berbanding amalan bulan lain.

Dalam bulan Ramadhan juga perlu banyakkan amal ibadat. Buktinya pada 17 hb ramadhan al-Quran diturunkan, dan di dalam bulan Ramadhan sahaja ada satu malam yang paling mulia iaitu Malam Lailatul Qadr.. kalau x silap malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Jadi berdasarkan fakta-fakta ini kita harus mengubah mentaliti bahawa bulan Ramadhan adalah hanya bulan Puasa, tapi sebenarnya adalah bulan yang amat mulia yang penuh dengan ganjaran-ganjaran yang perlu direbut. Ramadhan juga boleh membantu manusia mencapai tahap kesihatan yang baik. 11 bulan perut x dapat berehat daripada tugas menghadam makanan dan sebagainya. Alhamdulillah sebulan masa diberi untuk proses itu berehat setengah hari.

Sepatutnya manusia boleh belajar untuk berjimat sebab siang x perlu beli makanan. Sebenarnya peluang untuk berjimat, menambah amalan, bersedekah, menjaga kesihatan dan sebagainya telah dihidangkan kepada kita dalam bulan Ramadhan ini..Cuma terpulang kepada kita untuk merebutnya atau tidak..

Marilah kita semua merebut ganjaran dalam bulan Ramadhan..sebenarnya amalan waktu malam yang dibanyakkan sekurang-kurangnya dapat menghalang kita pergi ke tempat-tempat maksat pada waktu malam. Tiada benda yang senang dalam dunia ini jadi kita perlu tempuhi juga segala kesukaran yang melanda.

Dikatakan Syaitan diikat pada bulan Ramadhan tapi mengapa masih berleluasa maksiat di muka bumi? Syaitan-syaitan yang diikat tersenyum puas sebab walaupun dia dibelenggu manusia tetap melakukan apa yang sering disuruhnya.. So xkan nak ikat manusia plak lepasni baru boleh ok..

Saya mengajak semua rakan-rakan yang terbaca tulisan saya ini sama-sama berubah menjadi lebih baik dan menambahkan amalan.. Kalau kita tak boleh menjadi baik sekalipun janganlah kita menghalang kepada perkara baik. Salam Ramadhan dari YoS...

2 comments:

Anonymous said...

jauhi maksiat..mmg selalu adagak org yang dalam bulan Ramdhan ni dia puasa tapi tak solat..itu lagila pelik

Miss Aini said...

abg, tuka kaler blog laa~ x nmpk lor~