SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, April 19, 2007

Aruna Kirana

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Bosan tol malam ni..lama jugak x menaip..so taip la skit malam ni... Apa isu semasa ye..hmm kisah Yin lah..budak yang hilang dan menggemparkan Malaysia tu..Aku bukan heran sangat pasal budak hilang ni..memandangkan aku dah ada pengalaman ajar sekolah rendah..memang tak hairanla bebudak boleh hilang sekiranya mak ayah buat tatau dengan anak mereka..

Bagusla Tuhan selalu beri petunjuk bila dah lama tak terjadi sesuatu. Secara logiknya bila shopping kat Sogo yang terkenal dengan buat sale tu.. takkan dah rambang mata sampai lupa anak-anak bawak sekali..kalau rasa payah sangat tinggal je kat rumah..

Tengokla berapa nilai anak yang dah dapat balik tu..orang yang hantar pulak kena tuduh bukan-bukan..berapa sen sangat kalau nak bagi ganjaran nak banding kalau anak hang hilang terus buat selama-lamanya tu...Orang dah hantar tu cakapla terima kasih..kalau dijualnya ke, dibiarkan kena langgar lori time hang shopping ka..lain plak ceritanya.. ni siap jadi kes polis nak siasat-siasat la apala...setakat kulit mengelupas nak heboh biasala tu..reti plak caring kat anak..

Malas nak cakap banyak kat melayu mudah lupa ni.. Satu lagi kes haram2 yang baru ni... Alhamdulillah akhirnya orang reti menghormati Majlis Fatwa.. selalunya pandang sebelah mata dan kekadang menghinanya pula..tapi banyak lagi benda haram yang orang buat bodoh ja..bila nak cakap rokok haram cepat2 alih topik kat lain..benda yang simple tak pakai tudung tupun haram kasi orang nampak rambut hangpa.. apatah lagi makan harta orang.. melayu yang main sport toto pun ramai lagi.. semua sembang ja..takde kesan pun..bila cakap semua buat gaya expert, buat gaya tau.. tengok tadak perubahan pun..kalau insafpun sehari dua ja..soh boikot AF, KFC, MC D pun tak jadi-jadi lagi.. sebab kat Malaysia ni yang kompem tak haram air masak je kot.. Yang lain semua bendapun heboh cakap haram.. tapi haram tak laksanakan pun.. bosan..

Baik kita wat hal sendiri aja..ko dengan hal ko.. aku dengan hal aku.. terasa nak insaf gi masjid dan surau dengar kuliah agama.. beli kitab2..tak payah nak sumbang pendapat ntahapaapa buat orang sakit hati ja nak buat apa kalau orang yang cakap tu baru setahun jagung pastu tak amalkan pulak tu ajaran agama sepenuhnya..

Aku pun dah bosan nak menulis.. semoga semua sedar diri..

5 comments:

Anonymous said...

kdg2 suke baca celoteh ustaz sorang nih dlm blog nye...mcm2...slamat berkursus,slmt meneruskan perjuangan dlm medan pendidik.

Anonymous said...

wey yos..pecerita arsenal seri ngn spurs.. bungkus la..haha chelsea best!!

Anonymous said...

yob jom gi stadium tgk lawan pdrm.. sure leh makan besar punye.. hehe

Miss Aini said...

islam tak pernah suruh 'jaga tepi kain sendiri'

andailah islam begitu, sudah lama rasulullah duduk2 sahaja di kota makkah itu, bahagia bersama khadijah dan harta mereka, menjaga kambing-kambing mereka.

susah sangatkah? ganjaran yang lebih baik dari dunia dan isinya, andai mudah diperolehi, di manakah nikmat nya?

bagi seorang pegawai kerajaan yang gajinya hanya 5 ribu sebulan, usaha menyimpan duit mahu membeli sebuah kereta alfa romeo berbanding dengan usaha menyimpan duit untuk membeli kereta kancil berbeda bukan?

"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang bersabar".

(Surah Muhammad:31)

Anonymous said...

pandaila buat ayat.. tunaikan tanggungjawab diri sendiri tu dulu.. jaga tepi kain diri sendiri dulu baru jaga tepi kain orang..
apa erti kata mufti@ majlis fatwa kalau orang buat tatau? bukan maksud abang dalam tulisan tu kita jgn dengar cakap mufti dan buat hal sendiri saja.. itulah ada beza antara keluhan dan suruhan...
zaman sekarang xde Nabi dah.. sedangkan Nabi2 yang bermukjizat diuji dengan dashat oleh kaum2 mereka sendiri..
sekarang ni cakap mufti2 le kita nak ikut..bukannya payah pun..

dalam realiti dunia sekarang kalau ada 3 orang bercakap.. sorang mufti sorang Ali dan sorang lagi fatimah.. cakap sape yang kita nak percaya? reti plak nak pilih mufti.. tapi lebih realiti bila mufti buat statement semua wat bodoh..
my tulisan adalah keluhan..keluhan hati yang terasa sgt dengan kebiadaban manusia zaman sekarang yang dah lupa diri.. bukan suruhan atau bermaksud perintah!!