SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Saturday, May 19, 2007

Selamat Hari Guru!!

Bismillah al-Rahman al-Rahim..
tanggal 16 Mei setiap tahun semua sekolah di Malaysia akan menyambut Hari Guru bagi meraikan guru-guru yang berpenat lelah mengajar..itulah specialnye guru.. hari Pekerja pun sambut hari Guru pun sambut..kerja lain mana ada sambutan khas hehe

Sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Johor Bahru pada malam 16 Mei manakala peringkat sekolah aku berlangsung semalam (Jumaat).. seperti biasalah.. Ustad akan berpakaian baju Melayu sepasang dan aku akan membaca doa pembuka majlis.. Doa adalah seperti yang terdapat dalam buku panduan doa Jabatan Pelajaran Selangor..fuh panjang giler siyot.. tapi xpela..namapun doa ;)

Tatkala aku melangkah masuk ke dewan terharu la jugak sebab ada bebudak mengerumuni aku nak salam dan memberi hadiah dan kad tanda terima kasih mengajar dan pernah mengacau mereka..hehe.. x semua aku ajar yang kasi kad dan ada yang aku x ajar kasi hadiah gak.. semangat terus pagi2 lagi.. Penuh tangan aku letak hadiah kat satu tempat.. Majlis bermula dengan bebudak tahun 6(Farwiza, Farhana&Farhan) jadi Pengerusi Majlis atas bantuan Cikgu Deepa.. Aku dijemput untuk membacakan doa..

Selesai doa, nyanyian lagu Negaraku dan Putrajaya dilakukan bersama-sama. Kemudian PK 1 Kak Zu (pn Zulkhaina) dijemput untuk membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Dato Ahamad bin Sifon.. Kemudian Guru Besar pula membaca perutusan Menteri Pelajaran.. Selesai bacaan perutusan persembahan darjah 1 bermula.. peragaan pakaian2 tradisional di Malaysia.. kemudian diikuti persembahan darjah 2 menyanyi 2 lagu.. Cabutan bertuah pertama oleh Puan Roshidah (PK Koko) untuk 8 guru. Sebelum rehat guru-guru menyanyikan lagi Kami Guru Malaysia bersama-sama..

Jamuan kat kantin fuh marvellous..Aku jadi jurufoto keje amik gambo ajela dulu sebelum makan.. seronok sambutan harini.. kemudia lepas rehat darjah 3 buat persembahan dikir Barat plak diikuti nyanyian Cikgu Azlan dan cikgu Azmi. Kemudian darjah 4 membuat persembahan nyanyi gimik aje..karaoke gitu.... menarik gak.. selepas abes pesembahan darjah 4 Puan Noorbiha(PK HEM) plak membuat cabutan hadiah untuk guru untuk 8 orang lagi. Aku orang yang pertama untuk cabutan kali ni..hehe..Yang buzy amik gambo sepanjang Majlis ni berjalan ialah aku dan Faizul..sampai 4 kamera kami pegang..

Selesai cabutan hadiah, darjah 5 membuat persembahan koir dengan baju macam pekerja hotel semua..siap ada mercun lagi bebudak ni.. Pastu Darjah 6 buat pentomin.. kelakar gak citer tajuk 'guruku ibuku' kemudian cabutan hadiah terakhir oleh puan Zukhaina (PK 1).. Selepas persembahan guru lagi..nyanyi lagu geylang sipaku geylang diikuti pantun sorang satu.. Aku ngan cikgu Khirru lari je hehe.. xde pantun..dok tepi2.. kemudian menari kebudayaan.. abes teruna aku kena menari atas pentas :p Kak Zainah tarik aku soh menari..lawak betoi.. Guru Besar pun menari.. abesla ustad pun menari apentah lagi orang lain..takpe bujang lagi :p

Kemudian penyampaian hadiah terakhir oleh Puan Karimah (Guru Besar). Anugerah-anugerah penting la orang kata.. Guru Paling garang dapat kat Cikgu Deepa, Cikgu sporting dapat kat Cikgu Azlina, cikgu glamer dapat kat Cikgu Azizah, dan cikgu paling menarik dapat kat Cikgu Zainah. Pakaian Terbaik pun dapat kat Kak Zainah.. hmm.. ape sajela.. tinggal satu hadiah je lagi kat atas meja tu.. hamper yang disponsor Koperasi Sekolah. Hamper adala rm 30 kot.. cabutan bertuah.. agak2 sapa dapat?..

Haha.. Guru Besar cabut dan umum.."pemenang cabutan bertuah ialah.. ustaz ahma.." time tu dewan begemuruh ..hehe..semua bebudak lari ke arah aku dan nak salam dan cium tangan.. semua pelik tengok.. sampai aku naik hairan..apesal la bebudak ni.... yela aku sorang je Ustaz.. dah GB umum pemenangnya ialah ustaz...belum sebut nama lagipun orang tau le aku..kihkih..
Seumur hidup x pernah menang cabutan bertuah.. ini kali pertama..maybe yang terakhir kot :p dahla hadiah cabutan tu satu je.. kalau 5 lain la jugak.... Majlis selesai dalam kol 11.40.. aku bukak hamper kat bilik Guru

Ini adalah Hari Guru pertamaku setelah jadi cikgu mula 29/01/2007... mungkin akan kukenang hingga akhir hayat..huhu..taun depan ade lagi la.. Sabtu depan Sambutan peringkat negeri plak.. aku, cikgu Rusly, Cikgu Khirru dan Cikgu Faizul kena handle powerpoint untuk tokoh Hari Guru.. Doakan segalanya lancar.. wokeh.. ada satu lagi cerita..len kalila aku cerita.. kisah ayahku.. hmm..wokeh..

5 comments:

Anonymous said...

selamat hari guru ustadz

Anonymous said...

btol ke chelsea nak g sekolah hang? x rock betul la..

Anonymous said...

selamat ari guru.. doakan kami dapat jadi guru jugak..wassalam

Faam ;) said...

ya ustaz !
apa khabar ?
lupa nk ucap .
SLAMAT HARI GURU untuk tahun depan ~
hahah .
ustaz masih ingat saya lgi dak ?
farwiza amni ~
6 alamanda tahun 2007 .

ArieYoS said...

igt farwiza :)