SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, October 12, 2008

who am i now?

Bismillah al-Rahman al-Rahim..

Dah lama x menulis..memang rasanya dah xde orang yang bukak dah blog aku ni.. kat sini lehla aku bercerita dengan lebih bebas dan sesuka hati kalau dah takde orang nak bukak hehe..tujuan asal aku bukak blog ni memang suka2 ja.. tulis apa nak tulis.. sapa nak baca bacala..suka ke tak suka sapa soh baca ye dak.. hehe.. tapi aku memang paling tak suka sembang pasal politik kat sini..

Banyak peristiwa penting aku nak tulis kat sini supaya nanti aku boleh baca balik..bagus gak diari online camni.. nak ingat balik peristiwa lama payah geledah almari lama, kotak bawah katil ke.. taip je nama log sendiri.. hehe..

1stly aku sudah posting pada 7 Julai 2008 setelah setahun setengah bergelut dengan pelbagai cabaran dan dugaan..kena marah, kena tegur perkara biasala.. Alhamdulillah dapat result diploma aku lulus walaupun tak cemerlang mana.. pastu check BTN pun akudah lulus.. tinggal KISSM je tatau lagi camne.. SPP dah isi.. rasanya bulan 7 or bulan 8 tahun depan baru kena panggil inteview.. cerita pasal bonus baru ni? hehe.. boleh rm399.98 sen je.. adoii macam kecewa gak.. tapi tula akibatnye baru je posting hehe..kira ok what leh gak bonus walaupun ciput.. bulan 12 leh lagi..

pasal kewangan aku xde hal sangat sebab aku dah gagah buat loan bank Islam bulan 7 dulu.. jumlahnye rahsia la.. dah la betul2 time ari 1st posting kad kredit lulus...ada kad kredit taklah terasa sangat nak bebelanja time xdak duit tunai.. kesimpulannya awal karier kerja aku adalah penuh dengan bantuan bank Islam.. duit loan aku dah labur join noradz travel.. satu pelaburan yang kuyakini leh bawa keuntungan.. syarikat Bumiputra.. Alhamdulillah dengan bantuan member aku (juga rahsia) kami pergi bawak duit punya banyak umah ejen.. sepatutnya proses 45 hari tapi seminggu sebelum tu lagi aku dah dapat 'gaji pertama'..

Satu lagi aku kamikaze join BuluhMas cucuk kad kredit rm1000.. alhamdulillah sebelum raya gak dapat hasil pertama.. semoga pelaburan aku kat kedua-dua syarikat bumiputra ni membuahkan hasil yang membanggakan.. pasal dua syarikat ni.. sapa yang baca blog aku dan minat nak join gi le cari sendiri kat web dia.. aku tak minat sgt tarik orang masuk bisness.. tanak kalau jadi apa2 aku yang dibenci, dicaci dsb.. berani buat berani tanggung..

Bulan puasa baruni aku rasa macam ape lagi dah.. letih x ingat.. badan naik le jawabnye.. pas bebuka melantak x ingat.. balik kampun hari Raya banyak gak duit bagi kat warga family yang dikasihi.. ikhlaskan hati..dapat keredhaan :)..
Pada pagi Syawal yang mulia berlaku satu peristiwa menyayat hati apabila seorang jiranku yang aku hormati jugaklah Hj Bahadin meninggal dunia sebaik sahaja bagi salam solat sunat aidilfitri kat Surau Taman Menteri.. alunan takbir raya yang terakhir sebelum mula solat aidilfitri juga adalah diketuai beliau sendiri.. dari kecik aku selalu dok tumpang gi solat Jumaat.. kira tu la peristiwa sedih 1 Syawal.. aku raya kat Perak sehari jaa.. Raya kedua balik Terengganu.. jalan jem tak inagt kat Machang.. 4 jam kat situ saja.. ari ahad balik KL jem skit2 ja lepas dari Temerloh..

Nanti sambung lagi cerita.. ni ada plan lagi nak mengayakan diri.. hehe..kalau mau hidup senang .. risiko letak tepi.. bolos saja dinding itu.. hehe.. wassalam

3 comments:

Anonymous said...

tumpang lalu

Anonymous said...

sape kate xbace...truskn ngan blog anda

Anonymous said...

noradz & buluhmas dah dikacau BNM. Harap saudara banyak bersabar & tabah. Belajar dari kesilapan.

-kawan sekapal-