Assalamualaikum WBT...
tatkala aku nulih ni..kuharap tiada orang yang marah padaku..benci padaku..sakit hati padaku.. dua tiga harini aku agak sakit-sakit.. kurang sehat.. semoga Allah menyucikan aku dari dosa besar dan dosa-dosa kecil..
Pernah tak berasa satu perasaan yang kurang baik? buat tu tak kena..buat ni tak kena.. serba tak kena.. mata tengok kat lain..kepala fikir kat lain.. sengaja buat-buat senyum dengar cerita orang walau sebenarnya tak tumpu perhatian apa yang dia cakap.. itulah yang terjadi pada aku.. sekarang ni..
pernah tak benci sesuatu tapi takleh nak buat apa-apa? itu jugak yang aku ada sedikit rasa sekarang.. maybe aku masih tak mampu nak rungkaikan isi tersirat dalam penulisan aku malam ni dengan baik.. namun inilah antara luahan yang aku dapat buat sekadar termampu.. apapun aku masih bercita-cita untuk menyertai KEJOHANAN PENCAK SILAT TERBUKA UKM 15-18 JANUARI 2009.. team alumni ada panggil aku.. tapi taraf kecergasan dan kesihatan aku jauh berbeza nak dibandingkan dengan dulu..
Nak cerita bab kena belasah...hmm.. setakat kena tumbuk muka..kena terajang sampai melambung..kena sepak sampai jatuh kat meja sambil disorak-sorak orang..aku dah rasa semua..pernah jari tangan aku bengkak dan doktor kata pembuluh darah pecah sebab lawan aku masa tu power gila.. pernah jugak aku jadi tempang dekat 3 bulan sebab kena libas ngan mamat UUM dalam satu kejohanan terkemuka dulu.. Nak lagi dashat? aku pernah eksiden yang menyebabkan kereta aku hancur remuk.. kaki kiri aku sikit terkehel.. kena urut ngan Mizi Pak Syeikh Alhamdulillah lega.. pen besi dakwat basah aku kat poket baju kemeja bengkok dua-dua membayangkan satu lagaan yang kuat badan aku dan stereng kereta.. Naik motor pun pernah kena langgar dari belakang..kebas kaki aku 2 minggu..time tu motor aku AFA4881 baru seminggu dok atas jalan..Alhamdulillah aku masih hidup..
Sebab tu aku benci tengok gelagat orang yang buat gaya macam samseng sangat.. jalan ramai-ramai dok hoha hoha.. dok lepak mapley ramai-ramai dok kutuk orang buat muka tak malu.. ramai-ramai berani la.. kalau sorang-sorang tu sure mati katak.. pakai rantai buat rambut tepacak.. yang pompuan dia pun bukan main lagi.. betindik sana sini.. Ngan aku tak berani pulak kacau.. cuba kacau aku sekali tengok....
Hmm..ok lah.. mungkin emosi aku serabut sekarang ni.. len kali time aku tengah riang gembira aku leh tulis lagi.. tahniah buat adikku ainee yang dapat ngajo kat JB..bukan main suke lagi.. tahniah buat Rajmeen 'kawan' aku masa kat KIY dulu dapat ngajar kat Langkawi.. kawan je kot hehe.. tahniah tapi takziah buat member wa sahabat karib aku Hafiz Ishah yang dapat jQAF tapi kat Sabah.. sabor..nanti aku pi Sabah gak pas bapak aku pencen..hehehe.. buat Azizah atau Jijah 'member' seKISAS dulu yang masih lom check..harap2 dapatle.. member je kot..hehe.. tahniah untuk Hafiz Rahman or Pitman yang bininya leh KPLI kat kedah gak.. rezeki anak.. tahniah juga kepada aku yang bakal menamatkan zaman bujang.. HAH?
1 comment:
relek..jiwa kacau mesti ada ubat
Post a Comment