Tuesday, December 14, 2010
hijrah kita 1432h
Bukan nak cakap banyak atau pandai2 cakap.. tapi sempena hijrah 1432 ni rasa semangat nak menulis sikit pasal hijrah diri..berkobar-kobar rasanya..walau dah beberapa hari berlalu..tapi masih belum terlambat lagi kan..
Hijrah tu maksud mudahnya ialah pindah.. dari 1 tempat ke tempat lain.. cuma boleh kita pusing sikit maksud dia..hijrah tu guna untuk pelbagai kegunaan.. semacam perangai kita..kelakuan kita..tabiat kita ibadah kita dan lain lain.. bila kita ubah perangai lama dari kurang elok menjadi lebih elok.. tentunya itu adalah hijrah jugak..kat sini ada sikit suggestion yang kita leh hijrahkan mengenai diri kita dan masyarakat :)
1. dari banyak mengumpat kepada banyak baca quran
2. dari lewat solat kepada cepat tunai solat
3. dari banyak suka amik tau hal orang + pula nambah2 cerita yang buruk2 kepada suka mendoakan kebaikan kepada manusia lain
4.dari banyak boros kepada menyimpan ditempat yang dihalalkan syarak...
5. dari banyak berkhayal kepada banyak beristighfar...
6. dari ketagih facebook kepada siapkan kerja2 tertunggak..
7. dari makan banyak kepada banyak bersenam dan berdiet...
8. menguruskan kemarahan dengan baik
9. mengamalkan gaya hidup yang berhemah kepada semua mkahluk ciptaan Allah..
10. membantu rakan2 yang lemah supaya sama hebat seperti kita.
dan lain-lain lagi...
Jika kita hebat..kita xkan menyimpan kehebatan kita untuk kegunaan sendiri dan berlagak sombong dengan kelebihan itu kerana lama-kelamaan kehebatan kita itu akan lapuk ditinggal zaman..jika kita hebat..kita akan berkongsi kehebatan kita dan sentiasa bermotivasi untuk mencipta idea2 baru supaya menjadi lebih hebat... jika ingin menjadi lagenda.. buatlah seperti seorang lagenda.. jika ingin menjadi kera sumbang.. buatlah seperti gaya kera..alaa..orik tu.. cerita Duyung :)
Yang pasti kena tanam misi dan visi yang lebih best sebab suasana alam pekerjaan akan jadi lebih mencabar dan lebih hebat serta persaingan yang sihat menjadikan kita tak mahu ketinggalan..semoga sama-sama kita dapat berhijrah ke arah kebaikan..bukan kearah ketidak baikan..
Maas Salamah Wa Ilal Liqo' :)
1 Malaysia 1 Ummah..
Monday, September 27, 2010
Puasa Raya Macam-macam
Thursday, August 05, 2010
Cuti-cuti Malaysia Kota Kinabalu
Tuesday, July 27, 2010
baju perang arsenal season 2010/2011
Sunday, July 25, 2010
Ngeri 2010
Time nulis ni saya berada di kampung isteri. Baru lepas makan gulai tempoyak.. wow best nya.. hehe.. Hmm.. Nak kata nak biarkan tahun 2010 jadi Tahun Gemuk?.. ish tak sanggup rasanya.. Hanya orang yang gemuk tahu perasaan orang gemuk... Dulu pun saya dah berat berlebihan, tapi waktu tu saya main sukan selalu, so badan besar tak berapa nak terasa effect sangat. Sekarang ni memang teruk. Kerja pun makin banyak. Bila dah kahwin, jadual semua automatik berubah. Yalah, bukan single macam dulu lagi nak buat apapun ikut suka ja.
Sekarang saya terpanggil nak menulis di blog ni tentang seksa yang ditanggung akibat berat badan yang terlebih ni. Semoga lepas ni Tuhan beri kekuatan kepada saya untuk kurangkan balik berat. Bila bangun dari tidur, masa mula-mula nak jejak kaki ke lantai rasa sakit sangat. Time tu badan tengah berat, kaki belum sedia.. so jalan tehenjut-henjut. bila dah berdiri dua tiga minit barulah dapat sesuaikan diri balik. Itulah beza yang paling nyata bila dah gemuk sangat ni. Baju pun banyak dah ketat. Bukan ketat kat lainpun. Kat bahagian perut ja.
So bila dah keadaan macam ni, asyik berpeluh aje. Orang lain suka bila berpeluh, tapi situasi saya ni benci pun ada. bayangkan bila turun lif dari tingkat 13 yang hampir setiap tingkat kena berhenti macam mana panasnya. habis basah baju. Ada aircond pun tak terasa. Tak tahulah kot saya sorang je yang tak rasa. Sebab orang lain tak berpeluhpun. Berjalan sikit peluh, lepas minum air terus keluar balik. Tapi tak kurus pun. Pelik betul...walaupun macam nie isteri saya tetap sayang kan saya hehehe. Best katanya kihkih...
Bila jalan-jalan kat mana-mana tempat, asyik nak cari tempat untuk duduk. Mana nak tahan berdiri lama-lama. Situasi macam ni secara automatik buat diri rasa tensyen dan tak puas hati. Memang isteri saya simpati dengan saya, tapi saya sebenarnya patut simpati pada diri terlebih dahulu. Dulu sportman, sekarang jalan sikitpun dah tak larat. Hampeh betul.
So dengan Ramadhan yang dah hampir tiba, saya ingin menguatkan semangat untuk menurunkan berat badan.. bukan nak kurus pun, janji sihat dan POWERRRRR... hehe.. kata orang biarlah berjoging baru berpeluh. Bukan minum air pun dah berpeluh. Nak makan ubat kurus? ish.. sia-sia ja.. ubat tu pun ditafsir sebagai makanan oleh perut saya.. hehehe. Semoga Allah permudahkan urusan. Kembalikan kesihatan saya... ada 6 muscle balik (macam la ah ada hehe). Leh ringankan badan, leh buat kerja kat mana-mana tempat macam dulu-dulu. Sekarang asyik mengeluh ja kalau dapat banyak kerja... Ini semua luahan dari hati... jadi.. inilah hakikat.. Untuk mengubah sesuatu yang hakikat, betul2 kena bulatkan tekad... InsyaAllah.. Harap semua sahabat-sahabat doakan saya.. Amin.. Moga hidup diberkatiNya.. AAAmin.. Wasalam.
Thursday, July 22, 2010
i love my family
Jalan jalan Februari 10
Wednesday, July 21, 2010
Nak test disgn baru..
Monday, June 07, 2010
Saya tak ada akaun FB
Hari Guru SK Putrajaya Presint 16(2) 2010
Assalamualaikum Wbt.. dah lama ku x menulis di blog kesayangan ni.. :) Saat ni ingin kuceritakan tentang Sambutan Perayaan Hari guru sekolahku SK Putrajaya Presint 16(2) untuk tahun 2010.
Secara keseluruhannya majlis kali ini bolehlah dianggap sederhana sahaja namun penuh beerti buat semua warga sekolah terutamanya guru-gurulah...
Tanggal 4 Jun 2010 (Jumaat) sambutan diadakan di dewan sekolah. Jam 8.00 pagi guru-guru berarak ke dewan diiringi pengawas sekolah dan pasukan kompang.. Rasa macam majlis kawen pulak.. hehe.. terus naik atas pentas. Lepas ucapan aluan ada bacaan doa.. kali ni tugas saya dah di sub kan kepada anak murid yang berdedikasi Adam Haikal kelas 5A. Punya panjang doa.. (saya yang edit kasi panjang-panjang sikit hehe)
Selepas doa terus ucapan Guru Besar Puan Karimah Hasbullah dan diikuti dengan nyanyian-nyanyian oleh guru yang x pernah belatih.. leh kata miming ajela kat atas pentas tu.. lagu Guru Malaysia dan Guru pembina Negara Bangsa.. Ada potong sumbangan CW.. sape tu? agak2 sape? Chef Wan (Che Wan)kita la.. tokey kantin baru yang rajin bersedekah :).. Moga murah rezeki sokmo Che Wan.
Pastu upacara kasi-kasi hadiah.. macam-macam hadiahla.. dari kelab guru.. pertukaran hadiah pun ada.. hadiah Birthday untuk guru-guru pun ada untuk Bulan 1 sampai bulan 5.. pastu murid-murid naik pentas cari cikgu-cikgunye kasi hadiah.. saya adala dapat sikit-sikit.. seplastik je.. my wife dapat dekat 3 plastik.. lagi glamour lah.. hehe.. Tak kurang juga hebatnya guru-guru yang dapat hadiah dari pihak sekolah atas jasa-jasa yang ditaburkan.. Alhamdulillah.. Bukan senang nak berjasa kat sekolah.. Apapun jadikan kerja itu sebagai ibadah.. tidak mengharapkan balasan dunia kerana ia hanya sementara berbanding anugerah Allah yang lebih nikmat dan kekal harum sepanjang hayat.. Yang dah dapat hadiah or anugerah tu janganla pulak malas lepas ni ye.. hehe..
Tak lupa jugak tahniah buat 3 orang guru yang dapat Anugerah perkhidmatan cemerlang 2010(APC).. Majlis berlangsung kat SM Alam Shah petang Isnin 31 Mei 2010 yang dingin dengan hujan lebat.. tahniah buat Puan Nur Aida, Puan Azlina dan Puan Rosidah serta pentadbir sekolah sebab SK Putrajaya Presint 16(2) adalah sekolah terbaik Putrajaya untuk UPSR tahun lepas.. Untuk keseluruhan Malaysia pun ada tempat la jugak.. entah nombor berapa.. saya dan beberapa guru lelaki jadi AJK teknikal kat majlis ni..
eh melalut pulak.. kembali majlis kat sekolah, lepas tukar-tukar hadiah semua warga sekolah rehat kejap dari 9.30 sampai kol 10 pagi. kalini persembahan-persembahan pulak.. mantap-mantap belaka pesembahan murid. Tahun 1 ada, Tahun 5 ada.. tahun 6 pun nak lepas gian.. siap main gitar lagi.. Tahniah cikgu Alif sebab buat pembaharuan. Mantap pesembahan murid. lepas habis pesembahan murid, pesembahan guru la pulak. Mula rumah Merah buat pesembahan Nyanyian.. then rumah hijau buat cerita hantu seram.. meremang bulu roma i.. pastu rumah biru.. saya turut berlakon untuk rumah biru.. almaklumla.. free agen.. xde rumah sukan.. dorang letak nama saya kat rumah merah.. tapi macam x diperlukan je.. semua dah mantap.. kisah NAK JADI APA? kelakar pun ade.. last sekali rumah kuning buat pesembahan penutup dengan nyanyian dan drama air mata.. tersentuh hatiku..
Masa betul-betul jadi penghalang sebab majlis ni hari Jumaat.. semua kempunan nak dengan En Jabar PK KOKO yang nak nyanyi lagu Suci Dalam Debu pada asalnya.. frust.. umum pemenang rumah biru yang menang pesembahan.. best ke saya berlakon?.. nak berlakon SAMARINDA pulak lah lepasni :p... Berakhirlah sambutan Hari Guru dan Cuti Sekolah pun bermula.. Guru-guru ada jamuan free kat kantin Che Wan sponsor.. makan sedap dan akibatnya ada yang tak merasa sebab lambat sangat gi kantin.. tak dapat makan pun xpe kot sebab dah dapat hadiah besar kan cikgu.. hehe..
Ada drama airmata jugekla sebab 2 guru dah nak pindah pas cuti ni.. Puan Wan Sabariah dan Puan Norazwani... minta maafla kalau ada salah silap terkata, terkasar bahasa.. saya ni gangster sikit kadang2 tercakap ikut suka.. hehe.. lepas cuti dapat la 2 cikgu baru kot sebagai pengganti.. ops.. hari Selasa lagi dah dapat sorang ustazah baru dari Sabah namun orang Kedah.. Selamat bertugas buat Ustazah Mahira..
Cuti sekolah dah bermula.. Tahun enam ada kelas dan cikgunya include my wife kena la berkorban..saya nak berjalan sakan pasni.. huhu.. x sabar nak berjalan..need to wait till thursday baru elh bejalan.. huhu.. jumpa lagi.. jangan lupa buku murid-muridku...Wassalam..
Sunday, May 30, 2010
LOGO SEKOLAHKU
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(2), PUTRAJAYA
Sekolah ini terletak di Presint 16, Putrajaya berhampiran dengan Taman Warisan Pertanian dan sebangunan bersama Pejabat Pelajaran Wilayah persekutuan Putrajaya. SKPP 16(2) or SK Putrajaya Presint 16(2) . Semoga maju jaya.
Tuesday, April 13, 2010
kepada dermawan
kepada dermawan dan hartawan yang memikirkan ingin menyalurkan wang membantu orang2 yang susah atau orang2 yang benar2 memerlukan bantuan bolehla menderma di saluran yang betul.. saya yang sering berjalan selalu melihat orang-orang yang mengeluh kesusahan namun tak putus-putus berdoa kepada Allah supaya diringankan beban.. saya ada juga terfikir kalau Tuhan makbulkan doa-doa orang tersebut melalui bantuan-bantuan orang yang dermawan atau hartawan yang menyalurkan kepada saluran yang betul dengan hati yang ikhlas tentu sekali sungguh indah kitaran hidup di dunia ini.. selalu saya tersenyum sendiri mengigatkan ciptaan Allah dan kebesaran Allah. Jika ada yang nak menderma melalui saya bolehlah hubungi saya.. insyaAllah dapat membantu juga jika Allah beri kelapangan dalam kesibukan mengajar :).. tetapi paling selamat atau puas hati salurkan bantuan sendiri kepada golongan yang memerlukan itu dengan hati yang ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan (sedangkan Tuhan dah menjanjikan balasan kepada golongan yang ikhlas memberi).. wassalam
Monday, March 08, 2010
sihir
Sihir.. siapa tahu tentang sihir? gejala-gejala sihir? tanda-tanda sihir? siapa yang terlibat dengan sihir? cara mengatasi sihir?
Alhamdulillah saya ada tahu sedikit tentang sihir selepas diri sendiri terkena.. hasad dengki adalah punca utama sihir.. namun siapa yang membuat sihir orang tersebut tidak termasuk kategori hasad lagi.. tapi husuud...
Kasihan golongan membuat sihir ni sebenarnya.. sungguh kasihan..mati dengan meninggalkan amalan di dunia sahaja.. amalan tak dapat dibawa bersama ke akhirat.. sebab itulah siapa yang ingat sihir tu perkara ringan orangg itu salah sangat-sangat.. walaupun dia mohon maaf pada mangsanya dan mangsanya memaafkan kembali.. namun disisi Tuhan orang itu sudah syirik dan menduakan Tuhan.. mohon pada Syaitan.. buat kerja aniaya orang.. apa yang dapat? kalau orang yang kita aniaya mati apa yang kita dapat? puas hati setakat mana?dahla bekawan dengan setan.. orangpun menyumpah-nyumpah.. Tuhan pun benci.. jadi lebih baik mati sahaja golongan pembuat sihir ini.. bertaubatpun x guna.. (ini semua terpulang kepada Allah untuk mengampunkan atau tidak.. dapat masuk Syurga atau tidak..)
Apa yang jelas.. golongan ini telah membuat dosa besar membabitkan hati dan perasaan manusia.. membabitkan akidah.. dan memohon pertolongan kepada jin dan syaitan.. justeru.. dalam akal pikiran kita sendiri sudah dapat menilai betul atau salah perbuatan sihir ini.. Wallahualam..
(Tak ada istilah sihir untuk tujuan kebaikan sebab minta tolong Syaitan.. neraka lah tempat mereka)
Thursday, January 14, 2010
diari 2 Januari 2010
Bangun pagi still ngantuk.. Gi beli sarapan ngan Hafiz and abah bentong.. Nuar make up datang menyolek.. rumah penuh dengan tetamu.. Jam 12.40 bertolak naik lif turun beramai-ramai dari tingkat 13 Fasa 10 presint 9 tu.. penuh.. hehe.. Apih drive.. sampai-sampai aje tengok dah ramai manusia..
Masuk dewan diiringi selawat dan berjalan atas karpet merah terus ke meja makan.. Bacaan doa dan makan beradab.. Lepas tu upacara potong kek.. majlis sederhana je.. takde pelamin pun.. tupun dah beribu duit abes.. Member ramai gak datang.. tetamu paling kehormat kiranya Tan Sri Alimudin la.. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.. sempat jua bergambar dengan beliau dan isteri..
Antara Member aku yang datang ialah : dari bekas SMKASAS, Bota -> Azhar Amari, Fadli Apardi, Amir Haris, Wan Fawiza, Amir Taib, Sharul Haizam, Fikri Nazri, Mohsin Omar, Irwan Nasarudin, Abdullah Razali, Shahrusaid serta Siti Hafiza Jaafar, Mas Fadlina dan pasangan or family masing-masing..
: Member KISAS, Klang/ UKM Bangi/ rumah sewa Bangi antara yang datang ialah -> Arip Omaq bersama abangnya dan kakak iparnya Anna Hairani, Faiyzan Ahmad, Amir Ashraf dan Amirul Faiz yang jauh dari Kedah datang, Nehrudin @ Tapa, Fahimi Madani, Muhd Fadli @ Palito, Yusri dan Nadwa serta anak-anak, Hamizan Isa @ Nyol @ Meon bersama tunangnya Aisyah, Suhail lower 6 time aku upper 6 dan juga Hasni @ Bosnia besama pasangannye (pakwe kot hehe)..tak lupa jurulatih silat aku masa MASUM, abang Azman Mat Zin yang datang bersama Che Un.. malam 31 Disember aku wat Doa Selamat kat rumah dihadiri oleh kawan2 yang tak dapat datang seperti Irfan Idrus , Ustaz Naim @ daniel bersama isteri, meon dan pasangan dan juge Mahfuz dari SK presint 8 (1).
Geng lain ramai gak antaranya mr izman dan isteri, Puan Karimah, Kak Roziah, Kak Roshidah bekas PK KOKO sekolah aku, Kak Azizah Tajudin yang jauh dari Penang kalau x silap, Kak Azizah Abdullah, kak Rohidah, Kak Norahimah, Kak Aida, Kak Zainah, Kak Rosita, Kak Hanita, Azmi Ibrahim, Izani Daud, Kak Hairani, Kak Rosidah Ahmad, Hasmira Diana, En Jabar, Kak Rohani, Kak Noraihan p8(1), shahrizan Alam Shah, Ustaz Safwan, Puan Rohana PPDa, Ustaz Nasrom, Ustaz Hashrul Aidil, kak noraihan smk p16(1)dan jiran-jiran di Taman Menteri seperti Hafifi Zainudin, Mas Saifudin n company, Pak Cik Zakaria dan family, PAk cik Khalid dan keluarga, wakil keluaga mak cik maton, wakil pakcik Zamri jiran aku, Mak Za dan maybe ramai lagi yang dah balik time aku dah gi outdoor kol 3.30.. member baik aku Herwan mat zan @ Syezek member antara yang aku x sempat jumpa sebab dia sampai lambat..
Gi outdoor kat Palace of Justice.. Lamagak kat situ.. cuaca mula-mula mendung.. pastu panas terik.. selepas macam-macam aksi gi Pullman hotel pulak.. Alahai punya lawa view malangnya hujan le pulak.. balik rumah presint 16 dan begambo kat bilik pengantin.. letih gila beb.. balik Presint 9.. Keletihan betul.. lepas maghrib datang balik rumah presint 16 makan malam dan bukak hadiah..Abang aku dan kakak iparku balik malam ni ke KULIM dari Pudu bas 11.00 malam. kol 9.30 faisal gi hantar dah bersama mak long dan Boboy sekali. Sedara yang datang macam abang halim dan Kak Mun balik amalm ni ke rumah anak sulungnye.. dan abang Di balik ke Pahang. Chik dan suami serta Chaq dan anak-anak akan balik esok. meriah jugak lagila malam ni.
balik Presint 9..letih sangat..Semoga majlisku diberkati Allah dan akan berbahagia selamanya walaupun banyak rintangan dan kerja untuk menjayakannya pada mulanya... TQ semua yang hadir dan yang datang menolong bermula dari 25 disember (akad nikah di Bentong.. Hidhir dan Munna, dan Meon siap baju melayu jadi pengiring aku :p), 20 Disember (majlis rumah bini aku dihadiri Ma PekTam dan ahli keluarga, jiran sebelah umah putrajaya sebijik NazaRia) dan 2 januari 2010 kenduri ku di Putrajaya.. TQ my parents, TQ my brothers.. tq my kakak ipar, Tq my cousins, Tq my whole family atas segalanya. Wassalam...
mencari guru quran putrajaya?
en firdaus: 012-5142977
harga dan masa boleh runding..... wassalam