Assalamualaikum wbt... hmm.. dalam kelapangan masa yang ada ini sengaja saya ingin berkongsi pengalaman berjalan dengan isteri ke Sabah minggu lepas (30Julai- 1 Ogos 2010). Kami bertolak penerbangan jam 11.10 pagi dari LCCT.. kelam kabut jugalah.. tapi mujur Faisal adik saya speed bawak kereta nak hantar on time.. kami kira golongan paling last naik pesawat la.. hehe.. tapi 'hot seat' tu.. best gak.. siap order Briani Bukhara ngan nasik lemak Pak Nasser.. Harganya harga kapal terbang le.. hehe...
begambar dulu sebelum fly......
Bila sampai je ada orang jemput.. terus check in di Emperial Boutec.. beli tiket online.. ok kot hotel ni.. tengah bandar.. dekat je ngan Pasar Pilipina.. lepas check in gi makan dulu dekat Jesselton Point.. Jeti ke Labuan kata orang.. makan Nasik Padang Ibu. Then jumpa member dia datang bilik.. memang antara hajat datang KK ni nak jumpa beberapa member dan pergi rumah abang ipar di KingFisher Sulaman 3.. lepas berurusan rehat2 jap.. lepas Magrib terus kitorang turun gi tempat yang isteri saya sibuk memilih barang tu..Kat Bazar philiphine.. wah bukan ceria lagi merujuk gambar yang saya upload ni hehe.. macam-macam kami beli untuk cenderahati ke cenderamata ke kepada sedara-mara dan kawan2 di semenanjung... pastu bejalan di pasarnya.. waaaa geram tengok ikan-ikan segar... baru naik dari laut.. murah pulak tu.. 
Pastu kami naik berehat kejap kat bilik. Dalam pukul 9 lebih Hafiz Ishah (seperti dalam gambar) member baik saya dari zaman ke KISAS bawak ke UKM yang ngajar j-QAF kat Teluk Sepanggar datang ambil saya dan isteri pergi makan di Tanjung Lipat. Meriah jugak tempat ni.. Makan Chicken Wing la.. hehe.. berborak lama la jugak.. sampai mata betul- betul berat la.. Dia pun naik Myvi baru isteri dia punya.. isteri dia pun kawan saya masa di UKM dulu ngajar j-QAF juga di Beaufort..
Dah sampai rumah dorang.. kami berehat kejap. pastu pinjam kereta abang ipar pergi berjalan di One Borneo... Shopping Kompleks kegemaran penduduk disitu gamaknya.. ramai gak orang.. Kat situpun isteri saya sempat shopping barang-barang hiasan rumah.. memang minatnya begitu.. hehe... petang tu lepas balik dari One Borneo saya, isteri dan kakak ipar masuk UMS pergi jemput abang ipar
saya yang baru sampai dari Labuan.. kat Dalam UMS pun kami berjalan sakan tengok pemandangan.. memang cantikla sebab Universiti tepi laut.. pemandangan indah-indah belaka.. banyak tempat jugak la kami bergambar.. macam kat tepi ni ialah Canselori UMS.. nampak unik la persekitaran dalam UMS ni...konsep Flora dan Fauna.. Antara gambar yang suka macam kat bawah ni.. hehe.. isteri saya menjadi pendengar yang setia kepada encik orang utan dan saya pula hampir-hampir mematahkan tengkuk orang utan yang nakal.. hehe..
Faisal ambil kami sebaik saja sampai.. pastu gi minum di Jalan KLIA 1 ada kedai mamak tu.. borak-borak kejap.. Mak saya dah siap masak Mee Sup.. Makan mee sup pastu tolong ayah saya pulak beli tiket nak ke Kelantan Rabu ni.. So malam jugakla baru kami balik ke rumah di Presint 9.. bestnya berjalan... Pasni cari destinasi berikutnya pulak.. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment