Ruang coretan kali ini sengaja saya wujudkan bagi memberi pengetahuan kepada yang tidak tahu serta memberi peringatan kepada yang terlupa. Dah lama Ustad Yos x buat tazkirah kat sini hehe...
Solat Jumaat itu hukumnya adalah wajib bagi setiap individu Muslim yang mukallaf menunaikannya yang memenuhi syarat-syarat berikut :- Orang Islam, sudah baligh, berakal, Orang yang merdeka, lelaki, sihat dan tidak uzur serta mastautin atau bermukim (tak wajib bagi orang musafir). Bilangan ahli jemaah juga mestilah melebihi 39 orang iaitu 40 orang yang layak termasuk imam.. kalau 40 termasuk kanak2 belum baligh tak sahla.. kena solat zohor ajela..
Tatkala hari ini saya lihat kehadiran Muslim ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat amat menggalakkan tapi tak ramai yang menyedari kelebihan-kelebihan yang terang lagi nyata mahupun kelebihan yang tersirat. Hari Jumaat itu sendiri terdapat pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Satu hadis menerangkan bahawa bumi ini siap dicipta Allah pada Hari Jumaat, Nabi Adam dicipta juga pada hari Jumaat. Nabi Adam dimasukkan Syurga pada Hari Jumaat dan dikeluarkan dari Syurga akibat tipu daya Iblis juga pada hari Jumaat.
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan mengatakan kita akan mendapat keampunan dari Allah dari Jumaat itu ke Jumaat seterusnya dan ditambah lagi 3 hari sekiranya pergi ke masjid dengan sempurna wuduk, duduk diam mendengar khutbah serta tidak lalai. Doa kita juga InsyaAllah akan dimakbulkan Allah kerana pada waktu itu antara waktu mustajab(mula khutbah hingga habis solat).
Antara kelebihan lain ialah dapat mengeratkan silaturahim sesama muslim. Bukan senang nak mengumpulkan umat Islam seramai waktu solat Jumaat. Khutbah yang kita dengari juga adalah nasihat-nasihat yang berguna dan juga ilmu yang berguna bagi kita. Jadi kita bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, tapi mendapat pelbagai kelebihan pula. Bagi yang suka mengambil remeh tentang kehadiran ke solat Jumaat saya harap dapatla mengubah tabiat tersebut.
Bukannya lama pun.. kerajaan pun kasi rehat agak lama pada Jumaat. Ada negeri terus ishtihar Jumaat tu sebagai cuti Umum. So tak wajarlah kita menidakkan apa yang Nabi suruh kita buat. Benda-benda yang baik kalau kita selalu abaikan atau tidak serius lama kelamaan akan menutup pintu hati kita. Kita akan berubah menjadi manusia yang suka buat endah tak endah dalam kehidupan. Benda yang berat kita anggap ringan.. akhirnya bila ada kematian ahli keluarga, nak solat jenazah pun tak pandai.. cuba kita renungkan.. kita sentiasa ada masa.. Cuma management diri kena lebih bagus.. InsyaAllah kita akan jadi manusia yang baik-baik dan terhindar dari menjadi golongan pembuat dosa J
No comments:
Post a Comment