SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, April 06, 2011

Rezeki

Assalamualaikum WBT...

Hari ini saya nak tulis sedikit tentang rezeki.. apa yang saya tahu la.. boleh jugak kongsi-kongsi.. Rezeki Allah turunkan kepada manusia.. ditugaskan kepada Malaikat Mikail untuk menyebarkan rezeki kepada seluruh makhluk di dunia ni. Di laut ada ikan, sotong, tumbuh-tumbuhan, rumpai laut.. dalam hutan ada macam-macam haiwan dan pokok.. Hujan turun siram pokok dan bumi tak kering.. Itulah hebatnya kuasa Tuhan.. perancaanganNya memang tiada batasan dan tak tercapai di akal..

Rezeki manusia ditentukan oleh Allah dan kita sebagai hambaNya wajiblah berusaha untuk mencapai rezeki masing-masing.. Bak kata isteri saya.. bangun pagi-pagi sebab pintu rezeki terbuka luas. Rezeki memangla tak nampak tapi peluangnya adalah lebih luas.. Macam orang ada adik beradik ramai. Bangun pagi tak sama waktu. Si ibu tetap akan sediakan sarapan untuk semua. Siapa yang bangun paling awal akan dapat merasa nikmat sarapan yang fresh-fresh.. bila sedap boleh tambah.. yang kedua ketiga bangun pun masih dapat merasa nikmat rezeki yang masih suam-suam..

Tapi yang bangun tengah hari macam mana? tetap ada rezeki untuknya tapi semacam kena redha ajela.. apa yang orang tinggalkan itulah rezeki kita.. orang yang bangun awal maybe dapat nasik goreng, telur goreng, sayur, ayam goreng, sardin, air teh panas dsb. Sapa yang bangun paling lewat tak ada pilihan dah..apa yang orang tinggal itu jela rezeki dia.. nasik dah sejuk, ayam dah habis, air teh dah habis.. Dari segi contoh inipun kita dah dapat tahu dan boleh terapkan dalam kehidupan bahawa siapa yang bangun awal pagi pintu rezekinya terbuka luas sedangkan yang bangun lambat dan malas dapat sisa je walaupun masih ada rezeki untuknya..

Semacam pergi pasar jugak... siapa yang pergi awal pagi dapatla beli sayur fresh, ikan segar, daging segar.. siapa yang pergi lambat hanya akan dapat ikan mata merah dah 10 kali mati..sayur layu dan kuyu dan macam-macam lagilah yang tak best.. Semua itu bukan salah siapapun. Sebab kita yang mencorakkan diri kita sendiri jadi salah kitalah kalau tak dapat yang terbaik.

Bila cakap pasal rezeki jugak kita wajib bersyukur dengan setiap pemberian Allah. Banyak lagi orang yang tak merasa apa yang kita dapat pada hari ini. Mengeluh banyak sangat pun tak elok kerana semacam mendoakan benda-benda yang tidak baik kepada diri sendiri dan seolah-olah marah pada Tuhan. Layak ke kita marah pada Allah.. hebat sangat ke kita ni nak marah-marah Tuhan macam filem Hindi selalu buat tu.. Nauzubillah...

Siapa yang dapat rezeki lebih sewajarnya lebih dekat dengan Allah kerana tanda bersyukur.. berkongsi kegembiraan dengan orang-orang yang susah. Bukan dengan membongkak meninggi diri.. Saya pernah jumpa dengan orang yang terlalu memartabatkan diri sendiri. Ada ustaz tu marah panggil dia ustaz sebab ada phD.. so kena panggil doktor. Ada dato' yang marah sangat kalau gelaran dia tu orang tak tahu atau terlupa. Mengamuk tak tentu hala. Yang paling tak masuk akal pernah ada driver Dato kat Putrajaya ni jual nama Dato nak marah-marah cikgu walau hanya driver.. macam-macam perangai. Menyampah jugak. hehe.

Allah bukan sekadar memberi rezeki..malah boleh menarik rezeki. Dah kaya boleh jadi miskin sekelip mata. Dah ada anak ramai boleh tinggal sorang-sorang dalam sekelip mata. Dah jadi Menteri boleh jadi alas tapak kaki je last sekali sebab perangai tak senonoh dan macam-macam lagilah.. Apa yang penting kita mesti sentiasa bersedia dengan ikhlas hati bukan dengan hanya sekadar berlakon depan orang.. Manusia boleh ditipu tapi Allah? Macam mana kita nak tipu ALLAH.. kena panah petir barula nyesal..

Kawan saya dari Jambu Rias baru telefon kejap tadi tanya kalau ada mana2 guru jQAF area Putrajaya, Bangi ke Kajang ke nak pindah ke area Pahang sana (Bentong, Jambu Rias, Sertik) bolehla kontek saya. Moga blog saya ni ada yang berkenaan terbaca. Mungkin rezeki di tempat baru akan lebih baik, rezeki di sekolah baru lebih baik.. semuanya adalah ketentuan ALLAH.. Berimanlah kepada QADA' DAN QADAR... Wassalam.. :)

No comments: