Sejarah Skuad ‘The Gunners’ mula ditubuhkan apabila seorang pekerja di Woolwich Arsenal Armament Factory memutuskan untuk membentuk sebuah kelab bolasepak pada akhir tahun 1886. Pada waktu itu kelab tersebut bermain di bawah nama ‘Dial Square’. Perlawanan pertama mereka adalah kemenangan 6-0 ke atas Eastern Wanderers pada 11 Disember 1886. Selepas itu mereka menggunakan nama Royal Arsenal dan mula bermain di dalam pertandingan persahabatan dan perlawanan-perlawanan tempatan untuk beberapa tahun selepas itu.
Pada tahun 1891 Royal Arsenal status mereka berubah menjadi profesional dan menukar namanya menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1893 yang selepas itu menyertai Liga Bolasepak FL (Football League). Pasukan ini melakukan perpindahan ke Highbury pada tahun 1913 dan telah menyertai liga divisyen dua. Seiring dengan PD I, mereka terpilih untuk mengikuti perlawanan divisyen satu yang mula rancak, divisiyen yang mana mereka ikuti sehingga pada waktu ini.
Herbert Chapman mengambil alih Arsenal pada tahun 1925, dan pada tahun1930 ia menerajui skuad the Gunners untuk pertama kalinya menjuarai Piala FA dengan kemenangan ke atas Huddersfield Town pada perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, pada tahun 1931, Arsenal melakukan sejarah dengan menjuarai divisyen satu. Bukan itu sahaja, skuad the Gunners ini telah menjuarai divisyen satu sebanyak 3 kali secara berturut-turut iaitu pada tahun 1933, 1934 dan 1935. Prestasi yang hanya pernah dicapai oleh 4 kelab teratas dalam liga Inggeris. Selepas itu mereka menerima berita yang menyedihkan apabila Chapman meninggal,.Dia meninggal dunia setelah mencapai status ‘legenda’.
George Allison mengambil alih tampuk pimpinan itu dan meneruskan baki dekad 30-an tersebut dengan kemenangan sebuah lagi Piala FA (1936) dan liga divisyen satu (1938). Sehingga pada waktu itu sahaja Arsenal telah mempunyai beberapa pemain legenda. Alex Yakobus, Ted Drake, Cliff Bastin, David Jack, Eddie Hapgood dan George Male merupakan sebahagian nama pemain legenda yang telah bermain di Football League.
Perang Dunia kedua menghambat Arsenal dalam berkompetisi secara normal dan efektif, tetapi setelah Tom Whittaker menjadi pengurus, kejayaan Arsenal kembali semula. The Gunners merupakan juara divisiyen satu 1947/48 dan 1952/53; juara Piala FA pada tahun 1950 dan naib juara pada tahun 1952. Era 60′an prestasinya pasukan Arsenal agak merudum dalam perlawanan-perlawanan tempatan, dan sepanjang dekad itu mereka hanya meraih 2 kali ke peringkat akhir Piala Liga pada 1968 dan 1969. Setelah Bertie Mee mengambil alih pada pertengahan 60′an, untuk pertama kalinya mereka menjuarai salah satu perlawanan Piala Eropa antara kelab, Fairs Cup, pada musim 1969/70 dengan menewaskan Anderlecht 4-3 pada peringkat akhir melalui agreget.
Arsenal mula bangkit semula pada dekad 70′an dengan kehadiran pemain-pemain seperti Charlie George, George Armstrong, Ray Kennedy dan ketua pasukan Frank McLintock, dengan menjuarailiga dan piala FA sekaligus. Mereka memastikan gelaran juara liga di White Hart Lane, di hadapan penyokong Tottenham Hotspurs sendiri yang merupakan musuh sejirannya dan kemudian menjuarai piala FA dalam peringkat akhir dengan kemenangan ke atas Liverpool setelah habis waktu tambahan.
Pada akhir tahun 70′an, mereka meraih 3 kali tiket ke perlawanan akhir Piala FA dan menang dua diantaranya. Pada tahun 1980, mereka juga meraih final Cup Winners Cup namun pasukan Arsenal yang diperkuatkan oleh Graham Rix, Frank Stapleton, Pat Rice, David O’Leary dan Liam Brady tersebut dikalahkan oleh kelab dari Spanyol, Valencia.
George Graham adalah anggota pasukan Arsenal pada 1971 yang meraih gelaran berganda. Dia mengambil alih gelaran pengurus daripada Don Howe dan kemudiannya membawa kejayaaan bagi Arsenal semula. Dia memimpin Arsenal untuk pertama kalinya meraih piala liga pada 1986/1987. Dua tahun berikutnya, 1989, Arsenal memenangkan kembali gelaran juara liga dengan gol sensasi Michael Thomas pada kempen terakhir liga. Dan pada 1990/1991 mereka meraih gelaran juara liga dengan meyakinkan, kalah hanya sekali dari seluruh pertandingan.
Pada tahun 1995 mereka memenangi piala Winners dengan menundukkan wakil Itali, Parma, pada peringkat akhir yang dilangsungkan di Kopenhagen, melalui jaringan Alan Smith. Musim berikutnya mereka masuk ke peringkat kahir sekali lagi namun ditewaskan oleh Real Zaragoza. Pada masa itu George Graham telah digantikan oleh Bruce Rioch. Walaupun Rioch hanya bertahan satu musim sahaja, dia sempat membawa masuk Dennis Bergkamp ke dalam skuad Arsenal.
Pada 1997/98, ia adalah musim pertama Wenger berada Highbury, Arsenal menyambar gelaran berganda, juara Liga Perdana dan juara Piala FA yang merupakan kali kedua dalam sejarah kelab tersebut Wenger mendapat gelaran Pengurus Terbaik, Anugerah Pengurus Carling. Dennis Bergkamp juga terpilih sebagai pemain terbaik pada tahun itu oleh Persatuan Wartawan Bolasepak, FWA, dan gelaran pemain terbaik dari Persatuan Pemain, PFA. Satu musim yang sangat mengejutkan dan dikendalikan dengan cukup sempurna. Ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran bintang Perancis, Emmanuel Petit dan Patrick Vieira.
3 tahun berikutnya Arsenal menjadi naib juara liga, pada tahun 2000 mereka meraih fperingkat akhir Piala UEFA dan kalah melalui sepakkan penalti. Musim 2001/2002, mereka menjadi juara Liga Perdana sekali lagi. Namun pada musim 2003/2004 ia merupakan detik yang paling sensasi apabila mereka menjuarai Liga Perdana tanpa kalah. Perbezaan mata dengan Chelsea yang merupakan naib juara pada musim tersebut sebanyak 11 mata.
Setelah 93 tahun Highbury menjadi rumah bagi Arsenal, the Gunners akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana kelab tersebut telah selesai membangunkan stadium baru yang mewah iaitu Stadium Emirates. Ini merupakan bukti kesungguhan Arsenal untuk mampu menyaingi Manchester United dan klelab-kelab besar Eropah lainnya yang rata-rata mempunyai stadium besar. Stadium Emirates berkapasiti 60.000 orang untuk menjanjikan penonton yang lebih dan perencanaan masa depan yang lebih baik bagi Arsenal.
No comments:
Post a Comment