....................السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah agak lama saya tidak membuat coretan peribadi.. Rasanya untuk tahun 2012 ini adalah coretan peribadi yang pertama secara rasmi(dah buat 2 pos ringkas)..dah sebulan lebih tahun 2012 ini bermula. Sesi persekolahan tahun ini ternyata seperti yang disangka..agak sibuk dan penuh dengan dugaan..
Pada pos kali ini sebenarnya saya ingin memfokuskan kepada tajuk di atas iaitu berkenaan dengan peristiwa bersejarah umat Islam... iaitu kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.. seperti yang diketahui umum Baginda Rasululullah lahir pada tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.
Pengorbanan Baginda terlalu besar. Bayangkan..sudah 1400 tahun lebih telah berlalu..ajaran Islam berkembang dengan pesat..Negara kita Malaysia juga telah menjadi Negara Islam hasil perjuangan-perjuangan para ulamak pewaris nabi yang merantau menyebarkan agama Nabi. Sungguh beruntung kita semua terpilih untuk menjadi anak cucu kepada orang-orang yang menerima Islam.
Tugas kita tidaklah susah seperti umat-umat terdahulu.. jika kita tidak mampu untuk berdakwah kepada orang lain, sekurang-kurangnya kita menjaga diri kita sendiri dengan baik bersama ahli-ahli keluarga kita.. Saya yakin kita mampu melakukannya. Untuk melaksanakan tugas ini pula kita memerlukan kesabaran dan teknik-teknik yang baik agar manusia tidak lari daripada kita sebaliknya suka untuk mendekati kita. Adalah malang jika anak-anak takut untuk berjumpa ibu bapanya.. isteri takut ditegur suaminya..suami sebagai ketua keluarga pula takut untuk menegur anak isteri..
Adakah kita semua ingat tentang sirah Rasulullah? Ingat siapa nama ayahnya?ibunya?isteri-isterinya?anak-anaknya?cucu-cucunya? Siapa sahabat-sahabatnya? Ibu susuannya? Umur dilantik menjadi Nabi? Dimana tempat Baginda menyendiri kerana bencikan perangai golongan Jahiliyah?Di rumah siapakah Baginda berdakwah secara sulit? Apakah mukjizatnya? Adakah Baginda mengarang beratus-ratus kitab? Adakah Baginda seorang yang penakut dan pengecut?Apakah peperangan yang Baginda pernah hadapi bersama umat Islam? Apakah peristiwa sebelum kewafatannya?
Sungguh banyak wahai sahabat-sahabat..mungkin ada yang kita masih ingat..tapi saya yakin banyak juga yang kita sudah terlupa..Saya tinggalkan persoalan-persoalan ini untuk kita sama-sama cari jawapannya sekurang-kurang sampai sebelum Sambutan Maulidur Rasul pada tahun hadapan :)
Wallahualam bis Sawab
No comments:
Post a Comment