Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Coretan ini saya nukilkan pada hari Selasa, 2 hari selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 diadakan. Pengundiaan pada kali ini menyaksikan persaingan sengit di seluruh negara yang juga menyaksikan perbalahan-pebalahan kecil telah menular terutama mengenai perpaduan kaum.
Di kantin, di mana-mana saja, perbualan utama adalah tentang pilihan raya.. Masing-masing berkongsi kenangan berdakwat kekal di jari, beratur panjang, bangla, black out dan sebagainya. Saya hanya mendengar sahaja. Topik yang tak kurang hangat ialah kemenangan DAP yang agak besar pada PRU kali ini yang membimbangkan banyak pihak. Dalam status2 FB akan wujud perbalahan antara penyokong PR dan penyokong BN.
Saya takde nak mengulas tentang benda ini semua. Sebab bila menulis, menaip semua bagaikan wira.. Sampaikan ada yang meminta kejadian 13 Mei berulang.. Takdak otak betul. Manusia jenis apa ini yang mahukan pertumpahan darah berlaku di Negara tercinta ini. Dalam FB yang menentang kerajaan pula sudah mula ada gambar-gambar menterbalikkan bendera Malaysia. Rimas pulak saya tengok.
Bagi saya jika ada salah silap yang dilakukan memang pasti ada harganya. Malangnya bagaimana nak menyatupadukan kembali rakyat Malaysia. Sehingga PM terang-terang menghentam kaum Cina dalam ucapan utama selepas menang majoriti mudah. Berapa juta dah dibelanjakan untuk program perpaduan akhirnya punah begitu sahaja.
Rakyat Malaysia bersatulah.. Jangan buat silap sebelum terlambat. Bila dah berlaku satu tragedi.. untuk menghentikannya tidaklah mudah.
Dalam pilihan raya kali ini BN masih memegang majoriti kerusi. Negeri Kedah yang dulu milik Pakatan Rakyat telah kembali ke pangkuan BN. Dato Mukhriz Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Penang, Kelantan dan Selangor masih di bawah pakatan rakyat. Terengganu dan Perak dimenangi oleh BN namun masih belum diumum siapa Menteri Besar. Kerana keputusannya hampir 50-50 jadi wujud sedikit masalah di situ. Di Kelantan TGNA telah menyerahkan jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama ini kepada Timbalannya.
Apa pun yang terjadi lepas ini pastinya rakyat mahukan keamanan dan kedamaian. Tunggu 5 tahun lagi untuk PRU 14.. :)
No comments:
Post a Comment