Bismillah..
Salam Kemerdekaan ke 59..
Sekadar tunggu isteri settle kerja..sempat mencoret dulu kot.. nak tulis pasal duit boleh kot hehe..
Gaji baru keluar 25 Ogos 2016.. kemana halatuju wang tersebut? Bila dipikir-pikir.. tadi baru settle bayar bil tnb, air dan astro.. tnb 99.55.. air rm10.. astro 150.. kat situ saja dah dekat 300 ratus..
Baru keluar gaji jugak terus gi isi minyak full biasanya.. bantai isi dua2 kereta..dekat 120 gak le.. fuhh.. belum masuk duit pengasuh anak, bayar telefon,bil kad kredit dan lain-lain.. Sekarang tambah lagi satu keperluan lak iaitu touch n go sejak depa boikot guna tunai.,huhu..
Kos balik Bentong kalau guna Mex dari Putrajaya :
Putrajaya- Jalan Tun Razak 5.50
Pastu highway apetah yang keluar ikut hotel Flamingo tu 2.00 kalau x silap..
Tol Gombak - 6.00
Tol Bentong - 3.50..
Yang boleh buat jimat sikitpun kalau tak guna Mex..guna jalan Sungai Besi (2.00) atau tol Plus keluar ikut Serdang (1.60) ..
So cuti raya haji ni pelan nak balik kampung di Terengganu...pertama kali nak guna LPT 2 yang dah kena cas..seram sejuk lak rasa..
Semoga ada rezeki dapat Baiah yang dah kena pantau aritu walau ada slack sikit..dan rezeki rezeki lain seperti tetiba orang baling duit dari langit or sebagainya haha.. itu sahaja lah coretan saya untuk bab ini..Ada satu lagi tajuk nak tulis pasal ke Jelebu baru-baru ni..tenangkan pikiran jap..zaasss..
Wassalam..
Tuesday, August 30, 2016
Tuesday, August 16, 2016
Raya 2016 part 2
Alhamdulillah ada kesempatan untuk sambung balik menaip
Selepas balik dari kampung dah mula buzy dengan persediaan kedatangan Nazir Baiah dan SBT yang katanya akan datang bila-bila masa selepas cuti Raya.
Namun dalam dok buzy sempat juga beraya rumah member-member dan sedara mara.
Selepas balik dari kampung dah mula buzy dengan persediaan kedatangan Nazir Baiah dan SBT yang katanya akan datang bila-bila masa selepas cuti Raya.
Namun dalam dok buzy sempat juga beraya rumah member-member dan sedara mara.
Beraya rumah kak Zainah Abu Bakar..
Perkara paling tak disangka mak mertua yang kurang sihat dah lama tak jalan jauh tetiba setuju nak datang rumah kami dengan abang ipar.
Minggu seterusnya beraya rumah kak Rosita pulak yang menjamu makanan feveret..kambing dan seangkatan dengannya.. hehe
Kambing
Bersama Pegawai Jabatan Pendidikan Fendi Rozaimi
Bersama tuan rumah
Kemudian kami juga diziarah oleh adik Ipar. Dahla datang bawa durian yang banyak. Best hehe.
Ada banyak lagi kenangan beraya namun ada yang tak sempat ambik gambar sebab kamera takde bateri dan lain-lain. Antaranya gi beraya rumah pak ngah Aiman, rumah Pak andak Aiman dan lain-lain lagi.
Penutup Raya boleh disimpulkan dengan sambutan Raya Peringkat Sekolah yang agak meriah dengan Ayam golek, kuah kacang, roti jala, kfc dan macam-macam lagi..
berkumpul pagi
Dhuha on. bukan solat raya ya hehe
ayam golek
Banyaknya air
Tahun enam
Raya raya
Happy makan durian
Bersama mantan GB Puan Nik Sabariah
Legend
Persembahan Guru Last sekali
Bersama buah hatiku di sekolah
Aksi guru beramai-ramai begambar atas pentas..tapi tak semua ada
Sama seperti ayat sebelum ni.. Gambar banyak lagi tapi dalam whatsapp. Masih belum transfer rupanya hehe. Malas betul. Saya akhiri tajuk raya ini dengan gambar kami 3 beranak. Wassalam.
RAYA 2016 (TAMAT)
Wednesday, August 10, 2016
Raya 2016 part 1
Alhamdulillah..berakhir sudah Syawal 1437 Hijrah..maknanya dah tak beraya kat mana dah. So bolehla saya buat kesimpulan untuk Syawal kali ini.
Kebetulan Syawal kalini dapat cuti seminggu. Yang kurang bestnya cuma Raya jatuh pada hari Rabu..So cuti jadi terhad. So balik Bentong dan sempat berpuasa beberapa hari. Kebetulan Hafiz pun cuti awal juga.. meriah la jugak rumah abah Bentong. Sehari sebelum raya memang sibuk masak memasak rendang, kuah kacang. Tu gambar abang ipar tengah merendang ayam.
Kebetulan Syawal kalini dapat cuti seminggu. Yang kurang bestnya cuma Raya jatuh pada hari Rabu..So cuti jadi terhad. So balik Bentong dan sempat berpuasa beberapa hari. Kebetulan Hafiz pun cuti awal juga.. meriah la jugak rumah abah Bentong. Sehari sebelum raya memang sibuk masak memasak rendang, kuah kacang. Tu gambar abang ipar tengah merendang ayam.
Malam raya dimeriahkan dengan ke masjid bertakbir raya, sebelumtu berbuka puasa beramai-ramai. Abang Ipar Kuantan pun balik. Malam main mercun sikit.
Jadi pada satu Syawal pergi ke Masjid menunaikan solat Sunat AidilFitri, dengar khutbah. Naik satu kereta je dengan Abah, Hafiz dan isterinya.. My wife tak dapat pergi sebab hero belum bangun dan dalam masa sama tengokkan mak yang tak sihat tu.
Pas Balik solat raya baru kejutkan hero dan siapkan. baru nak bersarapan
Begambar dulu.
Aiman bersarapan dengan atok
Selepas tu sesi bersalam-salaman. Gambar kat whatapp pulak. Belum transfer hehe. Raya di rumah saja. Tak pergi mana-mana pun. Malam buat sambutan Hari Jadi Aiman pulak.
Selepas tu main mercun anjuran Pak Cu Aiman. Begitulah kisah Raya pertama. Kemas -kemas untuk balik Perak pula esoknya.
Perjalanan ke Perak pada Hari Raya kedua diganggu dengan jem jem yang dah boleh diagak. Sampai pun dah malam. Abang saya dan keluarganya dah sampai terlebih dahulu.
Raya ketiga ada even besar kat Tapah. Berkongsi kereta dengan along. Ada sepupu pergi merisik.. Sedikit gambar sebagai penarik.
Pas balik singgah ke mapley Vanggey pulak. Tapi family saya dan abang je. Pak Sedare Terengganu dan anaknya tidur rumah. Jalan leh tahan jem.
Raya Keempat dah bertolak balik semula dan bermulalah semula kehidupan nak menghadapi Nazir SBT dan Baiah. Nanti kita sambung part 2 sebab banyak gambar lagi nak share.
Subscribe to:
Posts (Atom)