Selepas balik dari kampung dah mula buzy dengan persediaan kedatangan Nazir Baiah dan SBT yang katanya akan datang bila-bila masa selepas cuti Raya.
Namun dalam dok buzy sempat juga beraya rumah member-member dan sedara mara.
Beraya rumah kak Zainah Abu Bakar..
Perkara paling tak disangka mak mertua yang kurang sihat dah lama tak jalan jauh tetiba setuju nak datang rumah kami dengan abang ipar.
Minggu seterusnya beraya rumah kak Rosita pulak yang menjamu makanan feveret..kambing dan seangkatan dengannya.. hehe
Kambing
Bersama Pegawai Jabatan Pendidikan Fendi Rozaimi
Bersama tuan rumah
Kemudian kami juga diziarah oleh adik Ipar. Dahla datang bawa durian yang banyak. Best hehe.
Ada banyak lagi kenangan beraya namun ada yang tak sempat ambik gambar sebab kamera takde bateri dan lain-lain. Antaranya gi beraya rumah pak ngah Aiman, rumah Pak andak Aiman dan lain-lain lagi.
Penutup Raya boleh disimpulkan dengan sambutan Raya Peringkat Sekolah yang agak meriah dengan Ayam golek, kuah kacang, roti jala, kfc dan macam-macam lagi..
berkumpul pagi
Dhuha on. bukan solat raya ya hehe
ayam golek
Banyaknya air
Tahun enam
Raya raya
Happy makan durian
Bersama mantan GB Puan Nik Sabariah
Legend
Persembahan Guru Last sekali
Bersama buah hatiku di sekolah
Aksi guru beramai-ramai begambar atas pentas..tapi tak semua ada
Sama seperti ayat sebelum ni.. Gambar banyak lagi tapi dalam whatsapp. Masih belum transfer rupanya hehe. Malas betul. Saya akhiri tajuk raya ini dengan gambar kami 3 beranak. Wassalam.
RAYA 2016 (TAMAT)
No comments:
Post a Comment