SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, April 21, 2005

SalAm MauLIDuR Rasul


Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Pada tarikh 12 Rabiul Awal..merupakan titik tolak keagungan Islam apabila lahirnya tokoh nombor 1 dunia selamanya Baginda Rasulullah S.A.W. Justeru..selaku umat Islam yang menerima ajaran dan dakwah Rasulullah SAW..mailah kita kembali kepada Islam..

Pada hari ini saya percaya hampir kesemua negara Islam sedang bercuti bagi meraikan tarikh kelahiran Rasulullah ini. Ada pelbagai aktiviti mahupun program yang meraikannya dianjurkan. Contohnya seperti perarakan, bacaan qasidah mahupun marhaban, ceramah2 khas dan apa sahaja yang berkaitan. Semua ini adalah amat baik sekali dan perlu diamalkan walaupun dikatakan bida'ah oleh golongan tertentu. Kita perlu merujuk kepada jalan membentuk perpaduan dan mempelbagaikan kaedah untuk memberi penghayatan kepada umat Islam agar kembali sedar dan memperkuatkan kembali akidah masing-masing.

Pengalaman saya yang menjalani praktikal akhirnya menjawab segala persoalan yang timbul selama ini. Disini saya akhirnya tahu betapa lemahnya ajaran ataupun penguasaan ilmu Islam di dalam jiwa manusia ini terutamanya pada masa kini. Melalui sesi kaunseling yang saya dan rakan-rakan handle, terlalu ramai 'orang Islam' yang tidak tahu apa tu Islam sebenarnya.. Mungkin kerana masih muda dan perlu enjoy dulu cukup-cukup..dah tua barulah bertaubat..hmm..Memang tak boleh nak kata apalah bila orang yang dah besar panjang memandang remeh terhadap perkara-perkara Fardhu Ain..

Malas nak celoteh panjang..cukuplah sekadar umat Islam kembali perkuatkan diri dengan perkara-perkara asas terlebih dahulu. Mulalah dengan solat..solat..solat..Bila Islam diremehkan..semua perkara menjadi halal..Dengan adanya solat sebagai 'tiang' agama..payahlah diri ini untuk dirobohkan oleh apa2 jua..

Semoga dapat di bina pertahanan kukuh dalam diri ini. Bukan untuk orang lain pun..sekadar untuk diri sendiri juga sudah memadai..biarpun kubur lain-lain..tapi kubur kita terang dengan cahaya......SALAM MAULIDUR RASUL...12 RABIUL AWAL 1426

Beralih kepada pertarungan minggu ke 34 semalam..Chelsea memaksa Arsenal bekerja keras mempertahankan gol dengan serangan bertalu-talu. Pemilihan pertahanan muda Arsenal Philip Sanderos selaku Man Of The Match membuktikan kebangkitan pemain muda ini. Walaupun Sol Cambel telah pulih, beliau tetap tidak diturunkan dalam perlawanan semalam. Aku n abang aku bergegas ke maple naik AFA4881 kol 2.30 pagi.. rasenye member2 lain semua dah hanyut sebab senyap ja..tinggal Pit Shah yg dok seronok merepek ngan msg free nya..

Keputusan 0-0 tanpa Henry membuktikan Arsenal memang power lah..hehe..Pastu Manchester United hanya terkedu dengan keputusan tumpas kepada Everton 1-0. Tandukan Duncan Ferguson pada minit 55 menjawab segalanya. Liverpool plak puas hati dengan kemenangan 2-1 terhadap Portsmouth.. Kali ni Morientes dan Garcia jadi hero The Reds..team lain2 aku memang tak tumpu sangatla..cuma terkejut bila Newcatle kalah lagi..kalini ngan team tajaan Proton kita..Norwich, 2-1..Kira dashat jugakle ye.

Perlawanan hujung minggu ni akan menyaksikan lagi beberapa pertarungan hebat. Namun Chelsea masih kukuh di persada liga dan masih dikejar oleh Arsenal. Matlamat Arsenal sebenarnya nak dok atas dari Man utd saje. hehe.kini beza 4 mata. Jumpe lagilah dalam entry yang akan datang.

Kepada sahabat2 yang dikasihi sekalian..YoS pohon ampun maaf kalau ade buat anda tersinggung mahupun kecik ati mahupun ape2 lah..Semua yang baik datang dari Allah..yang buruk pun dari Allah..tapi kita yang mampu merubah kebaikan itu menjadi buruk, mahupun keburukan itu menjadi kebaikan. Renungkanlah.. Harimau- Jaga!!

No comments: