SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, April 20, 2005

YOS PULIH..BUKIT LARUT MULA DIJEJAKI..


Bismillahi al-Rahman al-Rahim.............

Berita terkini yang diterima YoS yang sudah hampir sebulan mengalami kecederaan ligemen kembali cergas seperti sediakala berkuatkuasa pagi tadi... Dengan berbekalkan semangat MALAYSIA BOLEH...dia mula menjalani latihan fizikal dengan mendaki Bukit Larut, Taiping. Kebetulan pada hari ini adalah Hari Keputeraan Sultan Perak ke - 77 yang membawa erti seluruh jajahan negeri Perak terpaksa bercuti dan tidak dibenarkan pergi bekerja melainkan sektor-sektor tertentu yang ingin mencari rezeki yang halal dan ape saje...

Semenjak Sekolah Menengah lagi Bukit Larut merupakan teman setia YoS kerana disitulah tempat yang dikatakan paling tenang dan dapat merelakskan pemikirannya. Suasana nyaman selepas Subuh di Bukit Larut diindahi dengan pengunjung-pengunjung dari pelbagai kaum yang mahu bersenaman di sana..Sungguh meriah Bukit Larut pada hari ini..

Minggu ini juga adalah minggu kedua YoS dan rakan-rakannya berpraktikal di seluruh Malaysia. Ternyata masuk minggu kedua keadaan menjadi semakin baik apabila Tuan Kadi Daerah Larut Matang Selama telah membelanja YoS dan rakan-rakan 'minum teh' di kaki Bukit Larut pagi semalam (Isnin). Tapi keadaan tetap menjadi kecoh apabila Yos yang mahu mengambil MyKad nye menghadapi masalah yang kritikal apabila dikatakan kadnye 'belum dibuat' selagi tidak di interview..

Esok (Rabu) akan bekerja lagi dan pada malamnya akan berlangsunglah pertarungan 2 gergasi bolasepak England Arsenal Vs Chelsea di Stamford Bridge. Perlawanan pertama di Highbury berkesudahan seri 2-2. Sementara Arsenal bakal ketiadaan 2 wiranya Therry Henry dan Ljungberg..Sementara seteru paling ketat ARS dan Chelsea yakni Man Utd akan bertarung dengan Everton yang juga merebut tempat ke-4. Sungguh menarik perlawanan-perlawanan yang bakal berlangsung pada pukul 3 Pagi time Malaysia esok..

Namun apa yang paling penting dalam coretan kali ini ialah kecedaraan YoS akibat bermain Futsal sebelum pulang ke Taiping tempoh hari telahpun pulih 100% dan kembali boleh melakukan kerja-kerja berat, berlari dan bermain bolasepak..Bukit Larut pasti akan dapat ditawan kelak..Wallahu 'alam..

p/s : Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah sahabat YoS, Wan Aishah Izzati(adik PKN tahun lepas kat UKM) yang meninggal dunia pagi 2 hari lepas (Ahad)..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..dan semoga sahabat kita dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna walaupun telah kehilangan ayah tercinta..Amiin..

No comments: