SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Wednesday, June 28, 2006

8 Pasukan terakhir Piala Dunia

Demam worldcup reda 2 ari disebabkan ada gap sempena Quarter Final. Team-team kabanggaan masing-masing ada yang dah bungkus, ada yang masih bertahan. Time-time camnilah rasanya sesapa yang team pilihan dia dah kalah mula mencari team baru untuk disokong untuk memastikan demam WorldCup tidak reda begitu saja.

Paling respek kat team Swiss yang walaupun dah tersingkir namun memegang rekod yang cukup baik sebenarnya dalam pertahanan. Bermula peringkat kumpulan 0-0 dengan France, menang 2-0 dengan togo dan 2-0 juga dengan Korea. Tapi Pusingan kedua juga masih tak dibolosi apabila tamat 120 minit tanpa jaringan. melalui sepakan penalti barulah kalah 3-0. dalam penentuan penalti x akan dikira penjaring atau gol conceed..bolos la..Tahniah kepada Sanderos defend Arsenal hehehe.

Game pertama German Vs Argentina pukul 11 malam ari Jumaat(Malaysia).. German layak selepas menghancurkan kehebatan Sweeden 2-0 dalam 12 minit minit pertama melalui penyerang hampeh Podolski. Aku kat rumah Taiping masa ni. Kat situ takde TV.. so tepaksala gi cari kedai makan untuk tengok game ni. Sampai-sampai dah 2-0 dah sebab sampai time tu minit 15. Rugi xleh tengok gol secara live..Tapi apepun Sweden sangat cemerlang permainanan dari awal. Kalah dengan Jerman x la malu sangat. Argentina pulak layak setelah berhempas pulas menentang Mexico. Game nipun sangat menarik. Memang rugi sapa tak tengok. Tabik jugak kat Mexico walaupun kalah. Gol cun Rodriguez waktu 1st half extra time menamatkan riwayat Mexico.

Game kedua Italy vs Ukraine pukul 3 pagi Sabtu(Malaysia) . Dua-dua team ni aku x berapa gemar sangat tatau apesal. Italy layak selepas berhempas pulas main 10 orang lawan Australia. Tapi Totti sempurnakan penalti pada masa tambahan tatkala masa sebenar berkesudahan 0-0. Ukraine plak macam perenggan atas tadi lawan Swiss.. Walaupun ada penyerang sensasi Chelsea yang baru.. Namun semuanya buntu.. Siap time penentuan penalti tupun Shevchenko gagal sempurnakan penalti.

Game ketiga England vS Portugal pukul 11 malam Sabtu (Malaysia). England ni sampai sekarang masih tak paham-paham lagi. Player dah star dah semua tapi main macam apa lagi dah. Menang ngan Ecuador aritupun macam nasib ja. Terima kasih pada freekick Abang Bekem yang still ada kelass tu..Portugal plak memalui game mimpi ngeri dengan Belanda apabila hampir semua pemain dapat kad kuning dan Deco serta Costinha kena kad merah. England mungkin ada kelebihan atas kekurangan Portugal ini. Tapi rekod menyaksikan Portugal lebih kuat dari England..heheh..

Game keempat ialah game tak lena tidur. Sejarah final World Cup 1998 berulang tapi kalini dalam suku akhir je. Brazil vS Perancis. pukul 3 pagi Ahad (Malaysia) . Brazil main taktik bertahan sambil menyerang lawan Ghana menang 3-0 dan Ronaldo Botak @ Gemuk telah menjadi penjaring terbanyak World Cup dengan 15 gol. Dalam game ni dia score gol petama. Ghana main lawa tapi takde penyudah. Perancis pulak adalah pasukan 'tua' . Itulah gelaran yang boleh didengar sana sini orang cakap. Menang dengan menumpaskan pasukan hebat Sepanyol 3-1 hasil jaringan Ribery, Zidane dan Viera. France nampak kalot time main.. Keeper pun rasanya tak patut Barthez dah. Coupet rasanya lagi terer. Cisse mesti sedih tengok kat TV hehe..sian patah kaki masa frenly lawan China aritu.

Apapun semua lapan-lapan pasukan ni adalah sangat hebat. Tapi ramai orang dah menganggap Brazil akan menjadi juara sekali lagi dan aku 100% tak setuju. Bolasepak bukannya ditentukan melalui rekod lepas. Tapi aksi sebenar 90 minit dalam padang yang kadang-kadang bergantung pada nasib juga..Apapun nanti kita sembang lagi..hehe..

2 comments:

Miss Aini said...

hee hee :)
tua2 pon,
bak kate org puteh
old is gold
haa haa
dats y laa chick nowadays go for org tua, to dig their gold~~
i aint no like gold digger
*sigh*
so risau laa abt guys in my life when tua nanti
will b stolen by young chicks
erk, apesal merepek nie?
err...ye....france akan menang kali ini
(sebab ainee sayang henry)
:D
o yer, france kene main dgn portugal kasar sket. xleh bg muka sgt kat porto. dan france kene bertahan ngan drama2 porto tuh. henry! j'taime. bon chance! RAYMOND: keeper france tu tukar laa! barthez nk pegang bola pon nampak cam x larat lg dah!!

Anonymous said...

Italy dah cempien dah :p