Bismillah al- Rahman al-Rahim..
Setelah dua bulan tak mencoretkan apa-apa kat blog ni ni...arini saya kembali untuk menulis apa-apa yang dirasakan dapat diceritakan kepada orang lain kat luar sana tu :) Hope semua yang di luar sana sihat sejahtera hendaknya..
Arini 06/06/06 adalah tarikh yang agak unik dan keramat sebab tengok tu..semua 06..hehe..Tapi satu yang membuatkan saya masih tak tenteram dan agak gelabah ialah tesis masih belum submit..member-member lain hampir kesemuanya dah submit..sedangkan kami ada beberapa orang lagi masih asyik kena edit..bukan apa..riso takut kena grad tahun depan ja bila lambat-lambat siap ni. Doakan saya leh submit tesis dengan segera.
Minggu lepas adalah minggu yang banyak gak peristiwa berlaku. Antara yang penting ialah abang saya Ahmad Fairuz Akmal telah berangkat ke Jeddah untuk bekerja di sana selama dua tahun sebagai Engineer yang nak menyiapkan tempat melontar Jamrah. Pahala tuu :).. Dia pegi ngan kawan Baik dia Ratfi ari Sabtu aritu 03/06/06. Murah betul rezeki sebab abang saya tu baru ja berenti kerja ngan kompeni dia kat Johor yang ada banyak problem. Sabtu masa nak pegi tu siangnya saya sempat jalan-jalan ngan dia sebab dia nak beli player mp3 So kami jalan kat Warta Bangi ja takut tak sempat nak pegi Mines ke Kajang ke.. sebab MP3 semua mahal so dia beli MP4. Malam tu kol 9 lebih kami bertolak ke KLIA ngan family tambah Mak Long dan Keron dan keluarga tunang abang saya yang datang dari Negeri 9. Flight kol 1.55 so lepak lama jugakla kat sana tu.
Malam Jumaat sebelum tu Abah buat kenduri kesyukuran dan doa selamat kat rumah kami ni. Yang datang baca Yassin cuma kawan-kawan saya dari UKM dan kawan-kawan abang. Member saya yang datang ialah Boby, Syeze', Daniel, Paijan, Mad Mc D, Pitman, Gee dan Rizam. Meriah jugakla sebab depa ni datang. Ipi dan Ratfi pun datang termasuk tunang abang saya, kak Amy. So bila abang saya dah pegi rasa sunyi jugakla sebab selalu kalo ada aktiviti apa mesti join dia. Aktiviti last rasanya masa gi Bukit Jalil tengok My Team lawan Malaysia 28/05/06. Walaupun pergi asing-asing tapi jumpa kat sana. Game tu My Team kalah 2-1 tapi best la jugak tengok. Punya la ramai orang pegi stadium. Ingatkan tak berapa ada orang..50 000 lebih jugak dia umum. Saya pegi naik motor ngan Boby, Paijan, Gee dan Amir kolej Burhan.
Itu la serba skit citer tentang minggu2 yang berlalu ni.. Sebab lama dah tak tulis sebenarnya banyak gak peristiwa yang terjadi antaranya sukan Masum. Saya tak join sebab ada masalah tertentu. Cuma bangga sahabat-sahabat dari UKM dapat 4 pingat emas dalam silat iaitu Nas, Amir Terminator dan Mawi. Satu lagi acara Jurus Wajib yang Mai dan As masuk tu dapat emas gak. Tu pun seb baik Andy injured, Fiza pegi SUKMA.. kalau tak mesti ade lagi emas.Hehe..Apepun tahniah sahabat-sahabat semua termasuk Bed yang last minit walaupun sibuk-sibuk masuk gak MASUM cuma malang skit jumpa lawan lama saya ari UUM kat semi..Apepun dapat gak gangsa kan..hehe.
Dan lagi ialah saat-saat syahdu check out meninggalkan KIY setelah 3 tahun dok kat situ. Macam-macam pengalaman dapat kat sini. Silat, HIT (cc), PLKN dan sebagainya..kalau takat dok rumah sewa sure takde pengalaman bergaul macam tu kan..Kalo adepun sure x semeriah ini. Sekarang barulah sedar betapa tak bestnya kalo dah abis belajar macam ni. Bila dah masuk alam pekerjaan sure lah jadi lain jalan ceritanya. Kerja-kerja Guard menjadi pilihan ramai member saya untuk masa sekarang ni. Antaranya Amiq, Jat, Sezek, Yusri, Daniel, Saari, Mudei dan ramai lagi. Mashuk banyak gak tu.. dekat 1000 dengarnya..jadila kan keja sementara ja. Khamis ni ada Mtest untuk KPLI. Saya kena kat SMK Wangsa Melawati. Pakli dan Hamid nak teman pegi sekolah tu. Tataula camne nak hadapi exam tu. Kena study gak ni.hehe..
Hmm..Rasa macam panjang gak dah tulis ni.. nanti tulis lagilah..World Cup dah dekat..ARsenal dah layak gi Final Champion League aritu..Kalahpun takpela sebab keadaan tak mengizinkan. perak plak dok no 3 dalm Liga Super.. Aksi x menentu.. Apepun kita tumpu pada World Cup dulu pasni hehe...France pasti ada kuasa luar biasa..huhu..Pilih France, German dan England skit2.. tapi team Eropah sokong semua.. dalam world Cup takde team yang di bengang macam dalam piala atau liga kelab2 ni..hehe. Yang penting dapat hiburan bila tengok World Cup ni. Biarlah walau Togo atau Anggola sekalipun yang jadi Juara :p..Wokeh sambung kemudian.. Wassalam..
2 comments:
Hai lama x tulih..demam worldcup dah mula..hang sokong mana?
I recommend to you to visit on a site, with a large quantity of articles on a theme interesting you. I can look for the reference.
Post a Comment