Bismillahirahmanirahim...
Pada pagi yang berbahagia ini, baru sahaja membantu Kelab Marvelous mengedarkan baju sukan kepada murid.. Hajat asalnya nak buat padang untuk 200meter malangnya pagi tadi hujan lebat dan air bertakung di padang menyebabkan aktiviti terpaksa ditangguhkan seketika.
Pada masa yang singkat ini juga saya mencuri sedikit masa untuk memberi peringatan tentang kebesaran Allah. Seperti yang kita semua maklum dan tahu.. Hanya Allah yang berkuasa menghilangkan segala kesukaran dalam hidup kita. Walau sehebat mana kita, atau selemah mana kita, sandaran utama kita tetaplah hanya Allah semata-mata.
Janganlah kita menyekutukan Allah, bersikap takbur dan riak,sombong dengan kelebihan yang kita ada. Ingatlah yang kita semua sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. terjumpa saya satu petikan ayat Quran daripada asurah Asy-Syu'ara ayat 78-82 yang membawa maksud :
[26.78] (yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,
[26.79] dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,
[26.80] dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,
[26.81] dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),
[26.82] dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".
Allah telah menjanjikan sebegitu kepada hamba-hambaNya justeru apa yang kita perlu pertikaikan lagi? Teruskanlah membuat amalan-amalan kebaikan, menjaga tingkahlaku dan percakapan kita, menjaga hati dan perasaan sesama manusia, tidak bercakap besar dan menjatuhkan maruah orang lain, berlagak tak sudah dengan kelebihan yang ada, membodek dan mengipas ketua serta menjatuhkan rakan-rakan sekerja dengan fitnah-fitnah (menjadi batu api). Berat seksaannya wahai sahabat-sahabat.
Begitu juga jika kita sakit, hanya Allah yang menyembuhkan penyakit kita. Berikhtiarlah dengan apa cara sekalipun tapi janganlah menyekutukan Allah. Kita berubat, tapi berdoalah kepada Allah dengan penuh kerendahan hati. Janganlah percaya sepenuhnya kepada perawat kita seolah-olah dia Tuhan. Percayalah kepadanya sebagai perantara dan kelebihannya sahaja kerana dia juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dengan kekuatan kalimah "Kun Fayakun" maka jadilah apa sahaja yang Allah kehendaki.
Tugas kita ialah terus beribadah kepada Allah, mengutamakan Allah, melaksanakan perintah-perintah Allah dengan segera dan buatlah kerja kita sebagai manusia dengan mengikut peraturan dan hukum alam ciptaan Allah. Teringat kisah Nabi Ayyub yang diuji dengan hebat dan dasyat. Tapi berkat kesabaran dan ketaatan kepada Allah, dia dapat membina hidup baru dengan jayanya setelah kehidupan lama punah satu demi satu. Sedangkan Nabi diuji dengan hebat, apatah lagi kita yang jauh dari taraf nabi dan Rasul itu.
Begitulah sedikit coretan saya pada pagi yang dingin ini, sibuk dengan kerja dan tugasan, masih sempat meninggalkan pesan. Dalam hati amat merindui anakku dan isteri yang berada di kampung. Sibuk menyiapkan persiapan untuk Kejohanan Sukan Sekolah pada Ahad ini (15 Julai 2012) dan dalam masa yang sama merancang untuk balik kampung juga sekejap Jumaat- Sabtu untuk melepaskan rindu pada Anak dan isteri. Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. Seorang hamba yang lemah dan hina..Wallahualam.. :)
2 comments:
Salam,
Satu peringatan yg bagus utk kita semua.
Terima kasih yos
thanks
Post a Comment