Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Saat tika ku menulis cetusan ini.. sudah genaplah 14 hari kelahiran Putera sulung ku yang amat saya dan isteri nantikan selama ini. Dengan penuh kesabaran, pelbagai ikhtiar, pelbagai dugaan, tanggal 18 Jun 2012 tepat jam 8.44 pagi, Lahirlah si dia yang amat kami amat kasihi di Hospital Putrajaya. Saat terindah dan mendebarkan pabila keluar status 'operation completed' di paparan skrin. Nurse memanggil untuk mengazankan si anak kecil ini. Beratnya 2.86 kg.
Dengan kelahiran ini banyak mengubah status bagi pihak keluargaku. Terutama ibu bapaku yang sudah lama menanti cucu pertama. InsyaAllah selepas ini cucu-cucu seterusnya akan lahir :) ...
Kisah gembira tidak berpanjangan.. anakku yang lahirnya sihat.. disambut datuk2 dan nenek2 nya, bapa saudaranya ibu saudaranya, sepupu sepupunya tiba-tiba menjadi lemah kerana kelekaan nurse yang buat endah tak endah sedangkan kami semua perasan baby kelihatan terlalu haus.. Sudahlah waktu melawat sangat strict.. sang bapa sepertiku turut tidak dibenarkan berada di samping isteri.
4.30 petang, saya pergi melawat isteri dan anak pada waktu melawat, kecoh anakku sudah muntah susu siap keluar ikut hidung.. badannya dah lemah sampaikan terpaksa dibawa ke NICU.. waktu itu air mata ku mencurah keluar membasahi pipi.. didepan ramai orang.. apakan daya untuk kutahan.. anak yang baru beberapa jam lahir ke dunia, kini sakit tenat. Tak putus-putus berdoa, baca Yassin..Solat Hajat.. alangkah sedihnya rasa.
19 Jun pada waktu melawat saya dan isteri yang masih lemah menuju ke NICU dan doktor mengesahkan dia kena radang paru-paru dan x boleh bernafas sendiri.. terpaksa guna alat bantuan oksigen.. Bayangkan sikecilku penuh dengan wayar di badan.. dalam mulut saja ada 2 wayar. Sedih..sungguh sedih.. Petang jam 4.30 pergi lagi dia kelihatan stabil sedikit.
Alhamdulillah hari2 yang berikutnya keadaan anakku semakin baik.. Nampak kekuatan dalam dirinya berjuang untuk terus hidup.. Bantuan pernafasan direct dah dicabut.. tapi masih diberi bantuan melalui oksigen dikepung dalam balang kat kepala dia.. Doktor cakap buat camtu supaya dia tak terkejut pulak kalau tiba2 bantuan oksigen stop macam tu saja. Yang menyedihkan di tangan dan kakinya penuh kesan jarum ambil darah.. Keadaan makin baik tetapi mesti menghabiskan antibiotik selama 7 hari.. so terpaksala baby terkurung di NICU selama 7 hari sekurang-kurangnya.. Hari ke6 doktor panggil isteriku untuk tinggal dengan baby kat bilik khas NICU.. Akhirnya dapat mereka bersatu kembali.. menitis air mata kami..
Hari ke7 sang mama dan sang baby dipindahkan ke Hospital Bersalin Presint 8 yang cantik dan selesa la jugak.. Rumah apartment di jadikan wad. So satu rumah ada 3 wad yang besar2 biliknya.. Alhamdulillah 25 Jun anakku dan isteriku discaj daripada hospital.. Isnin lahir..Isnin sekali lagi baru dapat bawak dia balik rumah.. Lama tu hehe.. Apapun Syukur kepada Allah yang memakbulkan permintaan hambaMu yang lemah ini..
Saat ku menulis ini, kembali tinggal sorang-sorang di rumah sebab isteri dan anak dah balik kampung untuk menghabiskan masa pantang. Sabtu lepas kami bertolak balik Bentong dan semalam saya kembali ke Putrajaya sendirian. Cuma ada kesan2 kena kuning Juandis.. berak kencing ok.. menyusu pun ok.. harap-harap kuningnya pun surut cepat.. Walaupun kecuaian daripada sebelah pihak di Hospital Putrajaya yang menyebabkan Mak Long ku mengamuk masa hari kejadian, Ku ucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Hospital Putrajaya yang menjaga isteriku selama hampir sebulan kerana Plasenta Pravea, berjaya membuat pembedahan untuk melahirkan puteraku tanpa sebarang komplikasi, dan pihak NICU sendiri yang menjaga dan merawat anakku sehingga sembuh.
Terima kasih banyak-banyak buat ibubapaku yang hampir setiap hari datang melawat dan ibuku yang jaga isteriku di Hospital 2 malam. Begitu juga ibu bapa mertuaku yang hampir 2 minggu datang dari kampung dan banyak membantu isteriku yang 1st time jadi ibu dan saya sebagai bapa. Terima Kasih banyak-banyak kepada semua adik beradik, ipar duai ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus2 mendoakan supaya isteri dan anak saya selamat.. terharu sungguh..dan Syukur pada Allah.. Semoga selepas ini Allah permudahkan urusan ahli keluarga, sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini. Allah Maha Berkuasa, Maha memberi, Maha Penyayang dan segalanya. Semoga Anakku membesar tanpa sebarang masalah kesihatan lagi, membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi anak yang hebat kelak.. Aaaamin... Wassalam
No comments:
Post a Comment