Wednesday, June 15, 2011
jQAF-kad rekod bacaan QURAN
Sunday, June 05, 2011
Hukum mewarna rambut
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
Wednesday, June 01, 2011
Selamat Bercuti penggal pertama 2011 :)
Monday, May 23, 2011
Kalimat taubat di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an yang menyebut kalimat taubat di dalamnya adalah:
2:37. Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan menerima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
(mengenai riba)
3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
3:90. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
(taubat tidak diterima)
3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia menerima taubat mereka, atau mengazab mereka; kerana mereka adalah orang-orang yang zalim.
(bukan urusan Nabi)
4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
(homoseksual bertaubat)
4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat hanya diterima daripada orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan)
4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.
(taubat tidak diterima)
4:26. Allah menghendaki untuk memperjelaskan kepada kamu, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang yang sebelum kamu, dan untuk menerima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
(orang munafik)
5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.
5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(ayat 5:38 mengenai pencuri)
5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan; mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.
5:73. Orang-orang yang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka mengatakan, tentu akan menyentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan meminta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.
6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
(salamun alaikum)
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
7:153. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih,
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:27. Kemudian Allah, sesudah itu, menerima taubat siapa yang Dia mengkehendaki; Allah Pengampun, Pengasih.
9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.
9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka, atau menerima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
(orang mukmin)
9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka menyangka bahawa tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia menerima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
11:3. Dan, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan memberi kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia memberi daripada pemberian-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.
11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."
11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang menumbuhkan kamu daripada bumi dan menetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."
11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."
11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintahkan, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat.
13:30. Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,
20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan akhirnya mendapat petunjuk."
20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.
24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.
25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.
28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang yang beruntung.
33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.
33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.
40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya melafaz sanjungan Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
(doa malaikat)
42:25. Dia yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan memaafkan kejahatan-kejahatan; Dia mengetahui apa yang kamu buat.
46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
(doa umur 40 tahun)
49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
(jangan mengejek)
58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
(pembicaraan rahsia dengan Nabi)
66:4. Jika kamu berdua (isteri Nabi) bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.
66:5. Mungkin, jika dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpuasa, yang janda, dan yang dara.
66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
(taubat yang tulus hati)
73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada Al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.
(jangan menganiayai mukmin lelaki dan perempuan)
110:3. Maka lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru 2011
Thursday, May 05, 2011
Osama Laden dah mati

Tuesday, May 03, 2011
benarkah firasat kita?


Selamat Hari Pekerja 2011
Sunday, May 01, 2011
Inilah Lagu yang mengilhamkan blog ini 7 tahun yang lalu :)
Thursday, April 28, 2011
Monday, April 25, 2011
Dah sign beli rumah

Thursday, April 21, 2011
Macam mana nak kembalikan moral down
Friday, April 15, 2011
Solat Jumaat Minggu ini

Harini nak pi solat Jumaat kat surau sini lah.. dekat Presint 16.. Kalau pergi lambat elok bawa sejadah sebab kawasan terhad.. almaklumla kena serbu dengan pekerja-pekerja yang tempat kerjanya berhampiran sini.. Antaranya Alamanda la.. Ok.. Harap-harap tak hujan harini sebab Surau ni nak parking susah..jauh kene jalan ..mendaki bukit..namun Solat Jumaat itu adalah Fardhu Ain.. Jom Pi Solat Jumaat!!
Thursday, April 14, 2011
Cerita Seribu Pengajaran
Tuesday, April 12, 2011
Friday, April 08, 2011
Ayat Quran Banyak Kelebihannya
Nak Pi Johor
Thursday, April 07, 2011
Wednesday, April 06, 2011
web save slip gaji goverment
Rezeki
Tuesday, April 05, 2011
Edit blog sikit-sikit
Friday, February 25, 2011
nak citer sikit pasal Solat Jumaat
Ruang coretan kali ini sengaja saya wujudkan bagi memberi pengetahuan kepada yang tidak tahu serta memberi peringatan kepada yang terlupa. Dah lama Ustad Yos x buat tazkirah kat sini hehe...
Solat Jumaat itu hukumnya adalah wajib bagi setiap individu Muslim yang mukallaf menunaikannya yang memenuhi syarat-syarat berikut :- Orang Islam, sudah baligh, berakal, Orang yang merdeka, lelaki, sihat dan tidak uzur serta mastautin atau bermukim (tak wajib bagi orang musafir). Bilangan ahli jemaah juga mestilah melebihi 39 orang iaitu 40 orang yang layak termasuk imam.. kalau 40 termasuk kanak2 belum baligh tak sahla.. kena solat zohor ajela..
Tatkala hari ini saya lihat kehadiran Muslim ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat amat menggalakkan tapi tak ramai yang menyedari kelebihan-kelebihan yang terang lagi nyata mahupun kelebihan yang tersirat. Hari Jumaat itu sendiri terdapat pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Satu hadis menerangkan bahawa bumi ini siap dicipta Allah pada Hari Jumaat, Nabi Adam dicipta juga pada hari Jumaat. Nabi Adam dimasukkan Syurga pada Hari Jumaat dan dikeluarkan dari Syurga akibat tipu daya Iblis juga pada hari Jumaat.
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan mengatakan kita akan mendapat keampunan dari Allah dari Jumaat itu ke Jumaat seterusnya dan ditambah lagi 3 hari sekiranya pergi ke masjid dengan sempurna wuduk, duduk diam mendengar khutbah serta tidak lalai. Doa kita juga InsyaAllah akan dimakbulkan Allah kerana pada waktu itu antara waktu mustajab(mula khutbah hingga habis solat).
Antara kelebihan lain ialah dapat mengeratkan silaturahim sesama muslim. Bukan senang nak mengumpulkan umat Islam seramai waktu solat Jumaat. Khutbah yang kita dengari juga adalah nasihat-nasihat yang berguna dan juga ilmu yang berguna bagi kita. Jadi kita bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, tapi mendapat pelbagai kelebihan pula. Bagi yang suka mengambil remeh tentang kehadiran ke solat Jumaat saya harap dapatla mengubah tabiat tersebut.
Bukannya lama pun.. kerajaan pun kasi rehat agak lama pada Jumaat. Ada negeri terus ishtihar Jumaat tu sebagai cuti Umum. So tak wajarlah kita menidakkan apa yang Nabi suruh kita buat. Benda-benda yang baik kalau kita selalu abaikan atau tidak serius lama kelamaan akan menutup pintu hati kita. Kita akan berubah menjadi manusia yang suka buat endah tak endah dalam kehidupan. Benda yang berat kita anggap ringan.. akhirnya bila ada kematian ahli keluarga, nak solat jenazah pun tak pandai.. cuba kita renungkan.. kita sentiasa ada masa.. Cuma management diri kena lebih bagus.. InsyaAllah kita akan jadi manusia yang baik-baik dan terhindar dari menjadi golongan pembuat dosa J
Menjelang Bulan ke3 2011
Sudah agak lama tak update blog..petang ni hari Jumaat saya masih disekolah sebab isteri agak buzy menguruskan progress peperiksaan UPSRnya yang perlu dihantar minggu depan..
Sepanjang hampir 3 bulan tahun 2011 ni terasa macam terlalu banyak benda dan perkara yang boleh diceritakan dalam sesi persekolahan kalini yang rasanya paling buzy berbanding sepanjang 4 tahun lalu saya melapor diri ke sekolah. Alhamdulillah tadi dah berlangsung Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah...berselawat, berarak, mendengar ceramah, bergambar dan sebagainya.. Alhamdulillah..Syukur pada Allah..
Baru dua hari lepas saya menghadiri sambutan Maulid Rasul Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur..berarak dari SK Kiaramas..dalam 1 KM lebih jugak lah.. Putrajaya antar 10 wakil yang semuanya Ustaz.. Antaranya Ustaz Junaid SK 11(3), Ustaz Tengku (sk 16(1), Ustad Afzan sk 18(1), Ustaz Hashrul sk 9(1) dan lain2.. Pagi tu 6.50 bergerak dari presint 9 follow Ustaz Junaid.. punya laju speed kat Highway MEX..bila kuar susur Cheras huh jem la jugak.. Alhamdulillah sampai o time dan dapat join berarak dan majlis tersebut....
Isnin lepas saya terlibat bawa budak Ping Pong Putrajaya bertanding di SK Chong Hwa Setapak.. kalini jadi Penolong Pengurus sebab Cikgu Shahrum (pengurus) cuti.. Best la jugak dapat pengalaman tengok kaum2 Cina main PingPong..live depan mata.. power betul.. Pergi Ping Pong dengan Cikgu Sulaiman SK 8(1), Cikgu Azlan 9(2), Cikgu Lau dan Cikgu Wong 8(1) dan 11(1) dan Ustaz Hafiz dari Alam Shah... sampai pukul 3 lebih jugakla.. apapun sekolah Cina memang banyak jugak beza dengan sekolah kita yang biasa ni..
Nak flashback peristiwa dari Bulan 1 memang banyak benda.. antaranya tercalon New Deals yang boleh memenangi ganjaran minima rm900 seorang bagi guru..punya bepeluh wat keje..Sabtu Ahad pon datang sampai dekat Magrib.. bila Nazir datang masuk kelas pun macam2 hal berlaku..tapi kelas saya takde nazir masuk pun..apapun pengalaman dapat mendewasakan kita..
Kem Bestari Solat pun dah on hujung bulan Januari untuk tahun 1,2,3 dan 5 dan minggu lepas untuk tahun 4.. selamat dah..hehe..walau huru hara jugakla sikit2.. Minggu lepas jugak sekolah jadi Tuan Rumah Ping Pong Putrajaya lepas Cuti Maulid Rasul..Khamis dan Jumaat.. saya terlibat bahagian statistik bersama Puan Rafika,en Shahrum dan Pn Maizatul..Tapi keje buat announcement je..hehe..orang penting gak tu..
Masa cuti Raya Cina takde apa yang menarik sangat..balik kampung je..kena time tu musim hujan pulak.. makan tido je.. muka pun dah kembang ni..seminggu lepas tu Isteri saya dan pn Zainah, pn Rosita, cik Deepa n pn Rosidah pergi melancong ke Thailand atas jemputan sekolah sana di Songkhla..Mereka membawa 5 murid tahun 6, Iman, Munirah, Najatul, Alysa dan Nabihah..time tu jugakla saya di serang demam yang teruk..bila my wife balik pun masing2 kedemaman..dan effectnya masih sampai ke hari ini dua-dua tak berapa nak sihat..
Dah nak masuk bulan ketiga ni harap semua perkara berjalan dengan baik. Tahun ni sekolah dapat 6 guru baru..3 posting dan 3 pelatih j-QAF.. Hope ini adalah pembawa banyak kebaikan kepada sekolah yang tercinta ini.. Esok ada pertandingan mini Marathon peringkat sekolah.. Hope semuanya ok dan Isnin ni Roadtax kete last day..kene standby seribu lebih lagi..hmm.. semoga Allah permudahkan urusan saya dan semua orang disamping saya..begitu juga anda semua yang membaca blog ini :) jumpa lagi..
Wednesday, February 02, 2011
Cara-cara Nak Atasi Boring Waktu Musim Hujan
Tuesday, January 18, 2011
18 Januari...
Ku memohon doa semoga Tuhan merahmati aku dan keluarga.. memudahkan segala urusan yang banyak belum selesai dan mematangkan aku sematang-matangnya..
Azamku? kalini nak menyihatkan balik badan ini yang dah terbeban dek berat badan yang asyik bertambah.. memang semput jugak.. Tengoklah apa boleh buat lepasni.. semoga Tuhan beri kecekalan, ketabahan dan kesabaran untuk aku...
Aku juga nak mendalamkan ilmu yang sekadar separas lutut.. sekurang-kurangnya biar sampai paras pusat. dah menjejak 5 tahun menjadi guru.. terlalu banyak yang masih kurang.. biar serasi dan sepadan ilmu duniawi dan ilmu Akhirat.. sebab bukan manusia saja yang kita hadapi.. makhluk yang tak nampak pun banyak sangat..
Semoga Tuhan mendengar doa hambanNya ini.. Ampunkan segala dosa hambaMu ini.. yang hina dan suka membuat dosa..yang banyak kelemahannya.. berikanku rahmatMu..berikanku SyafaatMu.. tinggikan darjat ilmuku.... kuatkan semangatku.. Hingga hujung nyawaku.. jadikan aku manusia berguna.. Tuhan yang Maha Esa dan Maha Berkuasa
Tuesday, December 14, 2010
hijrah kita 1432h
Bukan nak cakap banyak atau pandai2 cakap.. tapi sempena hijrah 1432 ni rasa semangat nak menulis sikit pasal hijrah diri..berkobar-kobar rasanya..walau dah beberapa hari berlalu..tapi masih belum terlambat lagi kan..
Hijrah tu maksud mudahnya ialah pindah.. dari 1 tempat ke tempat lain.. cuma boleh kita pusing sikit maksud dia..hijrah tu guna untuk pelbagai kegunaan.. semacam perangai kita..kelakuan kita..tabiat kita ibadah kita dan lain lain.. bila kita ubah perangai lama dari kurang elok menjadi lebih elok.. tentunya itu adalah hijrah jugak..kat sini ada sikit suggestion yang kita leh hijrahkan mengenai diri kita dan masyarakat :)
1. dari banyak mengumpat kepada banyak baca quran
2. dari lewat solat kepada cepat tunai solat
3. dari banyak suka amik tau hal orang + pula nambah2 cerita yang buruk2 kepada suka mendoakan kebaikan kepada manusia lain
4.dari banyak boros kepada menyimpan ditempat yang dihalalkan syarak...
5. dari banyak berkhayal kepada banyak beristighfar...
6. dari ketagih facebook kepada siapkan kerja2 tertunggak..
7. dari makan banyak kepada banyak bersenam dan berdiet...
8. menguruskan kemarahan dengan baik
9. mengamalkan gaya hidup yang berhemah kepada semua mkahluk ciptaan Allah..
10. membantu rakan2 yang lemah supaya sama hebat seperti kita.
dan lain-lain lagi...
Jika kita hebat..kita xkan menyimpan kehebatan kita untuk kegunaan sendiri dan berlagak sombong dengan kelebihan itu kerana lama-kelamaan kehebatan kita itu akan lapuk ditinggal zaman..jika kita hebat..kita akan berkongsi kehebatan kita dan sentiasa bermotivasi untuk mencipta idea2 baru supaya menjadi lebih hebat... jika ingin menjadi lagenda.. buatlah seperti seorang lagenda.. jika ingin menjadi kera sumbang.. buatlah seperti gaya kera..alaa..orik tu.. cerita Duyung :)
Yang pasti kena tanam misi dan visi yang lebih best sebab suasana alam pekerjaan akan jadi lebih mencabar dan lebih hebat serta persaingan yang sihat menjadikan kita tak mahu ketinggalan..semoga sama-sama kita dapat berhijrah ke arah kebaikan..bukan kearah ketidak baikan..
Maas Salamah Wa Ilal Liqo' :)
1 Malaysia 1 Ummah..
