SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Sunday, May 30, 2010

LOGO SEKOLAHKU

LOGO SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(2), PUTRAJAYA

Sekolah ini terletak di Presint 16, Putrajaya berhampiran dengan Taman Warisan Pertanian dan sebangunan bersama Pejabat Pelajaran Wilayah persekutuan Putrajaya. SKPP 16(2) or SK Putrajaya Presint 16(2) . Semoga maju jaya.

Tuesday, April 13, 2010

kepada dermawan

Assalamualaikum wbt...
kepada dermawan dan hartawan yang memikirkan ingin menyalurkan wang membantu orang2 yang susah atau orang2 yang benar2 memerlukan bantuan bolehla menderma di saluran yang betul.. saya yang sering berjalan selalu melihat orang-orang yang mengeluh kesusahan namun tak putus-putus berdoa kepada Allah supaya diringankan beban.. saya ada juga terfikir kalau Tuhan makbulkan doa-doa orang tersebut melalui bantuan-bantuan orang yang dermawan atau hartawan yang menyalurkan kepada saluran yang betul dengan hati yang ikhlas tentu sekali sungguh indah kitaran hidup di dunia ini.. selalu saya tersenyum sendiri mengigatkan ciptaan Allah dan kebesaran Allah. Jika ada yang nak menderma melalui saya bolehlah hubungi saya.. insyaAllah dapat membantu juga jika Allah beri kelapangan dalam kesibukan mengajar :).. tetapi paling selamat atau puas hati salurkan bantuan sendiri kepada golongan yang memerlukan itu dengan hati yang ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan (sedangkan Tuhan dah menjanjikan balasan kepada golongan yang ikhlas memberi).. wassalam

Monday, March 08, 2010

sihir

Alhamdulillah..

Sihir.. siapa tahu tentang sihir? gejala-gejala sihir? tanda-tanda sihir? siapa yang terlibat dengan sihir? cara mengatasi sihir?

Alhamdulillah saya ada tahu sedikit tentang sihir selepas diri sendiri terkena.. hasad dengki adalah punca utama sihir.. namun siapa yang membuat sihir orang tersebut tidak termasuk kategori hasad lagi.. tapi husuud...

Kasihan golongan membuat sihir ni sebenarnya.. sungguh kasihan..mati dengan meninggalkan amalan di dunia sahaja.. amalan tak dapat dibawa bersama ke akhirat.. sebab itulah siapa yang ingat sihir tu perkara ringan orangg itu salah sangat-sangat.. walaupun dia mohon maaf pada mangsanya dan mangsanya memaafkan kembali.. namun disisi Tuhan orang itu sudah syirik dan menduakan Tuhan.. mohon pada Syaitan.. buat kerja aniaya orang.. apa yang dapat? kalau orang yang kita aniaya mati apa yang kita dapat? puas hati setakat mana?dahla bekawan dengan setan.. orangpun menyumpah-nyumpah.. Tuhan pun benci.. jadi lebih baik mati sahaja golongan pembuat sihir ini.. bertaubatpun x guna.. (ini semua terpulang kepada Allah untuk mengampunkan atau tidak.. dapat masuk Syurga atau tidak..)

Apa yang jelas.. golongan ini telah membuat dosa besar membabitkan hati dan perasaan manusia.. membabitkan akidah.. dan memohon pertolongan kepada jin dan syaitan.. justeru.. dalam akal pikiran kita sendiri sudah dapat menilai betul atau salah perbuatan sihir ini.. Wallahualam..

(Tak ada istilah sihir untuk tujuan kebaikan sebab minta tolong Syaitan.. neraka lah tempat mereka)

Thursday, January 14, 2010

diari 2 Januari 2010

Majlisku di Dewan Sekolah Sultan Alam Shah, putrajaya...

Bangun pagi still ngantuk.. Gi beli sarapan ngan Hafiz and abah bentong.. Nuar make up datang menyolek.. rumah penuh dengan tetamu.. Jam 12.40 bertolak naik lif turun beramai-ramai dari tingkat 13 Fasa 10 presint 9 tu.. penuh.. hehe.. Apih drive.. sampai-sampai aje tengok dah ramai manusia..

Masuk dewan diiringi selawat dan berjalan atas karpet merah terus ke meja makan.. Bacaan doa dan makan beradab.. Lepas tu upacara potong kek.. majlis sederhana je.. takde pelamin pun.. tupun dah beribu duit abes.. Member ramai gak datang.. tetamu paling kehormat kiranya Tan Sri Alimudin la.. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.. sempat jua bergambar dengan beliau dan isteri..

Antara Member aku yang datang ialah : dari bekas SMKASAS, Bota -> Azhar Amari, Fadli Apardi, Amir Haris, Wan Fawiza, Amir Taib, Sharul Haizam, Fikri Nazri, Mohsin Omar, Irwan Nasarudin, Abdullah Razali, Shahrusaid serta Siti Hafiza Jaafar, Mas Fadlina dan pasangan or family masing-masing..

: Member KISAS, Klang/ UKM Bangi/ rumah sewa Bangi antara yang datang ialah -> Arip Omaq bersama abangnya dan kakak iparnya Anna Hairani, Faiyzan Ahmad, Amir Ashraf dan Amirul Faiz yang jauh dari Kedah datang, Nehrudin @ Tapa, Fahimi Madani, Muhd Fadli @ Palito, Yusri dan Nadwa serta anak-anak, Hamizan Isa @ Nyol @ Meon bersama tunangnya Aisyah, Suhail lower 6 time aku upper 6 dan juga Hasni @ Bosnia besama pasangannye (pakwe kot hehe)..tak lupa jurulatih silat aku masa MASUM, abang Azman Mat Zin yang datang bersama Che Un.. malam 31 Disember aku wat Doa Selamat kat rumah dihadiri oleh kawan2 yang tak dapat datang seperti Irfan Idrus , Ustaz Naim @ daniel bersama isteri, meon dan pasangan dan juge Mahfuz dari SK presint 8 (1).

Geng lain ramai gak antaranya mr izman dan isteri, Puan Karimah, Kak Roziah, Kak Roshidah bekas PK KOKO sekolah aku, Kak Azizah Tajudin yang jauh dari Penang kalau x silap, Kak Azizah Abdullah, kak Rohidah, Kak Norahimah, Kak Aida, Kak Zainah, Kak Rosita, Kak Hanita, Azmi Ibrahim, Izani Daud, Kak Hairani, Kak Rosidah Ahmad, Hasmira Diana, En Jabar, Kak Rohani, Kak Noraihan p8(1), shahrizan Alam Shah, Ustaz Safwan, Puan Rohana PPDa, Ustaz Nasrom, Ustaz Hashrul Aidil, kak noraihan smk p16(1)dan jiran-jiran di Taman Menteri seperti Hafifi Zainudin, Mas Saifudin n company, Pak Cik Zakaria dan family, PAk cik Khalid dan keluarga, wakil keluaga mak cik maton, wakil pakcik Zamri jiran aku, Mak Za dan maybe ramai lagi yang dah balik time aku dah gi outdoor kol 3.30.. member baik aku Herwan mat zan @ Syezek member antara yang aku x sempat jumpa sebab dia sampai lambat..

Gi outdoor kat Palace of Justice.. Lamagak kat situ.. cuaca mula-mula mendung.. pastu panas terik.. selepas macam-macam aksi gi Pullman hotel pulak.. Alahai punya lawa view malangnya hujan le pulak.. balik rumah presint 16 dan begambo kat bilik pengantin.. letih gila beb.. balik Presint 9.. Keletihan betul.. lepas maghrib datang balik rumah presint 16 makan malam dan bukak hadiah..Abang aku dan kakak iparku balik malam ni ke KULIM dari Pudu bas 11.00 malam. kol 9.30 faisal gi hantar dah bersama mak long dan Boboy sekali. Sedara yang datang macam abang halim dan Kak Mun balik amalm ni ke rumah anak sulungnye.. dan abang Di balik ke Pahang. Chik dan suami serta Chaq dan anak-anak akan balik esok. meriah jugak lagila malam ni.

balik Presint 9..letih sangat..Semoga majlisku diberkati Allah dan akan berbahagia selamanya walaupun banyak rintangan dan kerja untuk menjayakannya pada mulanya... TQ semua yang hadir dan yang datang menolong bermula dari 25 disember (akad nikah di Bentong.. Hidhir dan Munna, dan Meon siap baju melayu jadi pengiring aku :p), 20 Disember (majlis rumah bini aku dihadiri Ma PekTam dan ahli keluarga, jiran sebelah umah putrajaya sebijik NazaRia) dan 2 januari 2010 kenduri ku di Putrajaya.. TQ my parents, TQ my brothers.. tq my kakak ipar, Tq my cousins, Tq my whole family atas segalanya. Wassalam...

mencari guru quran putrajaya?

Assalamualaikum wbt.. barangsiapa yang ingin mendapat bimbingan dalam bacaan al-Quran disekitar Putrajaya sahaja boleh menghubungi saya di talian :

en firdaus: 012-5142977
harga dan masa boleh runding..... wassalam

Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah semalam aku dan family ku pergi merisik dan meminang 'si dia' .. semua berjalan lancar dan insyaAllah majlis akad nikah akan berlangsung bulan depan. kenduri bulan 12 baru buat sebab masing mempunyai ahli keluarga yang sibuk.. nak SPM lah.. exam lah.. so kenduri dilambatkan.. tapi honeymoon dan urusan2 yang sepatutnya sepastinya tidak dilambatkan.. hehe..

sekian lama ku tak menulis.. ingin ku coretkan sedikit pengalaman berharga yang ku pendam dan kuterima.. kuhadapi.. dan sebagainya.. 

banyak peristiwa berlaku pada tahun ini.. aku putus tunang dengan 'orang lama' kerana masalah dalaman yang sangat dashat..  semua pihak tertanya-tanya salah siapa? siapa yang akan mengaku salah sendiri? jadi apa yang berlalu biarkan berlalu.. ambil yang jernih buang yang keruh.. terimalah qada' dan qadar Allah tetapkan pada kita.. dan kadang2 kita kena sedar diri siapa kita.. kenapa pilih orang tu.. mengapa x orang lain.. 

kekadang kita tak hensem.. tapi aweq cun giler.. masa bercinta semua ok.. bila kahwin dah start gaduh mula menyesal.. ada yang aweq muka x leh blah tapi pakwenya hensem.. itu lagilah point untuk pakwenya mencari yang lain setelah merasa yang pertama itu.. apapun semua qada'  dan qadar dari Allah.. semua orang perlu menerima kenyataan jika terkena batang hidung sendiri.. apalah yang istimewa sangat diri kita untuk mengata orang? sembahyang kita cukup ka? puasa kita cukupka? passport ke Syurga sudah di cop ke? sedangkan nabi yang terjamin masuk syurga menjaga semua amalan baginda dengan baik.. inikan pula kita yang entah mana hala tuju masih sesat tapi x mahu cari jalan yang benar..


Aku tertarik dengan kata seorang ustaz pada aku.. hidup ini adil.. jika Tuhan tarik satu dari kita.. dia akan bagi balik lebih daripada itu.. ada orang dihina kerana gemuk.. tapi Tuhan balas bagi isteri/suami cantik/hensem dekat dia.. ada orang belagak dengan harta bergunung tapi anak x de ataupun anak sikit.. tupun anak yang hanyut.. orang yang tak berharta tuhan bagi anak ramai.. dan anak2 orang ini pandai berdikari dan tahu erti perjuangan sebenar..mahu keluar dari kepompong kesusahan.. mahu menaikkan nama keluarga dengan membawa kejayaan.. 


berbalik kepada Tuhan tarik satu nikmat.. memang sedih, pilu, kecewa bila kita kehilangan sesuatu.. mungkin hilang tangan, kaki.. hilang suami, isteri, hilang anak.. atau sebagainya.. tapi bagi orang yang bersabar dan selalu memohon dan bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan.. InsyaAllah ada balasanNya.. aku juga disedarkan bahawa kita hidup didunia ini bukanlah hanya sesama manusia sahaja.. jika mata boleh melihat apa sahaja tanpa tapisan Allah.. maka ramailah mati cepat sakit jantung ke ape..


bila dikenang dari kecil sampai besar macam sekarang.. x pernahkah kita menangis langsung? x pernah kah kita ketawa langsung? semua itu lumrah hidup.. kembalilah kepada perinsip 'hidup mesti diteruskan walau apa jua rintangan melanda' .. jangan menang cakap di mulut tapi bila disuruh buat semua x berdaya.. aku pun xtau nak tulis ape lagi.. 


harap semua yang membaca blog ku ini suka mendoakan sesama muslim supaya mendapat taufik dan hidayah.. jangan asyik mendoakan kejatuhan orang walaupun sangat dibenci.. doakan insann tersebut berubah ke arah kebaikan.. itu adalah yang terbaik.. sekian dahulu kali ini.. wassalam...

Tuesday, October 13, 2009

ku kembali :)

salam semua.. rasanya dah xde peminat.. so sesape tersesat tu lehla baca.. aku kembali ingin menulis di sini.. ingin mencurahkan pelbagai rasa dan berkongsi apa yang tidak wajar dirahsiakan :) Allah Ahad!!

Saturday, January 24, 2009

Interview SPP

adoii.. aku nak kena banyak membaca.. 28 January 2009 ni (rabu selpeas cuti raya cina isnin n selasa) nanti aku nak kena interview SPP untuk sahkan jawatan DG41.. kawan2 yang dah lepas takpela.. ni aku rasa macam tak konpiden je.. dahla kol 7.30 pagi.. sekolah akupun tengah cuti lagi time tu amik cuti peristiwa..

doakan aku berjaya lah semua ye..

Jerat Percintaan

Hmm.. what to say.. seminggu dua ni aku telah jatuh cinta kat seseorang .. apakah aku sudah tak betul? dan apakah cinta itu buta? Minta Pertolongan ALLAH berikan jalan serta petunjuk kepada aku yang lemah dan hina ini..

Saturday, January 03, 2009

tentang sampah

sampah.. apakah itu sampah? kenapa ia sampah? sampai bilakah harus sampah? bahagiakah menjadi sampah? haruskah sampah itu menjadi sampah...

aku bengang dengan sampah ini.. aku sedih dengan sampah ini.... biarlah sampah merubah dirinya.. atau terus dipandang sebagai sampah.. itupun jika dia bahagia untuk terus menjadi sampah..

Wednesday, December 24, 2008

PERASAAN KURANG BAIK

Assalamualaikum WBT...

tatkala aku nulih ni..kuharap tiada orang yang marah padaku..benci padaku..sakit hati padaku.. dua tiga harini aku agak sakit-sakit.. kurang sehat.. semoga Allah menyucikan aku dari dosa besar dan dosa-dosa kecil..

Pernah tak berasa satu perasaan yang kurang baik? buat tu tak kena..buat ni tak kena.. serba tak kena.. mata tengok kat lain..kepala fikir kat lain.. sengaja buat-buat senyum dengar cerita orang walau sebenarnya tak tumpu perhatian apa yang dia cakap.. itulah yang terjadi pada aku.. sekarang ni..

pernah tak benci sesuatu tapi takleh nak buat apa-apa? itu jugak yang aku ada sedikit rasa sekarang.. maybe aku masih tak mampu nak rungkaikan isi tersirat dalam penulisan aku malam ni dengan baik.. namun inilah antara luahan yang aku dapat buat sekadar termampu.. apapun aku masih bercita-cita untuk menyertai KEJOHANAN PENCAK SILAT TERBUKA UKM 15-18 JANUARI 2009.. team alumni ada panggil aku.. tapi taraf kecergasan dan kesihatan aku jauh berbeza nak dibandingkan dengan dulu..

Nak cerita bab kena belasah...hmm.. setakat kena tumbuk muka..kena terajang sampai melambung..kena sepak sampai jatuh kat meja sambil disorak-sorak orang..aku dah rasa semua..pernah jari tangan aku bengkak dan doktor kata pembuluh darah pecah sebab lawan aku masa tu power gila.. pernah jugak aku jadi tempang dekat 3 bulan sebab kena libas ngan mamat UUM dalam satu kejohanan terkemuka dulu.. Nak lagi dashat? aku pernah eksiden yang menyebabkan kereta aku hancur remuk.. kaki kiri aku sikit terkehel.. kena urut ngan Mizi Pak Syeikh Alhamdulillah lega.. pen besi dakwat basah aku kat poket baju kemeja bengkok dua-dua membayangkan satu lagaan yang kuat badan aku dan stereng kereta.. Naik motor pun pernah kena langgar dari belakang..kebas kaki aku 2 minggu..time tu motor aku AFA4881 baru seminggu dok atas jalan..Alhamdulillah aku masih hidup..

Sebab tu aku benci tengok gelagat orang yang buat gaya macam samseng sangat.. jalan ramai-ramai dok hoha hoha.. dok lepak mapley ramai-ramai dok kutuk orang buat muka tak malu.. ramai-ramai berani la.. kalau sorang-sorang tu sure mati katak.. pakai rantai buat rambut tepacak.. yang pompuan dia pun bukan main lagi.. betindik sana sini.. Ngan aku tak berani pulak kacau.. cuba kacau aku sekali tengok....

Hmm..ok lah.. mungkin emosi aku serabut sekarang ni.. len kali time aku tengah riang gembira aku leh tulis lagi.. tahniah buat adikku ainee yang dapat ngajo kat JB..bukan main suke lagi.. tahniah buat Rajmeen 'kawan' aku masa kat KIY dulu dapat ngajar kat Langkawi.. kawan je kot hehe.. tahniah tapi takziah buat member wa sahabat karib aku Hafiz Ishah yang dapat jQAF tapi kat Sabah.. sabor..nanti aku pi Sabah gak pas bapak aku pencen..hehehe.. buat Azizah atau Jijah 'member' seKISAS dulu yang masih lom check..harap2 dapatle.. member je kot..hehe.. tahniah untuk Hafiz Rahman or Pitman yang bininya leh KPLI kat kedah gak.. rezeki anak.. tahniah juga kepada aku yang bakal menamatkan zaman bujang.. HAH?

Monday, December 15, 2008

Alkesah Cuti Sekolah

Assalamualaikum WBT..

Hmm arini dah 15hb..tinggal setengah bulan je lagi nak abes cuti sekolah.. huhu.. sepanjang cuti ni banyak jugak perkara-perkara yang terjadi.. tapi yang belom terjadi ialah aku lom pegi kursus kawen dan aku BELOM KAWEN ..hehe..

Saat aku menulis ni kaki aku leh kata baru sembuh dari kecederaan tulang kat area buku lali.. sakit gile.. kesnya aritu Jumaat lepas aku gi joging kat seksyen 15 Bangi..kebetulan jumpa ustad Tumon masa ngajar kat Jalan 3 dulu.. dia ajak jalan tapi jalan laju keliling balapan.. huhu.. sejam beb jalan laju tanpa henti.. elok habis dah terasa kat kaki aku ni..menanggung berat yang lebih kot..kasut pun tapak dah haus.. balik umah plak mak aku soh pi kedai gas dah abis.. satu lagi beban aku angkat tong gas sorang2.. so injured lama masa silat dulu kembali.. punah harapan nak joging ari minggu ..nak main futsal la apala..

So arini macam dah baik sepenuhnya kaki aku.. Jumaat malam tu gak gi urut tradisional kat seksyen 15.. melayang rm25..

Minggu lepas gak aku balik kampung..sempena raya haji..best gak hehe.. balik tepeng sekali sekala..semayang raya kat surau Taman Menteri.. makan Yong TauFu tepeng.. syahduuu.. Raya kedua taman aku wat majlis korban.. 4 ekor lembu ditumbangkan.. aku pi gak tolong2..tapi lewatla.. time makan tengah hari dpt tgk muka penduduk Taman Menteri yang rasanya macam dah lama x nampak pun nampak balik.. itulah kelebihan Hari Raya..

Aku nak flashback balik ape yang terjadi sewaktu awal cuti sebagai kenangan di hari tua..hehe.. betul-betul minggu pertama cuti aku n kawan-kawan (faiz, hamizan, dolah dan Arip) gi makan kenduri kawan Kisas dulu kawen. Bakri namanya.. dok kat Felda Gunung Besout, Sungkai.. Alhamdulillah aku sewa kereta kat Kak Aliza dan kami selamat sampai dan makan.. lepastu kami meneruskan perjalanan..jeng jeng jeng.. panjat Cameron Highland beb..hehe.. lama gila dah x pegi.. leh kata hujan sepanjang pejalanan.. Dolah drive dengan jayanya.. sampai atas dalam kol 6 camtu.. tong2 duit sewa hotel kat Brinchang..nama hotel x igt dah.. tapi tengah pekan betoi la..

Sebelum sampai minum teh Bharat dulu.. ajal henset aku rupanya kat cameron.. aku nak restart tp x terstart-start da.. keciwa gila.. camna nak rakamkan suasana atas cameron.. henset aku rosak..sedih beb.. malam tu jalam pasar malam cameron.. pastu makan malam kat kedai tomyam yang ada skrin besar.. tgk livepol main.. pastu tengok Arsenal amin kat bilik hotel..kalah ngan aston vila 2-0.. mmg sedih lagi la..

Pagi Ahad kami sarapan kat food court.. paastu terus gerak pi Ladang Boh..syahdu..sebelum ni x penah datang sini.. orangpun ramai betul.. ingat ke abes dah.. rupanya dolah bawak gi tempat lagi klear.. Gunung Brinchang.. perghh..syahduu.. klac kete mmg hangit la baunye.. dok atas menara Gunung Brinchang sambil dilanggar kabus tebas..sejuk beb walau dah pukul 1 time tu.. sebab hujan mula turun kami pun turunla dari Gunung Brinchang tu.. jalan sebijik macam jalan naik bukit Larut..

Pastu kami gi pasar sebab aku nak beli sayur parent aku pesan.. dah abes shoping terus gi makan kat Tanah Rata n semayang kat masjid atas puncak bukit tu.. brrr sejuknye air.. kami pun menamatkan pejalanan cameron higland balik KL.. sampai singgah semayang kat Masjid Wilayah kat Jalan Duta dalam kol 8..

Pastu minggu pertama cuti jugak aku kena konvo j-QAF.. reherseal Selasa 18/11/2008.. akugi dengan memakai baju melayu itam satu sut macam dalam surat.. hampehja.. 2 3 org ja pakai baju melayu..org lain pakai baju biasa.. maluje..Alhamdulillah dapat jumpa ramai gak..nuat bakaq,nuat pawit, geng2 usuludin dulu.. geng2 maktab.. amin dan bininya husna pun aku jumpa.. petang tu gi amik jubah kat maktab.. rm100 bayar.. elok sampai maktab kete aku wat hal.. aku balik umah dari maktab dengan dada yang bedebar-debar gila takut keta mati tgh jalan.. Alhamdulillah sampai..

19hb aku konvo.. kol 7.45pagi aku betolak dari umah.. ikut PICC sebab tempat konvo kat Perbadanan Putrajaya.. elok sampai trafic light dekat tasik Empangan betul2 keta aku mati dan xleh start.. oo syahdunya.. malangnya.. begitulah kisahnya aku dipagi konvo dengan baju melayu itam satu sut..jubah konvo masih dalam plastik.. aku tau kalau aku tepon sapa mintak tolong antaq gi dewan konvo masih sempat.. tapi aku dah xleh nak feel seronok sebab keta aku rosak.. kontek2 member cikgu Khirrulnizam yang dok desa Pinggiran Putra datang tolong dari awal sampai abes.. dari kol 8 lebih tu sampai dalam kol 3 keta aku siap repair dia dok menemani aku.. Aku doakan Allah permudahkan urusan dia pulak nanti dikemudian hari..

bengkel tepi Azu Maju Desa Pinggiran Putra tu yang kami mintak tolong.. dia mai buat dengan jayanya.. abes 3ratus lebih tukaq koin ngn distributor.. sebab tgk india tu buat cantik ja.. ptg jugak aku atnaq keta aku balik kat bengkel.. wat aircond and overhaul (sbb minyak itam dok kuar bocor selama ni) malam esoknye (Jumaat) aku gi amik ngan Nyol (hamizan).. pergh.. seperti baru.. hehe.. keta aku skrg seperti baru.. ABT9944 seperti baru.. :).. sepanjang minggu ni jugak aku rajin lepak mapley sebab member2 ramai lagi dok ada.. 1 malam tu aku lepak ngan geng2 pahang.. mat akram bagi kad kawen.. naik HILUX tu.. Jengka keta vios baru.. huhu.. syahdu betoi depa ni.. dok jalan2 ngan Syezek sama..

Ari Jumaat 21hb aku naik komuter gi KL.. kat stesen star DAMAI arip omaq atau nama glamer (jo) dah tunggu.. malam tu kami akan ke Kedah nak pi kenduri Mehah kat yan.. aku bersama jo n junid tumpang kete mat yie mamat jqaf kelate.. depa ni semua KUIM dulu.. mula2 gi makan nasik lemak antarabangsa dulu kat Kampung Baru. Pastu meneruskan perjalanan ke Guaq umah Jo.. diringkaskan citer sampai dekat kol 4 pagi umah Jo.. pagi Sabtu tu sarapan dah disediakan oleh mak Jo.. pas sarapan kami gi beli hadiah kat Gurun.. adik Jo ade bisnes basuh keta kat pasaraya Aneka tu.. mat Yie basuh dulu Pesona Putih dia.. balik umah JO then terus gi umah Mehah.. bob dah tunggu kat tepi jalan.. gerak sama-sama..

sampai umah mehah terus makan dulu kat masjid khemah didirikan.. pastu pasangan pengantin datang sembang kat meja kami.. pas makan naik atas rumah sat begambar.. dah nak balik baru Pitman sampai.. lama x jumpa Pitman.. sembang japja pastu terus ke Air Terjun Batu Hampaq.. malangnya ujan lebat.. PitShah ada masalah kereta rosak dan perlu settlekan ngan ayah dia.. so plan aku nak lepak ngan dia terbantut.. aku ikutla geng ni terus pi Perlis sebab Mat Yie nak gi umah keluarga angkat dia kat Kampung Perit, Chuping.. punya ghalit perjalanan terlajak sampai Bukit Kayu Itam..hehe aku beli baju t-Shirt gambar bendera Thailand selai.. pastu meneruskan pejalanan sampai perlis dah pas maghrib.. lepak lama gak.. dah terasa macam keluarga sendiri betapa baiknya depa layan.. kami siap lawan main dart..hehe.. makan memang sampai nak muntah jamu macam-macam.. cadang nak balik awal nak layan bola.. tapi pas dapat laporan arsenal tgh kena ngan stokin city aku mula x semangat balik..

dalam sebelas lebih kami gerak balik umah Jo..sampai lewat gak..pagi Ahad gi sarapan kat pekan..pastu singgah pasar aku beli porsh beg baru.. gi amik gambaq tepi sawah sat n then pi mandi kat batu hampaq yang semalam tak jadi sebab hujan.. perghh.. best..sejuk..syahdu..segar.. adegak peristiwa buruk..nyaris lemas aku..hehe..kena gelak ngan junid n Jo.. hampeh.. balik mak jo dah siap laksa..makan laksa plak.. pas solat baru terasa perut kena pacat..hampeh betoi.. jahanam baju.. mula2 cadang nak gi kenduri kawen hafsah kat pendang.. tapi memang keadaan tak mengizinkan.. so geng Pesona Putih tepaksa tinggalkan aku kat stesen bas Guaq..depa nak pi 2 kenduri kat Penang..rasa besalah gak x dpt pi kenduri hafsah walau dah ada kat kedah.. nak wat camna hidup dalam tumpangan..

PitShah sampai dekat kol 3 ptg..kol 3 ptg tu adala tiket balik KL.. PitShah ajak pi Penang.. naik bas kat sana.. ok la..dah lama x lepak ngan dia.. so kami pi Penang.. beli tiket ada yang gi Kajang kol 9.30 malam.. klear la camtu.. kat guaq tiket pi kajang abes dah.. pastu kami gi kompleks perda..kat Bukit Mertajam kalau x salah.. makan KFC.. jumpa balik geng jo.. makan KFC gak.. aku belanja semua tanda gumbira dapat jalan2 kalini..hehe.. pastu teman Pitshah dia nak beli speaker.. last2 aku pun beli gak yang pakai USB tapi sound leh tahan power.. gi balik stesen bas Bagan.. minum-minum air pastu naik bas.. sampai pagi lepak mamak Hentian Kajang.. kol 6 tepon abah soh datang amik.. tdor jap.. Isnin dan Selasa meeting kat sekolah.. WAJIB hadir.. akupun menyiapkan SKT yang x siap2 tu.. Pas meeting ari Isnin ada jamuan perpisahan cikgu2 pindah kat DAPUR MAS Presint 9..syok gak makan..hehe

Begitulah sedikit alkisah aku menghabiskan cuti sekolah kalini.. dalam cuti gak tolong angkat barang member sekolah aku yang dapat pindah ngajar kat Trengganu kak Suhaila n Faizul..pastu ngan Izman gi jalan2 PKNS makan KFC terbuat kad kredit Bank Rakyat atas pujukan Ummi Kalthum aweq bank Rakyat..kihkih..jalan ngan Izman gak gi Jusco Equin wat kali pertamanya beli penimbang n terbuat kad kredit AEON Bank..donia donia..n terbaru tolong kemas umah sewa sebab Nyol beli banayk perabot kat care4 Alamanda.. beli lamadah tapi barang baru sampai Sabtu baruni.. Sofa, Rak TV yang panjang, set meja makan untuk 4 orang, meja coffee.. huhu..nak nikah dah mamat ni hehe...malm kemas2 tu tengok arsenal kat tv besaq Nyol Arsenal seri ngn boro 1-1.. sengal betui sekarang..

hmm okla..rasanya dalam tulisan akuni sikitpun xdak citer pi dating ke apeke.. bagus gak akuni.. hehe.. NO WOMAN NO CRY tau.. :p .. lenkali aku pos lagi.. panjang nye kisah kalini hehe..

Sunday, November 09, 2008

kenapa buka tudung?

salam.. hmm.. dah lama sgt aku x nulis kat sini.. tp sbnrnya arini aku terasa sangat nak tulis.. isu sensitif gakla..

kenapa orang yang bertudung ramai yang buka tudung ni? pelik la aku.. walau apapun alasan kita, pakai tudung tetap wajib.. janganlah pakai tudung sebab takut kat parent aje.. ni bila balik kg tudung melekat ja..bila kuar jauh2 balik tempat keja ke tudung ilang..ingatlah kenapa parent soh pakai tudung.. yg memang x pakai tudung aku x heran sgt..tapi yang pakai tudung asalnye leh bukak tudung plak..

dengan beraninya aku kata perangai macam ni x bagus..sedangkan artis2 dah ramai sedar dan memakai tudung, inikan pula insan bukan artis dari bertudung buka tudung? isyy x dapat la aku nak terima.. aku ada ramai member free hair.. aku x kesah.. tp member yg bertudung kepada bukak tudung aku macam malu nak jumpa kalau terjumpa..mungkin jugak alasan dengan sape kita berkawan turut menjadi pengaruh.. kebanyakan yang bukak tudung (asalnye betudung) pilih la kawan yang membina.. bukan yang nak raba-raba atau cium2 leher anda senang sebab dah free hair.. buruk sangat nampak dari bertudung kepada bukak tudung..

aku tatau sapa nak baca tulisan aku kalini.. tapi sapa yang terbaca tu kalau baru nak berubah dari bertudung kepada bukak tudung, tolonglah ubah pikiran.. kepada yang dah buka tudung, please come back.. mahkota wanita jgn digadai.. dari rambut, maruah digadai slow2 ke bawah.. sbb tu banyak filem lucah melayu skrg ni..kepada yang free hair plak.. belajar2 la bertudung.. tengok ekin tunang mawi dan dato siti.. x jadi burukpun bila bertudung.. siap nampak lawa giler.. yang x pakai tudung plak bila tua nanti tgkla.. org gelak ja.. nak tunggu tua baru nak pakai tudung? kalau mati petang satgi ke, esok ke camna? lu pikir la sendiri.. aku hanya luahkan pandangan aku.. org memberi nasihat selalu dibenci.. takpala kalau aku dah masuk golongan dibenci sebab ini.. ok lah.. akhir kalam..

nak masuk SYURGA x semestinya kena pangkah parti ISLAM sahaja semacam janji politik.. tapi mengamalkan Islam dalam kehidupan.. x semestinya perfect.. tapi berusaha dari hari ke hari kepada kehidupan secara Islam yang lebih baik.. YoS is Your fren..

Sunday, October 12, 2008

who am i now?

Bismillah al-Rahman al-Rahim..

Dah lama x menulis..memang rasanya dah xde orang yang bukak dah blog aku ni.. kat sini lehla aku bercerita dengan lebih bebas dan sesuka hati kalau dah takde orang nak bukak hehe..tujuan asal aku bukak blog ni memang suka2 ja.. tulis apa nak tulis.. sapa nak baca bacala..suka ke tak suka sapa soh baca ye dak.. hehe.. tapi aku memang paling tak suka sembang pasal politik kat sini..

Banyak peristiwa penting aku nak tulis kat sini supaya nanti aku boleh baca balik..bagus gak diari online camni.. nak ingat balik peristiwa lama payah geledah almari lama, kotak bawah katil ke.. taip je nama log sendiri.. hehe..

1stly aku sudah posting pada 7 Julai 2008 setelah setahun setengah bergelut dengan pelbagai cabaran dan dugaan..kena marah, kena tegur perkara biasala.. Alhamdulillah dapat result diploma aku lulus walaupun tak cemerlang mana.. pastu check BTN pun akudah lulus.. tinggal KISSM je tatau lagi camne.. SPP dah isi.. rasanya bulan 7 or bulan 8 tahun depan baru kena panggil inteview.. cerita pasal bonus baru ni? hehe.. boleh rm399.98 sen je.. adoii macam kecewa gak.. tapi tula akibatnye baru je posting hehe..kira ok what leh gak bonus walaupun ciput.. bulan 12 leh lagi..

pasal kewangan aku xde hal sangat sebab aku dah gagah buat loan bank Islam bulan 7 dulu.. jumlahnye rahsia la.. dah la betul2 time ari 1st posting kad kredit lulus...ada kad kredit taklah terasa sangat nak bebelanja time xdak duit tunai.. kesimpulannya awal karier kerja aku adalah penuh dengan bantuan bank Islam.. duit loan aku dah labur join noradz travel.. satu pelaburan yang kuyakini leh bawa keuntungan.. syarikat Bumiputra.. Alhamdulillah dengan bantuan member aku (juga rahsia) kami pergi bawak duit punya banyak umah ejen.. sepatutnya proses 45 hari tapi seminggu sebelum tu lagi aku dah dapat 'gaji pertama'..

Satu lagi aku kamikaze join BuluhMas cucuk kad kredit rm1000.. alhamdulillah sebelum raya gak dapat hasil pertama.. semoga pelaburan aku kat kedua-dua syarikat bumiputra ni membuahkan hasil yang membanggakan.. pasal dua syarikat ni.. sapa yang baca blog aku dan minat nak join gi le cari sendiri kat web dia.. aku tak minat sgt tarik orang masuk bisness.. tanak kalau jadi apa2 aku yang dibenci, dicaci dsb.. berani buat berani tanggung..

Bulan puasa baruni aku rasa macam ape lagi dah.. letih x ingat.. badan naik le jawabnye.. pas bebuka melantak x ingat.. balik kampun hari Raya banyak gak duit bagi kat warga family yang dikasihi.. ikhlaskan hati..dapat keredhaan :)..
Pada pagi Syawal yang mulia berlaku satu peristiwa menyayat hati apabila seorang jiranku yang aku hormati jugaklah Hj Bahadin meninggal dunia sebaik sahaja bagi salam solat sunat aidilfitri kat Surau Taman Menteri.. alunan takbir raya yang terakhir sebelum mula solat aidilfitri juga adalah diketuai beliau sendiri.. dari kecik aku selalu dok tumpang gi solat Jumaat.. kira tu la peristiwa sedih 1 Syawal.. aku raya kat Perak sehari jaa.. Raya kedua balik Terengganu.. jalan jem tak inagt kat Machang.. 4 jam kat situ saja.. ari ahad balik KL jem skit2 ja lepas dari Temerloh..

Nanti sambung lagi cerita.. ni ada plan lagi nak mengayakan diri.. hehe..kalau mau hidup senang .. risiko letak tepi.. bolos saja dinding itu.. hehe.. wassalam

Saturday, July 05, 2008

macam macamla

Aku kini dalam usaha menulis balik blog aku ni.. selalu lama-lama baru update.. sekarang nak aktif balik memandangkan aku dah selesai tugasan berat aku selaku pelajar dan pengajar.. sekarang aku dah jadi pengajar sepenuhnya.. InsyaAllah kalau tak sangkut la exam aritu..
Dalam hidup ini, aku selalu pikir macam-macam.. akuni orang yang suka pikir le maksudnye.. bila ada isu aku fikir betul ke, salah ke.. bila pensyarah2 aku cakap kat kelas aku selalu dok fikir betui ke orang tua ni cakap bla bla bla..benda yang paling susah rasenya nak buat orang berrfikir macam kita.. bila kita fikir macam ni..orang tak setuju.. kita jadi sakit hati sangat..lebih-lebih lagi bila orang tu setuju dia burukkan pulak kita kat orang lain.. rasa nak penyepak aje.. hehe..

Teringat aku satu hari time aku ajar kat kelas.. budak-budak macam bising la jugak.. time tu dorang baru balik dari mana ntah.. kelas kat library kot..semua tengah panas lagi tiba-tiba masuk kelas.. macam bese la.. cikgu berhemah.. aku soh senyap sikit.. bekesan kat dua tiga orang budak je.. kat Putrajaya jangan la pandai-pandai nak sentuh anak murid..HARAMMMM.. itulah perumpamaannye semacam dikatakan Guru Besar.. dorang nak belajar ke tanak belajar ke…tugas kita mengajar.. budak yang degil ke main ke kasi amaran lisan yang tak boleh kesat-kesat.. kiranya degil gak tulislah di dalam “buku adab belajar” ..

Scenario tersebut bukan aku tak setuju, tapi memang lari dari ape yang aku belajar dan ape yang aku niatkan.. camne la nak sampaikan ilmu kalau ada banyak sangat syarat.. dalam kelas aku ajar ada budak langsung taknak baca al-Quran.. orang Melayu dan Islam la.. masa Kem Solat asyik merungut cakap panas kena pakai telekung.. time kelas agama dia sorang je dekat sepuluh kali keluar.. time2 darah naik menjerit gak aku.. budak- budak pun patuh.. nak tunggu jerit , hentak meja baru nak reti diam ke x main ke..

Aku memang nak banyak lagi belajar jadi cikgu yang baik dari segi persediaan.. kadang-kadang budak bising jadi blur.. lebih-lebih lagi time tu la Guru Besar ke GPK ke lalu hehe.. yang aku lebih pelik cikgu-cikgu yang senior leh kawal kelas relek je.. budak senyap (macam time relief) walhal dorang x menampakkan garang apepun.. dashat.. bila ilmu tambah pengalaman tinggi.. tapi watak lebih serius terpaksa diwujudkan la..

Macam ada sorang lagi member aku kawal kelas dengan antonasi suara dia..dashat gak.. tengah bunyi cam jerit2 tupun leh wat lawak kekadang.. memang aku tak mampu la rasanya.. tapi maybe kelemahan kalau tetiba satu hari xde suara.. hehe..

Aku nak cerita lain rasenya tadi tapi dah jadi cerita lain la plak.. takpelah.. nanti bila-bila aku sambung lagi hehe.. wasalam..

Sunday, June 01, 2008

Saat terakhir jadi cikgu dalam latihan :)

Assalamualaikum wbt.. lama rasanya ku tak update blog peribadi ni.. kebetulan khamis aritu belajar buat laman web ngan blog kat maktab.. aku yang dah ada blog sengih ajela.. tula.. bila xdak teringin nak buat.. tapi bila dah ada malas pulak nak update.. hehe

Lecterer aku kata tujuan asal blog ni adalah macam diary online dan itu yang dibuat oleh pengguna di eropah.. kat Malaysia ni blog jadi macam-macam bentuk rencahnya.. antaranya pendedahan akhlak artis dan sebagainye.. hehe..

oklah.. saat aku menjadi guru pelatih dah hampir tamatnya.. minggu pertama sesi interaksi terakhir telahpun selesai.. sekarang tinggal lagi 2 hari nak belajar iaitu isnin dan selasa manakala rabu dan khamis ialah ujian akhir diploma pendidikan aku.. khamis malam pas ujjian tu terus gi BTN kat Maran, Pahang dan abes ari Isnin.. pas abes BTN terus akan ikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia sampaila 1 Julai 2008... maka selepas itu insyaAllah akan bergelar guru sebenarlah aku.. Doakan aku mudah melaksanakan segala tugas-tugas di akhir-akhir ni..huhu.. dah nak abes.. cuak pun ade..

Flashback balik beberapa peristiwa sebelum sebelum ni yang aku x sempat nak update atau tulis.. perkara paling menggerikan ialah praktikum.. mula ujung bulan Januari aritu dan abes 2 Mei 2008.. Alhamdulillah lecterer aku Datin Balkis dapat tengok peningkatan akhirnya setelah persembahan mengecewakan pada awal praktikum.. aku buat sungguh-sungguh.. tarak tipu punya... TQ kepada semua yang banyak membantu terutamanya guru Pembimbing aku Kak Norahimah Ali yang asyik kasi markah tinggi je... Tq gak kat ketua kelas aku Hadi Husin yang bagi aku pinjam buku rekod kawan dia.. lehla curik2 skit idea.. hehe..

Abes praktikum baru terasa dunia ini bermakna.. sambutan hari guru sekolah dapat hadiah leh tahan jugak.. yang paling tak tahan tengok Izman member aku kat sekolahla.. buat persembahan kaw kaw punya time hari guru.. semua orang terhibur lah.. kalah Bang Bil raja lawak astro hehe.. Aku dapat hadiah cabutan punya besar.. dan hadiah yang aku kasi dapat kat sorang cikgu perempuan tu.. takut dia baca pulak blog ni kantoi plak aku hehe..

Hari terakhir sebelum cuti sekolah aku buat ayat sedih kat anak-anak murid.. cakap nak gi sambung belajar.. menangis dorang.. lawak pun ada.. memang la aku sambung belajar.. tapi pasni masuk balik.. cuma lambat sikit ja.. berjaya gak lakonan aku menghasilkan airmata anak-anak murid.. humm.. banyak kenangan menarik..

Nanti aku nak update selalu blog ni.. layan ape bila baca balik.. haha.. no politik dalam blog aku.. wokeh.. semoga aku pi BTN nanti x kena dera teruk-teruk dan lulus semua pereksa diploma, BTN dan KISSM.. by bye

penerangan solat jamak qasar (JAKIM)

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Monday, January 28, 2008

Bermulanya Praktikal

Salam.. dah lama tak update .. hmm.. maka hari ini 28hb 1 2008 bermula lah praktikal aku sebagai seorang guru j-Qaf.. selama lebih 12 minggu praktikal bersama lecterer aku puan Hajah Che Balkis ..
dia belum datang lagi tapi aura dah terasa..

Doakan aku berjaya... huhu..penentu masa epan aku ni.. TQ kak Maizatul Mokhtar (cikgu KPLI dari IP Teknik yang baru posting ke sekolah aku..hehe) pinjamkan folia beliau sebagai rujukan.. Tq kat HAdi Husin pinjamkan RPH member dia yang dapat cemerlang praktikel tahun lepas..

Semoga semua pelatih j-QAF ambilan 2007 selamat menjalani praktikal hingga Mei 2008 nanti :)

Maas Salamah Wa Ilal Liqa'

Monday, November 26, 2007

kat maktab

salam..

huhu lama x update.. sekarang kawe kat maktab.. ngaji beb..sebulan.. sini nak update citer semalam adalah hari bermakna gi kenduri kawen sahabat baikku azhar amari bersama isterinya Azilah..tapi berita buruk juga sbb tok azhar meniggal juga semalam.. sedekahkan al-Fatihah..

alkisah aku bertolak balik taiping bersama mohsin dan pakli apad.. kami berkumpul kat stesen putra damai...sampai tepeng lebih kurang kol 2 pagi.. dok umah ja.. malas nak nyusahkan orang sebab kat Taman menteri pun ade kenduri umah jiran umah cikgu Idrus..so layan ajela.. ada 3 ekor mayat tikus kat bilik belakang.. busuk gila.. sabtu petang baru aku kebumikan tikus2 tu.. hehe

Semalam ramai giler kumpul kat kati, kuale kangsar..semacam reunion.. best..ramai memebr dah x jumpa dpt tgk balik semacam ajis, cimai, naseh, epoy ham, borg, syazwan gulam, ayu, hajar n fiza, ima, husni, latip, anip, mohsin, mad shuhim, amir tobi, ijam, wardah, alaw, wahida, norun, kokna dan ramai lagilah.. soree x sebut semua..semalam aku gegas balik bersama mohsin, pakli apad n azimah naik Kelisa Mohsin.. cun la kelisa dia.. berjalan lancar.. sampai umah kol 9 lebih kol 11 gerak balik ke maktab... tamat kisah..

sabtu malam jalan kaki g pasar malam ct jering dari umah aku.. nak tgk kot2 ada kedai bukak bola leh gak tgk livepool main.. hampeh semua xdak nafsu bola.. kol 11 kuar ngn E yang kebetulan balik sama.. ada satu kedai bukak arsenal sebb yang lain semua bukak setan merah MU.. haha MU kalah.. Arsenal menang 2-0 ngan wigan.. aku tengok di restoran mamak dekat ngan koteow Doli.. hehe best best..ramai mat rempit penyokong arsenal dok kat kedai mamak tu.. cayalah.. Arsenal juara season ni.. hehe.. chow

Wednesday, July 25, 2007

boring-boring

Bismillah al-Rahman al-Rahim..

Hmm dah agak lama aku tak menulis untuk berceloteh... Sekarang aku berada kat kelah tahun 3 Alamanda.. tengah jaga exam.. bebudak ni tengah buat ujian Formatif ketiga dorang.. kelam kabut aku buat soklan untuk dajah 1 hehe...satu pagi je leh siap tu...pas ngamuk kat kelas ni soh diam akupun menulis menda alah ni heheh..bebudak xleh kasi muka sangat..

Minggu lepas seminggu aku x datang sekolah.. kena g Pusat Latihan BSN Bangi ada bolasepak MSSM anjuran 100plus untuk bawah 15tahun..Putrajaya jadi tuan umah..akupun terlibatla ngan Faizul..bukan MSSM betul tapi bawah 100plus..satu sekolah dari setiap negeri jadi wakil. Wakil Perak sekolah King Edward, Taiping.. bertambah jugakla kenalan aku.. cikgu2 muda yang ramai jadi urusetia..Time jadi AJK Statistik kejohanan ni banyak la peristiwa berlaku.. 100plus ntah berapa puluh tin aku bedal hehe..

21hb game tamat KL kalah ngan Selangor.. Perak no 4 kalah ngan Kedah dalam penentuan ke3 dan ke4. Dapatla t-Shirt kaler oren 1 dan t-shirt little atlet time antar barang jabatan. Pn Saadiah yang kasi sebab aku ngn Faizul x dapat baju 100plus.

Mak ayah aku baru balik dari Indon semalam.. 10 hari dorang pegi.. banyak barang kulit dorang beli.. dapatla aku wallet, talipinggang, kasut n baju baru heheh...letih oo semalam.. dari sekolah ada NAZIR datang pastu gi Bangi amik baju dobi.. amik parent kat KLIA plak dalam kol 5. Gi ofis ayah aku jap dia nak check surat n then ke Taman Warisan makan bihun sup.. syahdu gak rasanya... malam aku tertidur pas semayang Magrib...

muka-muka member2 kat sekolah nipun semua ceria2 belaka.. maklumla arini ari gaji untuk bulan ni malah seperti yang diumumkan PAKLAH.. bulan ni GAJI BARU la.. siap ada yang dah angkat kereta baru.. hmm akugak yang tak bergaji lagi..elaun je nak idup camne.. nak berbini apentah lagi..sebut pasal elaun x cukup baru ni kete proton aku rosak brek.. tahap pemanduan paling bahaya dalam dunia.. nak gi repair tu banyak keta aku nak langgar tapi mujur semua selamat.. abes 160 repair brek hub n brek pad.. tukar minyak enjin sekali abes la rm190.. fuh.. senafas je..

oklah banyak lagi nak citer tapi tengah jaga bebudak exam ni xdak idea sangat la.. nak g warta japgi MR Faizul yang baru dapat tunggakan nak beli henset baru..huh.. zaas...