SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Monday, May 23, 2011

Kalimat taubat di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang menyebut kalimat taubat di dalamnya adalah:

2:37. Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."

2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan menerima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
(mengenai riba)

3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

3:90. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
(taubat tidak diterima)

3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia menerima taubat mereka, atau mengazab mereka; kerana mereka adalah orang-orang yang zalim.
(bukan urusan Nabi)

4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
(homoseksual bertaubat)

4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat hanya diterima daripada orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan)

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.
(taubat tidak diterima)

4:26. Allah menghendaki untuk memperjelaskan kepada kamu, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang yang sebelum kamu, dan untuk menerima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
(orang munafik)

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.

5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(ayat 5:38 mengenai pencuri)

5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan; mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.

5:73. Orang-orang yang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka mengatakan, tentu akan menyentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan meminta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
(salamun alaikum)

7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."

7:153. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.

9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:27. Kemudian Allah, sesudah itu, menerima taubat siapa yang Dia mengkehendaki; Allah Pengampun, Pengasih.

9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?

9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka, atau menerima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
(orang mukmin)

9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.

9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka menyangka bahawa tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia menerima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.

11:3. Dan, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan memberi kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia memberi daripada pemberian-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang menumbuhkan kamu daripada bumi dan menetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."

11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."

11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintahkan, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat.

13:30. Demikianlah Kami mengutus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."

16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.

19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,

20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan akhirnya mendapat petunjuk."

20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.

24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.

25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.

28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang yang beruntung.

33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya melafaz sanjungan Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
(doa malaikat)

42:25. Dia yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan memaafkan kejahatan-kejahatan; Dia mengetahui apa yang kamu buat.

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
(doa umur 40 tahun)

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
(jangan mengejek)

58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
(pembicaraan rahsia dengan Nabi)

66:4. Jika kamu berdua (isteri Nabi) bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:5. Mungkin, jika dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpuasa, yang janda, dan yang dara.

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
(taubat yang tulus hati)

73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada Al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.

(jangan menganiayai mukmin lelaki dan perempuan)

110:3. Maka lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum WBT....

Alhamdulillah sampai lagi tarikh 16Mei pada tahun ini.. teringat saya kepada kawan-kawan dan guru-guru saya yang banyak mengajar ilmu, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.. Justeru pada hari yang berbahagia ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya kepada:-

Hj Mohd bin Hj Taib iaitu bapa saya yang sudah pencen bulan 12 yang lalu..jawatan beliau yang terakhir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,KPM. Jasa beliau terlalu tinggi untuk mendidik saya dan adik beradik saya menjadi manusia yang berguna. yang kedua ibu saya...sejak dari kecil sampai sekarang tak putus-putus mencurahkan ilmu walaupun beliau bukan seorang guru.. Takleh mention nama sebab sekarang orang nak sihir senang ja..pakai nama mak.. hehe..

Selain ibubapa orang yang terpenting adalah isteri saya yang juga seorang guru... kepada sahabat-sahabat baik di SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) yang amat banyak membantu dan berpengalaman, Cikgu Shahrum, Cikgu Rusly, Cikgu Alif, Kak Zai, Kak Ita, Kak Zaleha, Miss Maizatul, Miss Muhaiza, Miss Mariam, Miss Teh Ahara, Miss Deepa, miss akmall, kak Hairani, Kak Norihan Aida yang sedih Alesya anaknya terseliuh tangan tadi, miss Rafika, Miss Harnidah, Miss Habibah, kak Nita, kak Needa, ustazah Aida, ustazah Nora, Ustazah Zabidah, Ustazah Rohani, Ustazah Mahirah, 3 ustazah jQAF baru, guru-guru baru Khairul Afendi yang rajin giler, Syada, Ummi dan lain-lainnya yang masih ramai tapi x tertulis...

Yang menjadi Bos saya sepanjang 5 tahun ni Puan Karimah bt Hasbullah, Puan Roziah PK1, Puan Salmi PK HEM, dan Encik Jabar PK KOKO juga tak dilupakan....

Buat rakan-rakan yang dah pindah sekolah juga tak pernah kawe lupa seprti cikgu Faizul, cikgu Izman, cikgu Suhaila, Cikgu KhirulNizam, cikgu Azlina, Ustazah Rohidah, Cikgu Asnani, Ustazah Fazrina, Cikgu Azlan, Kak Azizah Tajudin, Kak Azizah Abdullah, kak Roshidah bekas PK KOKO dan yang lain-lain...

Ucapan ini juga buat kawan-kawan saya yang menjadi guru yang ingat jelah tulis hehe.. Amir Ashraf, Zulkhairul, Mekna Usul, Atiqah KIY, Rajmeen KIY, Hafiz Ishah n Khalilah, Naim Ahmad, HAdi Husin, KAk Faizura, KAk Farizah, KAk HAslina, Chot, Syezek, Maton, Anoi, pitman, Syamim, MAzar, Kudus, Nakhaie, Ahmad Darul Albar, Maman, Naman, Ibni, Zamri, Saidi Tok tiub, Banyak yang tak ingat dah..mana yang jadi cikgu mana yang tak..

Selamat Hari Guru juga kepada semua ahli kumpulan j-QAF terutamanya kumpulan Pendidikan Islam 1 Kohort 2007 Institut Perguruan Teknik, Cheras... juga kepada semua rakan2 guru j-QAF dan GPI di Putrajaya seperti Ustad Hashrul, us Tengku, us nasrom, Us Junaid, us Norhan, Ustaz Saiful Afzan, Bos d PPWP ustazah HAnan, ustazah2 jqaf lain..x igt nama daaa.. dan yang lain2 nye la.. Geng2 cikgu sekolah lain yang selalu jumpa time sukan ke kursus ke selamat hari guru saya ucapkan..sapa ye..hmm Sulaiman, othman, Anas, ustaz hafiz, dan lain2 lagi.. muka tahu nama tak ingat haha...ops..cikgu2 PPDa dulu..tak lupa encik Fariz, encik Shahrul, Kak Norihan, Kak Noraihan, Shahrizan Salim, Mahfuz, Kak Asliza, Miss Chistine dan yang lain2..

Yang amat dihormati semua guru-guru yang pernah mendidik saya di Tadika Kemas CT JERING, di SK CT Jering zaman teacher Rosnah, Arwah Cikgu ALI, cikgu Musa, Cikgu Rahman Ali, Cikgu Norsiah, Cikgu Aishah, Cikgu Jamaliah, Cikgu Jamilah, Teacher Salina, Cikgu Rodziah Sultana, dan yang lain2 nya..guru-guru di SMKA Sultan Azlan SHAH zaman ustaz Suhot, Pak Nan, Ustad Yazid, Ustad Kashfi, Ustad Rahimi, Ustad Ziyad, Ustad Zahidan, Ustaz Zahari, Ustad Arshad, Ustad mad Rahman, Cikgu Zan, Cikgu Salasiah, Arwah teacher Noriyati Parmin, Teacher Solihah, Cikgu Romlah, cikgu zafrullah yang banyak mendenda saya, ustad mus , dan ramai lagi lah... tak lupa juga guru-guru saya di Tingkatan 6 kat Kolej Islam Sultan Alam Shah zaman Ustaz Abdullah Hussin jadi pengetua.. zaman sir zamri, cikgu nani, cikgu sharipah, ustazah misyati, ustaz kamal mahdi, ustaz 2 2 3 orang yang anti form 6 hehehe.. ustaz moktar yang sporting gila.. ustazah nik mahizan dan ustad Lah, ustazah sumayyah dan suami.. dah lama tinggal zaman sekolah.. sorry cikgu2 semua..

Lecterer2 di UKM yang pernah ajar saya antaranya dato Yusuf husain, prof zakaria stapa, arwah prof Muda, us sunawari, ustaz mazlan, dan ramai lagi lah..

so dalam ruangan ni saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang diingati... semoga jasa kita membawa kejayaan kepada anak didik kita.. bukan balasan yang dipinta.. namun janganlah balasan yang buruk pula kita terima.. janganlah guru dipandang hina.. janganlah guru dijadi bahan persenda.. kerana guru amat mulia.. kerana guru seseorang manusia itu akan berjaya.. dan kerana seorang guru juga seseorang itu boleh rosak binasa... jadilah guru yang baik..

ini adalah sambutan Hari Guru kali kelima buat saya... tapi hati kalini rasa sayu sedikit entah kenapa... Semoga Allah permudahkan segala urusan hambaMU yang lemah dan hina ini.. Amin...

Thursday, May 05, 2011

Osama Laden dah mati

Benarkah Osama bin Laden dah meninggal dunia seperti yang Barrack Obama umumkan? Jika benar wajarkah jenazah beliau dikebumikan di laut.. Saya nak ketawa bila dengarkan orang mati nak tanam kat laut.. macam orang tak ada otak. Sebenarnya tindakan semacam ni yang buatkan kita ragu-ragu betulke tu Osama tu dah mati?...

Dunia ni banyak sangat pembohongan.. dalam bual bicara saya bersama rakan-rakan ada jugak yang mempersoalkan betul ke Osama tu wujud? sebab memang sejak tahun WTC kena serang tu namanya mula muncul dan memang pemegang watak misteri yang terbaik. Setakat keluar gambar dan video.. dengan teknologi yang canggih masa kini entah-entah Osama tupun jangan-jangan watak palsu aje untuk menutup kesalahan US yang rakus..



Inilah gambar-gambar kematian Osama yang sungguh mengelirukan..siap sengih nampak gigi..

Secara logiknya kalau kena tembak kat muka takkan la darah dan parut kat bahagian atas ja.. langsung xdak effect kat bahagian bawah.. kot yepun nak menipu tak payah la nak nak tipu orang cerdik pandai macam rakyat Malaysia..Berita Harian ngan surat khabar lain pun dengan bangganya letak gambar ni.. cerdik sangat..

Apapun yang saya perasan sejak kes Osama ni mati muka depan suratkhabar tu dah tak ada la cerita pasal Anwar Ibrahim buat video seks sangat... Saya tidak menyokong Anwar..tapi sebagai manusia saya rasa macam keterlaluan asyik cerita pasal tu saja suratkhabar yang orang beli untuk baca berita-berita yang lagi best.. Macam orang tua-tua tak bagi anak makan kepala ikan cakap nanti jadi pelupa..padahal dorang yang nak makan..sedap kepala ikan hehe... Bila cerita naik minyak jadi rm2.90 berita kecik ja supaya orang tak perasan. Kenapa itu tak diperjuangkan oleh suratkhabar-suratkhabar di Malaysia..barulah seronok rakyat-rakyat nak membeli.. siap sold out lagi saya rasa.. :) Wassalam

Tuesday, May 03, 2011

benarkah firasat kita?

Assalamualaikum wbt...
Ada masa sikit ni saya berkesempatan la nak menulis sikit tentang firasat.. apakah ilmu firasat? Adakah semua manusia mempuanyai ilmu firasat... Saya sendiri kurang arif tentang makna sebenar firasat.. tapi secara umumnya bila sebut firasat kita tahu ape bendanya ia tapi susah nak menjelaskan kepada orang...

Minggu lepas ada baca suratkhabar tentang kematian seorang guru di Bukit Larut Taiping.. sebelum kematian beliau.. beliau sempat menulis di facebook miliknya " firasat kurang baik..." lebih kurang begitulah gamaknya.. Kebetulan Allah ambil nyawa Allahyarham.. Allah Maha Besar..

Dalam hidup kita ni kita dianugerahkan pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT.. Namun tak ramai yang bijak menggunakannya.. sebulan yang lalu saya mendapat firasat yang kurang elok.. sewaktu tu nak pergi makan malam..cadang nak makan dekat-dekat je.. malam itu jugaklah saya disaman dek polis dengan alasan langgar lampu merah di Presint 15, Putrajaya.. Padehal wujud satu suara hati supaya pergi Pasar Malam Bangi.. Kalau pergi Pasar Malam Bangi akan lalu ikut jalan lain..maybe terlepas lah dari perangkap polis tersebut.. perkara tersebut memberi banyak pengajaran kepada saya...

Begitulah juga dalam hal-hal yang berlaku dalam diri sebelum ini. Memang ada sebab dan punca mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Semalam saya lepak di kedai Mamak Naz Maju Presint 9 dengan isteri, abang n kakak ipar.. Abang saya menceritakan satu perkara yang akhirnya buat saya tersenyum kerana memang saya telah meramalkan perkara tersebut. Saya memilih laluan B supaya sebab dan akibat yang saya dengar itu tidak menjadi lebih parah jika saya memilih laluan A. Tak suka la saya nak menceritakan perkara tersebut kerana itu adalah kisah keluarga yang sepatutnya menjadi rahsia sesama kami sahaja..

Apa yang saya ingin tegaskan memanglah kita akan diberi alamat atau petanda oleh Allah untuk sesuatu perkara. Cuma terpulang ekpada kekuatan diri kita untuk menerima atau menolak tanda-tanda tersebut. Kunci utama tetaplah dengan perlu kuat beribadah kepada Allah. Rajin menunaikan solat Sunat, rajin berpuasa dan apa yang pasti tidak meninggalkan perkara yang wajib.

Alang-alang dah cerita ni saya selitkan gambar sewaktu makan2 dengan family semalam adik saya belanja di MR Kabab n Biryani di presint 15 Putrajaya.. :)

Saya dan isteri

My parent


Adik saya.. beliau belanja makan malam ni hehe

Abang saya dan my kakak ipar...
Makan satu family...


Sekarang mudah nak makan makanan Arab.. kat Putrajaya pun ada dah 3 kedai.. dua kat Presint 15 satu dekat dalam Alamanda kat RASA..

Pagi ni abang saya n kakak ipar pergi ambil parent dorang kat KLIA balik dari menunaikan Umrah dan balik Palong.. esok kot dorang akan balik Kulim.. susah jugakla nak jumpa abang saya dan kakak ipar ni... Pada hari Jumaat lepas saya dan isteri balik ke Bentong.. kebetulan Mak tengah sakit dan tak berdaya.. Abang-abang ipar pun ada balik sama.. hari Ahad pagi saya sempat lagi ikut ayah mertua dan 2 abang ipar ke Kampung Lebu, Bentong sebab nak tengok tanah.. Kakak Ipar ketua kat Klinik Desa situ.. aman damai betul kampung tu.. bebas terus dari kesesakan dan asap-asap beracun hehe..

Ahad petang kitorang balik Putrajaya dan dinner kat rumah parent saya dengan semua yang ada... Semalam family datang bertandang ke rumah saya sebelum pergi ke Restoran Arab dalam gambar tu hehe... Banyak jugak cerita-cerita kurang enak yang didengar.. terutamanya salah seorang makcik saya di kampung kena gangguan sihir..semoga Tuhan membantu.. sedih jugakla dengar.. hmm.. Wallahualam ..







Selamat Hari Pekerja 2011

Selamat Hari Pekerja buat semua pembaca blog saya.. yang belum bekerja mesti nak sangat merasa jadi pekerja kan.. so tingkatkan azam dan naikkan semangat... Dengar cerita ada pengumuman naik gaji 10 Mei ni.. saya pun dengar2 aje ..tak tahu kesahihan dimana.. semoga ianya realiti dan bukan untuk kumpulan sokongan sajalah...

Balik kampung di Bentong baru ni jalan boleh tahan jem nya pergi dan balik.. tapi masih terkawal.. sungguh ramai yang menikmati Hari Pekerja ni.. Sampai ada juga yang masih bercuti pada hari ini (Selasa) hehe.. Di sekolah saya Sabtu ni ada sekolah ganti untuk Deepavali.. so still 5 hari bekerja jugaklah minggu ni.. betul2 kena kuatkan semangat.. tak tahulah kalau sekolah ganti hujung minggu ni kansel ke apeke... Apapun kerja kerana Allah Taala.. Wallahu Alam Bis Sawab

Sunday, May 01, 2011

Inilah Lagu yang mengilhamkan blog ini 7 tahun yang lalu :)




Saya adalah peminat kumpulan Hijjaz dalam banyak2 group nasyid kat Malaysia ni.. so masa zaman sekolah lagi dah layan sebab abang saya suka sangat kumpul album Nasyid.. masa di UKM saya buat or create blog saya ni dengan menggunakan nama 'Jalan Bahagia" sebab ingin berkongsi perkara-perkara yang baik kepada semua sahabat dan sesiapa yang terjumpa blog saya ini :).. inilah diri saya dan inilah pendirian saya 7 tahun yang lalu... hayatilah lirik lagu ini ye.. wassalam..

Monday, April 25, 2011

Dah sign beli rumah

Alhamdulillah..akhirnya saya dan isteri buat keputusan untuk beli rumah.. dah sign dengan lawyer Jumaat lepas pukul 3.00 petang..namun semuanya masih dalam perahsiaan rapi dimana dan berapa harganya.. hehe.. cuma disisipkan sekeping gambar tapak rumah yang dijangka siap tahun depan.. Ku memohon pada Allah agar tiada masalah dalam urusan loan dan sebagainya selepas ini.... Dengan izin Allah kami memilih tempat ini.. semiga dengan izin Allah juga kami peroleh rezeki yang lebih baik selepas ini.. aminnn... :)

Dijangka siap bulan September tahun depan dan boleh masuk rumah sebelum Tahun 2013..

ML minggu 4 Jambu..adoyai lawak gila

Thursday, April 21, 2011

Macam mana nak kembalikan moral down

Harini hari Khamis.. tiga hari tak ngajar sebab bawa budak lawan bola sepak bawah 12 tahun di SK Putrajaya Presint 11(3).. berlatih sebulan lebih Alhamdulillah SK Putrajaya Presint 16(2) taklah seceroy dulu-dulu yang menjadi rebutan sekolah lain untuk diundi bersama.. Tahun lepas dah mula menjadi tapi main 9 sebelah je.. tahun ni kiranya main standard sebenar dan capai keputusan terbaik buat sekolah walaupun tak sebagus mana.. Dapatla sampai ke peringkat Suku Akhir petang semalam dan kalah 2-0 dengan Sk Putrajaya Presint 16(1).. main bersungguh-sungguh dah...

Nak jadikan cerita murid-murid ni leh la dikatakan dah moral down sebab pagi semalam semua main di bawah tahap sebenar dan ada yang gaduh sesama sendiri.. mujurlah semangat berpasukan dapat dikembalikan sebelum petang. Pagi semalam walaupun kalah masih stil layak ke Suku Akhir sebab hari Selasa dapat menang dengan Sekolah Putrajaya Presint 11(2) 2-1 dengan Deen dan Hasbullah jadi wira..

Pengalaman bawak budak bola ni sedikit sebanyak tambah pengalaman saya juga sebagai guru dan coach.. tapi coach tak bertauliah hehe.. sembang-sembang dengan Cikgu SK Putrajaya Presint 8(2), dorang dah start belatih dari bulan 1 lagi.. dah lawan friendly dengan macam-macam sekolah sebelum pertandingan sebenar ni.. semalam dorang menang suku akhir dengan SK 14(1) dan harini tak tahula jumpa sapa.. 8(2) ni calon juara la..

Setiap manusia mahupun sesatu pasukan itu ada masanya di atas..ada masanya di bawah.. selagi kita hidup masalah moral akan sentiasa wujud.. bila mental down kita rasa buat apapun tawar ja.. bila mental kuat..buat apapun semua menjadi.. taufan melanda pun takkan rasa gelabah.. Bila moral dah down macam mana nak pulihkan kembali? Satu persoalan yang saya sendiri sukar untuk mendapat jawapannya.. manusia mudah memberi pendapat..memberi nasihat..tapi benarkah semuanya kita dapat aplikasikan dalam hidup?

Nabi Allah Yunus contohnya.. pernah moral down jugak bila kaum yang di dakwahnya mentah-mentah menolak dakwah Baginda.. kaum yang kuat menyembah berhala dan matahari kalau tak silap saya.. Baginda akhirnya membawa diri dan merajuk sehinggakan Allah memberi bala kepada suku kaum tersebut.. Allah Yang Maha Besar juga tidak membiarkan Nabi Allah Yunus pergi begitu sahaja.. Baginda diduga dengan hebat sampaikan akhirnya ditelan seekor Ikan.. Namun bukanlah dimakan..Bila diluahkan ke sebuah Pulau baginda dipelihara dengan baik oleh Allah sehingga tubuh yang kurus kering kembali sihat dan segar..

Baginda sedar kesilapan baginda yang pergi meninggalkan kaum tanpa izin Allah. Kaum Nabi Yunus pula yang ditimpa bala baru sedar dan insaf setelah Nabi Yunus pergi meninggalkan mereka.. Allah mendatangkan awan gelap dan mendatangkan kepucatan pada setiap wajah penduduk tersebut.. Mereka bertaubat dan meninggalkan larangan Allah.. Mereka baru sedar bahawa dakwah Nabi Yunus dahulu semuanya benar belaka... Setelah beberapa lama berjalan akhirnya baginda tiba di kawasan kaumnya dahulu..Mereka menyambut kepulangan Nabi Yunus dengan gembira dan menjadi Hamba Allah yang taat selepas itu... Nabi Yunus kagum dengan kekuasaan Allah yang mendatangkan hidayah kepada kaumnya setelah Baginda pergi membawa diri...

Bagaimana dengan kita? Nak kembalikan keyakinan dalam sesuatu perkara memang agak susah.. lagi-lagi bila banyak kerja tertangguh.. kena complain sana complain sini.. murid-murid kerja tak siap.. tak mau dengar cakap.. Alhamdulillah setakat ni saya masih mampu mengawal situasi sepanjang berada di sekolah ini.. Tak tahulah bagaimana keadaan pada masa-masa mendatang.. orang cakap kerja cikgu kacang ja.. tapi kita yang jadi cikgu ni rasa bebanan yang amat berat sekali.. Tak tahulah di negeri lain macam mana.. kat putrajaya ni memang tak menang tanganlah..

Semoga Allah permudahkan segala urusan selepas ini.. lebih banyak pengajaran kita dapat..semakin matang kita.. semuanya akan menjadi bekalan kepada hidup kita yang tak ada noktahnya selagi hayat dikamdung badan.. Wassalam..

Friday, April 15, 2011

Solat Jumaat Minggu ini


Harini nak pi solat Jumaat kat surau sini lah.. dekat Presint 16.. Kalau pergi lambat elok bawa sejadah sebab kawasan terhad.. almaklumla kena serbu dengan pekerja-pekerja yang tempat kerjanya berhampiran sini.. Antaranya Alamanda la.. Ok.. Harap-harap tak hujan harini sebab Surau ni nak parking susah..jauh kene jalan ..mendaki bukit..namun Solat Jumaat itu adalah Fardhu Ain.. Jom Pi Solat Jumaat!!


Thursday, April 14, 2011

Cerita Seribu Pengajaran

Salam... hmm.. semalam kol 11 bukak Astro Oasis.. tengok cerita MAISARA..kisah isteri yang cemburu buta dan sanggup memalukan suami yang baik..

Best jugak cerita tu.. Shamsul Yusuf jadi hero.. yang perempuan tu saya tak kenal lah..bukan semua pelakon kita kenal walau selalu masuk TV.. Bila tengok cerita tu memang banyak pengajaran yang dapat dikutip..saya sarankan siapa-siapa yang tak tengok boleh la layan pasni sebab Astro ni suka tayang banyak kali filem-filem dia...

Watak Syamsul ni kerja sebagai salesman kereta. Hensem, ramai perempuan berkenan.. Tapi dia berperwatakan suami yang sangat setia, penyabar dan kuat beribadah. Sampai solatpun dibayangkan watak lelaki yang beriman dan menangis sewaktu berdoa..

Nak dijadikan dugaan ialah dapat isteri yang terlalu kuat cemburu dan dapat kawan-kawan yang kaki hasut. Satu babak tu telefon bimbit kebetulan rosak, kena kerja dua syif pulak..kira OT la.. isteri call tak dapat..dah mula cemburu. Kebetulan pulak kawan sekerja waktu tu perempuan yang seksi habis siap hantarkan pulang ke rumah. Kantoi bila keluar kereta isteri nampak. Sebab telefon rosak tadi, si isteri tuduh suami dia pergi berfoya-foya dengan perempuan tu. Bila dah dapat pujuk, suami mandi dan solat. time solat isteri tengok suami menangis-nangis dalam doa. Itupun dia cemburu menuduh suami dia banyak buat dosa dibelakang sebab berdoa sampai nangis-nangis.. huhu

Dasyat cerita ni.. suami pun merajuk taknak makan. Barulah isteri serba salah dan berdamai. Banayk lagilah babak menarik sampaikan suatu hari si suami dimalukan oleh isteri di depan rumah. Semua yang lalu lalang semua singgah dan percaya tuduhan isteri dia tu.. Sampai masjid ada orang kampung tahan tak bagi masuk masjid sebab dituduh ada hubungan dengan pelacur.. Memang dapat rasa betapa sedihnya perasaan si suami tu sampaiakn pergi membawa diri dan bermula babak kedua..

Dalam babak kedua diceritakan pula bagaimana orang yang sedih mudah dikuasai syaitan walaupun diri yang asal adalah manusia yang kuat beribadah..Kebetulan terjumpa kawan waktu sekolah.. dibawa pulang ke rumah, terminum arak secara tak sengaja..digoda supaya teruskan minum dan akhirnya tumpas ke jalan Syaitan.... bermulalah episod duka rumahtangganya..retak menanti belah..kawan perempuan tu pula adalah pelacur kelas tinggi sebenarnya yang pernah tidur dengan negro yang ada HIV positif..

Lelaki itu nekad nak ceraikan isterinya dan mahu berkahwin dengan pelacur itu tadi..bermula pulak babak ketiga kebetulan kawan si isteri yang ada suami panas baran tiba-tiba berubah jadi jinak macam kucing.. Bila ditanya rupanya guna bomoh.. Pergila isteri dan kawanya tu ke rumah bomoh Kris Keramat.. bagi benda suruh campur dalam makanan dan esok paginya berkesanlah ilmu hitam itu... suami kembali duduk rumah dan dah tak kenal pelacur tadi.. tembelang terbongkar bila mereka berhajat nak pergi ke Mekah dan ada kawan yang alim menasihatkan supaya sebelum ke Mekah sucikan diri terlebih dahulu sampaikan si isteri terdiam dan menangis menceritakan kisah sebenar kepada kawannya itu.. bahawa dia dah bomohkan suami dia..

Ending cerita ni suami terlantar di hospital dengan alat kelamin bernanah dan berulat.. tak pastilah sebab HIV atau sebab bomoh.. Namun pengajaran yang sangat banyak dapat dikaut dari telemovie tersebut.. kisah ranjau kehidupan yang sangat sesuai dipertontonkan pada masa kini. Kisah orang alim yang tumpas.. kisah isteri yang terlalu kuat cemburu kerana suami yang hensem.. kisah bertukar-tukar pasangan yang membawa padah kerana HIV berjangkit.. kisah isteri yang membomohkan isteri dan Syirik kepada Allah.. fuh... saya kasi 4 bintang setengah untuk cerita ini dari 5 bintang..

Kita sebagai manusia perlulah sentiasa berhati-hati. Kikiskan perasaan terlalu kuat cemburu. Apabila kita sedih atau kecewa kita perlu dekatkan diri dengan Allah bukannya membiarkan diri dikuasai syaitan.. jika kita sudah beristeri..padamkan niat terhadap perempuan lain supaya tidak tewas jika Syaitan memberi ruang kepada kita..bila semua sudah berlaku( terlambat) mustahil dapat berundur semula.. Bertaubatlah sebelum terlambat..Jangan menggunakan ilmu hitam walaupun untuk tujuan baik kerana itu sudah termasuk kategori syirik iaitu menduakan Allah.. Didiklah ahli keluarga kita dengan baik jika tidak dapat mendidik orang lain atau ahli masyarakat yang lain.. InsyaAllah ..Allah Maha Esa..Allah Maha Besar

Friday, April 08, 2011

Ayat Quran Banyak Kelebihannya

Alhamdulillah Tuhan permudahkan juga serba sedikit urusan saya.. Lega rasanya dengan apa yang berlaku dua tiga hari ini.. Terbukti dalam Surah Syarah..(Alam Nashrah) ada ayat yang bermaksud "di dalam kesulitan pasti ada kemudahan"..dua kali diulang ayat itu.. 'Fain nama'al 'usri yusro..Innama 'al 'usri yusro'...saya x pandai lagi nak masukkan ayat al-Quran dalam blog ni hehe..

Jadi nak kongsi sikit amalan kalau kelapangan kita boleh mengamalkan membaca surah ini di dalam solat.. Ada seorang perawat yang pernah saya temui pernah turunkan ilmu jugak sekiranya nak elak dari kena pukau atau beg kena ragut..dapat malapetaka yang tak diundang.. amalkan bacaan Surah Syarah ini dalam rakaat pertama solat Subuh dan Surah Al-Fil (Alam Tarakai..) pada rakaat kedua solat Subuh..InsyaAllah ada pendindingnya.. sebaiknya dibaca waktu solat sunat sebelum solat Subuh sebab time solat Subuh kita boleh juga baca surah-surah amalan lain yang lebih panjang.. seperti pagi Jumaat kita baca As-Sajdah dan Al-Insaan.. Kalau dah bangun Subuh pun lambat setiap hari camne nak solat Sunat sebelum Subuh hehe..

So nak kongsi ini je harini.. banyak lagi ilmu yang nak turunkan.. hope ramai yang terjumpa blog saya ni.. :) dapat kongsi ilmu dengan ramai orang.. Apapun lebih adventure merasai sendiri pengalaman berbanding membaca kisah orang.. Allahu Akbar...


Nak Pi Johor

Petang ni lepas solat Jumaat nak pergi Johor..Esok ada majlis risikan untuk adik ipar.. semoga perjalanan kami semua selamat..selamat pergi dan selamat pulang.. Mertua saya dah ada di rumah. Semalam dorang datang dari Bentong dengan abang ipar ke rumah sorang lagi abang ipar di Ulu Kelang.. Kitorang pergila jemput lepas sehari keletihan dengan macam-macam program dan aktiviti..

Semalam ada taklimat Zoom A.. dari 2.30 sampai 4.30 petang..kelabu dah mata.. lepastu ada friendly bola sepak my school team lawan SK Putrajaya Presint 16(1).. result agak kurang memberansangkan dan perlu lebih banyak latihan.. Minggu yang meletihkan beransur pergi tapi minggu mendatang siapa yang tahu lagu mana kesibukannya.. sekarang ada masa sikit nak update blog sebab murid-murid Tahun 4 pergi De Care Program Perbadanan Putrajaya..Kebetulan sekarang waktu kelas 4 Ixora..mahu menyetelkan RPH pulak.. Wassalam...


Wednesday, April 06, 2011

web save slip gaji goverment

Assalamualaikum WBT.. kepada mana-mana rakan atau hamba Allah yang masih tercari-cari kat mana nak check atau save slip gaji keje kerajaan

boleh klik dekat link yang diberikan.. sekadar berkongsi info

http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Rasanya slip kita tu tak lama bertahan.. maybe 6 bulan je.. so better kita save cepat-cepat setiap kali sampai time gaji :)

Wassalam

Rezeki

Assalamualaikum WBT...

Hari ini saya nak tulis sedikit tentang rezeki.. apa yang saya tahu la.. boleh jugak kongsi-kongsi.. Rezeki Allah turunkan kepada manusia.. ditugaskan kepada Malaikat Mikail untuk menyebarkan rezeki kepada seluruh makhluk di dunia ni. Di laut ada ikan, sotong, tumbuh-tumbuhan, rumpai laut.. dalam hutan ada macam-macam haiwan dan pokok.. Hujan turun siram pokok dan bumi tak kering.. Itulah hebatnya kuasa Tuhan.. perancaanganNya memang tiada batasan dan tak tercapai di akal..

Rezeki manusia ditentukan oleh Allah dan kita sebagai hambaNya wajiblah berusaha untuk mencapai rezeki masing-masing.. Bak kata isteri saya.. bangun pagi-pagi sebab pintu rezeki terbuka luas. Rezeki memangla tak nampak tapi peluangnya adalah lebih luas.. Macam orang ada adik beradik ramai. Bangun pagi tak sama waktu. Si ibu tetap akan sediakan sarapan untuk semua. Siapa yang bangun paling awal akan dapat merasa nikmat sarapan yang fresh-fresh.. bila sedap boleh tambah.. yang kedua ketiga bangun pun masih dapat merasa nikmat rezeki yang masih suam-suam..

Tapi yang bangun tengah hari macam mana? tetap ada rezeki untuknya tapi semacam kena redha ajela.. apa yang orang tinggalkan itulah rezeki kita.. orang yang bangun awal maybe dapat nasik goreng, telur goreng, sayur, ayam goreng, sardin, air teh panas dsb. Sapa yang bangun paling lewat tak ada pilihan dah..apa yang orang tinggal itu jela rezeki dia.. nasik dah sejuk, ayam dah habis, air teh dah habis.. Dari segi contoh inipun kita dah dapat tahu dan boleh terapkan dalam kehidupan bahawa siapa yang bangun awal pagi pintu rezekinya terbuka luas sedangkan yang bangun lambat dan malas dapat sisa je walaupun masih ada rezeki untuknya..

Semacam pergi pasar jugak... siapa yang pergi awal pagi dapatla beli sayur fresh, ikan segar, daging segar.. siapa yang pergi lambat hanya akan dapat ikan mata merah dah 10 kali mati..sayur layu dan kuyu dan macam-macam lagilah yang tak best.. Semua itu bukan salah siapapun. Sebab kita yang mencorakkan diri kita sendiri jadi salah kitalah kalau tak dapat yang terbaik.

Bila cakap pasal rezeki jugak kita wajib bersyukur dengan setiap pemberian Allah. Banyak lagi orang yang tak merasa apa yang kita dapat pada hari ini. Mengeluh banyak sangat pun tak elok kerana semacam mendoakan benda-benda yang tidak baik kepada diri sendiri dan seolah-olah marah pada Tuhan. Layak ke kita marah pada Allah.. hebat sangat ke kita ni nak marah-marah Tuhan macam filem Hindi selalu buat tu.. Nauzubillah...

Siapa yang dapat rezeki lebih sewajarnya lebih dekat dengan Allah kerana tanda bersyukur.. berkongsi kegembiraan dengan orang-orang yang susah. Bukan dengan membongkak meninggi diri.. Saya pernah jumpa dengan orang yang terlalu memartabatkan diri sendiri. Ada ustaz tu marah panggil dia ustaz sebab ada phD.. so kena panggil doktor. Ada dato' yang marah sangat kalau gelaran dia tu orang tak tahu atau terlupa. Mengamuk tak tentu hala. Yang paling tak masuk akal pernah ada driver Dato kat Putrajaya ni jual nama Dato nak marah-marah cikgu walau hanya driver.. macam-macam perangai. Menyampah jugak. hehe.

Allah bukan sekadar memberi rezeki..malah boleh menarik rezeki. Dah kaya boleh jadi miskin sekelip mata. Dah ada anak ramai boleh tinggal sorang-sorang dalam sekelip mata. Dah jadi Menteri boleh jadi alas tapak kaki je last sekali sebab perangai tak senonoh dan macam-macam lagilah.. Apa yang penting kita mesti sentiasa bersedia dengan ikhlas hati bukan dengan hanya sekadar berlakon depan orang.. Manusia boleh ditipu tapi Allah? Macam mana kita nak tipu ALLAH.. kena panah petir barula nyesal..

Kawan saya dari Jambu Rias baru telefon kejap tadi tanya kalau ada mana2 guru jQAF area Putrajaya, Bangi ke Kajang ke nak pindah ke area Pahang sana (Bentong, Jambu Rias, Sertik) bolehla kontek saya. Moga blog saya ni ada yang berkenaan terbaca. Mungkin rezeki di tempat baru akan lebih baik, rezeki di sekolah baru lebih baik.. semuanya adalah ketentuan ALLAH.. Berimanlah kepada QADA' DAN QADAR... Wassalam.. :)

Tuesday, April 05, 2011

Edit blog sikit-sikit

Assalamualaikum WBT..

Ada kawan-kawan dah marah sebab tengok benda yang sama ja dalam blog saya ni..dahla tak update2..kadang-kadang nak tergelak bila fikir balik dah hampir 7 tahun rasanya ber'blog' ni.. baca-baca balik cerita lama.. saya ni jenis buat blog lepastu taknak nak explore kecanggihan-kecanggihan terkini blog orang lain..

Kebetulan pagi tadi saja jenguk blog sendiri kat dewan besar sekolah sambil latih murid-murid yang nak bertanding Majlis Tilawah al-Quran esok Peringkat Putrajaya di SMKA Putrajaya.. My student Iman Qistina cakap apela ustad ni blog kurang menarik.. dia bagi suggestion sikit..tu yang ada 2 3 penambahan kat my blog.. ada jam ayam..kalender merah menyala dan kata2 hikmah dan juga terjemahan sebahagian dari doa iftitah yang kita dok baca time solat tu.. selalu tengok blog orang ada tapi emmang x sempat nak mengexplore..buzy sangat la katakan..

Tq Qistina.. hmm.. harap-harap SK Putrajaya Presint 16(2) ni dapat menang la pertandingan esok.. Kalau bercerita kisah Nabi tu tahun lepas memang juara la masa zaman Farah Natasha jadi wakil.. hope dapat pertahankan kejuaraan..

Meja agak serabut..buku pun ada yang belum bertanda.. fikir macam-macam benda.. hmm.. agak bercelaru jugak pemikiran ini.. nak beli rumah rasanya..tapi fikir macam-macam.. my wife pun sama.. kitorang sama-sama pening..hehe.. Senang-senang buatja rumah kat kampung..200ribu dah leh dapat rumah besar tak ingat nak main kejar-kejar..apatah lagi kalau 350 ribu semacam harga terkini kat area sini..Bangi, Dengkil, Kajang.. kalau dapat harga ni la..rasanya nak nak cecah 400ribu.. Semalam lepas balik sekolah saya dan isteri pegi Bahagian Pinjaman Perumahan nak tanya banyak benda.. Bila balik masing-masing ketawa dengan pelbagai gurau senda tentang rumah...

Pagi semalam kecoh dalam suratkhabar seorang ustaz pukul murid 7 tahun sampai meninggal dunia di hospital.. dekat kantin pun macam-macamlah cerita..saya ni sebagai ustaz terasa jugakla dihati bila orang mula mengata.. betullah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' tu.. sekarang ni orang akan ambil kesempatan melalui isu.. so tempias-tempias yang orang lain buat kena jugakla kat muka.. Semoga semua pihak dapat menguatkan iman dan mengawal amarah..

Bila marah memang habis semua nak lepaskan.. tapi bila dah sedar..mula menyesal.. dah banyak kali jugak saya menghadapi benda-benda macam ni.. sebab itulah Tuhan sediakan dua tempat untuk manusia setelah kiamat nanti.. ada rumah untuk pemenang ada rumah untuk yang tewas.. Kita kenalah sedar siapa diri kita yang sebenarnya.. setinggi mana kita..sekuat mana kita..selemah mana kita..sehodoh mana kita.. kita tetap dicipta olehNya.. Nak menangispun waijblah kepadaNya..

Untuk akhir perenggan saya..nak offer perkhidmatan la.. terfikir pulak semalam bila lepas solat Magrib..kat Putrajaya ni orang semua sibuk-sibuk..buzy-buzy.. kalau nak buat majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil ke baca Yasin ke, khatam quran, ajar ngaji ke, bimbing ngaji ke tapi tak ada pak imam or ustaz bolehla contact saya.. saya ada ramai kawan-kawan yang maybe boleh membantu.. dari Masjid Putrajaya ada..JAKIM ada dan ustaz-ustaz ngajar kat sekolah Putrajaya yang otai otai pun ada. Tapi bila saya dah tolong carikan kenala sediakan duit minyak sikit untuk Pak Imam-Pak Imam atau Ustaz tu ye..hehe.. taknak jual nom telefon disini .. just emel kepada saya ahmadfirdausashraf@yahoo.com ..saya hanya boleh offer kat kawan-kawan sebab sayasendiri agak buzy dengan kerja sendiri yang tak habis..

Semoga Allah permudahkan urusan kerja saya dan urusan kerja sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog yang Tuhan gerakkan hatinya untuk singgah sebentar di sini :)

Maas Salah Wa Ilal Liqo'

Friday, February 25, 2011

nak citer sikit pasal Solat Jumaat

Ruang coretan kali ini sengaja saya wujudkan bagi memberi pengetahuan kepada yang tidak tahu serta memberi peringatan kepada yang terlupa. Dah lama Ustad Yos x buat tazkirah kat sini hehe...

Solat Jumaat itu hukumnya adalah wajib bagi setiap individu Muslim yang mukallaf menunaikannya yang memenuhi syarat-syarat berikut :- Orang Islam, sudah baligh, berakal, Orang yang merdeka, lelaki, sihat dan tidak uzur serta mastautin atau bermukim (tak wajib bagi orang musafir). Bilangan ahli jemaah juga mestilah melebihi 39 orang iaitu 40 orang yang layak termasuk imam.. kalau 40 termasuk kanak2 belum baligh tak sahla.. kena solat zohor ajela..

Tatkala hari ini saya lihat kehadiran Muslim ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat amat menggalakkan tapi tak ramai yang menyedari kelebihan-kelebihan yang terang lagi nyata mahupun kelebihan yang tersirat. Hari Jumaat itu sendiri terdapat pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Satu hadis menerangkan bahawa bumi ini siap dicipta Allah pada Hari Jumaat, Nabi Adam dicipta juga pada hari Jumaat. Nabi Adam dimasukkan Syurga pada Hari Jumaat dan dikeluarkan dari Syurga akibat tipu daya Iblis juga pada hari Jumaat.

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan mengatakan kita akan mendapat keampunan dari Allah dari Jumaat itu ke Jumaat seterusnya dan ditambah lagi 3 hari sekiranya pergi ke masjid dengan sempurna wuduk, duduk diam mendengar khutbah serta tidak lalai. Doa kita juga InsyaAllah akan dimakbulkan Allah kerana pada waktu itu antara waktu mustajab(mula khutbah hingga habis solat).

Antara kelebihan lain ialah dapat mengeratkan silaturahim sesama muslim. Bukan senang nak mengumpulkan umat Islam seramai waktu solat Jumaat. Khutbah yang kita dengari juga adalah nasihat-nasihat yang berguna dan juga ilmu yang berguna bagi kita. Jadi kita bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, tapi mendapat pelbagai kelebihan pula. Bagi yang suka mengambil remeh tentang kehadiran ke solat Jumaat saya harap dapatla mengubah tabiat tersebut.

Bukannya lama pun.. kerajaan pun kasi rehat agak lama pada Jumaat. Ada negeri terus ishtihar Jumaat tu sebagai cuti Umum. So tak wajarlah kita menidakkan apa yang Nabi suruh kita buat. Benda-benda yang baik kalau kita selalu abaikan atau tidak serius lama kelamaan akan menutup pintu hati kita. Kita akan berubah menjadi manusia yang suka buat endah tak endah dalam kehidupan. Benda yang berat kita anggap ringan.. akhirnya bila ada kematian ahli keluarga, nak solat jenazah pun tak pandai.. cuba kita renungkan.. kita sentiasa ada masa.. Cuma management diri kena lebih bagus.. InsyaAllah kita akan jadi manusia yang baik-baik dan terhindar dari menjadi golongan pembuat dosa J

Menjelang Bulan ke3 2011

Assalamualaikum WBT....
Sudah agak lama tak update blog..petang ni hari Jumaat saya masih disekolah sebab isteri agak buzy menguruskan progress peperiksaan UPSRnya yang perlu dihantar minggu depan..

Sepanjang hampir 3 bulan tahun 2011 ni terasa macam terlalu banyak benda dan perkara yang boleh diceritakan dalam sesi persekolahan kalini yang rasanya paling buzy berbanding sepanjang 4 tahun lalu saya melapor diri ke sekolah. Alhamdulillah tadi dah berlangsung Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah...berselawat, berarak, mendengar ceramah, bergambar dan sebagainya.. Alhamdulillah..Syukur pada Allah..

Baru dua hari lepas saya menghadiri sambutan Maulid Rasul Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur..berarak dari SK Kiaramas..dalam 1 KM lebih jugak lah.. Putrajaya antar 10 wakil yang semuanya Ustaz.. Antaranya Ustaz Junaid SK 11(3), Ustaz Tengku (sk 16(1), Ustad Afzan sk 18(1), Ustaz Hashrul sk 9(1) dan lain2.. Pagi tu 6.50 bergerak dari presint 9 follow Ustaz Junaid.. punya laju speed kat Highway MEX..bila kuar susur Cheras huh jem la jugak.. Alhamdulillah sampai o time dan dapat join berarak dan majlis tersebut....

Isnin lepas saya terlibat bawa budak Ping Pong Putrajaya bertanding di SK Chong Hwa Setapak.. kalini jadi Penolong Pengurus sebab Cikgu Shahrum (pengurus) cuti.. Best la jugak dapat pengalaman tengok kaum2 Cina main PingPong..live depan mata.. power betul.. Pergi Ping Pong dengan Cikgu Sulaiman SK 8(1), Cikgu Azlan 9(2), Cikgu Lau dan Cikgu Wong 8(1) dan 11(1) dan Ustaz Hafiz dari Alam Shah... sampai pukul 3 lebih jugakla.. apapun sekolah Cina memang banyak jugak beza dengan sekolah kita yang biasa ni..

Nak flashback peristiwa dari Bulan 1 memang banyak benda.. antaranya tercalon New Deals yang boleh memenangi ganjaran minima rm900 seorang bagi guru..punya bepeluh wat keje..Sabtu Ahad pon datang sampai dekat Magrib.. bila Nazir datang masuk kelas pun macam2 hal berlaku..tapi kelas saya takde nazir masuk pun..apapun pengalaman dapat mendewasakan kita..

Kem Bestari Solat pun dah on hujung bulan Januari untuk tahun 1,2,3 dan 5 dan minggu lepas untuk tahun 4.. selamat dah..hehe..walau huru hara jugakla sikit2.. Minggu lepas jugak sekolah jadi Tuan Rumah Ping Pong Putrajaya lepas Cuti Maulid Rasul..Khamis dan Jumaat.. saya terlibat bahagian statistik bersama Puan Rafika,en Shahrum dan Pn Maizatul..Tapi keje buat announcement je..hehe..orang penting gak tu..

Masa cuti Raya Cina takde apa yang menarik sangat..balik kampung je..kena time tu musim hujan pulak.. makan tido je.. muka pun dah kembang ni..seminggu lepas tu Isteri saya dan pn Zainah, pn Rosita, cik Deepa n pn Rosidah pergi melancong ke Thailand atas jemputan sekolah sana di Songkhla..Mereka membawa 5 murid tahun 6, Iman, Munirah, Najatul, Alysa dan Nabihah..time tu jugakla saya di serang demam yang teruk..bila my wife balik pun masing2 kedemaman..dan effectnya masih sampai ke hari ini dua-dua tak berapa nak sihat..

Dah nak masuk bulan ketiga ni harap semua perkara berjalan dengan baik. Tahun ni sekolah dapat 6 guru baru..3 posting dan 3 pelatih j-QAF.. Hope ini adalah pembawa banyak kebaikan kepada sekolah yang tercinta ini.. Esok ada pertandingan mini Marathon peringkat sekolah.. Hope semuanya ok dan Isnin ni Roadtax kete last day..kene standby seribu lebih lagi..hmm.. semoga Allah permudahkan urusan saya dan semua orang disamping saya..begitu juga anda semua yang membaca blog ini :) jumpa lagi..

Wednesday, February 02, 2011

Cara-cara Nak Atasi Boring Waktu Musim Hujan

Alahai kena Raya Cina kalini musim hujan la pulak.. sampai 40ribu lebih mangsa banjir tengok berita tadi..kesian. Kita yang dalam kehujanan tanpa banjir nipun dah abes bosan tak reti nak buat apa dah..hmm..apa yang boleh buat ye nak atasi boring2 ni..

Pertama maybe kita tengok tv ajelah...tupun kalau angin tak kuat.. bila angin kuat Astro pun hilang..kat tv ada macam-macam cerita. Saya pernah boring gila, tengok tv leh la jadi ubat. Boring tv1 layan tv2..boring jugak layan tv3. Boring jugak layan Astro.. haha

Kedua baca buku.. yang kedua ni sesuai untuk orang yang suka membaca je la.. saya ni buku tu umpama ubat tidur.. lagi2 yang jenis tebal.. baca semuka terus nak baca page last sekali.. takpun baca 2 3 muka terus meleleh air liur...

Ketiga ni yang bagus untuk bekalan dunia dan akhirat.. daripada tak tahu nak buat apa elok jugak hafal surah-surah dalam al-Quran tu.. Juz Amma pun rasanya ramai dah KO.. masa sekolah rendah kemain lagi hafal semua sebab mak bapak suruh hafal.. tangan pegang rotan..takpun tak dapat makan malam.. Tapi start masuk sekolah menengah, pastu masuk universiti.. habis lupa.. kalau x pecaya cuba baca surah Lam Yakunillazi.. haha.. sure tak ingat kan..

Keempat untuk orang yang ada internet lehla nak online..benda2 berfaedah pun banyak...yang tak berfaedah laaaagi banyak.. tapi terhad untuk sesiapa yang ada kemudahan ini ajela.. kekadang jenis pakai broadband yang sorang je leh guna dalam satu masa.. so berebutlah pulak adik ngan abang ngan kakak..si suami ngan si isteri..haha.. senang2 pakai je yang telekom punya tu.. jenis wifi.. satu famili leh guna.. tapi laptop pulak ada 1 je? hehe..

Dah semua takleh pakai redah ajela hujan gi amik angin kat tempat-tempat awam yang ramai orangnya.. jangan la pegi tasik.. pegi la pasaraya-pasaraya macam Jusco, Sogo ke.. cari yang terdekat ngan rumah.. Macam kat Putrajaya ni Alamanda la kena serang.. kat Bentong leh pi VegaMall atau Tong Pat.. kat Taiping ada Taiping Sentral :p ..kekadang otak leh befikiran dengan waras dengan mengelak dari duduk bersendirian tanpa aktiviti yang berfaedah.. Tak payahla bejalan sampai nak berhabis puluhan mahupun ratusan ringgit.. jalan je.. rehatkan mata..

Aktiviti yang paling tak sihat ,musim2 cuti ini plus hujan pulak adalah tidur.. lepas tidur tidur..lepas tidurpun tidur lagi.. lama-lama leh kena serangan macam2 penyakit.. bila dah sakit mula la sedih.. bila dah sedih nak bejalanpun tak boleh.. bila bejalanpun tak boleh baru nak menyesal..bila dah menyesal gunanya pun dah tiada..

Untuk yang masih belajar lagi terutama di sekolah tu.. siapkan dulu kerja2 rumah yang cikgu kasi.. yang darjah 1, 2 3 mesti buku banyak bahagian warna mewarna.. haa.. warnakan semua gambar tu cantik2 pastu tunjuk kat mak ayah sampai mereka puji.. dalam buku bahasa arab pun punya banyak bahagian kena warna.. yang tahun 4 5 dan 6 dah kena prepare untuk UPSR.. jangan fikir last minit ja baru nak pulun.. sebenarnya tak rugi jadi pandai dari awal.. kan best bila cikgu tanya ja dapat jawab..cikgu bagi soalan sains kita paling mula2 jawab.. cikgu bagi latihan matematik kita yang paling bangga jawab paling cepat dan betul pulak tu.. buang la sikap asyik nak main..nak tunggu tahun 6 baru nak tenyen kena marah ngan cikgu.. kena masuk kelas pemulihan.. kena tuisyen siang malam.. kesian la sikit kat mak ayah tu.. nak dapat duit bukan senang.. nak habiskan duit memang sangat senang.

Apapun saya cadangkan aktiviti yang berfaedah sahaja kita lakukan.. elakkan aktiviti yang tak berfaedah, membuang masa atau yang merosakkan akidah dan akhlak.. cuti2 ni jangan tinggalkan solat..jangan lupa baca al-Quran walaupun sedikit sahaja.. bila kita sentiasa membawa al-Quran didalam diri kita, kita tak akan berani buat sesuatu yang tak baik.. al-Quran adalah perisai orang Islam.. jika perisai tidak digunakan.. musuh akan mudah menyerang dan dan menguasai kita... kalah dengan musuh disini bukanlah bermaksud kita mati berlumuran darah.. bila kita ditakluki oleh musuh.. semakin hari pegangan agama kita menjadi semakin lemah.. kita berani melawan ibubapa..kita berani buat itu..kita berani buat ini.. bila al-Quran jadi perisai.. kita bukan setakat berfikir nak buat jahat atau tidak.. saya rasa kita akan ada perasaan untuk menjauhi perkara-perkara yang jahat tersebut..

Lagi satu mulut kita.. kerana mulut badan binasa.. saya sendiri pernah menanggung seksa atas kejahatan mulut saya.. zaman sekolah.. tapi jika cepat minta maaf dengan orang yang kita kata semuanya insyaAllah akan selesai segera.. sebab itulah sekarang saya lebih banyak diam bila dengar orang mengumpat..bila mulut jahat tanpa bertapis..asyik mengata orang..faedah kita tak dapat.. orang yang kita baik akan meninggalkan kita.. dapat musuh pulak lagi.. persepsi orang terhadap kita juga akan ke arah keburukan.. macam mana nak jadi pemimpin kalau asyik cakap benda yang bukan2..mengumpat sana sini.. KITA BUKANNYA PERFECT PUN!!!

Setakat ini sajalah coretan kali ini.. lain kali pos lagi.. Wassalam..

Tuesday, January 18, 2011

18 Januari...

Tanggal 18 Januari ini.. bertambah lagi tahun umurku.. rasa macam tak berapa sihat dua tiga menjak ni. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur..

Ku memohon doa semoga Tuhan merahmati aku dan keluarga.. memudahkan segala urusan yang banyak belum selesai dan mematangkan aku sematang-matangnya..

Azamku? kalini nak menyihatkan balik badan ini yang dah terbeban dek berat badan yang asyik bertambah.. memang semput jugak.. Tengoklah apa boleh buat lepasni.. semoga Tuhan beri kecekalan, ketabahan dan kesabaran untuk aku...

Aku juga nak mendalamkan ilmu yang sekadar separas lutut.. sekurang-kurangnya biar sampai paras pusat. dah menjejak 5 tahun menjadi guru.. terlalu banyak yang masih kurang.. biar serasi dan sepadan ilmu duniawi dan ilmu Akhirat.. sebab bukan manusia saja yang kita hadapi.. makhluk yang tak nampak pun banyak sangat..

Semoga Tuhan mendengar doa hambanNya ini.. Ampunkan segala dosa hambaMu ini.. yang hina dan suka membuat dosa..yang banyak kelemahannya.. berikanku rahmatMu..berikanku SyafaatMu.. tinggikan darjat ilmuku.... kuatkan semangatku.. Hingga hujung nyawaku.. jadikan aku manusia berguna.. Tuhan yang Maha Esa dan Maha Berkuasa

Tuesday, December 14, 2010

hijrah kita 1432h

Assalamualaikum wbt...
Bukan nak cakap banyak atau pandai2 cakap.. tapi sempena hijrah 1432 ni rasa semangat nak menulis sikit pasal hijrah diri..berkobar-kobar rasanya..walau dah beberapa hari berlalu..tapi masih belum terlambat lagi kan..

Hijrah tu maksud mudahnya ialah pindah.. dari 1 tempat ke tempat lain.. cuma boleh kita pusing sikit maksud dia..hijrah tu guna untuk pelbagai kegunaan.. semacam perangai kita..kelakuan kita..tabiat kita ibadah kita dan lain lain.. bila kita ubah perangai lama dari kurang elok menjadi lebih elok.. tentunya itu adalah hijrah jugak..kat sini ada sikit suggestion yang kita leh hijrahkan mengenai diri kita dan masyarakat :)

1. dari banyak mengumpat kepada banyak baca quran
2. dari lewat solat kepada cepat tunai solat
3. dari banyak suka amik tau hal orang + pula nambah2 cerita yang buruk2 kepada suka mendoakan kebaikan kepada manusia lain
4.dari banyak boros kepada menyimpan ditempat yang dihalalkan syarak...
5. dari banyak berkhayal kepada banyak beristighfar...
6. dari ketagih facebook kepada siapkan kerja2 tertunggak..
7. dari makan banyak kepada banyak bersenam dan berdiet...
8. menguruskan kemarahan dengan baik
9. mengamalkan gaya hidup yang berhemah kepada semua mkahluk ciptaan Allah..
10. membantu rakan2 yang lemah supaya sama hebat seperti kita.
dan lain-lain lagi...

Jika kita hebat..kita xkan menyimpan kehebatan kita untuk kegunaan sendiri dan berlagak sombong dengan kelebihan itu kerana lama-kelamaan kehebatan kita itu akan lapuk ditinggal zaman..jika kita hebat..kita akan berkongsi kehebatan kita dan sentiasa bermotivasi untuk mencipta idea2 baru supaya menjadi lebih hebat... jika ingin menjadi lagenda.. buatlah seperti seorang lagenda.. jika ingin menjadi kera sumbang.. buatlah seperti gaya kera..alaa..orik tu.. cerita Duyung :)

Yang pasti kena tanam misi dan visi yang lebih best sebab suasana alam pekerjaan akan jadi lebih mencabar dan lebih hebat serta persaingan yang sihat menjadikan kita tak mahu ketinggalan..semoga sama-sama kita dapat berhijrah ke arah kebaikan..bukan kearah ketidak baikan..

Maas Salamah Wa Ilal Liqo' :)

1 Malaysia 1 Ummah..

Monday, September 27, 2010

Puasa Raya Macam-macam

Dah lama tak mengepos disini... saya mengharapkan semua muslimin muslimat sihat sejahtera lah hendaknya. Banyak peristiwa penting berlaku selepas pos yang terakhir iaitu selepas balik dari Sabah...
Antaranya ialah menyambut Ramadhan al-Mubarak kali pertama dengan adanya isteri.. menyambut raya pertama bersama isteri.. hehe dan macam-macam lagi.. dan baru-baruni saya hidupkan balik facebook saya dengan akaun ahmad firdaus ashraf untuk mudah mengetahui info dan makluman penting.. Aritu dah malas nak bukak fb ni tapi tengok-tengok macam kena adala pulak.. but janganla bila ada facebook tu keja asyik nak berfacebook aje sampai lupa benda2 penting yang lain...

Sambutan 1 Ramadhan jatuh pada hari Rabu.. Kat Putrajaya ni 1 Ramadhan kena kerja.. cuma beberapa negeri je yang cuti hari pertama puasa ni.. puasa kalini leh kata makan kat luar pun banyak, masak kat umah pun banyak.. tak berapa suka sangat nak gi pasar putrajaya.. sebab dah ekan saman sekali haritu.. dah xde mood. Adala 3 kali je kot gi Ramadhan kalini. Yang leh kata suka sangat pegi ialah Pasar Ramadhan Bangi dekat Shell.. yang bestnya beli air Naga.. ngan soya.. serba x kena kalau tak minum dalam 3 hari..

Baju raya seminggu sebelum gaji dah beli.. bejalan sehari ke Sogo dan sekitarnya.. peniaga merungut sebab tak ramai orang.. Alhamdullah PM kita umum duit raya rm500 masa dapat gaji tu.. semua senyum ceria tersengih.. ni bising nak bonus pulak.. SAYA SOKONG SAYA SOKONG!! :) Hidup Dato Najib!!! hehe.. kaki bodek... hmm.. sempena Raya yang pertama sajalah saya pilih Bentong untuk raya kalini.. beraya di kampung isteri nak tambah experience..

Hari Selasa dah balik Bentong.. almaklumla seminggu sebelum puasa dah memang sekolah cuti seminggu.. sempat lagi bejalan ke Nilai dan tempat2 lain cari barang..sebelum balik raya singgah dulu jumpa mak bapak saya kat Presint 16.. dorang balik Taiping hari Rabu.. Abang saya dan isteri akan beraya kat Taiping gak.. ngan adik saya Faisal sekali.. takde la dorang sunyi sangat.. Petang Selasa bertolak dari putrajaya singgah berbuka rumah Abang ipar kejap di Ulu Klang.. Adik ipar yang bertolak dari Johor tengah hari tadipun dah sampai.. sempatla berborak kejap.. dalam pukul 9 lebih kami pun bertolak balik Bentong.. hujan renyai2... lepak kedai Mamak Deen Melawati dulu..

Alhamdulillah kena ngan tarikh.. malam ni tol pree.. MTD kasi tol pree.. bestnya.. Sampai bentong baru jem gila lepas kuar tol sampaila depan rumah.. hujan pulak lebat gila dengan kilat menyambar-nyambar.. bermula la persiapan raya.. Dapat banyak gak pengalaman.. tukar2 langsir, basuh danging, hiris daging, potong daging, basuh ayam, buat kuah kacang, buat rendang ayam, rendang daging.. sampai ke malam bekerjasama dengan ipar2 yang ada.. meriah jugak rumah mertua.. Abang ipar yang sulung pun balik beraya dari Sabah..

Malam raya jugak gi bertakbir raya rumah orang kaya HJ Ashraf.. nama nak serupa ngan saya la pulak.. :p.. buat pertama kali dah dewasa dapat duit raya.. haha.. pengalaman-pengalaman... pagi Raya pergi solat di Masjid kampung je.. Ada penah orang buat telefilem kat masjid ni.. cerita Syarifah Aleya ngan Noorkhiriah tu.. Antara Garisan kalau tak silap tajuk cerita tu.. Pas solat Raya begegas balik ngan Long nak kemas rumah.. ada buat tahlil dan doa selamat.. ramai jugak la datang.. dalam 20 tetamu.. Pastu gotong royong membasuh pinggan pulak.. pastu ramai la tetamu datang raya pertama dan kedua.. Time malam pulak kitorang ada Function main mercun.. adik ipar beli mercun best-best.. meriah gila :)

Raya ketiga baru berjalan betul2.. mula2 gi beraya di Karak.. lepastu gi Janda baik.. 6 kereta.. mana tak meriahnya.. dahla innova 2 bijik.. Balik dari beraya singgah makan KFC ngan mertua dan adik ipar serta 2 orang anak buah.. punyala sesak KFC bentong... Kiranya raya kalini banyak la jugak pengalaman dapat bila dah berbini ni... cuma apa yang boring rancangan raya kat astro suka ulang cerita yang sama.. punyala naik boring..

Sekarang dah start sekolah balik.. dah minggu-minggu buzy sebab nak akhir tahun dah.. minggu lepas UPSR.. Alhamdulillah semua ok kot..hepi ja muka.. Jumaat lepas pun sekolah dah buat jamuan raya.. cuma terkilan tak dapat nak gi jamuan raya member-member buat sebab kami suami isteri dua-dua tak sihat.. tapi isteri saya lagi teruk.. masa minggu UPSR dia siap dah hilang suara.. tapi tetap nak pegi jugak sebab dia SU Peperiksaan sekolah.. nak wat camna dah tugasan.. minggu pertama lepas raya saya punya batuk tahap keluar darah lah.. Alhamdulillah lepas jampi sendiri dan bertawakal akhirnya sembuh jua batuk ni.. bayangkan pukul 2 pagi terjaga semata-mata untuk batuk dan berdarah.. huh sadis..

Ku bermohon pada Allah agar kami suami isteri bebas dari virus dan penyakit selepas ni dan kehidupan lebih baik.. Semoga semuanya baik dan murah rezeki.. begitu juga semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat kami... ingat nak pos gambar sekali tapi gambar kat dalam laptop lain.. lainkali lah :).. Semua yang abik dan buruk datangnya dari Allah.. kita berdoalah dapat yang baik2 aje..InsyaAllah Tuhan kabulkan.. jumpa lagii

Thursday, August 05, 2010

Cuti-cuti Malaysia Kota Kinabalu

Assalamualaikum wbt... hmm.. dalam kelapangan masa yang ada ini sengaja saya ingin berkongsi pengalaman berjalan dengan isteri ke Sabah minggu lepas (30Julai- 1 Ogos 2010). Kami bertolak penerbangan jam 11.10 pagi dari LCCT.. kelam kabut jugalah.. tapi mujur Faisal adik saya speed bawak kereta nak hantar on time.. kami kira golongan paling last naik pesawat la.. hehe.. tapi 'hot seat' tu.. best gak.. siap order Briani Bukhara ngan nasik lemak Pak Nasser.. Harganya harga kapal terbang le.. hehe... begambar dulu sebelum fly......

Bila sampai je ada orang jemput.. terus check in di Emperial Boutec.. beli tiket online.. ok kot hotel ni.. tengah bandar.. dekat je ngan Pasar Pilipina.. lepas check in gi makan dulu dekat Jesselton Point.. Jeti ke Labuan kata orang.. makan Nasik Padang Ibu. Then jumpa member dia datang bilik.. memang antara hajat datang KK ni nak jumpa beberapa member dan pergi rumah abang ipar di KingFisher Sulaman 3.. lepas berurusan rehat2 jap.. lepas Magrib terus kitorang turun gi tempat yang isteri saya sibuk memilih barang tu..Kat Bazar philiphine.. wah bukan ceria lagi merujuk gambar yang saya upload ni hehe.. macam-macam kami beli untuk cenderahati ke cenderamata ke kepada sedara-mara dan kawan2 di semenanjung... pastu bejalan di pasarnya.. waaaa geram tengok ikan-ikan segar... baru naik dari laut.. murah pulak tu..
Pastu kami naik berehat kejap kat bilik. Dalam pukul 9 lebih Hafiz Ishah (seperti dalam gambar) member baik saya dari zaman ke KISAS bawak ke UKM yang ngajar j-QAF kat Teluk Sepanggar datang ambil saya dan isteri pergi makan di Tanjung Lipat. Meriah jugak tempat ni.. Makan Chicken Wing la.. hehe.. berborak lama la jugak.. sampai mata betul- betul berat la.. Dia pun naik Myvi baru isteri dia punya.. isteri dia pun kawan saya masa di UKM dulu ngajar j-QAF juga di Beaufort..
Rasanya tidur lena sungguh malam tu akibat keletihan.. Hari Sabtu pagi kami berjalan lagi Pasar Philipina dan sarapan roti canai tak sedap kat tepi Hotel Le Meridien..Sebab dah agak lewat nak check out kami sempat begambar ajela kat Hotel Le Meridien tu..hehe.. pukul 1.00 petang kakak ipar kami datang jemput di hotel dan bawa balik ke rumahnya.. Kebetulan abang ipar saya ada program di Labuan sejak semalam... itula antara sebab saya dan isteri buat keputusan menginap di hotel satu malam. Kesian kat kakak ipar.
Dah sampai rumah dorang.. kami berehat kejap. pastu pinjam kereta abang ipar pergi berjalan di One Borneo... Shopping Kompleks kegemaran penduduk disitu gamaknya.. ramai gak orang.. Kat situpun isteri saya sempat shopping barang-barang hiasan rumah.. memang minatnya begitu.. hehe... petang tu lepas balik dari One Borneo saya, isteri dan kakak ipar masuk UMS pergi jemput abang ipar saya yang baru sampai dari Labuan.. kat Dalam UMS pun kami berjalan sakan tengok pemandangan.. memang cantikla sebab Universiti tepi laut.. pemandangan indah-indah belaka.. banyak tempat jugak la kami bergambar.. macam kat tepi ni ialah Canselori UMS.. nampak unik la persekitaran dalam UMS ni...konsep Flora dan Fauna.. Antara gambar yang suka macam kat bawah ni.. hehe.. isteri saya menjadi pendengar yang setia kepada encik orang utan dan saya pula hampir-hampir mematahkan tengkuk orang utan yang nakal.. hehe..

Malamnya kami tak kemana pun.. duduk di rumah sahaja... Kakak ipar pun dah masak dan kami makan bersama-sama.. Kebetulan malam tu dah start Emirate Cup Arsenal lawan AC Milan.. memang melekat depan TV ajela.. Best jugak game.. Tapi seri 1-1 dengan Chamakh menjaringkan gol.. tak sabar nak tunggu season baru pertengahan Ogos ni...
Kira tidur agak lewat jugak la Sabtu malam tu.. Pagi Ahad kami bersiap awal pagi dan makan sarapan yang Kak Long dah siapkan.. Nasik Lemak Semenanjung hehe.. Then bergambar ngan abang dan kakak ipar.. Abang ipar saya ni ialah Abang sulung isteri saya yang menjadi pensyarah di UMS.. dah lama diorang menetap kat sana... Hmm.. lepas sarapan kami berjalan lagi.. Pergi tengok sekolah anak saudara, Sekolah Menengah Sains KK.. Lepastu pergi Pasar Philipina sekali lagi... tak habis lagi shopping rupanya..
Beli t-shirt untuk Faisal dan kami sendiri.. Pasti isteri saya beli lagi butang baju melayu.. dah puas shopping abrulah kami gi airport.. Flight pukul 12.30.. lepas check in barang.. sempat lagi kami pergi minum di Tanjung Aru.. tengok punya besar air kelapa yang isteri saya minum.. tapi lakonan semata je tu.. tu air saya.. hehe.. dah habis minum abang ipar hantar balik ke airport dan kami pun bersedia nak balik semenanjung.. malang sikit flight delay dalam 40 minit.. tapi lepastu semua ok je.. cuma angin kuat kat udara buat kecut perut jugak sikit sebanyak.. hmm.. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang.. nak merelakskan jiwa dan raga dan semoga objektif tercapai la.. Amiin..
Faisal ambil kami sebaik saja sampai.. pastu gi minum di Jalan KLIA 1 ada kedai mamak tu.. borak-borak kejap.. Mak saya dah siap masak Mee Sup.. Makan mee sup pastu tolong ayah saya pulak beli tiket nak ke Kelantan Rabu ni.. So malam jugakla baru kami balik ke rumah di Presint 9.. bestnya berjalan... Pasni cari destinasi berikutnya pulak.. InsyaAllah