SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, June 13, 2013

Alhamdulillah

Bismillahi Rahmani Rahim...
Alhamdulillah semalam..tarikh 12 Jun 2013 (Rabu) saya dan isteri telah selamat menerima kunci rumah kami. Setelah lebih 2 tahun menunggu kami. Keadaan rumah agak baik. Cuma terdapat di beberapa tempat yang perlu dibuat report. Tamatlah fasa menunggu CF dan menunggu dapat kunci.. sekarang ni tengah pening nak buat renovation dan sebagainya.. semog segalanya berjalan lancar..Amin.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Assalamualaikum WBT.. Sempena Hari Guru yang berbahagia ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik yang masih bekerja mahupun yang sudah pencen. Semoga Allah mengganjarkan kita semua dengan sebaik-baik ganjaran :)

Tuesday, May 07, 2013

Sesudah PRU 13

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Coretan ini saya nukilkan pada hari Selasa, 2 hari selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13 diadakan. Pengundiaan pada kali ini menyaksikan persaingan sengit di seluruh negara yang juga menyaksikan perbalahan-pebalahan kecil telah menular terutama mengenai perpaduan kaum.

Di kantin, di mana-mana saja, perbualan utama adalah tentang pilihan raya.. Masing-masing berkongsi kenangan berdakwat kekal di jari, beratur panjang, bangla, black out dan sebagainya. Saya hanya mendengar sahaja. Topik yang tak kurang hangat ialah kemenangan DAP yang agak besar pada PRU kali ini yang membimbangkan banyak pihak. Dalam status2 FB akan wujud perbalahan antara penyokong PR dan penyokong BN.

Saya takde nak mengulas tentang benda ini semua. Sebab bila menulis, menaip semua bagaikan wira.. Sampaikan ada yang meminta kejadian 13 Mei berulang.. Takdak otak betul. Manusia jenis apa ini yang mahukan pertumpahan darah berlaku di Negara tercinta ini. Dalam FB yang menentang kerajaan pula sudah mula ada gambar-gambar menterbalikkan bendera Malaysia. Rimas pulak saya tengok.

Bagi saya jika ada salah silap yang dilakukan memang pasti ada harganya. Malangnya bagaimana nak menyatupadukan kembali rakyat Malaysia. Sehingga PM terang-terang menghentam kaum Cina dalam ucapan utama selepas menang majoriti mudah. Berapa juta dah dibelanjakan untuk program perpaduan akhirnya punah begitu sahaja.

Rakyat Malaysia bersatulah.. Jangan buat silap sebelum terlambat. Bila dah berlaku satu tragedi.. untuk menghentikannya tidaklah mudah.

Dalam pilihan raya kali ini BN masih memegang majoriti kerusi. Negeri Kedah yang dulu milik Pakatan Rakyat telah kembali ke pangkuan BN. Dato Mukhriz Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Penang, Kelantan dan Selangor masih di bawah pakatan rakyat. Terengganu dan Perak dimenangi oleh BN namun masih belum diumum siapa Menteri Besar. Kerana keputusannya hampir 50-50 jadi wujud sedikit masalah di situ. Di Kelantan TGNA telah menyerahkan jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama ini kepada Timbalannya.

Apa pun yang terjadi lepas ini pastinya rakyat mahukan keamanan dan kedamaian. Tunggu 5 tahun lagi untuk PRU 14.. :)

Thursday, April 25, 2013

April 2013

Bismillahi Rahmani Rahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sudah agak lama tak update blog.. jadi ambil masa sikit petang ni untuk menulis sedikit. Harini gaji.. Alhamdulillah.. tapi tak dapat nak cucuk duit sebab tengok beratur panjang dan mesin ATM Maybank di kebanyakan tempat Offline.. entah apa masalahnya. Memang dah jadi tabiat manusia. Suka cucuk duit pada hari gaji. Kadang-kadang tertanya-tanya..semua orang duit gaji dalam bank habis clear ke? hehe.. kalau ada balance for sure la cucuk duit semalam lebih baik.. So andaian ku rakyat Malaysia ada yang balance akaun bank adalah kosong menjelang hari gaji ..mungkin termasuk saya sebab saya pun nak cucuk duit hari ini haha..

Isu semasa terkini tak lain dan tak bukan ialah Pilihan Raya Umum yang bakal menjelma pada 5 Mei 2013.. Tengok kempen semakin hangat.. Saya tak minat sanagt nak tunjuk saya sokong apa.. tengok kawan-kawan ramai pro BN dan ramai juga Pro PR.. Dah undi itu rahsia..biarlah ia menjadi rahsia bagi saya. hehe.. Siapa yang menang dialah yang jadi bos. Kat Putrajaya kempen nampak sengit. Nak dijadikan peristiwa bersejarah ialah tempat penamaan calon dekat sangat dengan rumah. Bila dengar sorakan manusia saya terjaga daripada tidur.. Tengok bawah penuh dengan manusia.. hehe.. Rumah tingkat atas.. so clear jugaklah tengok apa-apa peristiwa yang terjadi kat bawah rumah.. Kalau dulu-dulu selalu nampak bunga api..kalini nampak manusia pulak.

Kat tempat kerja pula makin bercambah-cambah kerja.. tak tahu lah apa penangannya.. Macam tak habis-habus kerja. Sampaikan kadang-kadang bila nak buat kerja 'sebenar' iaitu mengajar dah takde mood..dah letih..dah jadi panas..kesian pula kat budak-budak. Ni Peperiksaan Pertengahan Tahun dah dekat (7 Mei kalau berubah tarikh). Lagi nak pulun kejar silibus. Sempat hias kelas sikit-sikit. Nama termasuk dalam AJK Taman SPBT.. Mampu tolong yang termampu sajalah.. Stor Sukan sendiri masih tunggang langgang. Semoga menang. Sekejapje dah masuk bulan April.. Takut pulak rasanya.

Baru-baru ni saya telah delete akaun facebook saya yang bernama "ustad Uskutt" . Tindakan ini diambil sebab kecewa dengan sikap manusia yang suka berfikiran negatif dan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Ternyata dikalangan orang yang saya anggap sebagai kawan dan percaya terdapat juga yang suka menjadi pemecah belah. Jika terlihat sesuatu kelemahan adakah wajar kita memburukkan kawan kita. Saya bukanlah jenis ego dan sombong. Sesetengah orang dikutuk dan dikeji kerana sikapnya yang ego, suka menyusahkan orang dan macam-macam lagi. Saya bukan jenis macam tu. Tapi diperlakukan begitu. Adakah kemanisan mulut saya yang seratus kali memuji orang dengan ikhlas terus dianggap sebagai mulut racun hanya kerana satu perkara? Hubungan saya dengan seorang kawan telah tercalar. Status facebook yang tidak ditujukan kepadanya membuatkan dia terasa sangat-sangat sebab mungkin mengambil pandangan kawan-kawannya yang juga kawan-kawan saya.. Tak ada faedah langsung bergaduh ni kawan-kawan.

Justeru saya ambil keputusan delete akaun itu dan create akaun baru menggunakan nama sebenar. Mungkin kawan-kawan lebih mengenali saya dengan nama sebenar. Nama Ustad Uskutt adalah nama untuk kawan-kawan ketawa..kutuk-kutuk dan sebagainya.. Harapnya manusia-manusia ini sedar erti nama manusia supaya tidak sewenangnya memburukkan nama manusia. Buangkanlah sikap perkauman, sikap menjadi pemecah belah seperti batu api, sikap nak menjatuhkan orang.. well..saya dengan pentadbir tak lah sekamcing cikgu-cikgu lain yang nampak kamcing dengan pentadbir.. tapi saya buat kerja saya kerana Allah. Harap tak ada yang nak memburukkan saya dan isteri walaupun kami di sekolah yang sama. Sekali lagi saya menegaskan..tiada faedahnya memburukkan orang yang tak bersifat ego dan penting diri sendiri. Hanya diri sendiri yang rugi.

Baiklah..macam dah meleret.. nama FB saya sekarang ialah Firdaus Ashraf. Sapa saja yang sudi berkawan dengan ikhlas saya tak ada masalah. Tapi kalau ada niat tak baik lupakan sajalah.. Janganlah lupa Allah Maha Mengetahui..Allah Maha Besar..

Mengenai anak saya pula, Aiman sudah semakin lasak.. gigi dah ada 7 batang.. dah 2 kali jatuh katil.. hehe.. Saya berdoa agar Aiman menjadi anak yang kuat dan sihat sentiasa. Sekarang dia ada kat rumah.. Atok dan Nenek Bentong datang sejak Selasa. Jadi tak hantar umah pengasuh. Kesian Aiman dapat mak ayah kerja cikgu tapi kerja Ofis Hour.. Minggu ni sekolah sampai Sabtu.. Yang ganti Raya Cina haritu. Masa yang sama kena pergi pelancaran Guru Muda Putrajaya.. BAru Minggu lepas dengar ceramah pasal Guru Muda jugak.. Nasiblah sebab saya ni masih muda hehehe.. ..Ok lah.. Entry ditamatkan di sini.. cuaca agak dingin.. boleh katakan hujan lebat setiap petang.. Musim-musin nak pilihan raya ni jadi musin hujan pulak.. Saya doakan sesiapa yang membaca blog saya ini sihat sejahtera, panjang umur, dimurahkan rezeki serta diampunkan dosa-dosa anda.. Amin ya Rabbal Alamin.. Wassalam

Maas Salamah wa Ilal Liqo'

Friday, March 08, 2013

Insurans sangat Penting zaman sekarang ni

Bismillahi Rahmani Rahim

Berdasarkan pengalaman yang dihadapi depan mata sendiri dan berdasarkan pengalaman ahli keluarga dan kawan-kawan..tidak merujuk kes lain, saya berpendapat mengambil insurans adalah satu keperluan buat manusia-manusia zaman sekarang.

Baru-baru ni bawak anak ke sebuah Pusat Perubatan yang agak terkenal di Bangi. Soalan pertama doktor ialah "ada insurans ke tak?".Hoho.. Doktor cakap anak saya kena masuk wad sebab nak dapatkan rawatan. Bila cakap takde terus dia buat surat untuk masukkan anak ke Hospital Kerajaan. Dari situ saya terus cari kawan-kawan nak tanya pengalaman. Kebanyakan kawan cakap bila nak masuk wad swasta ni 2 malam kurang-kurang 3 ribu kena sedia.

Pengalaman kedua ialah kawan baik saya sendiri..seorang yang sihat wal afiat.. U sekali, Maktab pun sekali. Dia dah masuk insurans awal lagi.. dia mengalami kecederaan lutut.. semua insurans cover.. baru ni kena lagi lutut dia.. tengah mc 3 bulan kalau tak silap.

Bulan 12 lepas mak mertua masuk Hospital Subang Jaya..rawatannya lebih dari rm20 000.. (seminggu duduk wad..) Saya mula la bayangkan hospital macam tu untuk orang kaya ja..tapi silap.. Orang tak kaya pun boleh dapatkan rawatan kat Hospital hebat dengan adanya insurans. Dengan macam-macam hal dunia zaman sekarang ni, banyak kejadian tak di duga, pada pendapat saya insurans adalah penting.

Saya bukan ejen insurans..tapi sesiapa yang berminat sila dapatkan penerangan daripada ejen-ejen yang melambak-lambak sekarang ni. Dengar dulu. Jangan main halau je atau buat bodon bila ejen insurans tu tegur. Bukan cakap Hospital Kerajaan tak bagus, tapi untuk rawatan yang lebih baik apa salahnya. Siap dapat duit lagi kalau kena tahan wad..Untuk diri sendiri dan ahli keluarga sendiri, bukan untuk orang lainpun. Ejen insurans tu nak jadi kaya itu rezeki dia lah hehe..

Okay..sekadar perkongsian..kalau tak setuju dengan saya itu terpulang kepada anda. Tidak semua manusia sama..tapi bila sakit semua sama ja..terasa susah..bila mati semua sama ja..tiada nyawa lagi.. Wassalam. :)

Dah beberapa bulan pakai Umobile

Assalamualaikum wbt... Saya pernah pos entry tentang nak pakai umobile..sekarang ni baru nak kasitau result dia.. masa pakai pakej rm28 seronok sebab laju..tapi terkejut selepasdalam dua minggu guna tiba-tiba datang mesej yang saya dah guna 90% kuota. Alahai..

Tapi sejak dia wujudkan pelan rm48 dengan kuota 2gb baru puas hati.. so pengguna prepaid macam saya gembira puas hati dengan plan baru ni. Dapat juga free call 100 minit dan 30sms. So sebab duduk kat Putrajaya, line tak ada problem setakat ni. Masa pergi Melaka coverage fail.. Tepat-tempat lain tu memang tak berapa nak puji lah. Tapi memandangkan saya ni cikgu kat Putrajaya.. Jarang nak keluar ke tempat-tempat takde coverage ni.. Kalau balik Bentong pun line penuh.. so pakai pakej ini jelah..



Itu sahaja buat hari ini :)

Thursday, March 07, 2013

Aiman 8 bulan lebih

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah baru pulang dari Pekan Dengkil..Servis 744..sudah masuk 76ooo km ..wow..begitulah khidmat kereta kesayanganku..Dapat juga masa untuk pergi servis kereta..sibuk je memanjang..beli 2009..sekarang dah masuk5 tahun menggunakan khidmatnya..elok lah roadtax pun baru renew 28hb february baru baru ni.. dah tinggal 6ratus lebih termasuk roadtax.. Selamat duit kutu ku yang memang saja mintak giliran bulan 2.

Selepas banyak cabaran demi cabaran yang dihadapi sejak lepas Raya Cina..yang paling kritikal ialah penyakit Aiman. dah masuk 8 bulan ni dia kena batuk teruk sampai tak ada suara.. kesian sangat..menangis tak keluar suara. Bawak pergi Nebulizer atau lebih femes dipanggil Neb hampir 6 kali keseluruhannya. Kahak banyak menyebabkan paru-paru jadi sempit.. Ibu bapa mana yang hati senang melihat anak menderita.. kalau tak silap Doktor cakap nama penyakit ini ialah 'bronkitis'. Penyakit Aiman nampak surut selepas pergi jumpa doktor pakar di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi.. Kemudian terus positif dari hari ke hari..

Sekarang Aiman dah makin besar..tidur pun makin lasak.. seronok tengok anak membesar depan mata tapi risau juga kalau dia ditimpa penyakit yang bahaya-bahaya lagi macam baru-baru ni. Time tidur pun dah buat wall bantal sekeliling dia. Macam-macam aksi hehe.. Sama-samalah minta tolong doakan anak saya sihat sejahtera sentiasa :)

Sekarang tak sabar tunggu Aiman yang petah bercakap dalam bahasa baby dia ni dapat bercakap bahasa manusia biasa..haha Nak tunggu boleh berjalan lambat sikit kot sebab merangkak pun masih dalam usaha.. Badan ikut Daddy..berat sikit la.. Tapi yang ketara dia dah tak berapa suka nestum dah. Tapi suka makan nasik kisar ngan kentang. Papa dan mama sayang Aiman :)

Baiklah..tengah tunggu my wife habis Kursus di Jabatan Pelajaran Putrajaya ni.. Soalan Ujian Bulanan kena siapkan segera, badan dah penat. Sabtu ni sekolah ganti untuk Raya Cina tempoh hari. Ingat lepas sekolah nak balik Bentong sekejap. Wokeh..

Maas Salamah wa Ilal Liqo'. Wassalam

Friday, January 18, 2013

Umur Dipanjangkan

Bismillah Al-Rahman al-Rahim

Alhamdulillah 18 Januari menjelma lagi menandakan beralihnya umurku dari tahun ke tahun.. menandakan semakin tua lah saya.

Pagi ini bermula suram, sejuk dan lemah.. Sampailah satu ketika..tiba-tiba semangat mula datang untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan mula terasa inginkan satu perubahan yang jelas dan nyata.

Ya..dua tiga hari ini memang sesak rasanya kehidupan.. bukan masalah wang, tapi masalah pengaturan waktu yang kian singkat dan bebanan kerja yang datang bertubi-tubi. Hampir jadi letusan gunung berapi bila dapat 'jawatan' baru lagi hari Rabu tempoh hari iaitu menjadi ketua bagi satu Unit yang hebat. Unit itu memang saya amat suka. Tetapi memandangkan kehidupan tidak lagi sama seperti dulu, jiwa bergetar, badan menggigil dan menjadi marah-marah. Akibatnya merana diri kerana menjadi demam dan sakit urat.

Apa yang pasti perlu menyiapkan RPH, Register, Kelas, Stor Sukan, Perkara-perkara berkaitan j-QAF dan sebagainya. Tugasan menjadi mencabar kerana first time menjadi guru kelas walaupun dah lama menjadi guru.

Tahun ni mendapat hadiah sebelum birthday lagi.. Itulah Ahmad Faiq Aiman.. Hadiah untukku dan isteri daripada Allah SWT. Amat bersyukur. Akan ku jaga amanah ini dengan seluruh jiwa ragaku. Hari ini juga genap 7 bulan umur Aiman.. pagi tadi dukung dia sekejap sebelum pergi sekolah..

Azam? mestilah mahu berjaya. Nak jadi perfect memang susah. Nak jadi senang pun perlu susah dahulu. Justeru marilah bersama-sama memajukan diri. Mahu jaga kesihatan supaya lebih sihat dan bersemangat waja. Mahu menyiapkan tugasan sebelum due datenya.. mahu jadi sahabat kitab suci dan tetamu rutin rumah penciptaKu..Nampak macam ayat-ayat basi tapi kali ini azamnya kuat luar biasa. Semoga sukses dan dimurahkan rezeki. Dikurniakan kebahagian dalam keluarga dan kehidupan sendiri. Menjadi Guru yang baik dan bertanggungjawab, Tidak menjadi yang dipijak kepala tetapi bijak menangani masalah.

Ada kelebihan banyak yang disimpan sebelum ini. Kalini akan hold out semuanya. Semuanya tidak mustahil dengan adanya izin Pencipta. Semuanya jadi mustahil jika kita masih di takuk lama.. Terima Kasih Allah memberiku Isteri yang sempurna dan anak yang soleh..InsyaAllah...Wallahualam..

Wednesday, January 16, 2013

Fenomena baru awal tahun 2013

Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen
Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen
Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen

Tuesday, January 08, 2013

Mana celah lagi yang ada

Assalamualaikum wbt..

Tatkala menulis blog ni tengah stress sikit kerja sana-sini dan badan sakit sana-sini jugak... Sebenarnya bimbang dengan stor sukan yang masih belum kemas, belum susun belum atur sejak dipindahkan ke port baru. Stor sukan lama yang macam istana dah kena tutup sebab buat kelas prasekolah yang baru. Sedih betul.

Kelas PJ dah mula. Tengok cikgu mula jeling kat aku sebab mungkin dorang tak tahu stor sukan kat mana. Nak bagitau pun tak semangat sebab stor masih seperti kapal karam. Everyday pulak ada meeting meeting dan meeting..semalam ada bengkel rph kssr pendidikan Islam tahun 3, arini meeting Koko, Esok meeting Tahun 6. PK KOKO pun baru jadi mungkin masalah ni aku tanggung la sorang-sorang dulu..

Petang-petang takleh jugak nak balik lambat sangat sebab anak masih baru kat rumah pengasuh. Ada hari langsung tak mahu minum susu. Pening jugak kepala tu.Kena la angkut dia dan mak dia balik dulu. Kalau ada meeting kena patah balik datang sekolah.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan semangat yang jitu untuk meneruskan tugas-tugas sebagai seorang guru. Wassalam.

Tuesday, December 25, 2012

Maka Berakhirlah 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.........
2012 bakal berakhir dalam masa 5 ke 6 hari lagi tapi saya akan mengakhiri penulisan blog untuk taun ini pada saat ini..(jika tiada apa nak tulis lagilah lepas ni)
Tahun 2012..penuh caca merba.. tahun ini sangat bermakna..sangat gembira..sangat sedih..sangat huru hara..sangat mencabar..dan bermacam-macam sangat lagi..

Bermula dengan Bulan Januari..bermula sekolah dengan macam-macam acara setelah jenuh bercuti.. Diserbu nazir dan pegawai aset.. Di saat ini juga berlaku perselisihan faham dengan seorang rakan guru yang berpunca daripada batu api.. sabar ajelah.. Dulu-dulu memang tak pernah nak selisih faham or gaduh-gaduh ngan orang..tapi sekrang-sekarang ni berani pulak orang nak cari pasal ngan saya.. tapi tak gaduh pun.. cuma bila berselisih di jalanan si dia buat-buat tengok ke lain.. nak bertumbuk mana berani.. lebam bijik mata kau hehe.. tapi tu dulu..sekarang dah ok.. sejak Majlis Hari Guru 2012 dah berdamai balik..

Bulan Februari sibuk-sibuk macam tu je lah.. dengan isteri dah kena apoinment setiap bulan, ada pertandingan ping pong sekolah jadi tuan rumah..dapat turn duit kutu dan habiskan balik dengan membayar roadtax dan insurans kereta yang kebetulan memang bulan 2 ahaks..

Bulan 3 sibuk pasal PIBG, mini maraton kenduri kawen adik ipar di Pontian. Juga kenduri anak GB di dewan sekolah tapi tak dapat nak attend sebab ke Pontian.. Perjalanan agak ngeri sebab my wife dah pretnen dalam 6 bulan kot time tu.. dan berita gembira sekolah dapat New Deal... Petang-petag juga sibuk dengan latihan Bola.

Bulan April bermula dengan Pertandingan Bolasepak peringkat Putrajaya di awal bulan kat SKPP 9(1)..Alhamdulillah buat pertama kalinya melepasi peringkat kumpulan. Namun kalah di separuh akhir..redho ajelah..dengan sekolah memberku Cikgu Izman SKPP 9(2). MTQ juga ada berita baik Lidiya juara dan Neesa naib Juara bagi kategori mereka masing-masing.

Bulan 5 bermula kisah sedih bila isteri disahkan mengalami Plesenta Prevea type 4 yang mengakibatkan dia mendapat MC dan kena tinggal di Hospital Putrajaya sampai bersalin.. Semasa mendapat berita tersebut daripada doktor Azmi.. hati saya sangat sedih..campur risau.. Ikutkan doktor kena masuk terus lepas dia bagitahu tu.. tapi mintak tangguh 3 4 hari.. 9 Mei saya mendaftarkan isteri saya di wad 2A Hospital Putrajaya.. bermulalah kehidupan yang sunyi dan sedih setiap hari. Bayangkan masa melawat sahaja saya dapat berjumpa dengan isteri. Dia tidak sakit..cuma masalah PP ini mempunyai risikonya tersendiri sekiranya berlaku pendarahan secara tiba-tiba.. pengorbanan ini adalah untuk menyelamatkan nyawa isteriku dan nyawa anakku.. Jadi setiap hari hanya boleh berjumpa 12.30 tengah hari-2.00 petang (sah2 hari bekerja tak dapat pergi time ni) dan 4.30 hingga 7.00 malam (setiap hari keluar kol 7.30 malam hehe) Nak jadi cerita boleh pulak minta cuti ngan doktor bila cuti sekolah bermula.. Macam-macam surat kena sign. Cuti Bulan 5/6 ni kenduri kahwin adik ipar di Pahang pulak. Majlis Meriah di Dewan Bentong dan MB Pahang pun datang gak. Pakat pakai baju sponsor dari Dato Hamdan..semua serba Ungu.

Bulan Jun memang banyak duduk di rumah ajelah lepas habis kenduri. Cuti sekolah dah habis baru hantar orang rumah masuk wad balik. My wife dapat APC!! Alhamdulillah..saya jadi wakil ambil sijil di Majlis Sambutan Hari Guru Putrajaya di Perbadanan Putrajaya..Tahniah my wife..sang suami masih belum nampak cemerlangnya hehe..Jun.. hmm..tanggal 18 Jun 2012..maka dioperatelah isteri saya.. lahirlah Ahmad Faiq Aiman yang hanya seberat 2.86 waktu itu. Disambut dengan gembira.. Atok dan Nenek kedua belah pihak dan bapa dan mak saudara datang..Saat nurse bawak keluar baby dari labour room tu memang rasa bersyukur sangat.. pelbagai perasaan menyusul..gembira..terharu..sedih..yelah.. 2 tahun jugak menanti dia untuk menyerikan rumahtangga. Dalam isteri dok mamai-maia lagi..Bapa mertua buat tahnik.. bagi zam zam..bagi kurma..berdoa.. semua gembira..semua happy...

Gembira tak lama..sedih pula menyusul.. Petang tu Aiman muntah susu sebab dah hypo..terlalu lapar.. nurse buat dekk je masa anak saya dah tunjuk tanda-tanda.. isteri dan mak saya dah gelabah..saya? orang lain mana boleh ada di wad pada bukan waktu melawat..jam 4.30 petang baru dapat naik.. diberitakan Aiman muntah susu..keluar ikut hidung.. dan terpaksa diturunkan ke NICU..wad baby yang cedera parah.. Air mata bagaikan hujan di tengkujuh.. turun dan turun dan turun..persoalan di kepala..apakah ujian ini benar-benar berat atau sekadar pengingat..
Hari kedua doktor mengesahkan anak saya tenat..kepala dikepung dengan balang.. wayar oksigen terus dalam mulut.. oh sedihnya.. waktu melawat petang barulah doktor cakap keadaan makin stabil.. antibiotik mula beri kesan..

Hari demi hari.. saya tak pernah miss rakam.. walaupun sebenarnya tak boleh.. Hari kedua isteri keluar wad..Anak masih ditahan..antibiotik seminggu..so 8 harila kat NICU tu.. Isteri juga semakin stabil..orang lepas belah perut..takkanla boleh main bola pulak.. Ibu dan bapa mertua yang datang dari kampung banyak membantu.. beli ikan haruan..hehe..sebelum ni tak pernah hayat pun nak beli ikan tu.. Mula-mula rasa mesti susah nak cari.. rupa-rupanya belambak-lambak dekat Pasar Presint 8 dan Carefour pun ade. Isnin Aiman lahir, Isnin juga Aiman keluar dari wad. Hari terakhir pindah ke Hospital Bersalin Presint 8. dah ada masalah kuning pulak. Tapi tak tinggi sangat. Sibuk mencari penawar. Pengalaman sungguh berharga.

Akhir bulan..sedih lagi. Hantar anak dan mama balik kampung. Berpantang di kampung.. 44 hari..so setiap hujung minggu balik kampung.. Berpuasa tanpa isteri.. Bulan 7 Sukan sekolah berlangsung.. buat pertama kalinya tanpa tahun 6. Kelakar pulak. Letih buat garisan. biasala..3 orang cikgu je yang sudi. Yang lain bagi sokongan moral. Arsenal datang lagi tahun ni. Tapi takde mood nak pergi sebab orang rumah takde. YAng nak happy sikitpun PM umum bonus setengah bulan gaji untuk raya. Syukur..HUjung bulan dapat berita dua ustaz j-QAF Putrajaya meninggal dunia kerana eksiden di Slim River dari Kedah. Al-Fatihah.

Dato Chong Wei dapat pingat perk sukan olimpik..so kempunan lagi emas..Ogos oh Ogos.. Nuzul al-Quran kalini panggil Imam Muda Asyraf..best.. saya sebagai penyambut tetamu.. yang lawaknya masa tunggu IM Asyraf nampak guard bawak motor gi belakang kantin penuh makanan..hahaha...ada penyakit gastrik barangkali..gastrik beramai-ramai.. memang popular belakang kantin sekolah saya.. bagi makan jin.. bodoh..

Aiman semakin hari semakin membesar Alhamdulillah..seminggu sebelum raya baru balik Putrajaya..Nak cari barang raya dan akikah yang kebetulan nak buat seminggu epas raya. Dapat cari baju melayu baby. Beli 2 helai.. satu raya satu akikah.. Beraya di Bentong, kemudian baik Taiping Raya kedua. Boleh pulak family orang rumah gi jalan2 ke Bukit Merah esoknya hehe. Jem giler jalan..pergi dan balik jem dan hujan. kesian anakku yang baru berusia dalam 2 bulan. Demam la jugak..25 Ogos majlis Akikah..berjalan lancar. ramai yang datang.. ada entry tentang majlis akikah ni di blog saya ni. 2 ekor kambing selamat dikendurikan.

Bulan 9.. UPSR lah yang pentingnya. siap ada kejadian aneh sewaktu UPSR menyebabkan Bomba dipanggil ke sekolah..hehe.. Aiman punya Ujian Pendengaran pun sama. Masing-masing dok sibuk cat tandas masing mengejar kemasyhuran..cantik gilatoilet di sekolah saya sekarang.. tak percaya mai la datang melawat.. Hujung bulan berkursus di Melaka..Kursus Guru jQAF Putrajaya. Jadi Urusetia. Hotel Seri Costa.Boleh tahan. Hotel bau kedai..baru rasmi dek Felda.

Bulan 10 dah nak akhir tahun macam-macam la agenda dan perkara-perkara pelik tapi benar. Antaranya Bilik Guru dipecah masuk tanpa sorang guard pun dapat detect..Speaker USB kesayangan saya antara yang lesap.. habis diselongkar dan dipecah almari, laci, tabung2, bilik-bilik..sedih..ada buat bacaan Yassin 2 3 hari selepas kejadian.. berlaku juga peristiwa hitam yang tak diduga iaitu..hmm.. malas lah nak cerita.. inilah perkara terpenting yang guru-guru disekolah ini pernah buat. Biarlah ini menjadi kenangan buat semua.

Sekolah juga membuat lawatan pertama ke sekolah lain iaitu ke SK Bukit Jelutong, Shah Alam. Sebelum ke sana paginya saya menjadi Hkim pertandingan Jawi anjuran DBP.. Pengalaman juga tu.. Peperiksaan Akhir Tahun di tengah bulan.. kemudian macam-macam event penting antaranya Karnival Koko Bola jadi penyelaras, Hari Kanak-kanak bersama Kuntum, Graduasi Pra baca Doa dan yang menyakitkan ialah menyiapkan Folio Tandas Kamar Selesa. Sampaikan cuti Raya Haji tidak berapa bermakna. Bila keputusan diumum dapat sagu hati. dari 20 penyertaan dapat jadi 5 terbaik. Ok la tu hehe..bersengkang mata ngan isteri. Raya Haji kat Desa Pinggiran Putra je.

Bulan 11 sekolah hanya sampai 9 haribulan. Program penting jQAf ialah 2 Nov kitorang jemput Ustaz Zamri Mantop bagi ceramah dan sekaligus menutup KBS, khatam Quran tahun 6. Hari Anugerah Kecemerlangan tidak mendapat tugasan membaca doa kerana permintaan orang yang tak berapa betul niat..Lantak ke dialah hehe. Pakai memang high Class.. doa entah apa diminta. Tahun depan harap ada ramai leh baca doa, jadi imam solat jemaah, khalifah Yassin , khalifah khatam quran. Jangan hujung tahun baru nak poyo nak tunjuk hebat sebab nak LNPT markah tinggi.

Sekolah mula bercuti, semua guru kena hadir ke Bagan Lalang kononya ada kursus.. sebenarnya nak buat family day.. berkesan jugak tektik tu hehe..dan gembira jugakla.. sebab aiman xleh nak tinggal, bawak sekali mak n ayah saya bermalam di Camar Laut Bagan Lalang tu.. mujur ada bilik sewa... Dinner pon meriah dan cikgu-cikgu tunjuk bakat berkaraoke termasuk ustazah2 sekolahku.. My fren Cikgu Khairul adalah man of d school sebab membolot punya banyak hadiah malam tu. Tahniah buat beliau yang memang rajin sesangat kat sekolah sepanjang tahun.

Bermulalah cuti. But Isnin meeting guru. lepastu baru mula cuti. Kenduri anak Cekwan pada hari Rabu pergi agak lewat. meriah gayanya. Balik Bentong.. Tukar tayar kereta sebab plan nak bejalan sakan cuti ni.. Ahad balik Putrajaya sebab Isnin hingga Rabu kena Mesyuarat e-Pelaporan Peringkat Kebangsaan di Hotel Plaza. Tumpang Ustaz Hashrul. Isnin keputusan UPSR keluar.. 11 orang dapat 5A..Tahniah. Hari Khamis start bercuti..berjalan.. Melaka..Pastu balik Putrajaya.. Gi Johor pulak.. Sambut Anniversary ke3 di The Zone Regency Stulang.. Lepak rumah adik ipar..Balik Putrajaya. Mak pulak dimasukkan ke Hospital Subang Jaya sebab Kencing Manis. Hari-hari pergi sana. seminggu lebih..

Bila mak keluar hospital baru kitorang balik Taiping.. tupun sekejap je.. banyak cerita baru terutama pembahagian tanah arwah tok dan wan. Gi tengok tanah bahagian mak saya.. letih la jugak tapi best. Balik Bentong tengok mak dah stabil sikit. Kalau tak dia tak lalu makan sebab kesan ubat.. Kesian mak.. dia dan abah banyak tolong jaga Aiman semasa kami kerja. Aiman baru je cucuk umur 6 bulan Rabu lepas dan kami dok Putrajaya lah sampai sekarang. Hari-hari ada je tempat pergi.

Dah dekat nak buka sekolah ni jumpa pulak member mintak tolong jual buku Ensiklopedia Solat.. dia ni pengedar kot so dia kata leh jual harga 90.. kat kedai 100 harganya.. best buku ni.. saya memabaca memang banyak betul manfaatnya.. walau banyak dah tahu... banyak juga yang tak tahu..huhu.. sapa yang nak boleh order kat saya.. baru ni edar kat 8 orang yang order.. ni ada pulak lagi 3 permintaan..yang penting sape yang baca buku tu dapat manfaat.. Itu yang saya nak kongsikan.. duit? itu bukan tujuan tolong promote kat kawan-kawan.. harga rm90 boleh juga didapati kat penjual yang selalu bukak gerai kat mana-mana event.. tupun kalau penjual tu murah hati.. Semalam tengok di MPH stock baru sampai harga solid rm100.. senang cakap rugi sapa tak beli hehehe..(tolong promote buku orang) ...

Oklah.. 2012 makin melabuhkan tirainya.. 26 akan mula meeting sampaila buka sekolah.. oohhh..bermulalah cabaran baru dan dengarnya Guru Besar dah berpindah ke Presint 5 dan akan dapat Guru Besar baru yang masih misteri siapa.. Semoga sukses..Pipi Aiman juga semakin labuh sebab 100% duduk dengan mak ayah dia cuti ni.. seriau jugak nak antar ke pengasuh nanti.. semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah..

Yang penting 2012 banyak meninggalkan kenangan yang pahit manis.. yang terindah ahli keluarga saya bertambah dengan kelahiran Ahmad Faiq Aiman.. Syukur ya Allah..Banyak belajar dan banyak faham bila dah bergelar papa ni.. Syukur Ya Allah..berita baru Aiman bakal dapat sepupu..Doakan semuanya baik-baik ya :) Wallahualam..Wassalam..

Wednesday, December 05, 2012

Cuti sekolah 2012

Assalamualaikum WBT... Lama juga tidak update sejak pertandingan folio kamar selesa tempoh hari. Takdelah nak cerita apa sangat.. Cuma nak cerita sikit pasal perjalanan dua tiga menjak ni sajalah..

Pabila sekolah tamat pada 9hb 11, yakni pada hari tersebut ada Hari Anugerah, keesokannya 10 dan 11 November semua guru pergi berkursus merangkap family day di Bagan Lalang (Camar Laut LKIM)Best la jugak.. beraktiviti bersama rakan-rakan guru.. memang susah nak kumpul semua sekali. Aku pergi dengan family.. Mana dapat nak tinggal Aiman anakku yang masih menyusu.

Mak dan ayahku pun terpaksala ikut sekali. Malam Sabtu buat dinner. Cabutan bertuah dapatla tupperware kecik..hehe tapi 6 bijik.. Malam bertuah buat sahabatku Cikgu Khairul Affendi yang membolot pelbagai hadiah. Sengih je. Ramai juga berkaraoke termasuk ahli-ahli panitiaku.. elokla sebab semua nak hilangkan stress barangkali..hehe.

Isnin tu ada meeting di sekolah, Selasa cuti Deepavali, Rabu kenduri kahwin anak tokey kantin sekolahku, petang tu jugak plan nak balik Bentong tapi malangnya x siap-siap jugak bersiap.. akhirnya bertolak hari Khamis iaitu Awal Muharram..heheh.. Balik kalini siap tukar tayar kereta 744 ku.. sebab minggu seterusnya pelan nak jalan jauh. Ahad kami bertiga balik Putrajaya. Mak dan Abah nak follow berjalan datang lewat sehari. Isnin result UPSR keluar dan aku kena gi Kursus atau Bengkel e-pelaporan j-QAF peringkat Kebangsaan di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Asalnya Port Dikson, lehlak tukar last minit. Sepetutnya aku dan bos kena pergi Isnin, tapi kami pergi Selasa pagi.

UPSR sekolahku masih baik keputusannya tapi merosot yang dapat 5A 11 je. Tahun lepas 17 orang.

Berbalik pada kursus di KL pergi tumpang bos, Ustaz Hashrul Aidil. Bilik pun sekali ngan dia. Hotel style zaman dulu kala tapi kira ok la hehe.. Makan pun biasa ja tak macam hotel-hotel lain. Syukur sebab JU dari Selangor banyak membantu. Dorang punya gajet pon macam-macam. Memang otay lah.. Seronok dapat pengalaman bersama pakar-pakar ni..Rabu balik lepas lunch.

Khamis 22/11 bertolak ke Melaka sebab dah pelan nak bejalan. My wife dah tempah Bayou Lagoon kat ngan Bukit Katil. 300 jugakla.. Jenis apartment ada 2 bilik. Tempatnya menarik la jugak. Memandangkan baby kecik lagi.. so takde siapalah yang mandi hehe. Apalagi makan Asam Pedas la dua hari. Beli t-shirt. Singgah Kota Fesyen. Ikut jadualnya lepas Melaka pergi Johor terus, tapi memandangkan tiba-tiba dapat tahu Abang iparku yang sulung nak balik kampung, ibubapa mertuaku beralah la tak jadi ikut gi Johor. So Pas Jumaat kitorang balik Putrajaya.

Sabtu begerak ke Johor pulak. Lepak rumah adik isteriku kat Taman Mutiara Rini. Best gi Makan steambot ari pertama.Pastu gi Pandan City pulak cari apa-apa yang patut. Hari kedua gi Jusco Tebrau, lunch kat rumah, pastu gi rumah Makcik kat taman Ungku Aminah. Lepas tu gerak gi check in kat Hotel The Zon Regency by The Sea. Bapak besarnya hotel ni.. mula-mula gerun tengok..lif ngan bilik jauh gila. Bilik hotel macam lama sikit tapi canggih le jugak. hehe. Hotel ni sempena apa agaknya.. hmm 25/11 bersamaan dengan HAri Anniversary Perkahwinan sayalah. Kali ketiga dan bertiga untuk kali ni :)

Kat Johor tak buat apa sangat. Berjalan ke Plaza Angsana, jalan-jalan sikit. Makan banyak la.. hehe.. 26/11 tidur rumah adik ipar balik. Selasa baru balik Putrajaya. Then dapat berita buruk mak mertuaku dimasukkan ke Hospital Bentong sebab bengkak kakinya makin teruk. Nak jadikan cerita keadaan makin teruk mak mertua di masukkan ke Hospital Subang Jaya Medical Centre Sime Derby Khamis lepas. Nak bunuh kuman dulu ikhtiarnya. Tapi setelah di x-ray tulang di ibu jari kaki dah takde. So tetap kena operate. Pagi Sabtu ramai-ramai berkumpul di sana dan Alhamdulillah operation berjaya. Sampai ke saat ini masih dalam proses rawatan. Hari-hari kitorang pergi menziarahi mak. Kesian bapak mertuaku yang kena stay jugak kat situ jaga mak. Takat tidur atas kerusi ajelah beberapa hari ni. Kesian juga untuk anakku Aiman yang masih baby hari-hari menahan sejuk kat hospital.. Semoga dia tidak menghadapi masalah kesihatan dan sentiasa kuat.

Semoga segala urusan dipermudahkan. Setiap tulisanku bukanlah untuk tujuan komersil, tetapi hanyalah seumpama diary yang boleh aku atau waris-warisku baca kembali suatu hari nanti kelak sebagai pengingat kehidupan yang sementara ini. Siapa tahu blog ini yang tercetus sejak tahun 2004 masih bernafas sehingga kini.. hehe. Wassalam

Monday, October 08, 2012

Kamar Selesa

Tatkala ku membuat coretan ini..sebenarnya ingin meredakan tekanan perasaan membuat folio "kamar selesa" yang perlu dihantar lusa.. Time ni juga saya sedang menjadi AJK sebagai Tuan Rumah Kem Pemantapan Akidah sekolah-sekolah rendah Putrajaya yang bertempat di Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi) Putrajaya. Bayangkan sebuah tandas yang perlu di 'create' kan menjadi sebuah kamar.. sungguh kurang boleh diterima akal. Sebab bagiku tandas tetaplah rumah syaitan.. hahaha.. Walaupun sudah agak lama tugasan ini diberi, namun kesibukan tugas-tugas lain membantutkan usaha ini. Dengan waktu yang terhad..badan yang obesiti :p , memang otak tak rasa folio ni penting sangat. Namun bila dah nak sampai due date mula la rasa kelam kabut. Bayangkan harini sepatutnya bertungkus lumus di sekolah tapi terpaksa menghabiskan masa di Masjid ni pulak. Semoga tugasku berjalan lancar..pewwwwwwwwwww..Tuhan bantulah hambaMu ini

Wednesday, September 05, 2012

Majlis Akikah Aiman

Bismillah ar-rahman ar-rahim

Alhamdulillah tuhan kuatkan lagi diri hambaNya ini untuk terus menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi. Dengan ada sedikit kelapangan masa ini, ingin saya coretkan sedikit tentang peristiwa majlis Akikah buat putera pertama saya dan isteri. Majlis berlangsung pada 25 Ogos 2012 (Sabtu) bertempat di kampung atuk neneknya di Bentong, Pahang.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar bermula seawal 9.30 pagi dengan kumpulan marhaban bersarapan di perkarangan rumah. Kelam kabut juga si mamanya menyiapkan Aiman. Buaian yang disewa juga sudah tersergam indah. Cantik. Dalam jam 10 marhabah dimulakan.. sungguh mendayu-dayu..mujurlah Anakku yang kurang sihat tak pula meragam sepanjang qasidah didendangkan..

Majlis bercukur juga berjalan dengan lancar dan terasa sebak di dada bila kukucup anakku.. seorang lagi hamba Allah yang amat kami ternanti-nantikan.. comel, kiut, memakai baju melayu kecil warna kuning.. oh my son..



Kesemua adik beradik yang hadir mengambil kesempatan untuk 'menyembelih' sedikit rambut Aiman. Mak Tok dan Tok Wan yang tiba lewat sikit dari Putrajaya pun sempat juga lah buat benda penting tu untuk satu majlis Akikah.



(nenek)



(dedi)



(Atuk)



(PakLong)



(Tok Wan)



(Mak Tok)



(Pak Ngah)



(Pak Lang)



(Mak De)



(Pak Chu)



(Mak Ngah)



(Pak Andak)



(Mak Lang)



(Tahlil)



(Selepas Majlis)



(Jamuan Kambing 2 ekor :p )



hmm..kurang pandai pulak nak buat tulisan bawah gambar.. camne jadi camtulah yek.. nak edit pon tak berapa reti hehe.. So begitulah kisahnye Majlis Akikah Ahmad Faiq Aiman yang agak meriah.. Aiman sendiri boleh baca blog ni bila dia dewasa nanti dan tengok gambar siapa yang potong rambut dia masa masih baby hehe.. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Semoga anakku menjadi anak yang baik, yang soleh dan menurut agama Islam dengan sebaiknya.. Semoga Allah berkati keluarga kami dan menambah lagi ahli keluarga kami di masa akan datang.. Terima kasih kepada yang hadir dan yang tak dapat hadir mohon doakan kesejahteraan kami semua.. Aaaamin.. Wassalam.

Monday, September 03, 2012

Try Umobile pulak

Jumaat lepas saya pergi jalan-jalan ke Bangi.. pergi seksyen 7.. memang situ port kalau nak gi makan tengah hari. Kat seven eleven yang besar tu nampak kain iklan UMobile. Internet unlimited, free call 100minit, free sms 30.. hanya rm28 sebulan (prepaid) .. so terus bertanya kat kaunter tentang kesahihan iklan tersebut.. mereka mengiyakan.. Memandangkan starter pack hanya rm8.. saya pun just nak try la.. dah beli rm8 tu kena topup pulak 30 sebab nak hidupkan pakej rm28 tu.. so bermodalkan sebanyak itu bermulalah kisah memakai umobile.. kira dah 3 4 hari pakai le ni.. Setakat ni line nye ok.. masukkan dalam galaxy tab.. cuma kadang2 line akan hilang begitu sahaja tanpa khabar berita.. tapi dalam tempoh tak lama.. masih dalam mood puas hati la pakai ni.. semoga umobile leh jadi penyelesaian untuk boh dalam galaxy tab sebab sebelum ni bubuh simkad broadband je x puas ati pakai boleh online je..tupun line kekadang langsung x best.. So hasil kajian akan saya tuliskan semula dalam tempoh sebulan setelah digunakan.. hehe.. saja-saja buat pos ni :)

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua pengunjung blog saya.. Semenjak guna Galaxy Tab payah lak nak update blog ni..InsyaAllah akan update selalu pasni

Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua yang membaca dan mengikuti blog saya :)
             AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM

Wednesday, July 11, 2012

Hanya Allah yang Menghilangkan Kesukaran

Bismillahirahmanirahim...

Pada pagi yang berbahagia ini, baru sahaja membantu Kelab Marvelous mengedarkan baju sukan kepada murid.. Hajat asalnya nak buat padang untuk 200meter malangnya pagi tadi hujan lebat dan air bertakung di padang menyebabkan aktiviti terpaksa ditangguhkan seketika.

Pada masa yang singkat ini juga saya mencuri sedikit masa untuk memberi peringatan tentang kebesaran Allah. Seperti yang kita semua maklum dan tahu.. Hanya Allah yang berkuasa menghilangkan segala kesukaran dalam hidup kita. Walau sehebat mana kita, atau selemah mana kita, sandaran utama kita tetaplah hanya Allah semata-mata.

Janganlah kita menyekutukan Allah, bersikap takbur dan riak,sombong dengan kelebihan yang kita ada. Ingatlah yang kita semua sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. terjumpa saya satu petikan ayat Quran daripada asurah Asy-Syu'ara ayat 78-82 yang membawa maksud :

[26.78] (yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,

[26.79] dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,

[26.80] dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,

[26.81] dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),

[26.82] dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".

Allah telah menjanjikan sebegitu kepada hamba-hambaNya justeru apa yang kita perlu pertikaikan lagi? Teruskanlah membuat amalan-amalan kebaikan, menjaga tingkahlaku dan percakapan kita, menjaga hati dan perasaan sesama manusia, tidak bercakap besar dan menjatuhkan maruah orang lain, berlagak tak sudah dengan kelebihan yang ada, membodek dan mengipas ketua serta menjatuhkan rakan-rakan sekerja dengan fitnah-fitnah (menjadi batu api). Berat seksaannya wahai sahabat-sahabat.

Begitu juga jika kita sakit, hanya Allah yang menyembuhkan penyakit kita. Berikhtiarlah dengan apa cara sekalipun tapi janganlah menyekutukan Allah. Kita berubat, tapi berdoalah kepada Allah dengan penuh kerendahan hati. Janganlah percaya sepenuhnya kepada perawat kita seolah-olah dia Tuhan. Percayalah kepadanya sebagai perantara dan kelebihannya sahaja kerana dia juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dengan kekuatan kalimah "Kun Fayakun" maka jadilah apa sahaja yang Allah kehendaki.

Tugas kita ialah terus beribadah kepada Allah, mengutamakan Allah, melaksanakan perintah-perintah Allah dengan segera dan buatlah kerja kita sebagai manusia dengan mengikut peraturan dan hukum alam ciptaan Allah. Teringat kisah Nabi Ayyub yang diuji dengan hebat dan dasyat. Tapi berkat kesabaran dan ketaatan kepada Allah, dia dapat membina hidup baru dengan jayanya setelah kehidupan lama punah satu demi satu. Sedangkan Nabi diuji dengan hebat, apatah lagi kita yang jauh dari taraf nabi dan Rasul itu.

Begitulah sedikit coretan saya pada pagi yang dingin ini, sibuk dengan kerja dan tugasan, masih sempat meninggalkan pesan. Dalam hati amat merindui anakku dan isteri yang berada di kampung. Sibuk menyiapkan persiapan untuk Kejohanan Sukan Sekolah pada Ahad ini  (15 Julai 2012) dan dalam masa yang sama merancang untuk balik kampung juga sekejap Jumaat- Sabtu untuk melepaskan rindu pada Anak dan isteri. Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. Seorang hamba yang lemah dan hina..Wallahualam.. :)

Tuesday, July 10, 2012

Baru Tambah Buku Pelawat

Baru ada masa nak edit2 blog ni.. sesiapa yang berkesempatan singgah di blog saya ni boleh la isi 'buku pelawat' yang baru je letak sekejap tadi.. ataupun leh ber'chat- chat kat bahagian tepi kanan untuk memeriahkan keadaan.. InsyaAllah akan ditambah baikkan blog ini mengikut peredaran zaman.. :) bermula pos ini juge saya akan mula melabel pos.. yang sebelum sebelum ni tak payah le kot hehe.. Wassalam

Monday, July 02, 2012

Syukur Ya Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Saat tika ku menulis cetusan ini.. sudah genaplah 14 hari kelahiran Putera sulung ku yang amat saya dan isteri nantikan selama ini. Dengan penuh kesabaran, pelbagai ikhtiar, pelbagai dugaan, tanggal 18 Jun 2012 tepat jam 8.44 pagi, Lahirlah si dia yang amat kami amat kasihi di Hospital Putrajaya. Saat terindah dan mendebarkan pabila keluar status 'operation completed' di paparan skrin. Nurse memanggil untuk mengazankan si anak kecil ini. Beratnya 2.86 kg.

Dengan kelahiran ini banyak mengubah status bagi pihak keluargaku. Terutama ibu bapaku yang sudah lama menanti cucu pertama. InsyaAllah selepas ini cucu-cucu seterusnya akan lahir :) ...

Kisah gembira tidak berpanjangan.. anakku yang lahirnya sihat.. disambut datuk2 dan nenek2 nya, bapa saudaranya ibu saudaranya, sepupu sepupunya tiba-tiba menjadi lemah kerana kelekaan nurse yang buat endah tak endah sedangkan kami semua perasan baby kelihatan terlalu haus.. Sudahlah waktu melawat sangat strict.. sang bapa sepertiku turut tidak dibenarkan berada di samping isteri.

4.30 petang, saya pergi melawat isteri dan anak pada waktu melawat, kecoh anakku sudah muntah susu siap keluar ikut hidung.. badannya dah lemah sampaikan terpaksa dibawa ke NICU.. waktu itu air mata ku mencurah keluar membasahi pipi.. didepan ramai orang.. apakan daya untuk kutahan.. anak yang baru beberapa jam lahir ke dunia, kini sakit tenat. Tak putus-putus berdoa, baca Yassin..Solat Hajat.. alangkah sedihnya rasa.

19 Jun pada waktu melawat saya dan isteri yang masih lemah menuju ke NICU dan doktor mengesahkan dia kena radang paru-paru dan x boleh bernafas sendiri.. terpaksa guna alat bantuan oksigen.. Bayangkan sikecilku penuh dengan wayar di badan.. dalam mulut saja ada 2 wayar. Sedih..sungguh sedih.. Petang jam 4.30 pergi lagi dia kelihatan stabil sedikit.

Alhamdulillah hari2 yang berikutnya keadaan anakku semakin baik.. Nampak kekuatan dalam dirinya berjuang untuk terus hidup.. Bantuan pernafasan direct dah dicabut.. tapi masih diberi bantuan melalui oksigen dikepung dalam balang kat kepala dia.. Doktor cakap buat camtu supaya dia tak terkejut pulak kalau tiba2 bantuan oksigen stop macam tu saja. Yang menyedihkan di tangan dan kakinya penuh kesan jarum ambil darah.. Keadaan makin baik tetapi mesti menghabiskan antibiotik selama 7 hari.. so terpaksala baby terkurung di NICU selama 7 hari sekurang-kurangnya.. Hari ke6 doktor panggil isteriku untuk tinggal dengan baby kat bilik khas NICU.. Akhirnya dapat mereka bersatu kembali.. menitis air mata kami..

Hari ke7 sang mama dan sang baby dipindahkan ke Hospital Bersalin Presint 8 yang cantik dan selesa la jugak.. Rumah apartment di jadikan wad. So satu rumah ada 3 wad yang besar2 biliknya.. Alhamdulillah 25 Jun anakku dan isteriku discaj daripada hospital.. Isnin lahir..Isnin sekali lagi baru dapat bawak dia balik rumah.. Lama tu hehe.. Apapun Syukur kepada Allah yang memakbulkan permintaan hambaMu yang lemah ini..

Saat ku menulis ini, kembali tinggal sorang-sorang di rumah sebab isteri dan anak dah balik kampung untuk menghabiskan masa pantang. Sabtu lepas kami bertolak balik Bentong dan semalam saya kembali ke Putrajaya sendirian. Cuma ada kesan2 kena kuning Juandis.. berak kencing ok.. menyusu pun ok.. harap-harap kuningnya pun surut cepat..  Walaupun kecuaian daripada sebelah pihak di Hospital Putrajaya yang menyebabkan Mak Long ku mengamuk masa hari kejadian, Ku ucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Hospital Putrajaya yang menjaga isteriku selama hampir sebulan kerana Plasenta Pravea, berjaya membuat pembedahan untuk melahirkan puteraku tanpa sebarang komplikasi, dan pihak NICU sendiri yang menjaga dan merawat anakku sehingga sembuh.

Terima kasih banyak-banyak buat ibubapaku yang hampir setiap hari datang melawat dan ibuku yang jaga isteriku di Hospital 2 malam. Begitu juga ibu bapa mertuaku yang hampir 2 minggu datang dari kampung dan banyak membantu isteriku yang 1st time jadi ibu dan saya sebagai bapa. Terima Kasih banyak-banyak kepada semua adik beradik, ipar duai ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus2 mendoakan supaya isteri dan anak saya selamat.. terharu sungguh..dan Syukur pada Allah.. Semoga selepas ini Allah permudahkan urusan ahli keluarga, sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini. Allah Maha Berkuasa, Maha memberi, Maha Penyayang dan segalanya. Semoga Anakku membesar tanpa sebarang masalah kesihatan lagi, membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi anak yang hebat kelak.. Aaaamin... Wassalam