





Ruang coretan kali ini sengaja saya wujudkan bagi memberi pengetahuan kepada yang tidak tahu serta memberi peringatan kepada yang terlupa. Dah lama Ustad Yos x buat tazkirah kat sini hehe...
Solat Jumaat itu hukumnya adalah wajib bagi setiap individu Muslim yang mukallaf menunaikannya yang memenuhi syarat-syarat berikut :- Orang Islam, sudah baligh, berakal, Orang yang merdeka, lelaki, sihat dan tidak uzur serta mastautin atau bermukim (tak wajib bagi orang musafir). Bilangan ahli jemaah juga mestilah melebihi 39 orang iaitu 40 orang yang layak termasuk imam.. kalau 40 termasuk kanak2 belum baligh tak sahla.. kena solat zohor ajela..
Tatkala hari ini saya lihat kehadiran Muslim ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat amat menggalakkan tapi tak ramai yang menyedari kelebihan-kelebihan yang terang lagi nyata mahupun kelebihan yang tersirat. Hari Jumaat itu sendiri terdapat pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Satu hadis menerangkan bahawa bumi ini siap dicipta Allah pada Hari Jumaat, Nabi Adam dicipta juga pada hari Jumaat. Nabi Adam dimasukkan Syurga pada Hari Jumaat dan dikeluarkan dari Syurga akibat tipu daya Iblis juga pada hari Jumaat.
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan mengatakan kita akan mendapat keampunan dari Allah dari Jumaat itu ke Jumaat seterusnya dan ditambah lagi 3 hari sekiranya pergi ke masjid dengan sempurna wuduk, duduk diam mendengar khutbah serta tidak lalai. Doa kita juga InsyaAllah akan dimakbulkan Allah kerana pada waktu itu antara waktu mustajab(mula khutbah hingga habis solat).
Antara kelebihan lain ialah dapat mengeratkan silaturahim sesama muslim. Bukan senang nak mengumpulkan umat Islam seramai waktu solat Jumaat. Khutbah yang kita dengari juga adalah nasihat-nasihat yang berguna dan juga ilmu yang berguna bagi kita. Jadi kita bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, tapi mendapat pelbagai kelebihan pula. Bagi yang suka mengambil remeh tentang kehadiran ke solat Jumaat saya harap dapatla mengubah tabiat tersebut.
Bukannya lama pun.. kerajaan pun kasi rehat agak lama pada Jumaat. Ada negeri terus ishtihar Jumaat tu sebagai cuti Umum. So tak wajarlah kita menidakkan apa yang Nabi suruh kita buat. Benda-benda yang baik kalau kita selalu abaikan atau tidak serius lama kelamaan akan menutup pintu hati kita. Kita akan berubah menjadi manusia yang suka buat endah tak endah dalam kehidupan. Benda yang berat kita anggap ringan.. akhirnya bila ada kematian ahli keluarga, nak solat jenazah pun tak pandai.. cuba kita renungkan.. kita sentiasa ada masa.. Cuma management diri kena lebih bagus.. InsyaAllah kita akan jadi manusia yang baik-baik dan terhindar dari menjadi golongan pembuat dosa J
Assalamualaikum Wbt.. dah lama ku x menulis di blog kesayangan ni.. :) Saat ni ingin kuceritakan tentang Sambutan Perayaan Hari guru sekolahku SK Putrajaya Presint 16(2) untuk tahun 2010.
Secara keseluruhannya majlis kali ini bolehlah dianggap sederhana sahaja namun penuh beerti buat semua warga sekolah terutamanya guru-gurulah...
Tanggal 4 Jun 2010 (Jumaat) sambutan diadakan di dewan sekolah. Jam 8.00 pagi guru-guru berarak ke dewan diiringi pengawas sekolah dan pasukan kompang.. Rasa macam majlis kawen pulak.. hehe.. terus naik atas pentas. Lepas ucapan aluan ada bacaan doa.. kali ni tugas saya dah di sub kan kepada anak murid yang berdedikasi Adam Haikal kelas 5A. Punya panjang doa.. (saya yang edit kasi panjang-panjang sikit hehe)
Selepas doa terus ucapan Guru Besar Puan Karimah Hasbullah dan diikuti dengan nyanyian-nyanyian oleh guru yang x pernah belatih.. leh kata miming ajela kat atas pentas tu.. lagu Guru Malaysia dan Guru pembina Negara Bangsa.. Ada potong sumbangan CW.. sape tu? agak2 sape? Chef Wan (Che Wan)kita la.. tokey kantin baru yang rajin bersedekah :).. Moga murah rezeki sokmo Che Wan.
Pastu upacara kasi-kasi hadiah.. macam-macam hadiahla.. dari kelab guru.. pertukaran hadiah pun ada.. hadiah Birthday untuk guru-guru pun ada untuk Bulan 1 sampai bulan 5.. pastu murid-murid naik pentas cari cikgu-cikgunye kasi hadiah.. saya adala dapat sikit-sikit.. seplastik je.. my wife dapat dekat 3 plastik.. lagi glamour lah.. hehe.. Tak kurang juga hebatnya guru-guru yang dapat hadiah dari pihak sekolah atas jasa-jasa yang ditaburkan.. Alhamdulillah.. Bukan senang nak berjasa kat sekolah.. Apapun jadikan kerja itu sebagai ibadah.. tidak mengharapkan balasan dunia kerana ia hanya sementara berbanding anugerah Allah yang lebih nikmat dan kekal harum sepanjang hayat.. Yang dah dapat hadiah or anugerah tu janganla pulak malas lepas ni ye.. hehe..
Tak lupa jugak tahniah buat 3 orang guru yang dapat Anugerah perkhidmatan cemerlang 2010(APC).. Majlis berlangsung kat SM Alam Shah petang Isnin 31 Mei 2010 yang dingin dengan hujan lebat.. tahniah buat Puan Nur Aida, Puan Azlina dan Puan Rosidah serta pentadbir sekolah sebab SK Putrajaya Presint 16(2) adalah sekolah terbaik Putrajaya untuk UPSR tahun lepas.. Untuk keseluruhan Malaysia pun ada tempat la jugak.. entah nombor berapa.. saya dan beberapa guru lelaki jadi AJK teknikal kat majlis ni..
eh melalut pulak.. kembali majlis kat sekolah, lepas tukar-tukar hadiah semua warga sekolah rehat kejap dari 9.30 sampai kol 10 pagi. kalini persembahan-persembahan pulak.. mantap-mantap belaka pesembahan murid. Tahun 1 ada, Tahun 5 ada.. tahun 6 pun nak lepas gian.. siap main gitar lagi.. Tahniah cikgu Alif sebab buat pembaharuan. Mantap pesembahan murid. lepas habis pesembahan murid, pesembahan guru la pulak. Mula rumah Merah buat pesembahan Nyanyian.. then rumah hijau buat cerita hantu seram.. meremang bulu roma i.. pastu rumah biru.. saya turut berlakon untuk rumah biru.. almaklumla.. free agen.. xde rumah sukan.. dorang letak nama saya kat rumah merah.. tapi macam x diperlukan je.. semua dah mantap.. kisah NAK JADI APA? kelakar pun ade.. last sekali rumah kuning buat pesembahan penutup dengan nyanyian dan drama air mata.. tersentuh hatiku..
Masa betul-betul jadi penghalang sebab majlis ni hari Jumaat.. semua kempunan nak dengan En Jabar PK KOKO yang nak nyanyi lagu Suci Dalam Debu pada asalnya.. frust.. umum pemenang rumah biru yang menang pesembahan.. best ke saya berlakon?.. nak berlakon SAMARINDA pulak lah lepasni :p... Berakhirlah sambutan Hari Guru dan Cuti Sekolah pun bermula.. Guru-guru ada jamuan free kat kantin Che Wan sponsor.. makan sedap dan akibatnya ada yang tak merasa sebab lambat sangat gi kantin.. tak dapat makan pun xpe kot sebab dah dapat hadiah besar kan cikgu.. hehe..
Ada drama airmata jugekla sebab 2 guru dah nak pindah pas cuti ni.. Puan Wan Sabariah dan Puan Norazwani... minta maafla kalau ada salah silap terkata, terkasar bahasa.. saya ni gangster sikit kadang2 tercakap ikut suka.. hehe.. lepas cuti dapat la 2 cikgu baru kot sebagai pengganti.. ops.. hari Selasa lagi dah dapat sorang ustazah baru dari Sabah namun orang Kedah.. Selamat bertugas buat Ustazah Mahira..
Cuti sekolah dah bermula.. Tahun enam ada kelas dan cikgunya include my wife kena la berkorban..saya nak berjalan sakan pasni.. huhu.. x sabar nak berjalan..need to wait till thursday baru elh bejalan.. huhu.. jumpa lagi.. jangan lupa buku murid-muridku...Wassalam..
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(2), PUTRAJAYA
Sekolah ini terletak di Presint 16, Putrajaya berhampiran dengan Taman Warisan Pertanian dan sebangunan bersama Pejabat Pelajaran Wilayah persekutuan Putrajaya. SKPP 16(2) or SK Putrajaya Presint 16(2) . Semoga maju jaya.
Alhamdulillah semalam aku dan family ku pergi merisik dan meminang 'si dia' .. semua berjalan lancar dan insyaAllah majlis akad nikah akan berlangsung bulan depan. kenduri bulan 12 baru buat sebab masing mempunyai ahli keluarga yang sibuk.. nak SPM lah.. exam lah.. so kenduri dilambatkan.. tapi honeymoon dan urusan2 yang sepatutnya sepastinya tidak dilambatkan.. hehe..
sekian lama ku tak menulis.. ingin ku coretkan sedikit pengalaman berharga yang ku pendam dan kuterima.. kuhadapi.. dan sebagainya..
banyak peristiwa berlaku pada tahun ini.. aku putus tunang dengan 'orang lama' kerana masalah dalaman yang sangat dashat.. semua pihak tertanya-tanya salah siapa? siapa yang akan mengaku salah sendiri? jadi apa yang berlalu biarkan berlalu.. ambil yang jernih buang yang keruh.. terimalah qada' dan qadar Allah tetapkan pada kita.. dan kadang2 kita kena sedar diri siapa kita.. kenapa pilih orang tu.. mengapa x orang lain..
kekadang kita tak hensem.. tapi aweq cun giler.. masa bercinta semua ok.. bila kahwin dah start gaduh mula menyesal.. ada yang aweq muka x leh blah tapi pakwenya hensem.. itu lagilah point untuk pakwenya mencari yang lain setelah merasa yang pertama itu.. apapun semua qada' dan qadar dari Allah.. semua orang perlu menerima kenyataan jika terkena batang hidung sendiri.. apalah yang istimewa sangat diri kita untuk mengata orang? sembahyang kita cukup ka? puasa kita cukupka? passport ke Syurga sudah di cop ke? sedangkan nabi yang terjamin masuk syurga menjaga semua amalan baginda dengan baik.. inikan pula kita yang entah mana hala tuju masih sesat tapi x mahu cari jalan yang benar..
Aku tertarik dengan kata seorang ustaz pada aku.. hidup ini adil.. jika Tuhan tarik satu dari kita.. dia akan bagi balik lebih daripada itu.. ada orang dihina kerana gemuk.. tapi Tuhan balas bagi isteri/suami cantik/hensem dekat dia.. ada orang belagak dengan harta bergunung tapi anak x de ataupun anak sikit.. tupun anak yang hanyut.. orang yang tak berharta tuhan bagi anak ramai.. dan anak2 orang ini pandai berdikari dan tahu erti perjuangan sebenar..mahu keluar dari kepompong kesusahan.. mahu menaikkan nama keluarga dengan membawa kejayaan..
berbalik kepada Tuhan tarik satu nikmat.. memang sedih, pilu, kecewa bila kita kehilangan sesuatu.. mungkin hilang tangan, kaki.. hilang suami, isteri, hilang anak.. atau sebagainya.. tapi bagi orang yang bersabar dan selalu memohon dan bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan.. InsyaAllah ada balasanNya.. aku juga disedarkan bahawa kita hidup didunia ini bukanlah hanya sesama manusia sahaja.. jika mata boleh melihat apa sahaja tanpa tapisan Allah.. maka ramailah mati cepat sakit jantung ke ape..
bila dikenang dari kecil sampai besar macam sekarang.. x pernahkah kita menangis langsung? x pernah kah kita ketawa langsung? semua itu lumrah hidup.. kembalilah kepada perinsip 'hidup mesti diteruskan walau apa jua rintangan melanda' .. jangan menang cakap di mulut tapi bila disuruh buat semua x berdaya.. aku pun xtau nak tulis ape lagi..
harap semua yang membaca blog ku ini suka mendoakan sesama muslim supaya mendapat taufik dan hidayah.. jangan asyik mendoakan kejatuhan orang walaupun sangat dibenci.. doakan insann tersebut berubah ke arah kebaikan.. itu adalah yang terbaik.. sekian dahulu kali ini.. wassalam...