Tuesday, December 25, 2012
Maka Berakhirlah 2012
2012 bakal berakhir dalam masa 5 ke 6 hari lagi tapi saya akan mengakhiri penulisan blog untuk taun ini pada saat ini..(jika tiada apa nak tulis lagilah lepas ni)
Tahun 2012..penuh caca merba.. tahun ini sangat bermakna..sangat gembira..sangat sedih..sangat huru hara..sangat mencabar..dan bermacam-macam sangat lagi..
Bermula dengan Bulan Januari..bermula sekolah dengan macam-macam acara setelah jenuh bercuti.. Diserbu nazir dan pegawai aset.. Di saat ini juga berlaku perselisihan faham dengan seorang rakan guru yang berpunca daripada batu api.. sabar ajelah.. Dulu-dulu memang tak pernah nak selisih faham or gaduh-gaduh ngan orang..tapi sekrang-sekarang ni berani pulak orang nak cari pasal ngan saya.. tapi tak gaduh pun.. cuma bila berselisih di jalanan si dia buat-buat tengok ke lain.. nak bertumbuk mana berani.. lebam bijik mata kau hehe.. tapi tu dulu..sekarang dah ok.. sejak Majlis Hari Guru 2012 dah berdamai balik..
Bulan Februari sibuk-sibuk macam tu je lah.. dengan isteri dah kena apoinment setiap bulan, ada pertandingan ping pong sekolah jadi tuan rumah..dapat turn duit kutu dan habiskan balik dengan membayar roadtax dan insurans kereta yang kebetulan memang bulan 2 ahaks..
Bulan 3 sibuk pasal PIBG, mini maraton kenduri kawen adik ipar di Pontian. Juga kenduri anak GB di dewan sekolah tapi tak dapat nak attend sebab ke Pontian.. Perjalanan agak ngeri sebab my wife dah pretnen dalam 6 bulan kot time tu.. dan berita gembira sekolah dapat New Deal... Petang-petag juga sibuk dengan latihan Bola.
Bulan April bermula dengan Pertandingan Bolasepak peringkat Putrajaya di awal bulan kat SKPP 9(1)..Alhamdulillah buat pertama kalinya melepasi peringkat kumpulan. Namun kalah di separuh akhir..redho ajelah..dengan sekolah memberku Cikgu Izman SKPP 9(2). MTQ juga ada berita baik Lidiya juara dan Neesa naib Juara bagi kategori mereka masing-masing.
Bulan 5 bermula kisah sedih bila isteri disahkan mengalami Plesenta Prevea type 4 yang mengakibatkan dia mendapat MC dan kena tinggal di Hospital Putrajaya sampai bersalin.. Semasa mendapat berita tersebut daripada doktor Azmi.. hati saya sangat sedih..campur risau.. Ikutkan doktor kena masuk terus lepas dia bagitahu tu.. tapi mintak tangguh 3 4 hari.. 9 Mei saya mendaftarkan isteri saya di wad 2A Hospital Putrajaya.. bermulalah kehidupan yang sunyi dan sedih setiap hari. Bayangkan masa melawat sahaja saya dapat berjumpa dengan isteri. Dia tidak sakit..cuma masalah PP ini mempunyai risikonya tersendiri sekiranya berlaku pendarahan secara tiba-tiba.. pengorbanan ini adalah untuk menyelamatkan nyawa isteriku dan nyawa anakku.. Jadi setiap hari hanya boleh berjumpa 12.30 tengah hari-2.00 petang (sah2 hari bekerja tak dapat pergi time ni) dan 4.30 hingga 7.00 malam (setiap hari keluar kol 7.30 malam hehe) Nak jadi cerita boleh pulak minta cuti ngan doktor bila cuti sekolah bermula.. Macam-macam surat kena sign. Cuti Bulan 5/6 ni kenduri kahwin adik ipar di Pahang pulak. Majlis Meriah di Dewan Bentong dan MB Pahang pun datang gak. Pakat pakai baju sponsor dari Dato Hamdan..semua serba Ungu.
Bulan Jun memang banyak duduk di rumah ajelah lepas habis kenduri. Cuti sekolah dah habis baru hantar orang rumah masuk wad balik. My wife dapat APC!! Alhamdulillah..saya jadi wakil ambil sijil di Majlis Sambutan Hari Guru Putrajaya di Perbadanan Putrajaya..Tahniah my wife..sang suami masih belum nampak cemerlangnya hehe..Jun.. hmm..tanggal 18 Jun 2012..maka dioperatelah isteri saya.. lahirlah Ahmad Faiq Aiman yang hanya seberat 2.86 waktu itu. Disambut dengan gembira.. Atok dan Nenek kedua belah pihak dan bapa dan mak saudara datang..Saat nurse bawak keluar baby dari labour room tu memang rasa bersyukur sangat.. pelbagai perasaan menyusul..gembira..terharu..sedih..yelah.. 2 tahun jugak menanti dia untuk menyerikan rumahtangga. Dalam isteri dok mamai-maia lagi..Bapa mertua buat tahnik.. bagi zam zam..bagi kurma..berdoa.. semua gembira..semua happy...
Gembira tak lama..sedih pula menyusul.. Petang tu Aiman muntah susu sebab dah hypo..terlalu lapar.. nurse buat dekk je masa anak saya dah tunjuk tanda-tanda.. isteri dan mak saya dah gelabah..saya? orang lain mana boleh ada di wad pada bukan waktu melawat..jam 4.30 petang baru dapat naik.. diberitakan Aiman muntah susu..keluar ikut hidung.. dan terpaksa diturunkan ke NICU..wad baby yang cedera parah.. Air mata bagaikan hujan di tengkujuh.. turun dan turun dan turun..persoalan di kepala..apakah ujian ini benar-benar berat atau sekadar pengingat..
Hari kedua doktor mengesahkan anak saya tenat..kepala dikepung dengan balang.. wayar oksigen terus dalam mulut.. oh sedihnya.. waktu melawat petang barulah doktor cakap keadaan makin stabil.. antibiotik mula beri kesan..
Hari demi hari.. saya tak pernah miss rakam.. walaupun sebenarnya tak boleh.. Hari kedua isteri keluar wad..Anak masih ditahan..antibiotik seminggu..so 8 harila kat NICU tu.. Isteri juga semakin stabil..orang lepas belah perut..takkanla boleh main bola pulak.. Ibu dan bapa mertua yang datang dari kampung banyak membantu.. beli ikan haruan..hehe..sebelum ni tak pernah hayat pun nak beli ikan tu.. Mula-mula rasa mesti susah nak cari.. rupa-rupanya belambak-lambak dekat Pasar Presint 8 dan Carefour pun ade. Isnin Aiman lahir, Isnin juga Aiman keluar dari wad. Hari terakhir pindah ke Hospital Bersalin Presint 8. dah ada masalah kuning pulak. Tapi tak tinggi sangat. Sibuk mencari penawar. Pengalaman sungguh berharga.
Akhir bulan..sedih lagi. Hantar anak dan mama balik kampung. Berpantang di kampung.. 44 hari..so setiap hujung minggu balik kampung.. Berpuasa tanpa isteri.. Bulan 7 Sukan sekolah berlangsung.. buat pertama kalinya tanpa tahun 6. Kelakar pulak. Letih buat garisan. biasala..3 orang cikgu je yang sudi. Yang lain bagi sokongan moral. Arsenal datang lagi tahun ni. Tapi takde mood nak pergi sebab orang rumah takde. YAng nak happy sikitpun PM umum bonus setengah bulan gaji untuk raya. Syukur..HUjung bulan dapat berita dua ustaz j-QAF Putrajaya meninggal dunia kerana eksiden di Slim River dari Kedah. Al-Fatihah.
Dato Chong Wei dapat pingat perk sukan olimpik..so kempunan lagi emas..Ogos oh Ogos.. Nuzul al-Quran kalini panggil Imam Muda Asyraf..best.. saya sebagai penyambut tetamu.. yang lawaknya masa tunggu IM Asyraf nampak guard bawak motor gi belakang kantin penuh makanan..hahaha...ada penyakit gastrik barangkali..gastrik beramai-ramai.. memang popular belakang kantin sekolah saya.. bagi makan jin.. bodoh..
Aiman semakin hari semakin membesar Alhamdulillah..seminggu sebelum raya baru balik Putrajaya..Nak cari barang raya dan akikah yang kebetulan nak buat seminggu epas raya. Dapat cari baju melayu baby. Beli 2 helai.. satu raya satu akikah.. Beraya di Bentong, kemudian baik Taiping Raya kedua. Boleh pulak family orang rumah gi jalan2 ke Bukit Merah esoknya hehe. Jem giler jalan..pergi dan balik jem dan hujan. kesian anakku yang baru berusia dalam 2 bulan. Demam la jugak..25 Ogos majlis Akikah..berjalan lancar. ramai yang datang.. ada entry tentang majlis akikah ni di blog saya ni. 2 ekor kambing selamat dikendurikan.
Bulan 9.. UPSR lah yang pentingnya. siap ada kejadian aneh sewaktu UPSR menyebabkan Bomba dipanggil ke sekolah..hehe.. Aiman punya Ujian Pendengaran pun sama. Masing-masing dok sibuk cat tandas masing mengejar kemasyhuran..cantik gilatoilet di sekolah saya sekarang.. tak percaya mai la datang melawat.. Hujung bulan berkursus di Melaka..Kursus Guru jQAF Putrajaya. Jadi Urusetia. Hotel Seri Costa.Boleh tahan. Hotel bau kedai..baru rasmi dek Felda.
Bulan 10 dah nak akhir tahun macam-macam la agenda dan perkara-perkara pelik tapi benar. Antaranya Bilik Guru dipecah masuk tanpa sorang guard pun dapat detect..Speaker USB kesayangan saya antara yang lesap.. habis diselongkar dan dipecah almari, laci, tabung2, bilik-bilik..sedih..ada buat bacaan Yassin 2 3 hari selepas kejadian.. berlaku juga peristiwa hitam yang tak diduga iaitu..hmm.. malas lah nak cerita.. inilah perkara terpenting yang guru-guru disekolah ini pernah buat. Biarlah ini menjadi kenangan buat semua.
Sekolah juga membuat lawatan pertama ke sekolah lain iaitu ke SK Bukit Jelutong, Shah Alam. Sebelum ke sana paginya saya menjadi Hkim pertandingan Jawi anjuran DBP.. Pengalaman juga tu.. Peperiksaan Akhir Tahun di tengah bulan.. kemudian macam-macam event penting antaranya Karnival Koko Bola jadi penyelaras, Hari Kanak-kanak bersama Kuntum, Graduasi Pra baca Doa dan yang menyakitkan ialah menyiapkan Folio Tandas Kamar Selesa. Sampaikan cuti Raya Haji tidak berapa bermakna. Bila keputusan diumum dapat sagu hati. dari 20 penyertaan dapat jadi 5 terbaik. Ok la tu hehe..bersengkang mata ngan isteri. Raya Haji kat Desa Pinggiran Putra je.
Bulan 11 sekolah hanya sampai 9 haribulan. Program penting jQAf ialah 2 Nov kitorang jemput Ustaz Zamri Mantop bagi ceramah dan sekaligus menutup KBS, khatam Quran tahun 6. Hari Anugerah Kecemerlangan tidak mendapat tugasan membaca doa kerana permintaan orang yang tak berapa betul niat..Lantak ke dialah hehe. Pakai memang high Class.. doa entah apa diminta. Tahun depan harap ada ramai leh baca doa, jadi imam solat jemaah, khalifah Yassin , khalifah khatam quran. Jangan hujung tahun baru nak poyo nak tunjuk hebat sebab nak LNPT markah tinggi.
Sekolah mula bercuti, semua guru kena hadir ke Bagan Lalang kononya ada kursus.. sebenarnya nak buat family day.. berkesan jugak tektik tu hehe..dan gembira jugakla.. sebab aiman xleh nak tinggal, bawak sekali mak n ayah saya bermalam di Camar Laut Bagan Lalang tu.. mujur ada bilik sewa... Dinner pon meriah dan cikgu-cikgu tunjuk bakat berkaraoke termasuk ustazah2 sekolahku.. My fren Cikgu Khairul adalah man of d school sebab membolot punya banyak hadiah malam tu. Tahniah buat beliau yang memang rajin sesangat kat sekolah sepanjang tahun.
Bermulalah cuti. But Isnin meeting guru. lepastu baru mula cuti. Kenduri anak Cekwan pada hari Rabu pergi agak lewat. meriah gayanya. Balik Bentong.. Tukar tayar kereta sebab plan nak bejalan sakan cuti ni.. Ahad balik Putrajaya sebab Isnin hingga Rabu kena Mesyuarat e-Pelaporan Peringkat Kebangsaan di Hotel Plaza. Tumpang Ustaz Hashrul. Isnin keputusan UPSR keluar.. 11 orang dapat 5A..Tahniah. Hari Khamis start bercuti..berjalan.. Melaka..Pastu balik Putrajaya.. Gi Johor pulak.. Sambut Anniversary ke3 di The Zone Regency Stulang.. Lepak rumah adik ipar..Balik Putrajaya. Mak pulak dimasukkan ke Hospital Subang Jaya sebab Kencing Manis. Hari-hari pergi sana. seminggu lebih..
Bila mak keluar hospital baru kitorang balik Taiping.. tupun sekejap je.. banyak cerita baru terutama pembahagian tanah arwah tok dan wan. Gi tengok tanah bahagian mak saya.. letih la jugak tapi best. Balik Bentong tengok mak dah stabil sikit. Kalau tak dia tak lalu makan sebab kesan ubat.. Kesian mak.. dia dan abah banyak tolong jaga Aiman semasa kami kerja. Aiman baru je cucuk umur 6 bulan Rabu lepas dan kami dok Putrajaya lah sampai sekarang. Hari-hari ada je tempat pergi.
Dah dekat nak buka sekolah ni jumpa pulak member mintak tolong jual buku Ensiklopedia Solat.. dia ni pengedar kot so dia kata leh jual harga 90.. kat kedai 100 harganya.. best buku ni.. saya memabaca memang banyak betul manfaatnya.. walau banyak dah tahu... banyak juga yang tak tahu..huhu.. sapa yang nak boleh order kat saya.. baru ni edar kat 8 orang yang order.. ni ada pulak lagi 3 permintaan..yang penting sape yang baca buku tu dapat manfaat.. Itu yang saya nak kongsikan.. duit? itu bukan tujuan tolong promote kat kawan-kawan.. harga rm90 boleh juga didapati kat penjual yang selalu bukak gerai kat mana-mana event.. tupun kalau penjual tu murah hati.. Semalam tengok di MPH stock baru sampai harga solid rm100.. senang cakap rugi sapa tak beli hehehe..(tolong promote buku orang) ...
Oklah.. 2012 makin melabuhkan tirainya.. 26 akan mula meeting sampaila buka sekolah.. oohhh..bermulalah cabaran baru dan dengarnya Guru Besar dah berpindah ke Presint 5 dan akan dapat Guru Besar baru yang masih misteri siapa.. Semoga sukses..Pipi Aiman juga semakin labuh sebab 100% duduk dengan mak ayah dia cuti ni.. seriau jugak nak antar ke pengasuh nanti.. semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah..
Yang penting 2012 banyak meninggalkan kenangan yang pahit manis.. yang terindah ahli keluarga saya bertambah dengan kelahiran Ahmad Faiq Aiman.. Syukur ya Allah..Banyak belajar dan banyak faham bila dah bergelar papa ni.. Syukur Ya Allah..berita baru Aiman bakal dapat sepupu..Doakan semuanya baik-baik ya :) Wallahualam..Wassalam..
Wednesday, December 05, 2012
Cuti sekolah 2012
Pabila sekolah tamat pada 9hb 11, yakni pada hari tersebut ada Hari Anugerah, keesokannya 10 dan 11 November semua guru pergi berkursus merangkap family day di Bagan Lalang (Camar Laut LKIM)Best la jugak.. beraktiviti bersama rakan-rakan guru.. memang susah nak kumpul semua sekali. Aku pergi dengan family.. Mana dapat nak tinggal Aiman anakku yang masih menyusu.
Mak dan ayahku pun terpaksala ikut sekali. Malam Sabtu buat dinner. Cabutan bertuah dapatla tupperware kecik..hehe tapi 6 bijik.. Malam bertuah buat sahabatku Cikgu Khairul Affendi yang membolot pelbagai hadiah. Sengih je. Ramai juga berkaraoke termasuk ahli-ahli panitiaku.. elokla sebab semua nak hilangkan stress barangkali..hehe.
Isnin tu ada meeting di sekolah, Selasa cuti Deepavali, Rabu kenduri kahwin anak tokey kantin sekolahku, petang tu jugak plan nak balik Bentong tapi malangnya x siap-siap jugak bersiap.. akhirnya bertolak hari Khamis iaitu Awal Muharram..heheh.. Balik kalini siap tukar tayar kereta 744 ku.. sebab minggu seterusnya pelan nak jalan jauh. Ahad kami bertiga balik Putrajaya. Mak dan Abah nak follow berjalan datang lewat sehari. Isnin result UPSR keluar dan aku kena gi Kursus atau Bengkel e-pelaporan j-QAF peringkat Kebangsaan di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Asalnya Port Dikson, lehlak tukar last minit. Sepetutnya aku dan bos kena pergi Isnin, tapi kami pergi Selasa pagi.
UPSR sekolahku masih baik keputusannya tapi merosot yang dapat 5A 11 je. Tahun lepas 17 orang.
Berbalik pada kursus di KL pergi tumpang bos, Ustaz Hashrul Aidil. Bilik pun sekali ngan dia. Hotel style zaman dulu kala tapi kira ok la hehe.. Makan pun biasa ja tak macam hotel-hotel lain. Syukur sebab JU dari Selangor banyak membantu. Dorang punya gajet pon macam-macam. Memang otay lah.. Seronok dapat pengalaman bersama pakar-pakar ni..Rabu balik lepas lunch.
Khamis 22/11 bertolak ke Melaka sebab dah pelan nak bejalan. My wife dah tempah Bayou Lagoon kat ngan Bukit Katil. 300 jugakla.. Jenis apartment ada 2 bilik. Tempatnya menarik la jugak. Memandangkan baby kecik lagi.. so takde siapalah yang mandi hehe. Apalagi makan Asam Pedas la dua hari. Beli t-shirt. Singgah Kota Fesyen. Ikut jadualnya lepas Melaka pergi Johor terus, tapi memandangkan tiba-tiba dapat tahu Abang iparku yang sulung nak balik kampung, ibubapa mertuaku beralah la tak jadi ikut gi Johor. So Pas Jumaat kitorang balik Putrajaya.
Sabtu begerak ke Johor pulak. Lepak rumah adik isteriku kat Taman Mutiara Rini. Best gi Makan steambot ari pertama.Pastu gi Pandan City pulak cari apa-apa yang patut. Hari kedua gi Jusco Tebrau, lunch kat rumah, pastu gi rumah Makcik kat taman Ungku Aminah. Lepas tu gerak gi check in kat Hotel The Zon Regency by The Sea. Bapak besarnya hotel ni.. mula-mula gerun tengok..lif ngan bilik jauh gila. Bilik hotel macam lama sikit tapi canggih le jugak. hehe. Hotel ni sempena apa agaknya.. hmm 25/11 bersamaan dengan HAri Anniversary Perkahwinan sayalah. Kali ketiga dan bertiga untuk kali ni :)
Kat Johor tak buat apa sangat. Berjalan ke Plaza Angsana, jalan-jalan sikit. Makan banyak la.. hehe.. 26/11 tidur rumah adik ipar balik. Selasa baru balik Putrajaya. Then dapat berita buruk mak mertuaku dimasukkan ke Hospital Bentong sebab bengkak kakinya makin teruk. Nak jadikan cerita keadaan makin teruk mak mertua di masukkan ke Hospital Subang Jaya Medical Centre Sime Derby Khamis lepas. Nak bunuh kuman dulu ikhtiarnya. Tapi setelah di x-ray tulang di ibu jari kaki dah takde. So tetap kena operate. Pagi Sabtu ramai-ramai berkumpul di sana dan Alhamdulillah operation berjaya. Sampai ke saat ini masih dalam proses rawatan. Hari-hari kitorang pergi menziarahi mak. Kesian bapak mertuaku yang kena stay jugak kat situ jaga mak. Takat tidur atas kerusi ajelah beberapa hari ni. Kesian juga untuk anakku Aiman yang masih baby hari-hari menahan sejuk kat hospital.. Semoga dia tidak menghadapi masalah kesihatan dan sentiasa kuat.
Semoga segala urusan dipermudahkan. Setiap tulisanku bukanlah untuk tujuan komersil, tetapi hanyalah seumpama diary yang boleh aku atau waris-warisku baca kembali suatu hari nanti kelak sebagai pengingat kehidupan yang sementara ini. Siapa tahu blog ini yang tercetus sejak tahun 2004 masih bernafas sehingga kini.. hehe. Wassalam
Monday, October 08, 2012
Kamar Selesa
Wednesday, September 05, 2012
Majlis Akikah Aiman
Alhamdulillah tuhan kuatkan lagi diri hambaNya ini untuk terus menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi. Dengan ada sedikit kelapangan masa ini, ingin saya coretkan sedikit tentang peristiwa majlis Akikah buat putera pertama saya dan isteri. Majlis berlangsung pada 25 Ogos 2012 (Sabtu) bertempat di kampung atuk neneknya di Bentong, Pahang.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar bermula seawal 9.30 pagi dengan kumpulan marhaban bersarapan di perkarangan rumah. Kelam kabut juga si mamanya menyiapkan Aiman. Buaian yang disewa juga sudah tersergam indah. Cantik. Dalam jam 10 marhabah dimulakan.. sungguh mendayu-dayu..mujurlah Anakku yang kurang sihat tak pula meragam sepanjang qasidah didendangkan..
Majlis bercukur juga berjalan dengan lancar dan terasa sebak di dada bila kukucup anakku.. seorang lagi hamba Allah yang amat kami ternanti-nantikan.. comel, kiut, memakai baju melayu kecil warna kuning.. oh my son..
Kesemua adik beradik yang hadir mengambil kesempatan untuk 'menyembelih' sedikit rambut Aiman. Mak Tok dan Tok Wan yang tiba lewat sikit dari Putrajaya pun sempat juga lah buat benda penting tu untuk satu majlis Akikah.
(nenek)
(dedi)
(Atuk)
(PakLong)
(Tok Wan)
(Mak Tok)
(Pak Ngah)
(Pak Lang)
(Mak De)
(Pak Chu)
(Mak Ngah)
(Pak Andak)
(Mak Lang)
(Tahlil)
(Selepas Majlis)
(Jamuan Kambing 2 ekor :p )
hmm..kurang pandai pulak nak buat tulisan bawah gambar.. camne jadi camtulah yek.. nak edit pon tak berapa reti hehe.. So begitulah kisahnye Majlis Akikah Ahmad Faiq Aiman yang agak meriah.. Aiman sendiri boleh baca blog ni bila dia dewasa nanti dan tengok gambar siapa yang potong rambut dia masa masih baby hehe.. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Semoga anakku menjadi anak yang baik, yang soleh dan menurut agama Islam dengan sebaiknya.. Semoga Allah berkati keluarga kami dan menambah lagi ahli keluarga kami di masa akan datang.. Terima kasih kepada yang hadir dan yang tak dapat hadir mohon doakan kesejahteraan kami semua.. Aaaamin.. Wassalam.
Monday, September 03, 2012
Try Umobile pulak
Tuesday, August 28, 2012
Selamat Hari Raya
Thursday, July 19, 2012
Selamat Berpuasa
Wednesday, July 11, 2012
Hanya Allah yang Menghilangkan Kesukaran
Pada pagi yang berbahagia ini, baru sahaja membantu Kelab Marvelous mengedarkan baju sukan kepada murid.. Hajat asalnya nak buat padang untuk 200meter malangnya pagi tadi hujan lebat dan air bertakung di padang menyebabkan aktiviti terpaksa ditangguhkan seketika.
Pada masa yang singkat ini juga saya mencuri sedikit masa untuk memberi peringatan tentang kebesaran Allah. Seperti yang kita semua maklum dan tahu.. Hanya Allah yang berkuasa menghilangkan segala kesukaran dalam hidup kita. Walau sehebat mana kita, atau selemah mana kita, sandaran utama kita tetaplah hanya Allah semata-mata.
Janganlah kita menyekutukan Allah, bersikap takbur dan riak,sombong dengan kelebihan yang kita ada. Ingatlah yang kita semua sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. terjumpa saya satu petikan ayat Quran daripada asurah Asy-Syu'ara ayat 78-82 yang membawa maksud :
[26.78] (yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,
[26.79] dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,
[26.80] dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,
[26.81] dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),
[26.82] dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".
Allah telah menjanjikan sebegitu kepada hamba-hambaNya justeru apa yang kita perlu pertikaikan lagi? Teruskanlah membuat amalan-amalan kebaikan, menjaga tingkahlaku dan percakapan kita, menjaga hati dan perasaan sesama manusia, tidak bercakap besar dan menjatuhkan maruah orang lain, berlagak tak sudah dengan kelebihan yang ada, membodek dan mengipas ketua serta menjatuhkan rakan-rakan sekerja dengan fitnah-fitnah (menjadi batu api). Berat seksaannya wahai sahabat-sahabat.
Begitu juga jika kita sakit, hanya Allah yang menyembuhkan penyakit kita. Berikhtiarlah dengan apa cara sekalipun tapi janganlah menyekutukan Allah. Kita berubat, tapi berdoalah kepada Allah dengan penuh kerendahan hati. Janganlah percaya sepenuhnya kepada perawat kita seolah-olah dia Tuhan. Percayalah kepadanya sebagai perantara dan kelebihannya sahaja kerana dia juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dengan kekuatan kalimah "Kun Fayakun" maka jadilah apa sahaja yang Allah kehendaki.
Tugas kita ialah terus beribadah kepada Allah, mengutamakan Allah, melaksanakan perintah-perintah Allah dengan segera dan buatlah kerja kita sebagai manusia dengan mengikut peraturan dan hukum alam ciptaan Allah. Teringat kisah Nabi Ayyub yang diuji dengan hebat dan dasyat. Tapi berkat kesabaran dan ketaatan kepada Allah, dia dapat membina hidup baru dengan jayanya setelah kehidupan lama punah satu demi satu. Sedangkan Nabi diuji dengan hebat, apatah lagi kita yang jauh dari taraf nabi dan Rasul itu.
Begitulah sedikit coretan saya pada pagi yang dingin ini, sibuk dengan kerja dan tugasan, masih sempat meninggalkan pesan. Dalam hati amat merindui anakku dan isteri yang berada di kampung. Sibuk menyiapkan persiapan untuk Kejohanan Sukan Sekolah pada Ahad ini (15 Julai 2012) dan dalam masa yang sama merancang untuk balik kampung juga sekejap Jumaat- Sabtu untuk melepaskan rindu pada Anak dan isteri. Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. Seorang hamba yang lemah dan hina..Wallahualam.. :)
Tuesday, July 10, 2012
Baru Tambah Buku Pelawat
Monday, July 02, 2012
Syukur Ya Allah
Saat tika ku menulis cetusan ini.. sudah genaplah 14 hari kelahiran Putera sulung ku yang amat saya dan isteri nantikan selama ini. Dengan penuh kesabaran, pelbagai ikhtiar, pelbagai dugaan, tanggal 18 Jun 2012 tepat jam 8.44 pagi, Lahirlah si dia yang amat kami amat kasihi di Hospital Putrajaya. Saat terindah dan mendebarkan pabila keluar status 'operation completed' di paparan skrin. Nurse memanggil untuk mengazankan si anak kecil ini. Beratnya 2.86 kg.
Dengan kelahiran ini banyak mengubah status bagi pihak keluargaku. Terutama ibu bapaku yang sudah lama menanti cucu pertama. InsyaAllah selepas ini cucu-cucu seterusnya akan lahir :) ...
Kisah gembira tidak berpanjangan.. anakku yang lahirnya sihat.. disambut datuk2 dan nenek2 nya, bapa saudaranya ibu saudaranya, sepupu sepupunya tiba-tiba menjadi lemah kerana kelekaan nurse yang buat endah tak endah sedangkan kami semua perasan baby kelihatan terlalu haus.. Sudahlah waktu melawat sangat strict.. sang bapa sepertiku turut tidak dibenarkan berada di samping isteri.
4.30 petang, saya pergi melawat isteri dan anak pada waktu melawat, kecoh anakku sudah muntah susu siap keluar ikut hidung.. badannya dah lemah sampaikan terpaksa dibawa ke NICU.. waktu itu air mata ku mencurah keluar membasahi pipi.. didepan ramai orang.. apakan daya untuk kutahan.. anak yang baru beberapa jam lahir ke dunia, kini sakit tenat. Tak putus-putus berdoa, baca Yassin..Solat Hajat.. alangkah sedihnya rasa.
19 Jun pada waktu melawat saya dan isteri yang masih lemah menuju ke NICU dan doktor mengesahkan dia kena radang paru-paru dan x boleh bernafas sendiri.. terpaksa guna alat bantuan oksigen.. Bayangkan sikecilku penuh dengan wayar di badan.. dalam mulut saja ada 2 wayar. Sedih..sungguh sedih.. Petang jam 4.30 pergi lagi dia kelihatan stabil sedikit.
Alhamdulillah hari2 yang berikutnya keadaan anakku semakin baik.. Nampak kekuatan dalam dirinya berjuang untuk terus hidup.. Bantuan pernafasan direct dah dicabut.. tapi masih diberi bantuan melalui oksigen dikepung dalam balang kat kepala dia.. Doktor cakap buat camtu supaya dia tak terkejut pulak kalau tiba2 bantuan oksigen stop macam tu saja. Yang menyedihkan di tangan dan kakinya penuh kesan jarum ambil darah.. Keadaan makin baik tetapi mesti menghabiskan antibiotik selama 7 hari.. so terpaksala baby terkurung di NICU selama 7 hari sekurang-kurangnya.. Hari ke6 doktor panggil isteriku untuk tinggal dengan baby kat bilik khas NICU.. Akhirnya dapat mereka bersatu kembali.. menitis air mata kami..
Hari ke7 sang mama dan sang baby dipindahkan ke Hospital Bersalin Presint 8 yang cantik dan selesa la jugak.. Rumah apartment di jadikan wad. So satu rumah ada 3 wad yang besar2 biliknya.. Alhamdulillah 25 Jun anakku dan isteriku discaj daripada hospital.. Isnin lahir..Isnin sekali lagi baru dapat bawak dia balik rumah.. Lama tu hehe.. Apapun Syukur kepada Allah yang memakbulkan permintaan hambaMu yang lemah ini..
Saat ku menulis ini, kembali tinggal sorang-sorang di rumah sebab isteri dan anak dah balik kampung untuk menghabiskan masa pantang. Sabtu lepas kami bertolak balik Bentong dan semalam saya kembali ke Putrajaya sendirian. Cuma ada kesan2 kena kuning Juandis.. berak kencing ok.. menyusu pun ok.. harap-harap kuningnya pun surut cepat.. Walaupun kecuaian daripada sebelah pihak di Hospital Putrajaya yang menyebabkan Mak Long ku mengamuk masa hari kejadian, Ku ucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Hospital Putrajaya yang menjaga isteriku selama hampir sebulan kerana Plasenta Pravea, berjaya membuat pembedahan untuk melahirkan puteraku tanpa sebarang komplikasi, dan pihak NICU sendiri yang menjaga dan merawat anakku sehingga sembuh.
Terima kasih banyak-banyak buat ibubapaku yang hampir setiap hari datang melawat dan ibuku yang jaga isteriku di Hospital 2 malam. Begitu juga ibu bapa mertuaku yang hampir 2 minggu datang dari kampung dan banyak membantu isteriku yang 1st time jadi ibu dan saya sebagai bapa. Terima Kasih banyak-banyak kepada semua adik beradik, ipar duai ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus2 mendoakan supaya isteri dan anak saya selamat.. terharu sungguh..dan Syukur pada Allah.. Semoga selepas ini Allah permudahkan urusan ahli keluarga, sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini. Allah Maha Berkuasa, Maha memberi, Maha Penyayang dan segalanya. Semoga Anakku membesar tanpa sebarang masalah kesihatan lagi, membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi anak yang hebat kelak.. Aaaamin... Wassalam
Thursday, May 03, 2012
Dukacita
Saat saya menulis entry ini.. hati saya sangat sedih.. hanya Allah yang tahu... Baru pulang daripada Hospital Putrajaya.. bertemu doktor pakar.. doktor mengesahkan uri anak saya berada di bahagian bawah..menutup sepenuhnya.. sudah tahap 4.. maknanya isteri saya akan dibedah sewaktu mahu bersalin nanti...
Doktor suruh masuk wad hari ini jugak.. tapi terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan.. kami merayu dilewatkan sedikit dan doktor bagi tarikh sampai Isnin sahaja untuk lapor diri ke wad... Isteri saya akan menghabiskan masa di wad Hospital Putrajaya untuk beberapa minggu.. sekarang kandungan berusia 31 minggu 3 hari.. bayangkanlah berapa lama lagi dia akan ditahan dan saya sendiri akan kesunyian.
Saya tidak terlalu memikkirkan keadaan saya. Memikirkan nasib isteri dan anak adalah jauh lebih penting. Lebih-lebih lagi anak sulung.. doktor dah scan.. lelaki katanya..dah nampak.. anak lelaki Alhamdulillah.. Kenapa perlu masuk hospital? Doktor beritahu keadaan uri yang menutup saluran itu akan mengancam nyawa ibu dan anak sekiranya berlaku perdarahan.. dengan 'direhatkan' di hospital, sekurang-kurangnya si ibu dan si anak akan mendapat perhatian lebih dan jika berlaku perdarahan, masa yang diambil tidak akan begitu lama untuk sampai ke bilih bedah berbanding jika berada di rumah.. saya pasrah dengan alasan doktor tersebut.
Patutlah beriya benar rasa nak beli barang baby masa cuti 1 Mei baru-baru ni... rupanya dah dapat alamat. Ada beberapa event besar akan berlaku dan yang paling grandnya adalah Majlis Kenduri Perkahwinan adik isteriku 27 Mei nanti. Nampak gayanya tak sampai lah kot. Isteriku juga dapat APC untuk Hari Guru Tahun ni.. tak dapat hadir jugaklah kot..
Untuk kes ini untuk bayi kembali ke keadaan normal adalah agak susah dan doktor pun berkata macam mustahil kerana sudah di tahap 4. Namun saya merayu sesiapa yang terbaca tulisan saya ini untuk mendoakan kesihatan Isteri dan anak saya berada dalam keadaan baik dan sedapatnya Allah beri keajaiban untuk 'kedudukan uri' itu berubah walaupun pada saat-saat akhir supaya isteri saya dapat melahirkan anak secara normal.. Senang membaca , susah hati ditanggung , kepada Allah tempat hambaNya merayu dan memohon.. Permudahkanlah segala urusan kami ya Allah... Wassalam 3 Mei 2012 12.50 tengah hari.
Monday, March 12, 2012
Coretan Kebesaran Allah
Tuesday, February 07, 2012
Salam Maulidur Rasul
Tuesday, January 17, 2012
Alhamdulillah Berjaya
Usaha nak wat blog jQAF sekolah saya
Wednesday, December 28, 2011
Pos Akhir 2011
Friday, December 02, 2011
Tip Penenang hati 1
Salah satu cara mencapai ketenangan hati dan jiwa ialah kita tidak terlalu berharap atau mengharapkan balasan atas setiap perbuatan kita terhadap orang lain walaupun ucapan terima kasih.
Kebiasaannya kita menjadi tertekan kerana terlalu memikirkan ucapan penghargaan untuk kerja yang kita lakukan menjadikan niat kita yang pada mulanya ikhlas terus berubah menjadi marah, tension, benci dan sebagainya. Justeru bagaimana kita boleh mendapat ketenangan hati dan jiwa?
Apa yang kita hendak risaukan? Tuhan telah menjanjikan balasan pahala untuk setiap amalan kebaikan.. ganjaran daripada Allah atau manusia yang lebih penting? so saya ingin kongsikan di sini salah satu cara menenangkan hati ialah dengan tidak mengharapkan ucapan terima kasih atau sebarang ganjaran untuk setiap apa yang kita lakukan. Kita boleh fikir sendiri, dalam kehidupan yang macam-macam perkara yang kita lalui, hanya menambah stress atau tekanan jika buat kerja tapi terlalu mengharapkan balasan.
Rutin kerja kita sekarang (khasnya buat saya sebagai guru) amat berat dan beban yang ditanggung kadang-kadang melebihi kemampuan kita. Jika terlalu mengharapkan penghargaan seperti APC, pujian dalam meeting, pujian dalam perhimpunan takkan sampai kemanalah kemampuan diri kita ini. Bagi saya sendiri, buat kerja kita sebab itu amanah dan tanggungjawab. Dan kalau kita buat kerja semata-mata untuk menarik perhatian dan membodek, apa akan terjadi setelah anugerah diberi? Apakah akan masih cemerlang pada tahun yang akan datang?
Semoga sedikit perkongsian pendapat ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa saja yang membaca tidak mengira peringkat umur :) Wassalam (ini saya copy balik dari pos yang saya buat di page facebook saya ustaz firdaus ashraf TQ )
Thursday, December 01, 2011
Annivesary ke dua ;)
Banyak kerja di Awal Muharam
Wednesday, November 16, 2011
kami blogger putrajaya
Sunday, November 06, 2011
Salam Aidil Adha 1432H/2011
Tuesday, November 01, 2011
Penat pun tak kisah
Thursday, October 06, 2011
ART - Artistry Rejuvenates Tranquility.. It's Our Passion!: Baju KPTA! Limited & Exclusive! RM 38
like like
Tuesday, October 04, 2011
Kursus mySPATA di USIM,Nilai
Tuesday, September 06, 2011
Kekalahan terburuk dalam sejarah Arsenal


Soal jawab agama 1
Thursday, September 01, 2011
Ucapan Selamat Hari Raya 2011 :) buat semua
Tuesday, August 16, 2011
Sejarah Penubuhan Kelab Arsenal
Pada tahun 1891 Royal Arsenal status mereka berubah menjadi profesional dan menukar namanya menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1893 yang selepas itu menyertai Liga Bolasepak FL (Football League). Pasukan ini melakukan perpindahan ke Highbury pada tahun 1913 dan telah menyertai liga divisyen dua. Seiring dengan PD I, mereka terpilih untuk mengikuti perlawanan divisyen satu yang mula rancak, divisiyen yang mana mereka ikuti sehingga pada waktu ini.
Herbert Chapman mengambil alih Arsenal pada tahun 1925, dan pada tahun1930 ia menerajui skuad the Gunners untuk pertama kalinya menjuarai Piala FA dengan kemenangan ke atas Huddersfield Town pada perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, pada tahun 1931, Arsenal melakukan sejarah dengan menjuarai divisyen satu. Bukan itu sahaja, skuad the Gunners ini telah menjuarai divisyen satu sebanyak 3 kali secara berturut-turut iaitu pada tahun 1933, 1934 dan 1935. Prestasi yang hanya pernah dicapai oleh 4 kelab teratas dalam liga Inggeris. Selepas itu mereka menerima berita yang menyedihkan apabila Chapman meninggal,.Dia meninggal dunia setelah mencapai status ‘legenda’.
George Allison mengambil alih tampuk pimpinan itu dan meneruskan baki dekad 30-an tersebut dengan kemenangan sebuah lagi Piala FA (1936) dan liga divisyen satu (1938). Sehingga pada waktu itu sahaja Arsenal telah mempunyai beberapa pemain legenda. Alex Yakobus, Ted Drake, Cliff Bastin, David Jack, Eddie Hapgood dan George Male merupakan sebahagian nama pemain legenda yang telah bermain di Football League.
Perang Dunia kedua menghambat Arsenal dalam berkompetisi secara normal dan efektif, tetapi setelah Tom Whittaker menjadi pengurus, kejayaan Arsenal kembali semula. The Gunners merupakan juara divisiyen satu 1947/48 dan 1952/53; juara Piala FA pada tahun 1950 dan naib juara pada tahun 1952. Era 60′an prestasinya pasukan Arsenal agak merudum dalam perlawanan-perlawanan tempatan, dan sepanjang dekad itu mereka hanya meraih 2 kali ke peringkat akhir Piala Liga pada 1968 dan 1969. Setelah Bertie Mee mengambil alih pada pertengahan 60′an, untuk pertama kalinya mereka menjuarai salah satu perlawanan Piala Eropa antara kelab, Fairs Cup, pada musim 1969/70 dengan menewaskan Anderlecht 4-3 pada peringkat akhir melalui agreget.
Arsenal mula bangkit semula pada dekad 70′an dengan kehadiran pemain-pemain seperti Charlie George, George Armstrong, Ray Kennedy dan ketua pasukan Frank McLintock, dengan menjuarailiga dan piala FA sekaligus. Mereka memastikan gelaran juara liga di White Hart Lane, di hadapan penyokong Tottenham Hotspurs sendiri yang merupakan musuh sejirannya dan kemudian menjuarai piala FA dalam peringkat akhir dengan kemenangan ke atas Liverpool setelah habis waktu tambahan.
Pada akhir tahun 70′an, mereka meraih 3 kali tiket ke perlawanan akhir Piala FA dan menang dua diantaranya. Pada tahun 1980, mereka juga meraih final Cup Winners Cup namun pasukan Arsenal yang diperkuatkan oleh Graham Rix, Frank Stapleton, Pat Rice, David O’Leary dan Liam Brady tersebut dikalahkan oleh kelab dari Spanyol, Valencia.
George Graham adalah anggota pasukan Arsenal pada 1971 yang meraih gelaran berganda. Dia mengambil alih gelaran pengurus daripada Don Howe dan kemudiannya membawa kejayaaan bagi Arsenal semula. Dia memimpin Arsenal untuk pertama kalinya meraih piala liga pada 1986/1987. Dua tahun berikutnya, 1989, Arsenal memenangkan kembali gelaran juara liga dengan gol sensasi Michael Thomas pada kempen terakhir liga. Dan pada 1990/1991 mereka meraih gelaran juara liga dengan meyakinkan, kalah hanya sekali dari seluruh pertandingan.
Pada tahun 1995 mereka memenangi piala Winners dengan menundukkan wakil Itali, Parma, pada peringkat akhir yang dilangsungkan di Kopenhagen, melalui jaringan Alan Smith. Musim berikutnya mereka masuk ke peringkat kahir sekali lagi namun ditewaskan oleh Real Zaragoza. Pada masa itu George Graham telah digantikan oleh Bruce Rioch. Walaupun Rioch hanya bertahan satu musim sahaja, dia sempat membawa masuk Dennis Bergkamp ke dalam skuad Arsenal.
Pada 1997/98, ia adalah musim pertama Wenger berada Highbury, Arsenal menyambar gelaran berganda, juara Liga Perdana dan juara Piala FA yang merupakan kali kedua dalam sejarah kelab tersebut Wenger mendapat gelaran Pengurus Terbaik, Anugerah Pengurus Carling. Dennis Bergkamp juga terpilih sebagai pemain terbaik pada tahun itu oleh Persatuan Wartawan Bolasepak, FWA, dan gelaran pemain terbaik dari Persatuan Pemain, PFA. Satu musim yang sangat mengejutkan dan dikendalikan dengan cukup sempurna. Ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran bintang Perancis, Emmanuel Petit dan Patrick Vieira.
3 tahun berikutnya Arsenal menjadi naib juara liga, pada tahun 2000 mereka meraih fperingkat akhir Piala UEFA dan kalah melalui sepakkan penalti. Musim 2001/2002, mereka menjadi juara Liga Perdana sekali lagi. Namun pada musim 2003/2004 ia merupakan detik yang paling sensasi apabila mereka menjuarai Liga Perdana tanpa kalah. Perbezaan mata dengan Chelsea yang merupakan naib juara pada musim tersebut sebanyak 11 mata.
Setelah 93 tahun Highbury menjadi rumah bagi Arsenal, the Gunners akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana kelab tersebut telah selesai membangunkan stadium baru yang mewah iaitu Stadium Emirates. Ini merupakan bukti kesungguhan Arsenal untuk mampu menyaingi Manchester United dan klelab-kelab besar Eropah lainnya yang rata-rata mempunyai stadium besar. Stadium Emirates berkapasiti 60.000 orang untuk menjanjikan penonton yang lebih dan perencanaan masa depan yang lebih baik bagi Arsenal.
Monday, August 01, 2011
1 Ramadhan tahun ni tahun 2011
Tuesday, July 26, 2011
Ramadhan kian menjelma
Tuesday, July 12, 2011
Sehari sebelum Malaysia vs Arsenal FC

Monday, July 04, 2011
pekembangan baru rumahku


Wednesday, June 29, 2011
buat baik pun salah?
Wednesday, June 15, 2011
jQAF-kad rekod bacaan QURAN
Sunday, June 05, 2011
Hukum mewarna rambut
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
