SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Thursday, August 31, 2006

Merdeka

Bismillah al-Rahman al-Rahim..
Lama gak tak nulih kat blog sini..hmm..Alhamdulillah sekarang ade skit masa. Nipun sebab kat chatbox tu dah kene pangkah ngan Aini haha.. ada dua bini bini tua jangan dilupakan..diabaikan..ewah..kemain lagi..

Hmm Malaysia sekali lagi menyambut 31 Ogos seperti setiap tahun yang lepas2 menandakan kalini dah masuk kali ke 49 dah kemerdekaan di Malaysia. Bersyukur sebab Malaysia ni masih aman makmur lagilah berbanding banyak negara yang dah porak peranda dan ada yang baru nak mula berporak peranda. Ada Negara yang umat Islam itu seperti tiada nilainya dibunuh, dan diperlakukan apa sahaja. Islam sebenarnya sepatutnya merdeka lebih lama dulu tetapi mengapa kita seolah-olah terkurung walaupun berada di negara sendiri?..

Hanya kita mampu merubah diri sendiri dan kaum keluarga kita, begitu juga masyarakat bangsa kita..Sebab nak suruh orang lain merubah diri kita barulah jadi situasi macam sekarang yang kita tak berapa gemar ni. So dalam sinar merdeka yang baru disambut gilang gemilang malam semalam, dengan penuh bunga api berpancaran di langit seperti perang plak kulihat, hope semua mengambil semangat merdeka untuk memajukan diri dan agama supaya lebih menonjol dan tidak ketinggalan atau tenggalam dek arus zaman.

Selasa aritu aku menghadiri temuduga j-QAF KPLI.. sungguh syahdu dibuatnye bila mula-mula masuk bilik temuduga tu. Ramai member2 yang dikenali terkena sama pusat dengan ku kat Institut Perguruan Islam Bangi (dulu MPI) .. Boleh dikatakan bahagian yang cakap-cakap Alhamdulillah la tapi sebelum cakap-cakap kena tulis dulu.. Yang tu teman rasa terpinggir la plak..Ish..bahaya btol..soklan pun dah konpius..entahla. Udahla malam sebelum iterview tu syarikat tV kat Malaysia ni dok berperang sesama sendiri. tV 1 dan Astro tayang program nak baik hubungan Mawi dan Ina. Kat Tv3 tunjuk CT bersanding ngan Dato' K.. Camne la nak prepare dan study? hehe.

So doakan lah semoga matlamat diriku tercapai walau dalam apajua bidang sekalipun. Ish..Hmm..tak keruan dibuatnye..Wokeh nanti nak sambung lagi..sekarang rase ngantuk plak.hee.. Best dengar member2 beriya sambut merdeka kat KLCC, PutraJaya dsb tapi aku sekadar dok rumah ja.Pikir nak cari keja apa pasni..sapa nak tolong aku? Boleh la ehe :) Wassalam

Tuesday, August 08, 2006

Silat dan Lanun filem

Assalamualaikum WBT...

Hmm..kat rumah ni nak sembang sorang2 kang dikata gila plak..baik tulis banyak2 baru lah tak gila..hehe.. saja nak citer skit pasal peristiwa dua tiga hari ni..tua-tua nanti bila baca balik kan boleh gak nak teringat kan? hehe..

Weekend lepas berlangsung Sukan UKM Silat Olahraga dan aku menjadi salah seorang urusetianya. Ramai tanya kenapa tak masuk dah? Ish camne la nak masuk kan konvo x sampai lagi dua minggu..buatnya terseliuh kaki ke ape ke..camne nak buat?..hehe..Khamis malam Jumaat pasang materest kat Dewan Gemilang UKM. gelanggang silat la..ramai gak yang datang membantu. Pastu ke Kolej lamaku KIY untuk memberi sedikit peransang kat budak2 wakil KIY tu semua..

Jumaat petang adalah pendaftaran.. ramai yang masuk SUKEM kalini. Meriah ja. Malam mula game seni. Aku cadang nak lepak UKm sepanjang Sukem sebab parent balik Perak. Tapi malam petama balik gak umah setelah letak barang2 kat bilik Nas.. Nas star KIY dan Juara MASUM silat Olahraga ni..my best fren lah.. Shahet pun sampai malam tu dari Pasir Gudang.. Shahet juga sahabat karib ku dari KIy yang sama2 memperjuangkan silat olahraga KIY dan UKM.. Seni malam tu dibolot semua oleh KAJAI dengan 4 emas.. Kiy dapat pingat pertama dalam sejarah silat seni dengan Rahim dapat pingat Perak..hehe.Sebelum ni x penah antar wakil seni.

Sabtu pagi bergegas bangun tidur dan ke UKM. Pitshah lepak umah aku gak tidur jap. Jadi Ajk letih ngan makan ja.. Aku jaga kaunter barangan dan geng2 silat UKM semua suka lepak situ..Ngan akak sorang tu Solehah kot nama dia, Shahera, Jihah, Yati, Mijang, Che Un, Skott dan Pok Che'.. tapi ramai gak lagi la..Masing2 buzy dengan tugasan masing2 termasuk dengan komitmen terhadap kolej masing2.. star2 UKM ramai datang balik untuk tengok SUKEM. Geng merangkap ex-musuh aku Bed pun ada. Selain tu Abang Zaidi lagenda, Amir Terminator, Mawi Gorgon dan ramai lagi. Riuh meja urusetia dengan lawak gurau senda yang x abis2..

Malas nak ulas pasal SUKEm sangat. Star2 macam Nas, Pok Che', Fiza, Mai, Man Kajai, Swat langsung tak bermasalah menggondol pingat emas. Banyak gak star2 baru macam Skott, Azmir KIY dapat emas. Apepun letih la dalam menghadapi SUKEM 2 hari setengah ni. Bekalan makan mencukupi malah berlebih dan Abang Man(coach UKM) tak menghadapi masalah sangat dalam menguruskan pertandingan kalini. Dapat t-shirt sehelai hehe. Shahet pun dilantik jadi urusetia last minit.

Ahad tengahari member2 ajak amik jubah konvo lat Dectar. Aku just teman depa sebab lupa bawak slip Bank Islam plak ish. Dani, Seze', Boby, Chot n Arip pun datang gak dari KUIM saja melawat.petang majlis meraikan urusetia-urusetia semua kat KFC PKNS Bangi.. meriah dan hampir semua datang kecuali Mijang yang letih sangat dan Shahet yang terpaksa balik Johor segera sebab esoknya nak keja.Nak ingat balik nama-nama AJK yang senhtiasa hepi sokmo..best... Man Kajai selaku ketua urusetia, Che' Un (Bashirul), Pok Che' (Hafiz), Nas, Skott( Hery), Mijang( Amizan), Shahet, Mai, Fiza, Yaty, Solehah, Ana, Fatimah, Shahera dan Aishah. Pas jamuan jalan2 ngan Nas, Skott dan Pok Che' kat Billion tu n then lepak bilik Nas. Kol 10 lebih balik umah.. Pit Shah ngan Mad datang lepak umah aku malam tu..

Isnin makan tengah hari kat Azura. Pastu lepak umah sewa jap. Amiq cakap dia start keja esok jadi lecterer kat Kolej Teknologi Timur. Murah rezeki dia. Ke UIA teman Pit Shah jumpa adik dia. Lepak kolej adik dia tu kat mana ntah lupa lak. x tesangka-sangka leh terserempak ngan member sekolah lama tapi mula2 konfius..aku dalam kereta dia kat tepi jalan.. macam Alaw je..last2 dia yang tepon seterusnya mengompemkan situasi tersebut ..hehe.. Adiknya pun ade kat UIA tu.. Comey plak tu..heee.. Adik ku sorang lagi jugak x leh jumpa AF.. Dah ikut orang kan..takkan nak buat kepala plak? :-( tau Laq marah.. Nanti leh jumpa punya.. Cadang nak gi UIA suatu ari nanti nak gi jumpa semua yang ada hubungan ngan aku.. Nak jumpa semua..

Pastu Fakrizal belanja minum kat kafe Human Science walaupun sebelum tu adik Pitshah dah belanja kat kafe Maryam tu..oo kolej adik dia tu Maryam lah..hehe.. Sha kat Sumayyah.. Laq kat Hafsa..kan dah ingat nama2 marhalah kat UIA..hehe.. pastu balik ke Bangi makan nasik kat Mapley. Gi umah sewa mulakan proses jadi lanun ngan Pitshah.. Bob, Dani semua ada dok buat hingaq Dani baru beli kamera digital. Yang lain semuanya bertugas di post masing2 :) ... sekarang aku balik rumah dan berehat.. Pitshah meneruskan usaha menjadi Lanun filem donload..heee

Friday, August 04, 2006

Kenangan Beberapa hari ke Labuan dan Sabah

Bismillah Al- Rahman al- Rahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..saje nak citer skit bila ada masa terluang ni pasal program jalan2 baru ni..hehe

Jumaat 28/07/06 flight kol 12.35 tengah hari bertolak ke Labuan ngan my mom..Dapat gak naik kapalterbang balik. Dulu last masa sekolah rendah gi Sabah gak. Lebih kurang 2 jam atas langit sampaila Labuan. Ayahku yang memang dah tunggu kat sana jemput kat Airport Labuan ngan Ustaz Suhaili selaku L.O.(pemandu pelancong atau pengiring ayah aku la).. Ke Hotel Mutiara tempat kami menginap. Tepi laut n sungguh cantik..Malam2 burung akan tidur kat pokok buluh depan bilik..beribu-ribu ekor..sangat comel.. Malam tu juga ada makan malam sempena Majlis Tilawah Quran Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQ) kat Plaza Kewangan Convention Hall.. Macam-macam persembahan menarik.. budak2 istimewa, budak2 Jqaf, nasyid..

29/07/06 penutup MTQ kat tempat sama macam semalam. Dato' Hishamuddin Tun Hussain Menteri Pelajaran rasmi diiringi SU sulit dia kot Ustaz Firdaus Ismail ex-Imam Besar Masjid Negara. Aku tak masuk pun penutup tu..Jalan-jalan kat Plaza tu..cuci mata..beli coklat lepak ngan Sabahan tu semua..abis je tu gi Shopping beli kain untuk wat seluar slack untuk konvo dan baju Melayu Raya..hehe ..matk ayah aku pun beli sakan.. bayar kad kredit kat The New Store tu RM800.. banyak gak ye..hehe. Malam aku makan malam ngan Pengarah2 kat JAPIM tu. Hj Dangiran (kepala bos), HJ Shuib (Pengarah Pengurusan), Dr. Nan (Pengarah Dakwah), Hj Mohd ( Pengarah Kurikulum. Ayah aku daa hehe)..makan ngan semua L.O dan pegawai dari Labuan tu..Makan mewah ikan besar2..kenangan-kenangan..

30/07/06 kol 10.30 pagi naik Feri ke Kota Kinabalu. 3 jam perjalanan. siap dia pasang 2 movie atas feri tu. Tidur kat Promenade Hotel. Petang jalan-jalan cari makan kat pasar KK tu. Makan ikan panggang. Gi Bazar Philipine beli skit cenderamata yang member pesan atau nak kasi kat orang. Tempat kat sini menarik gak..Pastu sebelum balik makan dulu kepak ayam ngan nasik goreng.. Comel adik yang jaga gerai tu..hehe..Letih jugak..rehat.

31/07/06 ke Tawau naik Air Asia. Flight kol 9 pagi. Sampai sana dah ada ustad tunggu. my perent naik ngan sorang ustad tu..aku naik ngan Ustad Mad Awang pengetua SMKA Tun Sakaran. Best lepak ngan ustad tu.. banyak info dia kasitau tanpa ditanya..dia ke Sabah thun 2003 dan sekarang dia xmau balik semenanjung dah walaupun ada offer ke SMAP Kajang dan Kementerian. Dari Tawau bertolak ke Semporna pejalanan sejam lebih. Gi makan-makan lepas Check in kat Hotel SeaFest. Sini lepak ada program untuk guru JQAF dan pasal Quran tu apentah..best jugak la. Melawat SMKA Tun Sakaran dan gi tengok tempat orang bela ikan. Petama kali tengok ikan Kerapu sebesar aku. Tupun penjaga tu cakp yang paling besar baruja mati..fuh..naik bulu roma tengok ikan tu.. banyak lagi la ikan cantik dalam tu..

1/08/06 Melawat SK Pulau Mabul. Naik bot laju dekat sejam jugak..terhempas-hempas melawan ombak..hehe..best jugak cabaran. sekolah yang menarik student ada 150 orang guru cuma 6 orang.Layanan pun baik kat sana tu. Air dan pemandangan lawa. Tempat pelancongan selepas Pulau Sipadan ditutup. Chalet2 pun lawa kat situ. Yang bestnya jauh kat lautan pun tetiba adagak line MAXIS aku satu bar..hehe. Pastu ustad2 dan ustazah yang join rombongan usik2 aku soh ngajar kat situ JQAF..hehe..lebih2 lagi Ustad Hasan..Best jugak..hehe. Lepas tu ke Pulau Sipadan tapi xleh turun bot sebab kena ada kebenaran polis dulu ..leh pusing ja. Memang cantik..amazing..MasyaAllah.. puasmati bila balik..walaupun letih gila..

Flight malam kol 9 malam ke KL. Ustad Mad Awang hantar kat Airport. Makan mlam dulu dalam perjalanan beliau belanja. Malangnya ada masalah kapalterbang. kol 12 baru leh gerak. Sampai ko, 3 pagi kat LCCT. Naik teksi kena rm77 nak balik Desa Saujana ni..hehe .Alhamdulillah selamat sampai dan banyak pengalaman indah dikumpul.. Marilah kita cuti-cuti Malaysia lagi nanti hehe.. Air Asia murah je macam tema dia 'Kini semua orang boleh terbang dengan Air Asia' Pramugari pun segak :p ok lah.. G semayang Jumaat la..

Wednesday, August 02, 2006

Konvokesyen

Bismillah al-Rahman al- Rahim..
Alhamdulillah..Segala pujian buat Tuhan yang Maha Besar ..
Setelah tiga tahun bersengkang mata, bermandi peluh, mengerah otak, mengikis dan mengabiskan duit bapak aku serta PTPTN, akhirnya dapat juga mengecapi saat bahagia tamat belajar kat UKM yang bertuah ni.. Konvokesyen aku di sidang terakhir sekali sungguh menyayat hati hehe..mujurlah member-member tahap bestfren semua kena sama tarikh ngan masa jugak..


Kami akan berkonvo pada 17hb Ogos jam 1.30 petang hingga 5 petang bersamaan sidang ke 12. Dengarnya pada sidang terakhir tokey2 kedai bunga semua dah kasi diskaun 70% kat pelanggan-pelanggan yang datang kedai mereka..so jemputlah datang ke majlis konvo kami hehehe.. YoS, Bob(Amirul Faiz), Amir Ashraf, Zulkhairul, Za raul (Faiyzan), Pit Man (Hafiz Rahman), Mat Shah, Meso.. yag perempuan pun ramai gak kena sekali..semoga tak terasa hambar lah walaupun di sidang yang terakhir sekali dah.

Kepada kawan-kawan Usuluddin Falsafah dan Fakulti Pengajian Islam yang lain yang majoriti berkonvo pada 14 dan 15hb Ogos diucapkan tahniah siap-siap..semoga kita semua dapat mengecapi kejayaan yang lebih tinggi lagi selepas tamat belajar di UKM ni sama ada yang mahu sambung belajar ataupun yang sudah mahu berkerjaya..

Satu nasihat...Jangan pandang lekeh pada KPLI J-QAF kerana itu adalah satu-satunya peluang pekerjaan yang kerajaan wujudkan atau hadiahkan kepada kita siap tepat pada masanya pulak lagi tanpa kita perlu bersaing dengan pelajar lepasan Fakulti lain seperti jawatan kerajaan atau swasta yang lain.. Walaupun sekadar mengajar sekolah rendah, tapi harga degree itu tetap laku dan anda semua boleh jadi Guru Besar dengan cepat..kuikuikui (gurau aje)..

Anda perlu sedar satu lagi hakikat iaitu dah amik Pengajian Islam, jangan perlekeh kerja yang disediakan untuk kita, tapi rebutlah ia dengan bersyukur..kalau cabaran mengajar sekolah rendah pun kita dah pikir tak mampu handle, pikirkanlah balik betapa peliknya kita boleh lulus dan dapat konvo kat UKM ni..hehe..sama ajelah kepada mana-mana rakan dari U lain ke kos apeke...Kena bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada kita kan?..
Tetapi sekiranya rezeki kita di bidang lain dan nampak lebih baik, janganlah pula kita menolaknya..Wokeh..Jumpa lagi..(dari blog frenster ku...)

Sunday, July 16, 2006

Kejayaan pemain Arsenal di Worldcup 2006:(adagak yang malang)

Lehmann: keeper German yang mantap bertahan sampai semi final sebelum bolos 2 bijik 2 minit terakhir masa tambahan lawan Italy

Toure: mantap bersama Ivory Coast..kalahpun game dorang best giler..

Sanderos: mantap beb..sedar x sedar swiss x bolos langsung dalam welkap kalini..kalah pun dalam penentuan penalti ngn Ukraine..Sanderos score lawan korea sampai berdarah kepala..best..

Djourou: sama mantap bersama defend Swiss..tapi xleh celen Sanderos lagi...

Cole: mantap bersama defend England. Kalah ngan Portugal pun sebab penalti ja..lagipun antara sebab kalah MU's man sorang tu kena buang padang sebab MU's man sorang lagi kuikuikui.......

Campbell: elokla dah blah..hehe..seri ngan Sweden pun sebab dia nampaknya

Reyes: bantu Spain dalam game ketiga..umpanan dia hasilkan gol walaupun sekali ja dia dapat main ..

Fabregas: adik yang mantap di tengah padang walaupun usia setahun jagung..banyak gak bantu Spain seperti banyak umpan bola kat Torres dan striker lain sebelum kena ngan geng kuda tua dan termasuk abang Henry nya

Gilberto: Dapat gak main 1st eleven beberapa game ngan Brazil walaupun kecundang jua di tangan France akhirnya..

Adebayor: Togo sekadar pelengkap jadual..team dorang semua gila harta..hehe

Rosicky: tengok game lawan Amerika teman paling tekejut..gaya main ada macam Hleb..tapi game pastu Nedved take over tengah padang sebab Rosicky xleh wat apa game lepas tu..bila nak dapat bola ja Nedved amik dulu..pastu kalah..hehe

Ljungberg: Aisey..penyelamat dunia score gol minit terakhir lawan Paraguay..game Sweden mmg best dalam peringkat kumpulan tapi tetiba kalah ngan German gol awal Podolski yang teman x sempat tengok..pelik pelik..

Henry: jatuh dengan memegang muka waktu lawan Spain(macam belakon) dan hasilnya Viera menghasilkan gol :P . Habiskan badi France yang xleh score gol dalam 4 pelawanan piala dunia waktu lawan Korea. Musnahkan harapan Brazil dengan gol bestnya. Jatuh dalam kotak penalti bila bintang terkenal Chelsea si Carvalho yang gila menebas kaki orang menyangkut kakinya. Penalti Zidane membawa kemenangan..Aksi menarik di final tapi kuar awal sebab pancit kot..hehe..mantap!!

Van Persie: lorong bola baik punya kat Robben waktu game 1st yg menang 1-0.. score gol freekick cun punya lawan Ivorycoast..

Walcott: Masih mentah dan media hanya mampu menayangkan aweqnya sahaja kerana dia tak dapat beraksi seminitpun atas padang..hehe..

Apapun best jugak la..lebih kurang 15 orang player Arsenal kat World Cup 2006..Kalau ade respon team lain yang bangga dengan aksi playernya di WorldCup 2006 silalah tulis sama..leh gak kita kongsi membacanya..hehe..
(INI BUKAN PROVOKASI..SAJA JA SEKADAR PENGETAHUAN YANG X BERAPA PENTING BAGI FAN TEAM LAIN..JANGAN TANDUK SAYA OK!!)

Saturday, July 15, 2006

3 ari Petama YoS kembali Ke dunia bola sepak

Haha.. setelah tamat semester ke 6 aku di UKM.. sudah tatau nak buat apa dengan kasut Bola Putih Kelabu jenama Umbro aku..yang telah menjaringkan banyak gol sewaktu mula2 beli sampailah sebelum hampir2 digantung setelah abis sem 6...Setiap petang dulu kami dak Pengajian Islam dok main kat padang ujung dekat gol Rugby.. best..muka selalu ada Pit Shah, Sezek, Boby(Amirul Faiz), Daniel, Paijan, Amiq, Akram, Shidi dll.. kami main ngan geng tahun 2 tahun tu Mat kee, Talib, Pak Su dan lain2 lah.. setiap petang meriah sangat..

Sem baru kat UKM telah bermula..rupa-rupanya bebudak ni masih aktif bermain bola. PitShah yang tengah mengabiskan subjek dia kat UKM tu ajak turun main bola macam biasa, kat tempat biasa dan geng2 yang main pun geng2 macam biasa (kecuali member2 aku dak tahun 3 tahun lepas lah semua dah balik kampung dan ade yang dah keje)..Petang tadi (Jumaat) adalah petang ketiga aku turun bermain semula dan hari petama main ari Rabu la..Berikut adalah kronologi 3 ari petama yang telah dilalui..

ARi Petama (Rabu)..muncul semula setelah beberapa bulan x menyentuh bola..mula2 masuk padang terus dapat satu percubaan tapi sedikit melencong. Game ni nama dia game paling letih di dunia.. mana tak nya..dah lama gila tinggal hehe. Aku geng ngan Talib dan Talib menjaringkan gol. Team kami menang 1-0. Aku banyak buat crosing macam kat dalam world cup tapi semua melintas camtu ja depan gol.. takde sapapun yang nak tolong rembat.

Ari Kedua.. gandingan lama aku Boby muncul dan buat kenyataan petang tu game last dia (kira besara macam Zidane la) sebab dia nak balik Kedah dah malam tu. Paijan langsung tak turun dah dengarnya nak balik Kedah malam tu gak.. Dalam game ni gandingan Ariey Yos dan Boby sungguh mantap.. rupanya arini adalah ari terpaling letih didunia, bukannya semalam.. dengan cuaca yang panas menseterika diri ini dan rakan-rakan..Aku membuat jaringan pertama memecahkan kekebalan benteng lawan menyamakan kedudukan setelah ketinggalan 1-0 pada awal permainan. Keadaan lebih mendukacitakan pihak lawan apabila aku sekali lagi menjaringkan gol ketika hari hampir senja..menjadikan 2-1..Sebab ari paling letih di dunia, aku banyak berehat dari mengejar bola..hehe..Saat-saat akhir perlawanan..aku berjaya membuat crossing cantik kepada Boby dan dia mebuat larian pantas ke arah gol lawan dan merebat sekuat hati dan berjaya bersara dengan menjaringkan gol...Menang 3-1

Ari ketiga..Aku datang lambat..sudah ketinggalan 1-0 team yang aku sertai tu..(tiap2 ari tukar geng..hehe).. Mujurlah rembatan jauh Mat Kee berjaya merobohkan jaring gol lawan menyamakan kedudukan 1-1. Tidak seperti semalam, arini rasa macam kuat bertenaga. Hasilnya aku berjaya menjaringkan gol kemenangan 2-1 walaupun benteng lawan agak kebal. Arini jugak kelihatan permainan rakan2 betambah cantik dengan hantaran yang menarik dan skil2 Piala Dunia. Apapun 3 ari pertama aku agak berjaya.. Ari2 lain pasni x kan nak citer jugak kot hehe..cukuplah sekadar 3 ari pertama..yang penting dapat main bola balik macam dulu.. tak perlu gantung but..best best.. jumpa lagi..

YoS dan SMKASAS

Assalamualaikum WBT..

heh.. teringin nak tulih pasal cuti ujung minggu lepas, my parents ajak balik Perak ari Jumaat.. tetiba ja. Lagipun umah memang tengah semak gila akibat serangan anai2 kat Karpet ruang tamu tu..so kami pun balik dengan adik ku pun ikut sama. Mula2 hantar motor dulu kat Hostel adik aku kat Gombak. Dah lama x racing ngan motor kat jalan malam2.. dengan mencilah-cilah jalan jem kat area Serdang (depan Mines), Pandan Indah, Ampang tu..best jugak..

Betolak dari Gombak dah kol 9.30 malam. Sampai Taiping dalam kol 12 lebih. Rumah punyala berabuk dan selerak sebab time balik yang lepas baru dapat kesan anai2 buat sarang bawah karpet. So kalini kena wat tindakan mengemasla.. Esoknye ari Sabtu hampir seharian dok mengemas dan membasuh ruang tamu.. Petang ikut adik aku gi Kamunting beli tiket. Dia nak balik esoknya dah. Makan malam kat Ala Yala. kol 2 pagi kuar ke Mapley kat Taiping ngan adik aku nak layan German vs Portugal kat skrin besar mapley tapi dah penuh sesak.. so layan kat dalam ja..tengok tv ajela..

Ahad bangkit dah petang antar adik aku kat bus Station Kamunting, pastu gi umah tok. Tok memang sakit lama dah. Jumpa kejap ja pastu balik makan kat Ala Yala lagi. Malam tu punya la semangat nak tengok bola tapi xtau nak layan kat mana. last2 Neh mesej cakap dia ada kat Tepeng.. ada geng la aku..Kami layan 2 orang la kat Rahman Tepeng. Skrin besar punya. Ramai yang sokong Italy. Tapi ramai yang jenis senyap ja.. Jenis yang x sokong mana2 kot.. hee.. macam Neh la..

Esoknya Isnin ayah aku gi SMKA Kerian. Aku plak membuta ja kat umah sehari. Takde yang menarik hari Isnin. Selasa nak balik KL dah.. rupanya baru aku tahu yang nak singgah 2 sekolah dulu iaitu SMKA SULTAN AZLAN SHAH BOTA dan SMKA SLIM RIVER. Ceh.. lama gilo x pi sana. Bedebar la jugak secara tiba-tiba. Sampai dekat kol 11 dah kat SMKASAS. Dok kat pondok tepi padang dan menggamit alik memori-memori silam..sekarang tahun 2006. Aku mula menjejak kaki di SMKASAS pada tahun 1996 (form 1) iaitu 10 tahun yang lalu. Sekejapnya masa berlalu..SPM 2000.. pastu x datang dah.. 6 tahun aku x jejak kaki kat bumi bertuah tu..

Orang yang mula2 ditegur ialah Abang Syarif (driver, tukang kebun) yang sangat baik ngan aku dulu. Dia ingat lagi aku.. Nama tak ingat biasa la..pastu Cikgu Johar..pun ingat lagi..siap citer pasal aktiviti2 memanah selepas zaman aku dan Azhar berakhir dan zaman sekarang taklah seindah zaman kami dulu..tapi takla teruk sangat. Abang Jamil pun muncul gak.. warden merangkap coach panah la jugak dulu..sembang2 la..Then muncul plak orang yang menghukum aku masa form 1 dulu sebab bawak walkman gi sekolah..cikgu Zafrullah.. Aisey..dan Ustaz Ghazali pun ada gak.. Yang lain2 tak sempat jumpa sebab singgah sekejap ja.. ops adagak sembang ngan Ustad Kashfi.. diapun ingat lagi kat aku.. Shahdu.. yang lain banyak cikgu baru. Aku x kenallah..Nampak Ustad Yazid dan Ustad Arshad dari jauh ja..

Makan tengah hari kat kantin sekolah dah siap hidangan. Makan Free la hehe. Pengetua baru la akupun tak kenal..Ustad Suhot dah pencen..kalo ustad Suhot ada lagi sure dia paling ingat aku sebab banyak kali dia kalungkan pingat kat leher aku sebab banyak jasa dan banyak kali gak dia rotan aku sebab nakal kat sekolah dulu kuikui..Pastu kami betolak gi SMKA SLIM RIVER plak. Ayah aku singgah kejap ja. Sini jumpa ustad Zahidan yang lagila kenal aku sebab dia ngan bini dia Teacher Solehah yang membesarkan aku kat SMKASAS dulu. Hmm.. sungguh syahdu teringat memori lama ngan guru-guru plak lagi.. bila aku cakap dah abis belajar kat UKM amik Pengajian Islam semua nampak senyum bangga ja..Siap ada ofer soh jadi guru ganti kat SMKASAS lagi.. tapi malaslah aku..hehe

Mungkin aku akan pegi lagi kat sekolah bertuah tu..hmm.. pastu kami balik PutraJaya parent aku gi Port Dickson plak ada festival nasyid apentah.. Aku lepak umah ja.. maka akan ada satu berita hebat lepasni tentang aku dan bola sepak..tunggu jap ye..hehe...Bye bye

Thursday, July 13, 2006

IsLam BuKan HaLangan

Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine ‘Yazid’ Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yang berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie (Arsenal) dan Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast.
Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Zidane dan Robin Van Persie dengan jersey baru Arsenal (Fly Emirates)

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo (Arsenal) bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain untuk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kolo Toure

Ribery DaMai DaLam Islam

Paris: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat keperecayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam, biarpun isterinya berasal dari Maghribi memainkan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.

“Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam padang permainan,” katanya. “Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, juateru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam”Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï ‘Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille.
Menurut satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.



Kapten Zinadini Zidane atau ‘Zainuddin Yazid Zidane’ juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi. Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama ‘Bilal’ apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.


Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dari oranganisasi Shehada yang mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery. “Dia adalah contoh yang membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya” katanya kepada Islam Online.net. Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman. (yob4ever.com)

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Frank Ribery yang berparut teruk di muka kerana kemalangan waktu kecil.

Wednesday, June 28, 2006

8 Pasukan terakhir Piala Dunia

Demam worldcup reda 2 ari disebabkan ada gap sempena Quarter Final. Team-team kabanggaan masing-masing ada yang dah bungkus, ada yang masih bertahan. Time-time camnilah rasanya sesapa yang team pilihan dia dah kalah mula mencari team baru untuk disokong untuk memastikan demam WorldCup tidak reda begitu saja.

Paling respek kat team Swiss yang walaupun dah tersingkir namun memegang rekod yang cukup baik sebenarnya dalam pertahanan. Bermula peringkat kumpulan 0-0 dengan France, menang 2-0 dengan togo dan 2-0 juga dengan Korea. Tapi Pusingan kedua juga masih tak dibolosi apabila tamat 120 minit tanpa jaringan. melalui sepakan penalti barulah kalah 3-0. dalam penentuan penalti x akan dikira penjaring atau gol conceed..bolos la..Tahniah kepada Sanderos defend Arsenal hehehe.

Game pertama German Vs Argentina pukul 11 malam ari Jumaat(Malaysia).. German layak selepas menghancurkan kehebatan Sweeden 2-0 dalam 12 minit minit pertama melalui penyerang hampeh Podolski. Aku kat rumah Taiping masa ni. Kat situ takde TV.. so tepaksala gi cari kedai makan untuk tengok game ni. Sampai-sampai dah 2-0 dah sebab sampai time tu minit 15. Rugi xleh tengok gol secara live..Tapi apepun Sweden sangat cemerlang permainanan dari awal. Kalah dengan Jerman x la malu sangat. Argentina pulak layak setelah berhempas pulas menentang Mexico. Game nipun sangat menarik. Memang rugi sapa tak tengok. Tabik jugak kat Mexico walaupun kalah. Gol cun Rodriguez waktu 1st half extra time menamatkan riwayat Mexico.

Game kedua Italy vs Ukraine pukul 3 pagi Sabtu(Malaysia) . Dua-dua team ni aku x berapa gemar sangat tatau apesal. Italy layak selepas berhempas pulas main 10 orang lawan Australia. Tapi Totti sempurnakan penalti pada masa tambahan tatkala masa sebenar berkesudahan 0-0. Ukraine plak macam perenggan atas tadi lawan Swiss.. Walaupun ada penyerang sensasi Chelsea yang baru.. Namun semuanya buntu.. Siap time penentuan penalti tupun Shevchenko gagal sempurnakan penalti.

Game ketiga England vS Portugal pukul 11 malam Sabtu (Malaysia). England ni sampai sekarang masih tak paham-paham lagi. Player dah star dah semua tapi main macam apa lagi dah. Menang ngan Ecuador aritupun macam nasib ja. Terima kasih pada freekick Abang Bekem yang still ada kelass tu..Portugal plak memalui game mimpi ngeri dengan Belanda apabila hampir semua pemain dapat kad kuning dan Deco serta Costinha kena kad merah. England mungkin ada kelebihan atas kekurangan Portugal ini. Tapi rekod menyaksikan Portugal lebih kuat dari England..heheh..

Game keempat ialah game tak lena tidur. Sejarah final World Cup 1998 berulang tapi kalini dalam suku akhir je. Brazil vS Perancis. pukul 3 pagi Ahad (Malaysia) . Brazil main taktik bertahan sambil menyerang lawan Ghana menang 3-0 dan Ronaldo Botak @ Gemuk telah menjadi penjaring terbanyak World Cup dengan 15 gol. Dalam game ni dia score gol petama. Ghana main lawa tapi takde penyudah. Perancis pulak adalah pasukan 'tua' . Itulah gelaran yang boleh didengar sana sini orang cakap. Menang dengan menumpaskan pasukan hebat Sepanyol 3-1 hasil jaringan Ribery, Zidane dan Viera. France nampak kalot time main.. Keeper pun rasanya tak patut Barthez dah. Coupet rasanya lagi terer. Cisse mesti sedih tengok kat TV hehe..sian patah kaki masa frenly lawan China aritu.

Apapun semua lapan-lapan pasukan ni adalah sangat hebat. Tapi ramai orang dah menganggap Brazil akan menjadi juara sekali lagi dan aku 100% tak setuju. Bolasepak bukannya ditentukan melalui rekod lepas. Tapi aksi sebenar 90 minit dalam padang yang kadang-kadang bergantung pada nasib juga..Apapun nanti kita sembang lagi..hehe..

Wednesday, June 21, 2006

Buah Tangan YoS

Assalamualaikum WBT..

Hmm.. Alhamdulillah minggu-minggu yang sukar dalam hidup ini telah berlalu..sekarang kesukaran terbaru ialah menjadi penganggur tak terhormat hehe.. Berjaya gak submit tesis Khamis lepas setelah berusaha dengan gigihnya. Yang kelakarnya hari serah tesis dah ada budak Master rujuk tesis aku sebab nak cari rujukan buku falsafah bahasa Arab. Rasa macam tak sia-sia buat penat-penat tu...Sekalung penghargaan buat rakan-rakan dan pihak-pihak terbabit yang begitu banyak membantu.

Hujung minggu ni nak balik Perak..Taiping kesayangan.. Last sekali balik cuti Mid Sem lepas.. Raya Haji pun tak balik.. walaupun rumah dah kosong dan takde TV tapi still leh layan world cup kat Mapley..hehe..hidup mapley!!Rindu kat kucing kesayangan Si Putih yang jaga rumah sejak dulu lagi..

Wokehla..sempena memanfaatkan masa lapang time pengangguran ni.. satu lagi blog telah dihasilkan dengan tujuan memberi peringatan.. Bila-bila free mashuklah sini ye.. www.ingatlah.blogspot.com . Akan sentiasa di update dan dalamnya takde langsung cerita pasal peribadi FirdausAshraf. Just pengumpulan nasihat-nasihat, kisah teladan dan peringatan. so dalam erti kata lain blog yang nipun akan tetap hidup sampai ia akan terus hidup :)

hmm..Game Portugal vs Mexico dah nak mula..terpaksalah diri ini mengundur diri dulu hehe..Jumpa lagi..bye bye... Wassalam.

Tuesday, June 06, 2006

YoS Kembali Lagi

Bismillah al- Rahman al-Rahim..

Setelah dua bulan tak mencoretkan apa-apa kat blog ni ni...arini saya kembali untuk menulis apa-apa yang dirasakan dapat diceritakan kepada orang lain kat luar sana tu :) Hope semua yang di luar sana sihat sejahtera hendaknya..

Arini 06/06/06 adalah tarikh yang agak unik dan keramat sebab tengok tu..semua 06..hehe..Tapi satu yang membuatkan saya masih tak tenteram dan agak gelabah ialah tesis masih belum submit..member-member lain hampir kesemuanya dah submit..sedangkan kami ada beberapa orang lagi masih asyik kena edit..bukan apa..riso takut kena grad tahun depan ja bila lambat-lambat siap ni. Doakan saya leh submit tesis dengan segera.

Minggu lepas adalah minggu yang banyak gak peristiwa berlaku. Antara yang penting ialah abang saya Ahmad Fairuz Akmal telah berangkat ke Jeddah untuk bekerja di sana selama dua tahun sebagai Engineer yang nak menyiapkan tempat melontar Jamrah. Pahala tuu :).. Dia pegi ngan kawan Baik dia Ratfi ari Sabtu aritu 03/06/06. Murah betul rezeki sebab abang saya tu baru ja berenti kerja ngan kompeni dia kat Johor yang ada banyak problem. Sabtu masa nak pegi tu siangnya saya sempat jalan-jalan ngan dia sebab dia nak beli player mp3 So kami jalan kat Warta Bangi ja takut tak sempat nak pegi Mines ke Kajang ke.. sebab MP3 semua mahal so dia beli MP4. Malam tu kol 9 lebih kami bertolak ke KLIA ngan family tambah Mak Long dan Keron dan keluarga tunang abang saya yang datang dari Negeri 9. Flight kol 1.55 so lepak lama jugakla kat sana tu.

Malam Jumaat sebelum tu Abah buat kenduri kesyukuran dan doa selamat kat rumah kami ni. Yang datang baca Yassin cuma kawan-kawan saya dari UKM dan kawan-kawan abang. Member saya yang datang ialah Boby, Syeze', Daniel, Paijan, Mad Mc D, Pitman, Gee dan Rizam. Meriah jugakla sebab depa ni datang. Ipi dan Ratfi pun datang termasuk tunang abang saya, kak Amy. So bila abang saya dah pegi rasa sunyi jugakla sebab selalu kalo ada aktiviti apa mesti join dia. Aktiviti last rasanya masa gi Bukit Jalil tengok My Team lawan Malaysia 28/05/06. Walaupun pergi asing-asing tapi jumpa kat sana. Game tu My Team kalah 2-1 tapi best la jugak tengok. Punya la ramai orang pegi stadium. Ingatkan tak berapa ada orang..50 000 lebih jugak dia umum. Saya pegi naik motor ngan Boby, Paijan, Gee dan Amir kolej Burhan.

Itu la serba skit citer tentang minggu2 yang berlalu ni.. Sebab lama dah tak tulis sebenarnya banyak gak peristiwa yang terjadi antaranya sukan Masum. Saya tak join sebab ada masalah tertentu. Cuma bangga sahabat-sahabat dari UKM dapat 4 pingat emas dalam silat iaitu Nas, Amir Terminator dan Mawi. Satu lagi acara Jurus Wajib yang Mai dan As masuk tu dapat emas gak. Tu pun seb baik Andy injured, Fiza pegi SUKMA.. kalau tak mesti ade lagi emas.Hehe..Apepun tahniah sahabat-sahabat semua termasuk Bed yang last minit walaupun sibuk-sibuk masuk gak MASUM cuma malang skit jumpa lawan lama saya ari UUM kat semi..Apepun dapat gak gangsa kan..hehe.

Dan lagi ialah saat-saat syahdu check out meninggalkan KIY setelah 3 tahun dok kat situ. Macam-macam pengalaman dapat kat sini. Silat, HIT (cc), PLKN dan sebagainya..kalau takat dok rumah sewa sure takde pengalaman bergaul macam tu kan..Kalo adepun sure x semeriah ini. Sekarang barulah sedar betapa tak bestnya kalo dah abis belajar macam ni. Bila dah masuk alam pekerjaan sure lah jadi lain jalan ceritanya. Kerja-kerja Guard menjadi pilihan ramai member saya untuk masa sekarang ni. Antaranya Amiq, Jat, Sezek, Yusri, Daniel, Saari, Mudei dan ramai lagi. Mashuk banyak gak tu.. dekat 1000 dengarnya..jadila kan keja sementara ja. Khamis ni ada Mtest untuk KPLI. Saya kena kat SMK Wangsa Melawati. Pakli dan Hamid nak teman pegi sekolah tu. Tataula camne nak hadapi exam tu. Kena study gak ni.hehe..

Hmm..Rasa macam panjang gak dah tulis ni.. nanti tulis lagilah..World Cup dah dekat..ARsenal dah layak gi Final Champion League aritu..Kalahpun takpela sebab keadaan tak mengizinkan. perak plak dok no 3 dalm Liga Super.. Aksi x menentu.. Apepun kita tumpu pada World Cup dulu pasni hehe...France pasti ada kuasa luar biasa..huhu..Pilih France, German dan England skit2.. tapi team Eropah sokong semua.. dalam world Cup takde team yang di bengang macam dalam piala atau liga kelab2 ni..hehe. Yang penting dapat hiburan bila tengok World Cup ni. Biarlah walau Togo atau Anggola sekalipun yang jadi Juara :p..Wokeh sambung kemudian.. Wassalam..

Tuesday, April 04, 2006

Heloo....

Bismillah Al-Rahman Al- Rahim

Setelah agak lama tak update blog arini berjaya gak luangkan sedikit masa untuk meng’update’ nya :) ..

Harap semua makhluk2 ciptaan Allah yang membaca tulisan ini semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtrera hendaknya dan sentiasa dirahmati Allah.. Harini sudah 4hb April 2006 ..bermakna saat2 genting semakin hamper.. banyak benda kena settle dalam masa yang amat singkat ini..

Pertama Projek Ilmiah aku atau nama glamernya tesis masih jauh lagi perjalanan. Kedua nak kene ujian syafawi Qiraat Hafazan tarikh last 16 atau 14/04 ni… Pembetulan Kajian Hadis pun lintang pukang lagi.. dan paling menakutkan final exam yang start 19hb dan juga exam terakhir bagiku.. Pasni lehla memikirkan masa depan nak keje ape plak..huhu..syahdu syahdu…

2 minggu lepas aku dan rakan2 disibukkan dengan dinner yang macam2.. aku saja ada 3 diner berturut-turut iaitu diner Fakulti Pengajian Islam, Dinner Atlit UKM dan last sekali dinner Kolej Ibrahim Yaakob.. Cuma terkilan x dapat gi dinner Jabatan Usuluddin Falsafah.. x cukup budget la nak pi…tengok balik rakaman video macam best ja dorang makan hehehe..

Jumaat lepas aku dan rakan2 UKM (Pakli, Dila) diziarahi Azhar dan Irwan..Kami makan malam kat Yunkies Hut.. Iwan yang belanja..maklumlah beliau dahpun bekerja..Paling best dia naik Walkswagen..dapat gak aku merasa naik hehe.. tutur join kami ialah member Dila yang nama Ayu tu..dulu diapun dok KIY..

Jumaat tu jugak ayah aku – Ustad Mad Taib telah melapor diri kat ofis baru dia kat PutraJaya sebagai Pengarah Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) Pasni kami jadi warga PutraJaya lah hehe.. Ahad ni dari Taiping, my parents akan datang ke rumah baru kami kat Desa Saujana PutraJaya.. Aku dan adik beradikku bertiga mungkin akan join untuk tengok umah baru tu..Mak aku cakap umah kampung ja.. 5 minit dari PutraJaya.

Pasni lehla selalu melawat member2 kat UKM yang masih study kat sini..member2 pun lehla pi lepak umah aku time umah aku kosong (ustad Mad selalu out station daa) hehe.. Ahad ni jugak ada pertandingan memancing kat Tasik CyberJaya. Aku dan rakan2 akan jadi Marshall pertandingan tu..harap2 takde ape2 yang buruk terjadi..

Pasal bola plak memang cayalah Arsenal sekarang ni..Harap2 esok leh lepas Champion League lawan Juventus.. hanya perlu seri 0-0 atau kalah 1-0.. bertahanlah team kesayanganku hehe..Malam ni Lyon vs Milan tengok ajela..sokong je sapa menang.. Esok Barcelona vs benfica sokong sapapun tatau.. tengok aje.. ujung minggu nipun menjanjikan ke best’ an apabila Arsenal jumpa Manchester United…badi sungguh..cukup susah mau menang… kalini harap leh menag lawan MU..busuk2 pun seri jadilah..takut kalah ja.. Arsenal kena kejar no 4 untuk Champion League tahun depan huhu.. silap awal2 aritu macam lemah skit.. sekarang memang mantap abis…

Perak plak masih mendahului Liga Super tetapi masih amat getir nak jadi juara.. FA Cup jumpa Perlis plak..team badi la jugak.. hara2 perak leh berjaya tahun ni..sure lah..hmm.. walaupun nak pindah Selangor tapi tetap orang Perak..Perak no 1..Arsenal no 1..hehe..Chaiyok Chaiyok..

Hmm mungkin setakat ni dulu sdikit berita sensasi dari aku hehe..pas abis antar tesis nanti sure lah banyak aku leh ngarang sebab time tu sure lah dah boring sebab tatau nak watpe plak.. Diharap semua dapat mendoakan kejayaan ku.. Wokeh.. Nak gi exercise jap.. Semua rakan2 jaga diri bebaik ..Wassalam…

p/s: lupa lak kepada member2 yang belum join frenster batch 1996-2000 smkasas sila add di – kasas96_00@yahoo.com.my

dan member StPM/Stam tahun 2002 kat KISAS leh add di mte0102@yahoo.com.my wassalam ..buy bye

Tuesday, February 21, 2006

Ada Bisnes Baru!!

As'kum WBT..ada sesapa mau join bisnes sampingan baru..modal RM35 je seumur hidup. Orang susah pun leh masuk. Apatah lagi rakan-rakanku yang sudah agak senang sekarang..Student pun boleh try. Kacang ja. Kalini berilmiah skit program dia..bukan yang merapu-rapu tak tentu hala macam bisnes lain.. YoS ajak kawan-kawan mestila sebab dia tak susah.. Lagipun modal kecik ja..Lawat www.bigi.biz .pastu kontek beta lah.. :) Wokeh TQ

Wednesday, February 15, 2006

Sahabat Oh Sahabat!!

Bismillah al-rahman al-rahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..pada hari ini hamba-Mu ini yang bernama Firdaus Ashraf Alhamdulillah masih boleh bernafas dan dan menjalani kehidupan yang baik seperti selalu.. 10 Q Allah... :)

Pertamanya maaf buat rakan sekelas Suziliyana @ Suzy yang terasa kecik ati kat beta sebab tak tulis nama dia kat kehadiran reunion tu..siap tulis kat testi frenster lagi adoii...sorryy bebanyak..ampunnn..ampunn..kesilapan atas kelemahanku sebagai manusia...dah edit balik..so sorry ye..hmm..

Semoga diampunkan..minggu2 yang berlalu ni boleh la dikatakan minggu sahabat buat ku..walaupun takde dalam kalendar sambutan ni..tapi lehla aku iktiraf sendiri..hehe..kalau nak diingat bermula dengan trip ke Port Dickson yang kecoh sangat tu..akupun jadi konpius nak ikut Bas PKMK (anak Kedah) ke tak..last tertidur jaga lewat..kena tinggal bas..

Dan bermulalah kisah sahabat berlima Aku, Paijan atau Za Raul, Dani, Pit shah dan Boby pergi ke Port Dickson naik kereta BEY289 aku...lawak giler...tak puas hati punya pasal kami sanggup pi PD..pegi pulak dah lewat so bersantai ajela..takde la kesempatan untuk mandi..Nila petama kali aku sampai ke PD..nak kata best tu..samaja macam pantai lain kot..Apepun Malaysia memang indah..adela gambar sesikit kami tangkap aku dah update kat Galeri Gambo aku kat tepi tu..tengok la kalo sudi..hehe..

Pastu yang terbaru ialah sebelum balik umah ni aku lepak dan melepak umah Azhar Amari member aku..alah yang Bradshaw tu..hehe..Jumaat aritu ujan sepanjang lepas semayang Jumaat melarat sampai ke malam..Pit Shah antar aku ke Komuter UKM. Pastu aku amik train ke Shah Alam. Sampai Stesen Azhar ngan Iwan amik aku. Kami lepak kat Maple Shah Alam..Aisey..memang idup kena mapley ke?..hehe..kat Bangi Mapley..gi Shah Alam Mapley..balik Tepeng pun Mapley..gilo apo..time lepak tu..aku jumpa balik member2 lama SMKASAS yang dok kat Shah Alam. Antaranya Edry yang dah tinggi lampai, Amir yang besaq, Pesal rehan yang maintain je sejak dulu dan Misyahel yang nampak macam tak berubah tapi hidung semakin mancung hehe... sahabat oh sahabat...

Jadi meriah plak mapley tu sebab member2 dorang pun ade juga time tu..macam semua orang Perak jugak je.. Pastu aku ikut Azhar dan Iwan pulang ke umah Azhar yang buat petama kalinya aku nak jejak kat Subang Jaya tu.. sebelum tu dorang bawak aku ke Uptownce dulu..fuh nipun baru petama kali sampei gak..dorang cakap yang ni tak best sangat macam yang lama dulu..hmm..tetiba kat sini Ayie plak muncul ngan aweqnya..member SMKASAS jugak la..dia siap dah ada MYvi lagi..

After that kami gi umah Azhar..dalam rumah dia lengkap serba serbi..best giler. Siap ada Astro dan tV yang besar..Badan aku dah start lemah time ni..malam tu tidur dalam keadaan nak demam. Sabtu tu aku demam..tapi kuatkan semangat ke Low Yatt seperti yang dirancang jugak. nak beli External Hardisk sebenarnye..kat sini plak first time naik Monorail..Jumpa Luthfi Mail jugak member SMKASAS kat KL Sentral dia tengah rehat keje..dan kat Low Yatt jumpa Fikar plak ngan aweqs nya..Fikar pun member SMKASAS aku dulu..memang minggu jumpa member2 lah minggu ni :)

Setelah beli hard disk..kami bertiga makan nasik lemak kat Pantai Dalam pastu balik umah..cadang nak tengok game Liverpool tapi ada live Perak vs Telekom plak..layan dua2 la..Livepool menang ngan Wigan..Perak pun menang 2-0 Keita manjou score dua2 gol..best betoi..pastu layan game mendebarkan Arsenal Bolton 1-1 last resultnya..game memang power gila lah..memang badilah Bolton ni buat Arsenal. Chelsea plak kena titik 3-0 ngan Boro malam ni.Game MU malas nak layan.Ar layan la dengan bangganya team dia tu belasah Portsmouth..adoi jiwa kacau..

Ahad aku balik umah sampai petang..cuti midsem sebenarnya sekarang ni..punyala banyak keja sekarang ni yang tetangguh..tensen beb..dalam cuti ni jugak sahabat baikku tepon dari Ireland sana setelah dia 'hilang' dengan lamanya..Syukur dia masih ingatkan aku. Pastu dengan Syukur kat German pun adala chat jugak sesama. Siap diapun frust bila Arsenal semalam kalah ngan Liverpool gol last menet Garcia..semalam gak aku kuar Tepeng ngan E dia tolong aku bawak pi kedai spek sebab kanta aku belah kiri patah..abis rm45 buat kanta baru..pastu kamin makan popiah kat tempat biasa..hmm

Tadi aku pi tolong abah bayar bil2 pastu beli tiket untuk aku sama. Esok balik bas kol 3.45..fuh..sepanjang cuti ni jugak banyak yang aku dah donlod dan external harddisk aku bukannye kosong lagi..hehe..wokeh..dapat gak update blog ni..kepada sahabat-sahabat..aku amat menghargai anda semua..sapalah YoS kalau dia sorang-sorang... Tima kasih sahabat..Harap semua sihat sejahtera :)

p/s: Sedekah AlFatihah buat ayah sahabat ku Nor Lela dan Syarifah Alawiyah yang ayah mereka telah kembali ke Rahmatullah baru2 ini..Al Fatihah

Tuesday, January 31, 2006

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani

Hari ini saya muncul lagi pada malam tahun baru 1 Muharram 1427 dengan pelbagai cerita baru yang agak lama di simpan akibat ketiadaan masa untuk mencoretkannya.. semoga semua dapat hadir dengan azam kehidupan yang baru dan menutup kisah duka yang lepas2..

Pertamanya terima kasih buat semua rakan-rakan yang mengingati tarikh lahir saya 18 Januari dan x putus-putus telepon saye berbunyi-bunyi bermula tepat kol 12 tarikh tersebut sampai la semalam pun masih ada yang wish sebab terlupa..Anda amat saya hargai…

Penulisan blog kalini mungkin agak syahdu sebab ada banyak pendedahan yang akan dibuat mungkin mengejutkan banyak pihak..tapi still ok punya..hehe…

Bermula dengan konvoi kembali ke UKM, Nokia 3100 milikku telah hancur dilanggar kereta sewaktu perjalanan. Kemudian Nokia 8310 masuk air time ikut Pittshah ke Hentian Jalan Duta hantar adik2 dia balik…maka terputuslah hubungan YoS dengan semua pihak buat sementara. Kemudian atas ehsan member baikku Syezek dia pinjamkan Shamsung Mobile kesayangannya.

Atas sebab ini saya kehilangan banyak nombor yang save kat tepon..so bila ada orang antar mesej sure penin nak detect nombor sape.. sowee bebanyak.. wokeh.. kemudian nak citer pasal bila PTPTN masuk, duit dapat dihabiskan dengan cepat sekali..dahla masuk 18 Januari tu..terus pi Kajang beli Nokia 3100 baru..tak tahan beb..Duit banyak jugak abis beli barang2 komputer abang saya ni..pinjam pc dari dia so pandai2 la kena upgrade sendiri..beratus-ratus jugak..siap beli MP3 baru..best2..pi dengan Amiq,Sezek, Bob, PitShah…hmm..meriah je..

Tapi sebenarnya pada 1 Januari adalah tarikh paling penting..aku menerima mesej ini “ W’salam,ye sy…sht alhamdulillah..awk camne sht?slm perkenalan… HEPI NEW YEAR utk abg ngah jugak.. ; )” pada pukul 1.44 petang…

Mesej tersebut adalah daripada CT Noraida Rosnida binti Hussin.. maka berkenalanlah YoS dan CT pada ari tersebut…sebagai apa?..usah ditanya..maka itulah jawapannya kepada segala ketidakpastian yang muncul terhadap orang2 yang hadir dalam hidup saya sebelum ini.. akibat sering bermain tarik tali dan memeningkan kepala, respon yang tiada diberi…akhirnya dia muncul dan memberi jawapan kepada segalanya..maka nama tersebutlah adalah jawapan muktamad buat masa ini dalam kamus hidup saya…. Tiada siapa boleh disalahkan dalam hal ini..semua sudah ditentukan Tuhan Yang Maha Esa.. semalam adalah ari perisikan oleh mak ayah saya terhadapnya di Johor Bahru…

Ari Sabtu yang lepas adalah hari pertunangan abang saya dengan gadis pilihan hatinya di Paloh.. saya tak dapat pergi kerana perlu berjuang bersama UKM dalam Piala Naib Canselor UM dalam Pertandingan Pencak Silat IPTA/S..ramai yang hadir dan memberi saingan..Saya hanya sekadar memperoleh gangsa dan sakit2 badan yang nyata.. Alhamdulillah UKM jadi juara dan membawa pulang piala tersebut. 6 Emas 5 Perak dan 3 Gangsa..Laporan dan gambar ada dalam KOSMO Ahad 29 Januari 2006. Sahabat saya Andy @ Iswandy mendapat gelaran pesilat terbaik kejohanan tersebut.. Tahniah buat beliau. Tahniah buat team UKM yang setiap petang berlatih di Stadium UKM dengan tabahnya sama ada hujan atau panas.. di samping atas tunjuk ajar Abang Man pula yang banyak berkorban untuk anak2 buah..

Tamat saja Game silat tersebut saya terus sahaja ke Reunion kelas 6 atas 3 2002. Ramai jugak yang hadir.. Lokasi kat Taman Jaya..Ada tasik kat situ..yang datang – saya, Amir, Arip, Matzul, Eznee, Azman, Hafsah, Faizah, Anne, Suzie, Lela, Jehan, Sabariyah, Indah, Leyani, Ct Feridah (kawan baik time game silat hehe), Aweq Eznee dan akhir sekali Eder dan Muna. Meriah la jugak. Siap ada potong kek sempena arijadi aritu lagi..teringat time kat KISAS aritu hehe… Pastu semalam saya tidur sepanjang siang..letih sangat.

Malam Family datang dan makan sate Kajang kat Bangi je. Pesal pun ade. Abah dan Ma cerita pasal pertunangan abang saya dan kisah merisik CT di JB.. semua nampak ok..bolehla go on pasni. Hehe.. Maafla.. YoS dah x single lagi sekarang ni..Siap dapat perkenan family lagi…. Ingatkan orang lain menjadi teman ku..tapi setelah menjalani kehidupan suram dan tak serius dah… orang lain yang tersangkut.. Wallahu ‘Alam..

Saturday, December 24, 2005

Apa Salahnya kiTa Bersyukur..

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:Tiga perkara sesiapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindunginya di bawah lindungan dan Allah akan memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya kedalam Syurga iaitu :- orang-orang yang apabila ia diberi nikmat ia bersyukur,apabila ia berkuasa membalas,tetapi ia memaafkan,dan apabila ia marah,ia menahan kemarahannya..(riwayat al-hakim)

Assalamualaikum WBT…Hmm..berjumpa lagi demo kat sini..hehe..apa yang hendak beta tulihkan arini adalah berkaitan perkara yang sering terlupa oleh makhluk2 yang comel2 do oh nih..yakni ber’Syukur’…Maybe teringat nak tulih ni sebab teringat ade sorang member baik yang bernama Syukur kat Jerman tu …hehe..Mu ape kabo Syuxx….

Dua tiga arini..aku begitu buhsan duduk saja dirumah…apa tidaknya..keadaan cuaca agak tidak menggalakkan penduduk sekitar Taiping nih untuk keluar barangkali….Time lepas Subuh..cuaca amat baik..tapi aku pulak seronok berbaring lepas semayang Subuh..saat2 paling best ialah tidur balik selepas Subuh..fuh..keadaan ni terbukti melalui ujikaji yang dibuat secara tidak sengaja kat UKM dikalangan member aku yang tak hadir ke kelas pagi adalah disebabkan tidur balik lepas subuh..hehe ;p

Bila dah masuk kol 10 pagi..cuaca bertukar menjadi panas terik bak seterika yang terlupa di’off’ kan suiznya..panas melarat sehinggalah langit tetiba bertukar seperti iklan cat kat tv tuh…hujan hampir setiap petang dan akan melarat hingga ke malam.maka..tiadalah bagi ku time untuk kuar melainkan jika terdesak…

Bila ujan..automatik otak cakap dok umah cukup.Mulalah merepek kenapala asyik ujan..huh..dan kat sinilah…muncul satu peringatan tentang bersyukur….Aku bukan reti sangat nak cerita bab2 agama..tapi ada satu hadis lagi bunyinya:-‘orang yang makan kemudian bersyukur adalah kedudukan seperti orang berpuasa yang bersabar’

Nah..tengok..jelas sekali amat mudah cara mendapat ganjaran daripada Allah SWT..hanya dengan bersyukur…Bila merungut tu..tetiba teringat..ujan ni bila ujan rase tak best..bila panas pun rase tak best..abih tu nak cuaca camne?..huhu..kira okayla udara kat Mesia tercinta ni macamni…bila orang mula terlupa nak bersyukur..barulah diorang tau bala Allah kasi..senang ja…tu..Banjir Kilat…Tanah runtuh..paling dashat kat Mesia ni Tsunami la kot..tanda-tanda amaran bagi orang yang tak reti2 nak bersyukur la tu..hmm

So..bawak-bawaklah bersyukur selalu…ucaplah Alhamdulillah didalam hati selalu..setiap hari ada umur lagi..ada rezeki lagi…ada kawan2 lagi..yang dah kawin tu..suami ada isteri ngan anak2 lagi…isteri ada suami ngan anak2 lagi..rumah ada lagi..anak2 ada mak n ayah lagi…bawak2 la besyukur…kalau menang sesuatu pun kenalah bawak bersyukur..contohnya kalau menang pilihanraya..buat la doa kesyukuran ke, bagi bonus 5 bulan gaji ke..hehe..janganla dok buat parti konsert 3 hari 3 malam plak..kalau menang bola, kerajaan negeri kasila cuti sehari macam Perak selalu dok buat :p

Orang yang tengah marah tapi boleh memafkan orang itu lagi bagus..malangnya aku jarang jumpa golongan camni..bila aku buat orang marah..mesti aku kena marah..hehe…cubalah sesekali jangan marah beta…dapat ganjaran lebih dari Allah ;p..tak gitu kawan2 yang suke marah? Hehe..Aku dulu pemarah jugak..time masih mentah sekolah rendah dan menengah bawah..bila naik pra-U aku dah dapat cover sikap pemarah yang amat mengganaskan tu..bebudak takut ooo…bila YoS marah..hehe (betui ka?)

So kalo aku buat sesapa marah..janganlah marah ye..lebih2 lagi siap buat blog atau karangan khas untuk aku..vavavava…syabas bete syabas…hehe.. ;p yang suka buat orang marahpun kenalah selalu memohon maaf..maniskan mulut anda bukan dengan manisan..tapi dengan ucapan mesra memikat gadis..eh..memikat kawan-kawan agar suasana mesra dapat diwujudkan..tiada permusuhan…dan sebagainya..

Boley tahan jugak aku tulih ni..cadang nak tulih pendekja..nak wat camna..ghairah menulis..hehe..syukur..syukur…..wokeh..Allah Maha Besar..Ampunilah segala dosaku ya Allah…mintak mahap bebanyak ya rakan taulan sekalian…sekiranya ada menyulitkan jiwa anda dan sekiranya ada terbuat teori kehidupan yang salah dan silap..menyusahkan anda semua..Kita perlu mencari pintu Syurga..bukan ringgit Kasorga…

Esok pagi nak balik UKM dah..doakan konvoi kami ngan motor ni semua selamat..aku, Pit Shah, Pit Man, Odeng ngan Amiq..Amin ngan Poey tadak cerita pun..mungkin depa kontek esok kot..budaya last minit org kate..hehe..hmm..wokeh..bakal bermulalah sem 6 dan InsyaAllah terakhir..Syukur syukur syukur...Wallahu ‘alam..

Tuesday, December 20, 2005

Kenduri Kahwin Member Pertama Dihadiri..

Assalamualaikum W.b.T...

Hmm..kalini versi font besar..hehe..font tiny susah gak nak jegil mata baca...hmm..apepun hope semua rerakan sihat sejahtera hendaknya...

Kalini nak citer pasal menghadiri kenduri kahwin kali pertama member sendiri yang pernah sekelas kahwin...haaa..Member kat SMKA Azlan Shah..sekelas ngan dia time form1 dan form 2 je..pastu dia masuk kelas dak2 pandai..aku masuk kelas samseng ekekeke..Wardina Mohd Shahid nama dia..orang Selama..dekat je ngan umah Mirul..Umah Ain pun sama kot..tatau la..

Janji punya janji..mula2 aku rasanya tak jadi pegi sebab ada 'Family Day Jabatan Pelajaran Perak' kat Pulau Pangkor..Ayah aku kompem la soh aku ikut sebab aku je anak dia yang ada kat umah time tu.. Lastly sebab Pyob sanggup tak pegi Pangkor sebab ingat aku nak gi kenduri..akupun kansel pegi Pangkor..Lagipun Azhar la pencetus semangat nak pegi ni..ngan Pakli Apad.. Akupun kontek2 la member2 semacam paksa soh pegi..hehe..sebab Hajar dah pos kad jemputan kat aku dalam tu soh jemput member2 lain sama..

Pagi tu ujan lebat tak ingat..kenduri ni hari Sabtu 17/12/2005..kalo perasan kat berita mula banjir tu start harini la..dengan ribut kuat sejap Awal pagi..hanya Tuhan yang tahu betapa tabahnya aku semayang Subuh pagi tu..hehe..Aku janji ngan Azhar..dia nak datang amik aku..Dari Manjung Is satu kereta dan dari Parit Cip satu kereta..kami berkumpul kat Stesen Bas Kamunting pukul 1 Petang..nipun sebab keje nak menunggu orang..Last sekali kena tunggu Pyob yang naik bas dari Parit Buntar ke Kamunting..kol 2 lebih jugak baru semua dah ada..Tunggu siap lepak Maple lagi..pastu semua sempat semayang Zohor kat surau Stesen Bas ni..hehe..lawok2..

Semua yang wujud pada time ini ialah Aku, Azhar Amari dan Pakli Apad satu kereta, Chip, Pyob, Husni satu kereta dan Yusry, Is, Pesal, Loba satu kereta..Kami pun gerak melalui jalan berliku ke Selama.hehe..nilah first time aku ke Selama..kol 3.30 baru sampai.. kat situ ada Mirul ngan Fikar..pastu dak pompuan yang ada Ain, kokna, Hajar, Ima dan Norun..Lama betoi x jumpa dorang ni..Apa yang penting kita makan dulu..hehe..Pastu sesi bergambar kejap..sekali pengantin pun dah mekap sampai x kenal rupa daa...

Setelah nyembang2 kejap..ingatke nak berpisah camtu ja..rupanya Mirul plak ajak gi umah dia makan Mee Udang katanya.Tapi member laki je la..ingatke melawak..rupanya betoi2..fuh kenyang kawe dan rakan2..hehe..siap ada pulut lagi..hmm..best best..memang lama giler tak jumpa member2 ni semua..dapatla borak2..kutuk2 macam dulu..huhu..meriah umah Mirul time tu..Time ni barulah berpisah..Sebab Mirul nak ke Bukit Gantang.. so aku ngan Pakli naik kete dia la..Azhar nak balik cepat..nak gi Stadium Perak katanya..So aku,Mirul, Fikar, Pyob dan Pakli naik kete Mirul la..

Mula2 gi antar Pyob dulu kat Parit Buntar..lama gak x datang sini..Lepak umah Pyob semayang Asar dan Maghrib..Lawa gak umah dia..Family diapun macam parents aku gak gi Pangkor untuk Family Day JPN Perak..so dia sesorang la kat umah tu..Pastu kami berempat terus ke Bukit Gantang..ada program anak angkat. Mirul Ex-Oficio Program ni..Tahun lepas dia yang start buat.. Dak Kolej dia kat UUM..Kolej apentah..aweqs ja banyak..last2 langsung aku kelentong depa akupun dak UUM kolej Pernas..hehe..Lama gak lepak...kol 10 lebih baru la Mirul antar aku balik..Aritu jugak Besday Pakli..so dia ada Jamuan Family la..

Tamatla sehari hari tu..Malam tu Perak kalah ngan Telekom 1-0.. Main kat Ipoh plak tu..aku tgk game ulangan tadi kat TV1..Perak main macam serba tak jadi..pastu Pemain telekom semua x cukup vitamin malah leh jadi pelakon handalan semua..kuat berlakon betoi..kena skit jatuh sampai macam nak mati..busuk betoi..nak menang pun biarla nampak macam anak jantan..apara..Liverpool kalah ngan Sao Paolo Piala Kelab Dunia FIFA..1-0 ja.. Pastu yang paling sedih lagi Arsenal kalah di tempat sendiri dengan Chelsea 2-0.. pastu siap muka angkuh lagi anggota-anggota Chelsea ni semua..entah badi apala..3 kali jumpa 3 kali kalah season ni..

Minggu ni gembira sebab dapat jumpa balik ramai kawan2 sekolah dulu..tapi disebalik tu sedih sebab 3 team yang aku sokong betoi2 dah kalah..Perak, Liverpool dan Arsenal..Hmm..cuba lagi la yang terbaik..Pasni harap leh jumpa ramai lagi member kalo ade sesapa yang kahwin pulak..hehe..Wassalam

Thursday, December 08, 2005

BoLa oh Bola!!

Bola oh bola.......Perak dengan bangganya memulakan aksi musim baru pada 3/12/05 dengan membelasah Selangor 4-1.. kejayaan ini membawa Perak ke Tangga Pertama Liga Super setelah season lepas langsung tak merasa tempat pertama dalam 21 game..Season sebelum tupun dok nombor 1 time awal2 je rasenya.. Selain tu Perak turut membawa pulang Piala Sumbangsih yang turut dimenangi pada tahun lepas.. No komen pasal team Liga super yang lain-lain..

Pada tarikh yang sama team faveret aku Arsenal kalah 2-0 ngan Bolton sungguh hampeh..Mujurlah Liverpool iaitu satu lagi pasukan pilihan aku menang dengan Peter Crouch ataupun antu galah telah menamatkann badi kemarau gol golnya 20 lebih game..penyerang apa x boleh score..gila apa..hehe..

Real Madrid menang 1-0 dalam perlawanan yang membosankan di samping David Bekem kena kad Merah lagi..camnala idola orang ramai ni asyik kena kad merah ja..kasaq sungguh..hehe..Esoknya coach dia Luxembergo kena pecat jadikan 5 org coach telah dipecat dalam tempoh tak sampai 3 tahun..gila apa Real Madrid.. Barcelona pulak dengan cemerlangnya benam Vilareal 2-0..dok no 1 lagi la..

Liga Juara-Juara Eropah..AC Milan menang dalam keadaan sesak kat tempat sendiri dan akhirnya layak ke pusingan kalah mati. Mereka kalahkan Shalke04 yang ntah sapa2 main..yang kenal pun Asoamah ngan Kuranyi je kot hehe..Kaka kira teter la sebab score 2 bijik pada 2nd half sedangkan Shevchenko hanya banyak menyepak angin.. menang pun 3-2 ja..bahaya..

Paling sensasi team yang orang dok puja bagai nak gila tersingkir dari saingan Liga Juara-juara eropah di tempat tercorot dalam kumpulan..sapa lagi Manchester United la..duduk tempat tercorot dalam erti kata lain turut tak layak main dalam UEFA CUP.. Dalam game semalam Benfica mempamer aksi yang best di tempat sendiri..Gol pun cun..Sampai sekarang pun aku masih pelik kenapa orang dok sokong MU sedangkan tadak orang melayu dok main kat situ..nak kata kuatpun Chelsea lagi kuat..Liverpool lagi kuat..apatah lagi Arsenal.. nak kata sebab ada Bekem..dia dah pindah Real Madrid..sebab Nisterooy?..Henry,Ronaldinho,Kaka,Cisse lagi best..kalo sokong camtu2 ja takpa la jugak..ni nampak fanatik mcm setiap game dia yang beli tiket awal sekali..Ntah2 Bukit Jalil pun tak penah pegi apa..

Sukati korang nak sokong sape..team yang layak ke peringkat kalah mati ialah : Arsenal, Chelsea, Liverpool, Real Madrid, Barcelona, Vilareal, Juventus, Inter Milan, AC Milan, Bayern Munich, Werder Bremen, Benfica, Ajax Amterdam, PSV Eidhoven, Celtic..satu lagi Olympic LyoN yang gagah dari Perancis..fuh.. 16 team ni akan berentap pada bulan 2 nanti..so Sabtu ni Perak Vs PerliS..camna ni?..boleh berjaya kah YoB?..Sama-samalah kita tuunggu..moh ke Stadium... :)

Aduhai Macam-macam

Assalamualaikum W.B.T...

Semoga semua berada dalam keadaan baik dan dirahmati Allah.. Aku baru saja balik dari UKM setelah melepak kat sana hampir dua minggu dengan sedikit usaha untuk membuat tesis..Mujurlah dapat gak buat sesikit walaupun melalui banyak kesukaran..

Aritu aku balik Terengganu sekejap atas alasan ramai pak sedara ngan mak sedara nak gi Mekah.. time tu cuaca mula nak tengkujuh dah..Ombak nala punya besar. Angin punya kuat mengalahkan citer Titanic.. So time tu memang tadak peluang nak berendam dalam laut..nak pi pesisiran pantai pun tak berani.. Macam bese balik kampung dok lepak ajela..tupun sebab utama balik ialah ayah aku ada Seminar kat Kuala Terengganu..so menyelam minum air lah..sebab raya aritu dah tak balik ni kira cover balik la..

Yang seronok tu balik kampung tapi dapat gak tengok Astro. Kedai kat tepi pantai tu tayang Arsenal vs Wigan yang menyaksikan kecemerlangan Wigan tercalar dengan gol menarik dari Henry dan Van Persie. Lama jugak tak balik Teghanu ni.. Pastu time on da way balik tu dari Terengganu kami singgah semayang kat masjid Grik..memang selalu singgah Masjid ni kalo sampai lambat dari Terengganu. Kat sini adala skit kenangan..tapi takde apela..heheh...

Esoknya mak dan ayah aku pi Penang dan lusanya kami sekeluarga pi Melaka..lama sungguh x datang Melaka ni..Tupun sebab ayah ayah aku ada majlis apantah..Ari last jalan2 kat Mahkota Parade pastu tidurb umah sepupu aku kat Batu Berendam..26/11 aku kembali ke UKM..ayah aku hantar la dah on da way balik Perak lalu ikut Bangi..ketuk2 umah sewa tadak sapa yang bukak..last2 pi cari Mad kat Mc D amik kunci umah..lawak2.. Seb baik ada motor Yaman..abih rm 8 tukar tiup belakang motor dia..

Yang ada kat umah sewa time ni ialah Zaidi dan kawan dia Mi ada pentaulihan tok guru silat cekak..bahaya ni hehe.... Kaie dan Palie sebab depa dua2 keje kat Carefour Alamanda..Malam tu layan bola sorang2..banyak game aku layan malam ni sampai pening pala..yang penting Arsenal menang 3-0 ngan Blackburn..game ni aku layan kat Le park.. Ari Selasa baru Pit Shah mai umah sewa untuk amik motor Jaguh dia..lepak sampai Jumaat..ari Jumaat pagi plak baru Amiq sampai aku pi amik kat Hentian Kajang..sejuknya Ya Rabbi hanya Tuhan yang tahu..kol 5.30 pagi.. Pit Shah balik dari Bangi pi Ipoh ari Jumaat tu la..

Sepanjang aku kat Bangi ni dok pi TSL cari bahan n then setiap hari pi lepak kat kedai kak Aliza n kak Huda..sonok dok lepak nyembang kat situ dari tatau nak watpa kat umah sewa.. Pastu sonok dok layan Anak Mami Kembali..dekat 5 kali ulang pun tak rasa boring langsung..best citer tu..hehe.. time dekat2 nak balik barula Sue Nani sampai UKM..jumpa sekali ja kat TSL..pastu dapat gak bekenalan ngan Fasha Sunda FPI dak Quran Sunnah dan Nazirah yg eksiden haritu..sian..Semalam aku betolak balik dari Bangi dan time tu kat umah sewa tambah lagi orang iaitu Gee dan Fadlan.. Kiranya orang memang x putus2 masuk umah tu..

Lagi satu aku sedih ngan result aku..teruk lah..kecewa gila..mungkin sesedih hati sorang kawan aku yang terpaksa mintak clash dan sorang lagi member yang telah di clash kan hubungan dengan boyfrennya sebab ada pihak ketiga..Entahla..tinggal satu sem lagi..Mampukah aku berjaya kalau aku terus kecewa...tataulah...