SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, January 31, 2006

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani

Hari ini saya muncul lagi pada malam tahun baru 1 Muharram 1427 dengan pelbagai cerita baru yang agak lama di simpan akibat ketiadaan masa untuk mencoretkannya.. semoga semua dapat hadir dengan azam kehidupan yang baru dan menutup kisah duka yang lepas2..

Pertamanya terima kasih buat semua rakan-rakan yang mengingati tarikh lahir saya 18 Januari dan x putus-putus telepon saye berbunyi-bunyi bermula tepat kol 12 tarikh tersebut sampai la semalam pun masih ada yang wish sebab terlupa..Anda amat saya hargai…

Penulisan blog kalini mungkin agak syahdu sebab ada banyak pendedahan yang akan dibuat mungkin mengejutkan banyak pihak..tapi still ok punya..hehe…

Bermula dengan konvoi kembali ke UKM, Nokia 3100 milikku telah hancur dilanggar kereta sewaktu perjalanan. Kemudian Nokia 8310 masuk air time ikut Pittshah ke Hentian Jalan Duta hantar adik2 dia balik…maka terputuslah hubungan YoS dengan semua pihak buat sementara. Kemudian atas ehsan member baikku Syezek dia pinjamkan Shamsung Mobile kesayangannya.

Atas sebab ini saya kehilangan banyak nombor yang save kat tepon..so bila ada orang antar mesej sure penin nak detect nombor sape.. sowee bebanyak.. wokeh.. kemudian nak citer pasal bila PTPTN masuk, duit dapat dihabiskan dengan cepat sekali..dahla masuk 18 Januari tu..terus pi Kajang beli Nokia 3100 baru..tak tahan beb..Duit banyak jugak abis beli barang2 komputer abang saya ni..pinjam pc dari dia so pandai2 la kena upgrade sendiri..beratus-ratus jugak..siap beli MP3 baru..best2..pi dengan Amiq,Sezek, Bob, PitShah…hmm..meriah je..

Tapi sebenarnya pada 1 Januari adalah tarikh paling penting..aku menerima mesej ini “ W’salam,ye sy…sht alhamdulillah..awk camne sht?slm perkenalan… HEPI NEW YEAR utk abg ngah jugak.. ; )” pada pukul 1.44 petang…

Mesej tersebut adalah daripada CT Noraida Rosnida binti Hussin.. maka berkenalanlah YoS dan CT pada ari tersebut…sebagai apa?..usah ditanya..maka itulah jawapannya kepada segala ketidakpastian yang muncul terhadap orang2 yang hadir dalam hidup saya sebelum ini.. akibat sering bermain tarik tali dan memeningkan kepala, respon yang tiada diberi…akhirnya dia muncul dan memberi jawapan kepada segalanya..maka nama tersebutlah adalah jawapan muktamad buat masa ini dalam kamus hidup saya…. Tiada siapa boleh disalahkan dalam hal ini..semua sudah ditentukan Tuhan Yang Maha Esa.. semalam adalah ari perisikan oleh mak ayah saya terhadapnya di Johor Bahru…

Ari Sabtu yang lepas adalah hari pertunangan abang saya dengan gadis pilihan hatinya di Paloh.. saya tak dapat pergi kerana perlu berjuang bersama UKM dalam Piala Naib Canselor UM dalam Pertandingan Pencak Silat IPTA/S..ramai yang hadir dan memberi saingan..Saya hanya sekadar memperoleh gangsa dan sakit2 badan yang nyata.. Alhamdulillah UKM jadi juara dan membawa pulang piala tersebut. 6 Emas 5 Perak dan 3 Gangsa..Laporan dan gambar ada dalam KOSMO Ahad 29 Januari 2006. Sahabat saya Andy @ Iswandy mendapat gelaran pesilat terbaik kejohanan tersebut.. Tahniah buat beliau. Tahniah buat team UKM yang setiap petang berlatih di Stadium UKM dengan tabahnya sama ada hujan atau panas.. di samping atas tunjuk ajar Abang Man pula yang banyak berkorban untuk anak2 buah..

Tamat saja Game silat tersebut saya terus sahaja ke Reunion kelas 6 atas 3 2002. Ramai jugak yang hadir.. Lokasi kat Taman Jaya..Ada tasik kat situ..yang datang – saya, Amir, Arip, Matzul, Eznee, Azman, Hafsah, Faizah, Anne, Suzie, Lela, Jehan, Sabariyah, Indah, Leyani, Ct Feridah (kawan baik time game silat hehe), Aweq Eznee dan akhir sekali Eder dan Muna. Meriah la jugak. Siap ada potong kek sempena arijadi aritu lagi..teringat time kat KISAS aritu hehe… Pastu semalam saya tidur sepanjang siang..letih sangat.

Malam Family datang dan makan sate Kajang kat Bangi je. Pesal pun ade. Abah dan Ma cerita pasal pertunangan abang saya dan kisah merisik CT di JB.. semua nampak ok..bolehla go on pasni. Hehe.. Maafla.. YoS dah x single lagi sekarang ni..Siap dapat perkenan family lagi…. Ingatkan orang lain menjadi teman ku..tapi setelah menjalani kehidupan suram dan tak serius dah… orang lain yang tersangkut.. Wallahu ‘Alam..