SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, March 29, 2005

Aku Baca BullEtin BoaRd FrensTer..Ada Orang Tulis ni..Aku EdiT skit-skiT...Tajuk dia..KENAPA POMPUAN CANTIK PAKAI TUDUNG...HAYATILAH..

Sesungguhnya anda yg membaca ini akan bertaubat...tak kire lelaki mahupon perempuan...

1. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat...

2. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier jage maruah

3. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab sebab dier cantik

4. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier

5. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier seorang yg pandai

6.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier anak solehah

7. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier dengar ckp mak bapak dier

8. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier harmoti orang lain

9. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik

10. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt

11. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak menyusahkan orang lain

12. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat pahala

13. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat menghindari maksiat

14. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain

15. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier

16. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab mendengar suruhan nabi...

17. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya...jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika anda menunjuk maknanya anda tidak bernilai kerana mahkota nada telah dilhat olehsumua lelaki (kecuali keluarga)

18. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki

19. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab patuh pada suami

20. kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab......byk lagi sebab...

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA..............

Monday, March 28, 2005

BebAskan AkU DarI.....

Image hosted by Photobucket.com

Huh....f hmm..apala..tupun mau tanya ka?..YoS is KrIzaLiD....and KrizaLiD is BacK!!..hehe..

Syukur buat tuhan kerana aku telahpun berada dirumah pada hari ini semenjak semalam lagi..pada pagi 27 Mac..pasukan konvoi lebih kurang 16 atau 17 motor geng2 utara..meredahi highway beramai-ramai untuk balik ke kampung halaman masing..akupun tak kenal semua yang terlibat..tapi kebanyakannye sahabat karib la.. :) ...

Amiq, Daniel, Pit shah, Pit Man, Nuat, Chot, Syezek, Pa'at dan lain-lain lagi adalah peserta konvoi ini..berkumpul kat Shell kol 4 pagi..tapi ada sorang member tu lambat plak..jadi kol 4.30 barula boleh gerak..singgah isi minyak kat rawang, semayang Subuh kat Tanjung Malim, isi minyak kat Tapah, isi minyak dan sarapan kat Sungai Perak...aku ngan syezek sampailah kat destinasi kami sedangkan geng2 Penang n Kedah meneruskan perjalanan.kol 10.30 pagi aku sampai kat gate umah..kira 6 jam la..hehe..sebab begerak pagi2 buta..pengalaman yang takleh lupa ialah melawan kesejukan pagi yang teramat sangat..sampai ada dua tiga tempat kabus tebal sampai kene bawak slow2 takut langgar bende2 yang x patut dilanggar...

Ingatka time Subuh ja berkabus..ghupenya kat Terowong Highway Ipoh Taiping kabus tebal gila siap sejuk menusuk 3 helai baju tebal yang aku pakai.Time tu dah agak ada matahari la...hehe..cabaran ngantuk takde sangat la..tapi apa yang penting tamatlah semester 4 aku kat UKM... :) ...Exam kalini penuh cabaran yang menaikkan urat ijau kat kepala...Ntahla nak dapat apa..semoga tuhan memberikan kejAyaan cemerlang buat aku dan rakan-rakan...hmm..riso-riso...

11 April akan mula daftar Latihan Industri atau nama glemernya Praktikal la...kene kat Pejabat Agama..semoga ok la..ada gak tanya senior2...diorang cakap yang baik-baik ja..takde yang buruk..kat sini LI sekali dengan aku ialah Syezek, Amin and Maton...ramai la tu..rasenya kat tempat akuni yang paling ramai..tempat lain paling ramaipun 3 orang je rasenya...Nak amik kesempatan pi MAIP lah nanti..untung-untung leh jumpa ILa..hehe..dia LI kat MAIP..

Ntahla tatau nak buat ape setakat sekarang..asyik tidur je..sebenarnya aku mengalami kecederaan ligemen yang menyebabkan takleh berlari atau bermain bolasepak untuk tempoh 3 minggu..atas nasihat pakar la..semuanya terjadi gara-gara bermain futsal tanpa henti selama sejam, sehari sebelum balik umah aritu..mujurla gear motor ada 4 ja..kalo 8 mesti aku xleh join konvoi semalam gara2 kesakitan ini hehe..dengan pulangnya aku kini stadium Perak hanya menantikan perlawanan sahaja..Abang pun nak balik esok..so kami berdua akan mengimarahkan stadium perak bersama-sama rakan-rakan lain..

Nak cerita kemerosotan pasukan Perak..teruk sangat dok nombor 6..harap-harap ada ikhtiar memulihkan kembali pesukan menjadi unggul seperti dulu..samaja macam Arsenal yang agak merosot 2 3 menjak aritu..tapi sekarang macam dah power balik...hehe..kepada penyokong team lainpun kena terima hakikat..Chelsea dah sukar digugat..tapi Man United dalam bahaya sekarang...Arsenal kurang 2 mata ja..jeng jeng jeng..jaga-jaga..hehe..Hope jugak boleh jumpak kat final Piala FA..tadak rezeki ja selama ni kalah 2 kali ngan Man United..

wokeh...sekarang dah kat Umah..bebila nak online pun ikut suka ja...so sesape yang online kabor le ke beta..senang-senang leh berkomunikasi.. :)

Thursday, March 03, 2005

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN..

Aku baca blog Qai..rase macam menarik ja..so aku copy la balik kat dalam blog aku..hehe..sorry Qai...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling.Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekannombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yangtidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saatuntuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawabbangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis,kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit.Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihatpelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini keranamereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cinadengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannyabahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanitamelayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan adabaca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerjadi pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakanadalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa diahendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuahkereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai danberlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpisemata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

p/s : Macam mane Melayu Nak Maju ???

korang kalau ada isu lain tentang drama melayu buat la kat blog..aku nak copy..hehe :)
Malasnya Nak Pi Kelas!!!

Adoii..exam dah dekat..sepatutnya minggu ni study week la..tapi kelas still go on macam bese..menyebabkan jiwa remaja aku menetapkan untuk ponteng aje kelas2 minggu ni melainkan yang dirasakan perlu untuk hadir...tau jugak yang member2 universiti lain pun nak exam dah gak kan?..so gud luck lah...

Aritu aku gi tengok game Arsenal vs Sheffield United...game yang aku anggap memang macam bengong walaupun Arsenal menang..start kol 4 abis dekat kol 7..dahla Henry tarak main,Bergkamp, Reyes dan Van Persie masih dalam pergantungan..fuh..memang bahaya sungguh percaturan Wenger kalini..mujurlah sebab penentuan penalti nampak Arsenal lebih profesional, keeper Sheffield pun nampak macam semacam ja...hehe...tapi man of the match pastinya Manuel Almunia yang begitu power save penalti...hehe..

Minggu ni aku leh layan bola lagi...Champion league minggu depan leh layan lagi sebab exam start Selasa pastu gap 4 hari..boleh sangat la nak tengok 2nd leg kalini..

Sebentar tadi aku baruja jumpa kedua-dua akak aku yang amat di'respect' i ..makan sesama kat kafe Husin Onn..lama tak jumpak diorang...sembang-sembang hal bisnes..hehe..banyak perancangan..dan dapat offer plak dari BERKAT DINAMIK GROUP satu jawatan kosong yang menawarkan elaun bulanan mencecah 3 angka ja sebulan..tapi diberi pilihanla mahu terima atau menolak..sebab pasni nak cuti 3 bulan kan..payahla sebab ibu pejabat kat KL..

Rase sejak dua tiga menjak ni murah plak rezeki..tapi sebab dana semakin kurang dan perlukan perbelanjaan besar aku takleh bersenang lenang la dalam perbelanjaan..sibuk dok bayar utang orang..abis ptPtn aku sem ni..PC pun tak jadi beli..mujurlah ade skit kemudahan yang Allah beri melalui skit bisnes yang nampak kecil tapi power gak sebenarnye hehe...takjpela..cari side income dalam diam...betulla kata kak Aliza..usaha kuat2 dulu..pastu lastly dapat 5D...Duduk Diam-Diam Dapat Duit...topup murah dengan modal murah,kenalan bertambah...duit masuk every month..pastu dapat offer plak lagi dari Berkat Dinamik Group..leh jadi ahli korporat lama2 nih..hehe...doakan aku.hehe..

Tadi jugak list dak2 leh stay kolej dah kuar..dengan bangganya dan Pengajian Islam KIY leh stay lagi..Aku, bob, Yaman dapat stay lagi..baru cadang nak pindah Kolej Rahim Kajai..hehe..malangnya Mat Zul kene kuar plak dari Dato' Onn..katanya nak setinggan bilik aku sem depan..akan dipikirkan kelak..sebab aku jenis tak hisap rokok..walaupun biasa duduk ngan orang isap rokok tapi lama2 takut jadi bengong..aku jenis orang fobia ngan bau rokok...tengoklah nanti..hehe..tapi MatZul adalah best fren aku...bisnes partner aku..akan kupertahankan hubungan itu..ewah..hmm..

Nak ujan pulak...stop dululah..pasni aku nak citer plan bisnes akulah..pastu nak suruh orang komen..sama ada ia logik..ataupun ape...tapi setakat ni,orang yang berpikiran waras yang aku citer semua kasi respon baik punya setelah mendengar plan peniagaan walaupun pada mulanya ragu-ragu nak dengar, ataupun nak dengar citer..orang kata camnila..sebelum dengar banyak songeh la nak dengar..tapi bila dah dengar, terus mintak borang...hehe..tapi tak semua jugak..hmm...tapi bila budak Fakulti Pengurusan Perniagaan join, budak fakulti ekonomi join, apa la dak2 fakulti lain dan orang lain nak belagak sangat dengan diri sendiri?..Dalam hidup kena manfaatkan apa yang dirasakan berfaedah...

wokeh..Wassalam...

Tuesday, March 01, 2005

APA NAK JADIPUN JADILAH....

Wahai sekalian manusia, amat gemarlah bagiku untuk mencoretkan sedikit lagi perkara-perkara yang berlaku pada diriku sejak akhir-akhir ini...hehe..

Firstly..mengenai artikel yang aku kuarkan mengenai Syiah..sudah ada yang memberi respon positif...malah memberi teguran secara terbuka..mengenai kecetekan ilmu yang aku ada..justeru aku telah menarik balik artikel tersebut dengan rendah dirinya..itulah yang kita mahu..bila ada kesalahan..maka kasilah respon dengan segera..kerana teguran tersebut aku bergegas ke Perpustakaan Tun Seri lanang UKM dan mencari terus buku berkaitan Aqidah..Alhamdulillah ketemu 3 naskah buku yang agak hebat bunyinya...

Lupakan sajalah pasal artikel tu..hmm..mau citer skit pasal keadaan sekarang aku di UkM nih..exam dah dekat sebenarnya..hari ni hari Selasa..dan aku exam paper 1st pun ialah pada selasa depan..subjek FIQH IBADAT & MUNAKAT..best lah..subjek tentang ibadat dan kawin-kawin..hehe...tak score memang tak complete la idup selaku muslim.. :)

Pastu exam abis pada 23hb Mac 2005...paper Maharat Kitabah..pastu berakhirlah semester ke4 aku kat UKM ni..Untuk semester depan..aku dah daftar 17 jam kredit subjek..tajukpun bunyi kaw2 punya...antaranya ialah..-> Falsafah Moden;Kajian al-Quran Masa Kini;Kajian Ajaran Sesat;Kajian Tarekat;Kajian Ahlus Sunnah wa al-Jamaah;Tafsir Ayat-Ayat Kawniyah..dan Maharat Istima' wa Fahm....rase bunyi subjek-subjek semester ni dah gerun..tetiba bila nak daftar untuk subjek baru aritu..hehe..lagi dashat bunyinya...

Takpelah..itulah budak-budak Usuluddin Dan Falsafah punya subjek..nak wat camne..kekadang rase macam belajar mende yang taknak diguna sangat dalam kehidupan macam apa yang budak-budak Syariah belajar..dahla payah plak tu..hmm..Sabar jela..tapi kena maintain 3 ke atas la...riso takut jatuh kalini..mana mau letak muka?!...oh anak Ustad Mad...

Then, pada 11 April 2005, aku, Yaman@ Syezek, Amin dan MAton akan mendaftarkan diri kat Pejabat Agama Islam Taiping...praktikal la sampai 3 Jun 2005..2 bulan ja lebih kurang..dapat gak memasuki alam pekerjaan..hehe...ntah apela yang hendak dikerjakan kat situ..tapi takpela..best ada Yaman ngan Amin..leh wat kepala gila2 lagi kat satu tempat..dahla tempat tu lebih kurang 15 minit ja dari umah aku....redah je la yek...

Haiyak..ini lagi satu kes...ape sudah jadi dengan Arsenal?..manyak teruk la...tak kesahla apa penyokong team lain mau kata..aku bukan penyokong sesebuah team tu time dia kuat ja...aku penyokong setia Arsenal selamanya...Abang aku dah sokong Liverpool..member-mmber plak ramai sokong Manchester United ngan Chelsea....so aku pilih Arsenal la..dah aku minat Arsenal sejak zaman Tony Adams lagi..zaman Dennis Bergkamp muda-muda lagi...tapi sebab zaman tu tadak maklumat sangat, liputan media pun agak kurang berkaitan Arsenal..so akupun tatau apesal aku minat Arsenal..aku mengumpulkan jua jersey2 arsenal dari zaman penaja JVC, DREAMCAST, pastu O2..tapi banyak baju dah ilang kat asrama dulu...mangkuk hayun punya pencuri..haha..

So..tak kisahla sekarang ni mengalami kejatuhan..boleh plak aku tak tengok time Arsenal dibelasah oleh Bayern Munich minggu lepas..time tu aku letih gila..baru pas Annual dinner kolej..aku jadi Timbalan Ketua Pengarah..bayangkan aku dan rakan-rakan kena pastikan keselesaan dan kerapian majlis makan malam yang dihadiri lebih 900 student dan vvip serta vip.. fuh emang penat..tapi paling kesian kat Farhana la..Pengarah malam tu :) tabik la kat Far dan rakan-rakan...sebut nama skit baru bangga :) -> Nas yang sibuk ngan teknikalnya, Pit shah dengan tiket dan keselamatannya, Muhaimin ngan publisitinya wat backdrop, Jamal sibuk bantu Muhaimin, Nara dengan cenderamata, Qaiyum dengan multimedianya, Shana tim Penagarah 2, Wani urus makanan, Izzah(adik Qai..heheh) tolong kasi ceria keadaan..bila main belon sebijik jadi cam bebudak..hehe,Imah s/u yg misteri, Tasya bendahari yang baik hati..mengoffer diri setelah b/hari asal menarik diri tetiba, Yana yang buat pemasaran abis-abisan ngan member dia, NoorLy yang nampak paling sibuk time persediaan sebelum Annual dinner..Syawal dan Hayu yang jadi peng'handle protokol...very good..dan ramai lagi lah..nak tulis satu2 jem la...hehe..Tq semua..ada orang cakap aku kurang wat kerja..tapi sebenarnya letih oo..

Ha..tengokla sekali aku berceloteh..mesti jadi panjang bejela kan?..kiranya aku stop dulula..doakan lah aku berjaya dalam exam kali ini.. :) nantikan kehadiran episod akan datang yang berbunyi... kRiZaLId yoS kembali!! hehe..bye..