SELAMAT DATANG KE JALAN BAHAGIA(Semoga kita semua beroleh manfaat dan syafaat dariNya)

Tuesday, January 21, 2014

Sanah Helwah ya Ashraf

AlhamdulillaH berpeluang update blog ni.. jadual amat padat..

18 Januari telah berlalu ..iaitu tarikh lahirku.. semoga dengan pertambahan umur ini dapat mematangkan lagi diriku.. menjadi lebih kuat dan bersemangat.. Alhamdulillah pada umur ini.. saya dah memiliki benda2 basic dalam hidup seperti kerja, kereta, rumah, isteri dan anak.. walaupun semuanya pada kadar minima.. kereta tak besar.. rumah tak besar.. isteri tak besar.. anak belum besar.. Syukur sangat kepada Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk menikmati semua ini.. Semoga tiada nikmat yang ditarik balik olehNya.. malah kupohon agar Allah memudahkan segala urusan hidupku.. membahagiakan keluargaku.. menjadikan diriku sebagai yang tepilih untuk SyurgaNya.. Amin..

Sekarang tengah target nak menselesakan rumah dengan aset-aset alih.. baru-baru ni peri Home Fair kat PWTC.. mak aii murah-murah barang di offer.. cantik-cantik.. malangnya duit lak dah tak cantik.. memang banyak sangat melabur untuk rumah.. sampai sekarang belum puas hati sebab banyak benda penting belum lengkap.. Apapun akan ku usahakan dengan sedaya upaya.. semoga ada bantuan daripada Yang MAha Kuasa..

Terima Kasih kepada yang wish birthday kat saya.. terima kasih.. 18 JAnuari juga saya hantar android ke samsung service center.. sebab ada masalah kat screen.. keluar warna merah kecik je kat bahagian atas.. kalau tanpa warranty nak tukar dia je rm690.. seriau dengar.. mujur warranty sampai bulan 2.. so sekarang masih di kedai la android saya tu.. android ke smart phone entahla.. bedal je la hehe.. so maybe ada yang wish besday saya x sempat balas.. sorry le ye..sebab simkad dah jadi kecik dan body dia yang lama tu tak ingat letak mana.. so tepon dah 3 hari tak aktif.. sejak sabtu malam la.. mungkin ada yang kontek tak dapat. Putus hubungan dengan facebook, whatsapp dan sebagainya.. Ni kat tempat kerja facebook tak leh bukak juga sebab 1 bestari net dah block hehe.. Takpalah..

Tengah buzy untuk persiapan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah Jumaat ni. Kena buat sepanduk kelas pulak.. hmm.. tahun lepas kalah.. tahun ni pun sama gak kot hehe.. sebab cikgu lain jauh lebih kreatif.. tema masih sama " Wasatiyah tonggak kesatuan Ummah " ..

Akhir sekali sekarang saya ada buat jual Krunchy Karamel Nuts.. Sapa2 yang nak oder area Putrajaya, Bangi, Dengkil leh la hubungi saya.. sedap oo.. rugi sapa tak try hehe.. just tolong orang jualkan.. jadi cikgu kat sekolah saya ni mana da masa nak buat semua-semua tu sendiri.. tak habis-habis kerja mendatang.. macam air zamzam :).. wokeh.. Takat ni dulu..

Saturday, January 04, 2014

Ahlan Wa Sahlan 2014

Alhamdulillah 2014 telah menjelma.. hari ni dah 4 January.. Sekadar coretan pembukaan tahun baharu..

Bersedialah wahai Ahmad Firdaus Ashraf bahawa tahun 2014 akan menjanjikan pelbagai pengalaman baru.. pelbagai kerenah baru.. pelbagai kerja baru.. hehe.. So saya di sini ingin menanam azam yang kuat agar tahun ini menjadi tahun yang cemerlang dan gemilang buat saya dan ahli keluarga.. Sekian